"Jemput masuk...", aku bersuara penuh sopan mempelawa tetamu masuk ke flat comel ku. "Wah sedapnya.....!!!", seru Meng sambil melangkah pantas memintas Zahir di muka pintu. Mata dan langkah Meng terarah pada gulai ayam masak lemak cili padi di meja makan. Pantas Zahir menarik Meng ke tepi. "Jasmeen...rumah orang nie, laju aje dia, reject I nak buat bini macam nie. I kahwin dengan you je la Di macam nie",seloroh Zahir sambil membulatkan matanya. Zahir memang kuat menyakat Meng, sengaja mengundang marah Meng katanya. Suka benar die dengan muka merah dan muncung Meng itu. "Ala tak ape, ni bukan rumah orang lain. Ini rumah my bestest friend, cik Diana Zaman kite. Di pon tak nak dekat you la Zahir sebab you tak berape nak hensem",sambung Meng dengan nada sedikit merajuk. Bahuku dipeluk erat. Aku tak ambik pusing itu semua, faham benar aku dengan sandiwara 'marah-marah sayang' merpati dua sejoli ini. Tapi ada sepekara yang tak dapat aku tidak ambil pusing iaitu pandangan mata Ehsan. Aku kira dia tidak perasan semasa melangkah masuk tadi, matanya menunduk sahaja.Agaknya segan di ajak datang ke rumah orang asing. Tapi tadi, bila Meng menyebut namaku, aku sedar ada mata lain yang tiba-tiba memandang. Yang meresahkan adalah pandangan itu begitu dingin dan kosong. Tarik nafas Di...hembus...tarik lagi...hembus..... "Erm..erm..", aku berdehem walaupun tekak aku tidak lah terasa gatal. "Masuk - masuk.Duduk la ape berdiri dekat pintu nie.Tengok tv dulu ya. Biar I panaskan gulai ayam nie. Sejuk dah tunggu korang sampai.", Aku bersuara seraya mengangkat mangkuk gulai ke dapur. Meng membontoti aku ke dapur selepas menyuruh Zahir dan Ehsan ke ruang tamu. "Apasal lambat Meng? Kalau tidak aku makan sorang aje semua nie?", tanyaku. Api dapur kuhidupkan.Sesekali gulai itu aku kacau. "Ala...Zahir lambat.Ehsan tu taknak datang mula-mula.Malu lah,segan lah.Macam perempuan..", jelas Meng sambil menjuihkan bibirnya. "Kenapa die tak nak datang Meng?", ku tanya lagi memancing penjelasan Meng. Tahukah dia rumah yang dituju rumah aku? Atau yang paling penting marahkah dia lagi pada aku? "Entah..aku tak tau", jawab Meng bersahaja. "Meng...die tu datang dari Malaysia ke?Baik sangat ke dengan Zahir sampai sanggup datang melawat jauh-jauh nie?", sambung aku lagi.Rasa ingin tahu perihal Ehsan masih tebal. "Dia tue..bukan datang dari Malaysia. datang dari US. Kerje kat sana.Ala macam kitalah expatriate",jelas Meng lagi. "oooo", sahut aku sambil menutup api dapur.Gulai ayam masak lemak cilipadi sudah siap diperhangatkan. Suasana sepi seketika. Meng khusyuk memerhatikan aku menceduk gulai ayam masak lemak cilipadi ke mangkuk. Hahahaha...terliurla tu. Sengaja aku tuang perlahan lahan kuah masak lemak itu .Kasik slow motion effect sket.Hehehe...aku ajar masak gulai ni dah dekat 3 kali dah.Semua fail.Makan nasik bungkus la Zahir nanti.
Aku alihkan pandangan dari gulai ayam ke wajah Meng dengan niat hendak berseloroh mengenai ayam masak lemak cilipadi itu.
Oh pocot!. Telahan aku salah belaka.Meng bukan memerhatikan gulai ayam yang aku ceduk tapi matanya terancap pada aku. Ada ekspresi yang tak dapat aku tafsirkan. Alamak Meng tahu ke.Ape Ehsan dah cakap?Isk kalau die yang cakap aku la bad guy dalam cerita dongeng dia tue. Aku jadi resah.Tiba-tiba ada senyum jahat meniti di bibir Meng.Senyum itu bertukar kepada sengih yang sudah macam kerang busuk. "Hehehehe....",Meng ketawa. "Ape hhehehehe?" Aku pantas bertanya. Meng mendekatkan dirinya pada aku seperti mahu membisikkan rahsia kerajaan. "Apasal banyak tanye nie?Ko minat dekat die ke?" "Aku?Isk jangan jadi gila la.Aku tanya aje.Salah ke.Saje nak tau.Curious", cepat cepat aku membela diri. Tapi aku lega, sekurang kurangnya kisah lama kami tak diketahui Meng. Sekurang- kurangnya Ehsan tak membawa cerita yang bukan-bukan tentang aku. "Ala kalau yer pon, ko dah tak ada chance dah. His taken!",sambung Meng, masih lagi dengan bermodalkan sengihan kerang busuk itu. "Oh....", kataku perlahan. "Nah, bawak pegi depan. Kerahan tenaga..takkan nak makan free je kan",Aku letakkan mangkuk gulai ayam itu ke tangan Meng. "Bawak pegi depan , aku nak keluarkan kerabu mempelam dari peti ais. Jap lagi datang balik ceduk nasik. Ada paham?" "Yes cik puan Inspektor. Garang.Apalah yang si Arif tu nampak dalam ko ni Di", kata Meng mengejek.Pantas die lari meninggalkan dapur sebelum cubitan aku singgah ke lengannya. Meng budak nakal yang gile! Arif...nama juga mengundang resah dalam hati aku. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Majlis makan malam itu berlalu dengan tenang. Semua khyusuk menghadap makanan masing-masing. Itulah penangan gulai ayam masak lemak cilipadi resipi mak. Kaw! tak terkata.Aku lebih banyak mendengar malam itu.Cerita Zahir tentang zaman lamanya yang sesekali di sampuk Ehsan. Menambah itu dah ini fakta-fakta Zahir yang tertinggal. Meng pula asyik bertanya itu ini pada Ehsan.Ingin mengorek rahsia Zahir katanya. Meng ingin tahu tahap 'romeo'nya Zahir di univerisiti. Adakah affair dengan si mata biru,hijau atau kelabu? Berapa banyak bekas kekasihnya?Adat orang bercinta, seterbuka mana minda seseorang pun, cemburu tetap ada. Ehsan pula cukup coorporative, semuanya kisah lama Zahir dibukanya satu persatu. Dia masih seperti dulu. Peramah, ceria cuma bezanya tidak sekali pun malam ini pandangannya jatuh pada aku. Bencikah?
Ya..pasti bencinya pada aku masih ada.. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rumahku serasa sunyi seketika. Meng di bilik ku menunaikan solat Maghrib.Zahir dan Ehsan pulak aku sediakan ruang di penjuru ruang tamu.Sekeping sejadah dan kain pelikat aku sertakan. Aku sebagai tuan rumah sibuk di dapur mencuci pinggan mangkuk bekas makan sebentar tadi. Tiba-tiba lampu dapurku terpadam, sesaat kemudian menyala kembali. Aku membuat 'mental note' untuk membeli mentol baru esok. Dah nak terbakar la tue. Tak lama kemudian aku rasa seram sejuk. Rasa macam ada sesuatu sedang memerhatikanku. Diana A: Isk...ada hantu ke rumah nie?Die ke yang main-main lampu nie? Diana B : Mana ada hantu.Syaitan adalah.makhluk ciptaan tuhan yang tak patut kita takut padanya. Diana A: Abih tue apasal rasa seram sejuk nie?Nak pusing ke tidak? Diana B : Isk..jangan la.Tah tah ade kat blakang nie.Kang terpengsan pulak.Biar die blah dulu. Diana A: Tapi mana ade hantu lah. Isk percaya tahyul betuila. "Di.."perlahan dan sayup-sayup Alamak hantu nie tahu nama aku lah. Otak kartun aku yang sungguh tinggi daya imaginasinya mula membuat penafsiran yang bukan bukan. "Diana Zaman", suara itu kian jelas. Kali ini tidak perlahan dan tidak sayup - sayup lagi. Aku terkaku. Keras. Air yang mengalir dari mulut paip aku pandang tak berkelip. Itu bukan suara hantu tapi suara manusia. Itu suara manusia di tepi pagar 6 tahun yang lalu. Aku berpaling. Dan sah itu dia, manusia itu bersandar sambil berpeluk tubuh di muka pintu dapur memandang aku dengan satu pandangan tajam yang sukar ditafsirkan. Ah sudah.... Air paip masih terbuka deras.
|