helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Next Chapter Next Chapter

4.3
4 Penilai
Part 1 - Meng
Dihantar: 11/05/2007 pukul 07:05:22 AM | 271 Bacaan
Share

Part 1 - Meng

Aku duduk bersila di kerusi memandang keluar tingkap. Hot chocolate yang baru dibancuh tadi di letakkan di tepi. Hujan sepanjang hari di bumi Inggeris hari nie. Dikerling ke kiri. Herm ...tuil heater dah dipulas ke maksimum tapi sejuk masih mengigit. Ditarik cashmere yang menyeliputi tubuhnya erat erat.Dipejamkan mata .Nafas yang panjang dihela dan dilepaskan perlahan lahan.

Masuk ini sudah 4 tahun bumi asing ini menjadi rumahnya. Empat tahun ini jugalah flat comel, tingkat dua Chesser Hill inilah syurganya.Mata dilirik ke meja.Sekali lagi nafas dihela panjang.Paperwork!Argh. Terbayang wajah Dr Irvin mengingatkannya lagi akan urusan minggu hadapan.

"Diane..."


Diana la.Selamber je panggil aku Diane


"We have to submit these paper by next month. The board need times to review ,before it will be approved for the conference. On the overall, I am satisfied with it but there’s minor changes that I need you to do?",Dr Irvin berbicara sambil memandang tepat padaku.

"What’s is it Doc?", tuturku serius.Hatiku sudah mula dipalu.Ok.Masih irama Balada.Tenang...Tenang

"Well...on the experimental design section. I need you to increase the number of data sampling. I just got off the phone with one the conference officer and they mention that , our data samples are quite low compared to the standard and that’s makes our hypotheses slightly weak."

Oh Great! Sekarang aku kene buat the whole 28 step again. That’s going to take me forever!

"Increase? By how much Doc?",dalam getar aku bersuara. Tenang Diana.Jangan panik.Rentak balada dah tukar pada pop rock.

"I’ll say... increase by half of the existing samples?" sambung Professor tua itu sambil membuat kening 'double jerk'.

Aik,kalah Ziana Zain cam nie Doc.

"Uh..well then. I am going to need more that a month. I need to extract the gene sequence from the Arabidopsis plant again which mean I need to breed it in Petri dish first ,then do the PCR...and the vector ..and ..which means I have to be in the wet lab for a month before I can get the sequence in place and load to the computer and...",sumpah kali ni aku panik.Tambah separuh sample asal sama juga macam membuat semuanya dari awal. Kenangan lepas masih segar dalam memori.Berbulan aku tidur,makan dan bangun dalam makmal.Perfume CK Escape aku dah bertukar aroma ke Hydrogen Sulfide.

"Relax Diane. relax. I already get it covered. I have the sequence at hand. Luckily ,I have been doing the same extraction using the exact environment with my undergraduate student and data are now already keyed in the computer by my lab technician. You just get the data and process it further.", tambah Dr Irvin.Mungkin dia sedah mengesan nada panik dalam tutur bicaraku.Pantas die memotong bebelan ku yang tak ada hujung puncanya itu.

Senyum Dr Irvin.Professor tua berjanggut putih yang sering mengingatkan aku pada Colonel Sanders KFC.Sayang aku ngan Colonel KFC nie.Sifat kebapaannya buat aku senang bekerja dengan Professor tua itu bertahan tahun. Isteri Dr Irvin juga sudah cukup mesra denganku.

"Oh.Great then. I ‘ll get on with it",pantas aku mencapai beg sandang lusuhku itu.Beg pertama yang aku beli di carboot sale sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi Scotland ini.

Penuh sopan aku menutup pintu bilik Dr Irvin. Senyum dah sampai ke telinga. This is really great news!. Dalam dua minggu boleh siap dan dua minggu lagi boleh digunakan untuk proof read paperwork itu nanti.Dan lepas itu kita tunggu. Kalau nasib baik kali ni ada chance pergi conference di luar negara tue.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Trutt...truttt..trutt..truutt."

Sape pulak la ganggu daydream aku nie.Malasnya nak angkat.Dibiarkan sahaja answering machine melayan panggilan yang tak diundang itu.

Hi. Diana not at home. Please leave a message after the tone. Beep!

"Allo perempuan! Aku tau ko ade kat umah. Musim-musim hujan ni tau sangat la tu.Berangan tepi tingkap. Weih. Come down quick. Lets go for dinner. My treat! Cepatttt!!!Aku tunggu depan rumah.", suara Meng pada 3 skala Ritcher memecah kesunyian flatku. Si Buntal, kucing overweightku yang sedap lena di sofa pun terkejut.Bulat matanya, mencicit lari ke bawah meja.

Secalit senyum terukir dibibir. Bingkas aku bangun dan membuka tingkap.

"Meng!! Tunggu sat!", jerit ku.
Sudah terbiasa dengan Meng yang suka datang dengan plan-plan mengejut.Short notice macam nie dah perkara biasa dah.

Meng yang bersandar pada Peugeot 207 merahnya mendongak.Sunglass ala Paris Hilton,skirt paras lutut, boot Prada.

Aiks..dress to kill minah nie.Ade special occasion ke?

"Ok.Ok cepat.20 minutes. Lambat aku tinggal.", sambung Meng sambil mengenakan ekspressi serius warden asrama kami di zaman perrsekolahan.

"Yes Ma‘am!"

20 minit tu terlebih cukup untuknya. Sweat-shirt , tudung and jean kind of girl. No make up.

Ramai orang kurang faham macam mana Diana Zaman dan Jasmeen Jalaludin boleh jadi sahabat baik.Dua duanya bagai langit dengan bumi.Seorang city girl,anak orang kaya,glamour,in style agressif dan up to date.Seorang lagi anak desa, dari keluarga sederhana, agak pemalu, dan simple.Seorang risk analyst berjaya di BDO Stoy Hayward dan seorang lagi academician di Edinburgh University. Seorang tinggal di Chesser Hill flat dan seorang lagi di apartment mewah Queen Street, di tengah bandar Edinburgh. Macam selipar Tat Seng dengan kasut Nine West. Jauh sungguh!

"Aku nak ajak ko makan dekat Sheraton. Ok? ",Meng bersuara sebaik sahaja enjin dihidupkan.
"Sheraton?Alamak ade dress code tak?Boleh ke aku masuk nie?', sekali lagi aku jadi kalut.Silap hari bulan aku tak dapat masuk.

"Boleh! "''Jawab Meng sepantas kilat.
"Aku tengok ko punya dressing hari nie not bad.Ade improvement.Syabbas Betti,Syabbas Betti.....",kata Meng separuh bercanda ala-ala pelakon hindustan sambil menepuk-nepuk bahu ku.

Aku analyse diri sendiri atas bawah. Herm ..jeans baru,tops baru, kasut not bad.Okla quite presentable. Tak macam selalu jeans lusuh dan sweat shirt second hand.So aku bagi kad hijau tanda approval pada diri sendiri.

"Di...I want you to meet someone"'suara Meng memecah kesunyian sebaik kereta membelok ke perkarangan Sheraton. Senyum Meng berbunga dan meleret - leret.

"Huh?"

Ape rancangan Meng malam nie.? Siapa pulak die nak introduce nie?
Well ...just wait and see.

Perut aku tiba-tiba berbunyi minta diisi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.3
4 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari