Cubaan pertama. sebenarnya nak tulis short story tapi aku mcm tak reti nak tamatkan secara pendek. so aku belasah je la kat novel ek. komenla apa yang patut. mueskekskekes Baru seminggu aku di sini. Segala-galanya baru untuk aku. Inilah pilihan aku. Ini keputusan aku. Walau aku dapat lihat ayah dan mak agak berat hati untuk melepaskan anak perempuan mereka yang satu ini, mereka akur. Maka beradalah aku di sini, di timur tanah air menghabiskan baki 2 tahun alam persekolahan aku. Inikah kehidupan seorang pelajar asrama penuh? Ade ke waktu riadah semua plajar duduk tepi longkang sambil kepit buku? Kalau macam nih tak payahla ada waktu riadah, baik prep aje sampai malam. hishhh memang nerd la bebudak SBP nih.Sangapnya aku kalau macam ni hari-hari. Sebenarnya aku pon tak berkecuali. hehehehe Aku memilih ruang yang kosong di tepi longkang lalu duduk di situ. tapi aku takdela kepit buku. Pandangan aku lontarkan jauh ke hadapan. mak aih sangapnya kat sini. Geng pon takde lagi. Nasibla jadi budak second in-take. Terpinga-pinga aje. Terkejut aku kali pertama masuk kelas, subjek maths je dah masuk bab 3 bab padahal baru sebulan sekolah dibuka. advance! advance! Orentasi? hahaha aku lepas dengan jayanya. tak kene buli pon dengan senior. ke sebab aku second in-take? so tak semeriah orentasi first in-take? ah. abaikan saje. tapi aku dengar sekolah semua perempuan ni, senior suka kasi saikologi torture. ahhhh lantak! Aku bingkas bangun. Sangap betul. kiri-kanan orang tengah baca buku. kamonla...tak boring ke? Setengah jam lagi habislah waktu riadah ni. Lepas ni pintu asrama akan di buka. Apa nak buat setengah jam ni? Asal budak sekolah ni tak bersukan? haihhh tak cerdas dan cergas la!Pandangan aku fokuskan ke padang sekolah yang macam padang jarak padang tekukur. Sebatang pokok pon takde... Ehhhhhh.....ada orang! ade ramai orang!Apa diorang buat tuh? aaaaaaaaa.... aaaaaaaaa..... aaaaaaaaa..... NETBALL!! Yeslah!!! Mata aku bersinar. Langkah mula aku panjang-panjangkan. Bukan saja dipanjangkan tapi dipercepatkan juga. Ada juga manusia-manusia yang tidak taksub dengan buku di bumi sekolah ini. Bolehla aku join sekaki nanti. Sampai di depan Musolla aku berhenti. Musolla ialah bangunan yang paling hampir dengan padang sekolah. Nak datang dekat aku segan jadi aku cuma memerhatikan mereka dari jauh. hummm ade ke yang aku kenal? errrrr...takdela....camne nak tembus tembok nih? *tembus tembok di sini bermaksud untuk menyertai geng yang sedang bermain netball itu. Maka duduklah aku di tepi longkang (sekali lagi cuma berlainan koordinat sahaja) sambil memerhatikan dioarang bermain netball. Aci macam training je nih? Biasalah awal-awal tahun, mestila ade MSSD kan. AIsehhh...takde chance la aku nak join team sekolah. haihh rugi sekolah nih...aku nih player tau :P
|