helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.3
4 Penilai
Part 3 - Cilipadi
Dihantar: 13/05/2007 pukul 05:40:02 AM | 220 Bacaan
Share

Part 3 - Cilipadi

Aku menjinjing beg plastik merah berisi ayam sambil berlari-lari kecil sebaik sahaja turun dari bas. Jarak Chesser Hill dengan perhentian bas agak dekat , hanya 50 meter sahaja. Aku dongak ke langit. Gelap. Sah hujan malam ini.Aku mempercepatkan langkah bila terasa ada butir butir air jatuh ke muka. Hujan sudah mula menyimbah bumi.
Sihat la kau bunga - bunga.Allah turun kan hujan untuk ko minum puas puas.
Baru aku sedar minggu lepas yang bunga tulip putih dan merah sudah mula berkembang menggantikan daffodils kuning yang sudah mulai layu. Daffodils memang tak lama hayatnya. Rupanya seakan akan bunga loceng yang ditanam dibahu jalan di Malaysia.Bezanya daffodils ini batangnya seperti pokok kucai.

Selepas selesai solat Asar. Ayam yang ku beli di Nicholson street tadi aku cuci. Menu malam ini adalah ayam masak lemak cilipadi. Cilipadi yang aku beli di Thaimarket minggu lalu masih banyak.

Meow”, Buntal mengesel-gesel di kaki.

Nak makan yer?”,Kali ini dia mengiau lebih kuat sambil memandangku.Matanya dikelip-kelipkan.Sah lapar
Segera ku isi bekas makannya kerana selagi aku tidak memberi selagi itulah dia akan terus berbunyi.

Aku keluarkan bawang,cilipadi dan serai dar peti ais.Operasi cilipadi pun bermula.Aku lebih gemar memasak daripada makan diluar saban malam seperti Meng. Murah, sedap dan cepat. Lidah melayu aku masih tebal, hari hari perut ku menjerit meminta nasi.Aku hanya makan diluar jika benar-benar perlu atau disebabkan Meng seperti semalam. Syurga beli belahku hanyalah carboot sale atau charity shop seperti British Heart Foundation, Barnardo Foundation dan Cancer Foundation. Semua yang second hand dan murah.

"Trutt...trutt..trutt”

“Hello, buat ape?”,suara Meng yang berkadar 3 di skala Ritcher meluncur laju. Secara refleks aku jauhkan gagang telefon.

“Tak ade buat ape. tengah tumbuk cilipadi”, aku alihkan pandangan pada lesung batu yang mak berikan 3 tahun yang lalu. Diimport khas dari Malaysia.

“uuuu....ape ko masak? Masak lemak cilipadi ke?”, tambah Meng sepantas kilat. Aku tahu itu memang kegemaran dia.

“Ha’a.Ayam masak lemak cilipadi.Super pedas.Dijamin mak mentua lalu pon tak nampak” Aku berseloroh, mengiat Meng.

“Uh sedapnyerr!!!...Ok!, aku makan kat rumah kau malam ni. Lagi sejam aku datang. Aku bawak Zahir dengan Ehsan!”

“Men.......”. Aku separuh menjerit.Belum sempat aku habiskan, talian sudah dimatikan.

Isk budak Meng nie...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku kerling pada jam di dinding. Herm..sudah 40 minit berlalu dan dalam kurang lebih 20 minit tetamu akan sampai. Aku padamkan api dapur dan ku angkat tudung periuk sekali lagi.Aroma enak menyerbu keluar.

Perfect! Memang kalau mak mertua lalu dekat belakang pon tak perasan nie.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Cik adik! Hello!”, ada suara sumbang yang menganggu konsentrasi aku .Penumpuan 200% aku pada bola berdiameter 6cm itu terganggu dengan satu jeritan sumbang . Petang itu aku dan Normah goalkeeper kami berlatih membuat hits ,tab dan shots.Latihan extra.Aku ingin memperkemaskan pukulan dan Normah ingin berlatih menyelamatkan bola.Minggu depan kami ada perlawanan peringkat daerah.

"Ok Normah.Ready ?", Normah mengangguk.Aku ketatkan genggaman aku.

“Oi, cik adik baju kepala Elmo!” suara sumbang itu makin kuat dan keras.Kayu hoki yang sudah kuhayun 50 darjah tingginya dari padang aku jatuhkan semula.Konsentrasi aku sekali lagi terganggu.

“Di..dia panggil kaula”,kata Normah sambil memuncungkan mulutnya ke arah pagar yang memisahkan padang hoki dan padang sebelah.Keras suara Normah.Mungkin dia juga terganggu dengan suara yang tak di undang itu.Aku segera berpaling. Memang ada seorang manusia berdiri di tepi pagar.Melambai-lambai.

Panggil aku?Siapa budak itu?

Aku pandang ke bawah, ke baju sendiri.Muka Elmo tersengih kembali pada ku.
Eh memang akula yang dia panggil.

“Ada apa?” Aku jerit kembali

“Bola..” ,balasnya ringkas.

“Bola?”, aku jerit kembali.

“Ye bola”,balasnya kembali sambil menuding ke arah aku.

“Bola?”,jerit ku kembali bertambah hairan. Aku pusing kebelakang.Tak nampak apa-apa bola pon.Bola hoki adalah. Tapi ini aku dan Normah yang punya.

“Ha’a bola tue”katanya lagi sambil menuding ke arah ku.

“Bola ape?”, Balas aku kian keras.Aku tak ada masa nak berbalas perkataan ‘bola’ petang itu.

Tiba-tiba sahaja Normah menanggalkan glove-nya seraya berjalan ke tepi padang.

Aik, takkan tak nak berlatih dah.

Normah yang masih lengkap berpakaian keeper terbongkok bongkok di tepi longkang.Kemudian die berjalan semula kearah ku membawa bersama sebiji bola ragbi.
Oh, otak aku yang sedikit lampi mula memproses.Bola itu rupa-rupanya tersorok dicelah-celah longkang di penjuru padang.

“Nah!,pegi bagi dekat budak tue.Aku malas nak jalan ke tepi padang sana dengan padding nie semua.Berat!”, arah Normah sambil menghulurkan bola ragbi itu padaku.
Jadi aku tanpa banyak soalan mengambil dan memberikan bola itu pada manusia di tepi pagar. Maka petang itulah budak baju kepala Elmo kenal siapa Ehsan Hamzah, pelajar kelas sebelah, setingkatan, seorang pemain ragbi dan bakal orang penting dalam hidupnya sejak daripada hari itu.

Tapi peristiwa pada suatu petang yang lain membuka lembaran baru dalam hidup aku.

Empat tahun lalu,aku keluar dari kampus dengan wajah yang ceria. Petang itu sepatutnya aku dan Ehsan bertemu untuk pertama kalinya dalam jangkamasa yang lama. Ehsan pulang ke tanah air dari Michigan minggu lepas untuk cuti musim panasnya dan dia ingin benar ketemu dengan ku. Aku juga sebenarnya.Ehsan ke Ann Abour Michigan untuk meneruskan pengajian manakala aku di Universiti Malaya melakukan perkara yang sama.Ini tahun terakhir dia di sana.Kami jauh tapi serasa dekat sahaja dalam tempoh itu.Dunia siber dan airmail mendekatkan kami selaman bertahun-tahun ini.Tak pernah tidak ada kiriman-kiriman istimewa untuk ku. Kemana sahaja Ehsan kunjungi dibenua sana pasti ada ole-ole untuk aku.Hati aku berbunga riang petang itu.

Petang itu juga, aku mengenakan tudung biru yang diberikannya pada aku dulu.Hadiah pertama Ehsan 6 tahun yang lalu. Petang itu aku melangkah gembira ke Midvalley.

Dan petang itu...untuk pertama kalinya juga aku mungkir janji pada Ehsan kerana ada janji yang lebih besar telah disiapkan untuk aku.Malam itu aku sudah berada di Kuala Kangsar, dirumah aku.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku mengggulung tikar mengkuang satu persatu.Tingkap sengaja ku buka luas-luas biar udara segar malam masuk dan meniup segala kesedihan dan kesayuan dalan rumahku malam itu.

“trutt..truttt...ttrutt” Telefon bimbit aku berbunyi.

“Hello” , aku menjawab.Lemah

“Hello, Di”

“Ehsan.....”, aku mulai hiba mendengar suara orang yang aku sayang disaat ini.Kolam air mata aku sudah ingin pecah semula.

“Di, siapa sebenarnya kau ni hah!”,suara Ehsan kasar dan keras.

“Aku nampak apa kau buat petang tadi?Kau ni perempuan jenis ape ha?Penat aku tunggu du Midvalley.Kau tak muncul-muncul.So aku pegi ke kolej.baru aku nampak siapa kau sebenarnya”, tambah Ehsan, makin keras .

Kau!Die panggil aku kau?

“Ehsan..dengar sini”, aku bersuara separuh merayu.Ingin aku khabarkan perihal kesusahan aku sekarang.

“Nope! aku call ni bukan untuk kau bercakap tapi aku nak kau dengar apa aku nak cakap.Aku ingat dulu aku jumpa orang yang terbaik. Gadis kampung,lembut, baik hati tapi sayang semua tu palsu.Aku nak pegang tangan kau sikit pon kau tak kasik.Berdosa.Berdosa ye.Tadi tu apa?berpeluk pelukan bawah pokok tu apa!Kau memang penipu Di.Penipu!!!. Oleh sebab itu, hari ini aku nak putuskan apa saja hubungan kita nie.Jangan cari aku lagi!jangan call aku lagi! jangan hubungi aku lagi!I’m going back to Michigan. And this time for good!!!I know you are just too good to be true!!

“Ehsan...” suara aku sudah tersekat di kerongkong.Air mata sudah mengalir laju.Sedetik kemudian talian diputuskan.Aku cuba redial berkali -kali tapi tak sekali pun panggilanku di angkat.

Oh, Ehsan...lelaki itu sungguh menyinga marahnya.


Aku jatuh terjelepuk di kaki tangga. Angin malam yang ingin aku nikmati sudah jadi terlalu panas dan merimaskan.Sisa- sisa air mawar , kemenyan dan kapur barus sesekali ditiup bersama angin malam itu aku hidu.Hati aku jadi lebih berat, lebih hiba. Air mata aku mengalir deras. Dua berita duka yang aku terima malam itu.

Petang itu apa yang kau lihat hanyalah aku memeluk dan dipeluk erat seorang lelaki.Itu hanyalah dimata ...Ehsan. Boleh dinterpritasi sesuka hati oleh minda sendiri.
Tapi apa yang tak kau lihat dan nampak ialah betapa berpinarnya kepala aku waktu itu,betapa lemah longlainya tubuh aku dan bertapa basahnya bahu Along dengan air mata aku. Aku rebah dalam dakapan Along petang itu.

Petang itu Ehsan, ayah aku sudah tiada....
Entah bila aku terlena dengan telefon bimbit masih kemas ditangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku seka air mata yang mengalir. Cerita lama jangan dikenang lagi. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku nekad untuk tidak menjadi pengecut lagi. Untuk apa aku lari.Aku bukannya seorang pesalah.Aku harus berdepan dengan realiti yang satu ini.Aku kesat sisa-sisa air mata yang masih tinggal dengan hujung bajuku.
Aku jeling sekali lagi pada jam di dinding.Sudah lewat setengah jam dari yang dijanjikan oleh Meng.Tetamu masih lagi belum tiba.

Erm...kenapa ya?





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.3
4 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari