Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Wajah kekasih


Hidayah

Pilih siri:
Previous ChapterPrevious Chapter

“Adam, I’m pregnant.”pendek sahaja lafaznya. Tersurat dalam ayat sependek itu, satu beban yang teramat besar untuk dipikul. “Huh? Anak siapa? Eid?”Adam benar-benar terkejut dengan statement Lisa itu. Benarkah Lisa sudah berbadan dua? Dan yang menjadi persoalan utama ialah, anak siapakah itu? Adakah kandungan itu anak sedaranya sendiri? Bertubi-tubi soalan timbul di kepalanya. “Adam, Lisa tak tahu kenapa Lisa perlu beritahu Adam, tapi anak ini bukan anak Eid. Lisa takut. Lisa.. mangsa rogol.”lantas berderai tangisannya. Namun, tangisannya cuba dikawal kerana takut orang sekeliling memandang serong kepada mereka berdua di kedai makan itu. Riak wajah Lisa benar-benar menunjukkan dia sudah hilang akal dan buntu. Dia buntu apa yang harus dilakukannya. Dia telah menjadi mangsa rogol tiga bulan yang lalu.

 

“Eid, I dah sampai tau dekat port biasa ni. You dah dekat mana?”Lisa menghubungi Eid setelah lebih kurang lima belas minit dia tunggu di LE Park. “What? You tak jadi datang? But why? I dah tunggu lama tau.”bingung Lisa apabila mendapati Eid terpaksa cancel kan pertemuan mereka itu. Namun, Lisa bukan seorang yang cepat melenting. Walaupun hatinya sangat geram ketika itu, dia tetap stay cool. “Okay lah Eid. Lain kali please jangan buat I macam ni. Kali ini I maafkan. Bye sayang” lancar bicaranya. Apa yang dibicara pada bibir tidak selari dengan apa yang tersimpan dalam hatinya. Dia benar-benar angin dengan sikap Eid. “Kalau aku tahu cancel, baik aku baring dalam bilik. Lagi syok. Tunggu dekat setengah jam, baru nak bagitahu cancel.”omel Lisa sendirian. Lantas dia bangkit dan bergegas pulang. Dalam langkah yang diatur ke kereta, dia seolah dapat merasakan seperti seseorang sedang mengekorinya. Waktu itu baru pukul empat petang, Waktu taman itu masih tidak berpenghuni. Selalunya dalam pukul lima setengah baru orang mula mengunjungi kawasan tersebut. Dia semakin gelisah. Sesekali, kepalanya menoleh sekeliling. Takut-takut memang benar ada orang mengekorinya. Kunci keretanya telah siap-siap di tangan. Sesampai sahaja dia di keretanya, dia membuka pintu kereta dan terus masuk. Pintu kereta lantas ditutup, namun dihalang. Seorang lelaki yang begitu asing cepat-cepat menekap wajah Lisa dengan sehelai kain ditangannya. Sepenuh tenaga Lisa cuba untuk menolaknya namun tidak termampu. Hanya dalam waktu yang singkat, Lisa enak dibuai mimpi. Dia langsung tidak menyedarkan diri. Realitinya terpadam dan dia terjerat dalam awangan fantasi.

 

“Mummy...”Lisa menangis. Wajahnya tersangat pucat. Tubuhnya hanya ditutup dengan helaian pakaian namun tidaklah tersarung oleh pakaian-pakaian itu. Hatinya remuk. Kecewa, sedih dan marah. Dia juga malu. Satu badannya terasa sangat sakit dan lenguh-lenguh. Rambutnya kusut masai. Kepalnya pening-pening. “Mummy” hanya itu menjadi sebutannya. Dia segera menyarung pakaiannya. Tangisannya masih tiada penghujungnya. Tersedu sedan dia mengenangkan nasibnya ketika itu. Dia merasakan dirinya begitu hina dan kotor. Martabatnya jatuh. Kini dia bukan lagi dara. Dia memulakan perjalanan. Dalam linangan air mata dia meneruskan pemanduannya. 

 

“Lisa, I’m asking you. Eid tahu?”soal Adam. Dari tadi dia menantikan jawapan dari Lisa, tetapi melihatkan Lisa, dia faham, hanya jasadnya di situ, fikirannya hilang entah ke mana. Dia tahu mesti fikiran Lisa kusut waktu itu. Bebannya tersangat perit. Dia sendiri sayup mengenangkan nasib Lisa. Namun sebagai pendengar, Adam sendiri buntu apa yang harus dilakukan. “Eid tak tahu. Tiada siapa tahu. Sorry Adam sebab I drag you dalam masalah I. I pun tidak tahu kenapa I cari you. But please Adam, I trust you. Don’t let anybody knows about this. Entahlah Adam. I tak tahu nak buat apa. I sayang sangat Eid, tapi dia nak ke terima I? I dah tak suci Adam. Mesti dia jijik dengan I.”panjang lebar bicara Lisa. Wajahnya benar-benar mengharapkan bantuan Adam. Seolah sebuah batu besar sedang terhimpap di atasnya. Dia benar-benar buntu. Jiwanya kacau bilau. Membayangkan reaksi Eid apabila dia tahu tentang perkara ini, membuatkan fikirannya semakin bercelaru. Dia habis idea memikirkan cara untuk memberitahu Eid. “To be honest, I tak tahu macam mana nak tolong you. You pun tahu kan macam mana I dengan Eid. But, you can trust me. Plus, I’m glad that you trust me on this. I’ll try my best. You just tell me, how can I help you. We’ll figure this out okay? Eid will understand.” bersungguh-sungguh Adam meyakinkan Lisa. Dia benar-benar simpati atas apa yang menimpa Lisa. Dalam masa yang sama, dia membayangkan jika Mila yang berada di tempat Lisa. Adakah dia dapat terima hakikat itu seperti mana yang diharapkan Lisa buat Eid. Mungkin bisik hatinya ketika itu dia akan terima hakikat, namun sejauh mana kesahihan kata hatinya itu, hanya Allah yang tahu. “But how Adam?”perbualan mereka terbantut. Kedua-dua mereka mati akal. Memikirkan cara untuk meyakinkan Eid dan supaya Eid tetap terima Lisa seadanya.

 

*******************************************

 

“Eid, the reason I wanna meet you tonight is that I want to tell you something. Something that is very important.”serius muka Lisa. Eid hanya hairan melihat gelagat Lisa. Dia ternanti-nanti apa yang cuba Lisa sampaikan. Apa yang penting sangat sehingga Lisa mengajaknya jumpa di Restoran Murni malam-malam sebegini.Tak pernah-pernah Lisa mengajaknya waktu-watu seperti ini, melainkan Eid sendiri yang memujuknya. Sudah tentu Lisa ingin memberitahu sesuatu yang penting. “Kita order makanan dulu Eid.”bicara Lisa setelah waiter menghantar menu dan menanti pesanan mereka. “Okay. Saya nak chicken maryland satu. Air... Yang ini ya. You?”giliran Lisa untuk pesan. “Saya cuma nak air laici boleh? Terima kasih”manis senyuman Lisa kepada pelayan itu. Sementara Lisa dan pelayan tersebut berbalas senyuman, Eid membelek-belek screen hand phone nya. “Oh my God, seorang lelaki membunuh teman wanitanya yang sedang hamil enam bulan. Seorang wanita hamil dibunuh oleh teman lelakinya. Wanita tersebut dipercayai merupakan seorang mangsa rogol.”nada bacaan Eid semakin meleret. Berderau Lisa mendengar artikel yang dibaca Eid itu. Mata Lisa langsung tidak berkelip. Riak wajah Eid ditatap sedalamnya. Cuba dibaca isi hati Eid melalui riak wajahnya. Eid masih meneruskan bacaannya tanpa menghiraukan sebarang perubahan pada Lisa. “Ish, kesian perempuan ni. Agak-agak lah lelaki ni pun. Perlu ke dia sampai nak bunuh girlfriend dia sendiri.”pandangan Eid kini beralih pada Lisa. Dia hairan melihat wajah Lisa yang pucat. “Sayang? What wrong babe?”soal Eid tenang. Lisa hanya membisu. Mendengar respon Eid tentang artikel itu, seolah itu petanda baik yang Eid akan terima dia dalam keadaan sekarang ini. Hatinya begitu perit memaksa mulutnya untuk berbicara. “Eid, you sayangkan I tak?”Lisa cuba meyakinkan dirinya untuk bercerita perkara yang sebenar. Mendengar soalan itu, berderai tawa kecil Eid. “Of course lah sayang. What wrong?”sekali lagi soal Eid. Masih tertimbul tanda tanya dalam sanubari Eid. Dia benar-benar mahukan penjelasan. “Eid, sebenarnya, I pregnant” semakin teserlah pucat di wajah Lisa. Menggigil bibirnya menyebut perkataan ‘pregnant’ itu. Perkataan yang seharusnya membawa kebahagiaan bagi pasangan suami isteri, namun tidak bagi mereka. Mencerlung mata Eid memandang wajah Lisa. Dia sendiri tergamam. Dadanya seoalah dihempap batu yang besar. Benarkah apa yang didengarinya tadi. Lisa pula melihat reaksi Eid semakin gemuruh. “But I swear. I kena rogol. I mangsa rogol Eid. Please Eid. Say something.”rayu Lisa. Dia benar-benar mengharap Eid faham keadaannya sekarang. Bukan itu sahaja, dia harap agar Eid tetap akan mencintainya. Perasaan sayangnya buat Eid tersangat mendalam. Matanya mengalir air mata. Pantas jari jemarinya menyeka air mata. Kemudian Lisa cuba mendapatkan tangan Eid yang sedari tadi tidak bergerak di atas meja. Namun tindakannya itu terbantut. Eid menarik kedua tangannya. Wajah Lisa langsung tidak dipandang. Lidahnya masih lagi kelu tidak berbicara. Semakin hebatlah drama tangisan Lisa. Dalam pandangan berkaca itu, Lisa masih lagi memandang wajah Eid. Wanita itu masih tidak putus harap. Berharap semoga cintanya masih lagi berbalas. Tidak dapat dibayangkan penderitaannya sekiranya cinta itu ditolak mentah-mentah, di tambah lagi dengan kehadiran insan baru yang masih dalam kandungan itu. Insan baru yang tidak berbapa. “This is too much. I cannot absorb all this just in a second. Sorry but I’ve to go.”lantas Eid mengatur langkah pulang ke keretanya.

 

“Eid..”tangis Lisa. Tiada apa yang mampu diucap. Hanya tangisan menzahirkan segala keperitannya Lisa mengeluarkan purse nya dan meninggalkan sekeping duit lima puluh ringgit. Dengan pilu hatinya, dia melangkah ke keretanya. Ternyata harapannya musnah. Dia tidak dapat membayangkan sejauh mana lagi dugaan yang akan menimpa dirinya. Hatinya benar-benar sebal ketika itu. Dia seolah sudah penat untuk menangis. Fikirannya dibiarkan buntu untuk mengelakkan bayangan Eid menghantuinya. Di dalam kereta, Lisa hanya termenung. Pada saat itu, bukan bayangan Eid yang bermain difikirannya, namun hanya wajah Adam. Dia sendiri bingung. Apakah semua ini? Kenapa di saat seteruk ini, Adam yang wujud di fikirannya. Lantas dia mematikan tenungannya itu lalu memulakan perjalanan. 

 

Sepanjang malam itu, mata Lisa tidak bisa terpejam. Dia hanya terbaring di atas katilnya. Kesedihan yang dialami ketika itu benar benar memberi kesan yang dalam dalam hatinya namun dalam masa yang sama dia seolah pasrah. Dia terlalu penat untuk memikirkan jalan untuk selesaikan masalahnya. Hanya satu yang dia nampak, namun bukanlah idea untuk menyelesaikan masalah, tetapi lari dari masalah. Malam itu begitu sunyi namun televisyennya dibiarkan hidup. Siaran apa pun langsung Lisa tidak ambil peduli.Matanya begitu sembab. Lantas Lisa mengambil telefonnya. Dia membuka inbox messages nya. Tertera nama Adam di barisan kedua dalam senarai. Lalu jarinya menyentuh pada nama Adam. Dia menaip pesanan ringkas buat Adam. ‘Adam, I can’t handle this anymore. Thanks for your help and I really appreciate it. Goodbye dear.’ dan terus butang send disentuh. Kemudian dengan tenang dia memandang kearah dapur. Langkah yang lesu diatur ke dapurnya dan matanya terus mancari pisau. Dia sudah nekad untuk memilih jalan ini. Tiada jalan lain baginya, hanya ini yang terbaik. Dia jahil tentang kehidupan yang bakal ditempuh sesudah matinya. Mungkin ketika itu dia merasakan hatinya mati, namun hanya Yang Satu bisa menghidupkan semula hatinya. Bukan hanya menghidupkan malah Dia mampu menyucikan dan mewangikannya. Semuanya kuasa Dia. Apabila pisau kini sudah berada ditangannya, dia cuba untuk mengelar nadinya. “Allahu Akbar Allahu Akbar!” terpadam mati niatnya itu mendengar kalimah keramat laungan azan di televisyen. Perlahan-pelahan matanya mengalirkan air mata. Laungan Azan masih jelas didengarinya dan terus menyentuh sesuatu di benak hatinya. Dalam tidak sedar, sudah masuk waktu subuh. Jauh di kalbunya begitu tersentuh dengan laungan itu. Dia sendiri tidak mampu untuk menafsirkan emosinya ketika itu. Pisau dilepaskan jatuh ke lantai. Dia terduduk menangis. Terasa hinanya dan malunya dirinya ketika itu. Namun kali ini bukan malu dan hina kepada manusia, tetapi dia benar-benar malu kepada Sang Pencipta. Tangannya menyapu lembut perutnya. Dalam tangisan itu, timbul satu semangat dalam dirinya. Semangat keazaman untuk mencari sesuatu yang sudah lama seharusnya dia cari. Ketenangan sebenar yang diperlukannya selama ini. Jalan itu lah yang seharusnya menjadi pilihannya. Hidayah itu milik Allah. Dia berhak untuk memberi taufiq dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang diinginkan. Maka menjadi tugas manusialah untuk sentiasa memohon petunjuk dan hidayah Nya. Amin.



Previous Chapter Previous Chapter


Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
5.0
2 Penilai

Info penulis

Anak bahagia

Assalamualaikum. Saya mempunyai impian untuk menjadi penulis. Satu ketika dulu, impian saya ni padam, Tetapi insyaAllah saya akan mulakan semula jejak impian saya ini dan berdakwah ke jalan Allah. InsyaAllah. 
Paansaadon | Jadikan Paansaadon rakan anda | Hantar Mesej kepada Paansaadon

Info karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

komen daripada Facebook

Komen
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog