A number of clustering algorithms were tested on 50 patient with liver diseases, with 330 characters recorded for each patient. In conforming to previous diagnoses of the patients, the single linkage algorithm was less accurate then average linkage technique. Weighting character to give more weight to rarely appearing character also improved conformity to previous diagnosis.
Aku menutup British Medical Bulletin. Artikel Baron D.N. dan Fraiser P.M. sedikit pun tak menarik perhatianku. Berminggu aku tunggu email dari library menyatakan book reservation yang aku buat bulan lepas diluluskan. Bila sudah dalam genggaman Medical Application of Taxitomic Method sudah tidak semenarik yang aku rasakan sebulan dulu.Bahkan ia bagai mengejek-ngejek aku pula hari ini. Satu lagi keluhan panjang aku lepaskan. Banyak kali sudah aku mengeluh hari nie. Tadi masa menekan punat punat kecil di vending machine, Michelle pelajar PhD Dr Irvin menegurku.Rupanya antara masa aku memasukkan duit dan menunggu coffee with double cream aku siap, dia sempat mengira keluhan aku.
Isk...macam stalker pulak budak nie.
4 kali semuanya dan disudahi dengan rasa concern kalau - kalau aku inginkan teman berbicara. Terima kasih Michelle.Nasib baik ada jugak orang yang mengambil berat tapi aku tak perlukan itu sekarang.Sesak didada aku tidak surut. Mulutku masih lagi terasa berpasir. Salmon steak semalam tidak sesedap selalu.
Senyum Meng manis bergula sepanjang malam. Rupanya memang ada special occasion pun. Semalam secara rasminya dia memperkenalkan buah hatinya pada aku.
Terkejut? Tidak
Sudah aku agak lama dulu. Setiap kali Meng bersama aku. Topik Zahir rakan sekerjanya itu tak pernah tidak dibicarakan. Kalau ikut carta Era ni dah dekat 50 minggu ditangga pertama nie.Zahir itu, Zahir ini. Zahir cakap itu, Zahir cakap ini. Walaupun inilah pertama kali bersua muka dah berjilid maklumat tentang Zahir ini aku hadam saban hari secara sukarela atau pun paksarela dari Meng. Breakfast, lunch, dinner.
Zahir datang dengan jambangan ros untuk Meng malam semalam.
Ah malam semalam. Kalaula aku boleh reverse balik. Aku lastik Optimus Prime yang berdiri gagah di rak buku di penjuru bilik.Aku sudah tak boleh bekerja lagi hari nie. Lebih baik aku beriadah. Hehehe
Score!!! Juara lastik kampung.Siapa tak kenal.Abis tupai-tupai pencuri manggis dan jambu aku lastik dulu.
Aku yang agak lambat warm up dengan orang, agak senang pula semalam.Zahir tu macam dah lama pula aku kenal. Dari kisah rancangan Tony Blair meletakkan jawatan, isu cukai pendapatan, kisah perkahwinan Raja Nazrin Shah hinggalah ke teori Optimus Prime dan Decepticons. Sedang aku berjenaka tentang teori gila aku untuk Transformer the Movie yang bakal keluar minggu depan, aku disambar petir. Kecur air liur aku akan aroma salmon steak yang dihidangkan tiba-tiba mati.
*Ringtone* “Hello”, Zahir menjawab panggilan. Serius sekali dengan business-like tone. Agaknya memang ada manual agaknya untuk Risk Analyst.Tatacara menjawab panggilan. Meng juga menjawab telefon sebegitu.
Beberapa saat kemudian, ekspresi wajah dan nada suaranya bertukar. Kendur dan tidak se uptight tadi.
“Eh kau! Wussup!Mimpika call aku?”,Zahir berbicara sambil ketawa. Meng mencubit. Ya la volume 2 naik tiba-tiba ke 7. Pelanggan di meja-meja berdekatan pun sudah mula menoleh.
“Oh really!This is a surprise. Aku kat Sheraton tengah makan dekat Santini Ristorante. Tau macam mana nak datang? Just grab a cab. Cakap Sheraton at Festival Square off Western Approach Road.” , senyum Zahir dah sampai ke telinga.
“Siapa tu?”, tanya Meng sebaik sahaja Zahir mematikan panggilan.
“Kawan lama, masa study dulu. Dia datang surprise visit katanya. Gila la mamat tue”. senyum Zahir masih belum ada hujungnya.
Aku tumpang senyum juga. Aku tahu rasa gembiranya bila bertemu teman yang sudah lama tak bersua. Macam aku jugak,bila Ieta dan Azrin datang 3 bulan lepas. Macam anak ayam terlepas dari reban. Aku jadi muda kembali. Kenangan zaman universiti 6 tahun lalu macam semalam sahaja.
“Siapa? Did I know?”, tambah Meng lagi. “I tak rasa you kenal. Nie member I masa buat degree. Ehsan Hamzah. Good ‘ol Ehsan Hamzah!”
Diana A :What!!Ehsan Hamzah.Ehsan Hamzah?Ehsan Hamzah yang aku kenal ke? Diana B : Ehsan Hamzah lain nie?Ala takat nama Ehsan tu ramai orang lain mak ayah die letak name Ehsan. Diana A: Tapi bapak die name Hamzah la. Isk nie mesti Ehsan Hamzah tue?
Hati aku giat berperang.
Makin banyak kisah-kisah lama sewaktu di universiti Zahir ceritakan, makin aku yakin kami memikirkan Ehsan yang sama.Aku makin resah gelisah.
What should I do? What should I freaking do?Oh tidak.Aku kene escape.Aku tak boleh bersua empat mata dengan dia.Cepat, plan,Pikir...pikir..pikir.
Aku letak pisau dan garpu perlahan-lahan.Tarik nafas. "Meng, Zahir..I don’t feel well la. Can I excuse myself?”, aku buat muka dua puluh sen. Lame excuse Diana. Zahir yang sedang rancak bercerita perihal band yang dia dan Ehsan anggotai di kampus tiba-tiba diam. “Are you sure Di? Nak I hantar balik?”, Meng bersuara dengan muka risau. White lie...white lie “Takpe..takpe I ambik cab ajer.Sakit kepala sikit jer nie. nanti balik rumah I tidur okla. You guys carry on. I balik dulu ya”. Bingkas aku bangun. White lie...white lie ”Anyway Zahir, Nice meeting you”,Senyum aku sudah jadi plastik. Cepat-cepat aku melangkah ke reception area memesan teksi untuk pulang. White lie...white lie Bila teksi ku berlalu dan bayang Sheraton makin menjauh, baru nafas sedikit selesa. Get a grip Diana!!! -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok dah pukul 5. Segera aku capai kunci dan beg sandang.Lagi lama aku berkurung dalam bilik dan memikirkan hal semalam lagi sesak dada dan fikiran aku.I need fresh air! Jalan jalan di taman di musim bunga ini memang melegakan. Lampu bilik kupadam dan pintu pantas ku kunci. Tingkat dua Appleton Tower aku tinggalkan.Aku berlari-lari kecil sambil menelusuri Crichton Street. Angin musim bunga memang menyamankan. Di kiri ku George Square dan di kananku Hugh Robson Building yang bersambung dengan Medical School. Medical School pula bertentangan dengan Reid Concert Hall. Kenapa concert hall bersebelahan dengan kolej perubatan aku tak pasti tapi aku suka ke situ menikmati konsert konsert kecil pelajar jurusan musik.Dari Crichton Street aku membelok ke Middle Meadow Street. Di situ aku berhenti menunggu bas Lothian.
Agaknya apalah Si Buntal buat dirumah.
|