"Di..." datar Ehsan bersuara. Aku tak menjawab. Hanya memandangnya dengan penuh debaran. "Sihat?", sambungnya sepatah. "Hmm...",balasku sambil mengangguk. Sunyi dapur itu seketika. Ehsan mengusap perlahan dagunya kemudian dia berjalan perlahan ke arah aku. Jangan dekat, Ehsan pergi jauh-jauh "Buat ape dekat sini?",sambungnya lagi.Masih datar, masih tak berperasaan. "Kerja" "Kerja ape?", telahnya lagi. "Teaching Assistant ,Bioinformatics Institute, Edinburgh University", balasku sedikit panjang lebar. Aku amat berbangga sebenarnya dengan pencapaian peribadi aku ini. "Oh, teaching...assistant...Is the pay good?",tanya Ehsan.Kali ini sinis sambil memandang aku dengan ekor mata.Dia berpeluk tubuh lagi.Ada nada tidak ikhlas dalam pertanyaannya. "Why?",suara aku sedikit naik.Aku sedikit tercabar. "No, nothing in particular. I heard gaji ciput ajer",tokok Ehsan kali ini memandang terus kepada ku. Ya la aku baru trainee lecturer, of course la gaji kecik lagi. "So?",suara aku sudah bergetar.Marah dan kecewa yang aku simpan bertahun-tahun sudah muncul semula. "Nothing....I'm just saying...it's a well known fact",sambung Ehsan lagi.Ada senyum di hujung kata. That's it, dia memperkecil- kecilkan aku ya. Dia ingat dia siapa hah! Nafas aku turun naik.Makin lama makin pantas. "Listen Ehsan...", bibir ku ketap sambil menyambung bicara.Aku tak mahu semua ini di dengari Meng dan Zahir.Amarah ini harus aku bendung. "Kecik atau besar gaji aku..cukup untuk aku hidup dan hantar bulan-bulan pada mak dan keluarga aku di Malaysia.Ingatan tue yang penting.Who are you to judge me?You ...you...selfish..."',ayat itu aku biar tergantung. Perkatan akhir tidak kuluah sebaliknya ku telan kembali. Terlalu dahsyat untuk aku gunakan. Ehsan merapatkan mukanya padaku.Separuh berbisik die menyambung.. "I have every right to judge you.Selfish?Kau kata aku selfish?Hahaha...cerminlah diri sendiri.Kau tak layak menyamakan aku dengan diri engkau sendiri.",balas Ehsan. Pedih.Ya pedih....ulu hati,jantung,paru-paru dah semua organ badanku.Kata-kata kesatnya, 4 tahun dulu tak cukup lagi rupanya. Oh you messed with the wrong girl, Mister....Ini Diana yang baru.Bukan yang yes..yes..no..no.Bukan yang dengar cakap tak membantah,bukan yang diam bila di kritik,bukan yang terima sahaja keji,kata kesat,apatah lagi fitnah. "Ehsan...",mata aku mencerun.Pandangannya aku balas. "...kau....." "Ehsan, jom balik dah pukul 11 dah nie.Esok aku kerje",laung Zahir dari ruang tamu. Sebentar kemudian terdengar derapan kakinya menuju ke dapur. Ehsan melangkah setapak ke belakang. "Oh sini kau ya.Jom lah!", Zahir muncul di pintu. "Nak balik dah ye..",respon Ehsan "Ha'a aku tunggu kat depan.Ingat ko pegi tandas.Lama.Rupanya kat sini. DI ape die buat kat kau? Ape-ape report je kat aku.Ni mamat casanova nie...",kata Zahir separuh berseloroh. "Haha..apala ko Zahir,Aku nak mintak air segelas je nie.Tekak aku rasa haus", jelas Ehsan. Cheh... penipu.... "Boleh bagi saya segelas air cik Diana", pinta Ehsan bersopan. Tanpa banyak soal aku tuang segelas air untuk Ehsan. Tak mahu hangatnya perbualan kami tadi di hidu Zahir. "Ape-ape je la Ehsan. Aku tunggu kat depan",Zahir berlalu. Ehsan segera minum dan meninggalkan gelas di sinki.Sebelum keluar dari dapur dia memandang aku sekilas. "Terima kasih.Ayam masak lemak cilipadi masih sedap macam dulu",Ehsan senyum lagi dan berlalu ke ruang tamu untuk bersama dengan Meng dan Zahir yang sudah bersiap-siap untuk pulang. Kasih mu tak diterima. Dammit....
|