Hari minggu datang lagi. Aku sungguh gembira, semua beban kerja aku tinggalkan ,dan dua hari ini khas untuk aku berehat dan bermalas-malasan. Aku ke Holyrood Park petang ini bersama Arif.Holyrood park yang diapit Holyrood Castle ,istana khas untuk Queen Elizabeth bilamana bumi scotland dilawati atas urusan rasmi dan binaan unik ciptaan Allah s.w.t; Arthur Seat. Arthur Seat adalah nama yang diberikan untuk gunung bongkah setinggi 250m yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi 350 tahun yang lalu.Arthur Seat adalah puncak tertinggi dari gunung-gunung bongkah yang lain. Ia juga dikenali sebagai Lion Head kerana bentuknya yang seakan akan seekor singa yang sedang duduk. Kini Arthur Seat adalah sebahagian daripada Holyrood park, sama seperti tasik yang terbentuk d sebelah kiri dan padang hijau yang luas terbentang di kanannya. Aku dongak ke langit.Matahari masih lagi memacar lembut.Ah tak silap aku ajak Arif berjogging petang ini.Cuaca baik sekali. “Ok, nak race turun bawah?”, kata Arif mencabar. “Ok, no problem!!”,balas aku sambil tersengih. “Kalau ko kalah, ko kene belanja aku kopi secawan”,kata Arif sambil menuding jari pada kedai kopi bergerak di bawah. “...and kalau aku kalah pon ko kene belanja sebab ko yang paksa aku datang sini petang ni.”, sambungnya lagi. “Orait Bro.Takde hal”,aku menyatakan persetujuan. Kami diam seketika sambil menikmati keindahhan semulajadi Edinburgh dari puncak Arthur Seat. “Di...ko ada masalah ke?..”tanya Arif.Kali ini nadanya serius.Faham benar die dengan rutin aku setelah hampir 4 tahun lebih kami kenal.Sejak sama-sama menyambung pengajian di sini.Aku dengan Masters of Science dan dia dengan Masters of Philosophy. Kalau bermasalah atau stress aku akan pergi berlari di sini .Taman yang agak jauh dari rumahku.Aku perlu naik bas dua kali untuk sampai ke sini. “Tak ada lah. Cuma aku baru aje submit paperwork aku pada Dr Irvin semalam.So aku nak buang semua elemen-elemen stress yang aku experience 3 bulan menyiapkan paperwork tue hari nie.”, sambungku panjang lebar yang disambut dengan anggukan kepala tanda faham dari Arif. Dan untuk menghilangkan ingatan aku pada Ehsan yang sungguh meresahkan.Aku cuba buang berkali-kali tapi tak berjaya.Mungkin berjogging sampai penat ini solutionnya. “Ok, jom!” , aku sudah mulai berlari meninggalkan Arif dibelakang. ---------------------------------------------------------------------------- “Ok,as promise..coffee on me.My treat!”,kataku bersahaja sambil berjalan meninggalkan Arif di bangku ke van minuman di tepi padang. Aku memesan dua cawan kopi O panas, sesuai dengan udara yang kian sejuk. “Di!!!!!!!!”,jeritan yang disusuli dengan satu pelukan erat dari belakang benar-benar mengejutkan aku. Aku segera berpaling. Muka Meng yang tersengih memandang aku dari jarak 5 cm. Bisa gugur jantung gue. Gile punya budak! “Huish...gile la ko nie. Sib baik aku takde heart attack!”, aku cubit lengan Meng kuat sambil tertawa. “Adoi....sori..sori...”, Meng mengaduh dalam ketawa juga. “Eh buat ape kat sini?’, soalku bila tawa kami mereda. “Tour Scotland”, jawab Meng ringkas sambil menuding ke kawasan tempat letak kereta. Mata aku menyorot ke arah yang di tunjuk Meng.Zahir melambai-lambai dari sisi keretanya dengan sahabat baiknya itu di sisi. Fahamlah aku, minggu ini masih lagi dihabiskan Meng dan Zahir menjadi tour guide peribadi Ehsan. Minggu lepas aku diberitahu mereka ke Loch Ness, Isle of Wright dan melawat Scotland costal line.Belum selesai lagi rupanya. Great! Bila aku dah nak lupa aje die muncul.Isk usaha aku petang ni sia sia aje la. Dalam pada aku melayan perasaan, Zahir dan Ehsan susah sampai ke sisi. “Buat ape kat sini Di?”,tanya Zahir memulakan bicara.Ehsan lebih senang menjadi pemerhati. Ai tak nampak ka outfit aku nie yang siap dengan peluh menitik-nitik nie. “Tak ade buat ape-ape.Aku memancing ikan je..hehehehe”, aku melawak cuba mengendurkan ketegangan perasaan yang aku rasa dek pandangan Ehsan. Ehsan aku pandang sekilas. “Hehehe..haa Zahir , Di ni memang datang sini memancing. Tue nampak tak tue..ikan besar kat sana.Atas bangku tue”..sambung Meng sambil menudingkan jari ke arah Arif yang sedang berehat di bangku sana.Meng menggamit Arif untuk datang ke arah kami. “Meng”, sapa Arif. “Hai Arif. Ni kenalkan Zahir.Yang itu Ehsan kawan Zahir”,Meng memperkenalkan Arif pada dua lelaki itu.Mereka berjabat tangan. Aku hulurkan cawan kopi pada Arif. “Why don’t you guys join us for small picnic”,ajak Meng sambil memandang aku dah Arif. “Thanks but no thanks. Aku kene balik banyak kerje tersadai kat rumah tue.Lagi pulak petang ni kawan aku dari Manchester nak datang.nak kene berjemput kat Waverly station’, terang Arif panjang lebar. “...ini pun si Di nie ha, paksa aku teman die panjat Arthur seat petang nie,,,upahnya kopi secawan ini je la..itupon dah naik sejuk nie”,sambung Arif sambil mencebik pada aku. “Hei...watch it! Next time aku tak nak belanja dah”, aku pula mencebik pada Arif.Kami ketawa. Selepas bersalam dengan Zahir dan Ehsan Arif meminta diri untuk pulang.Aku menghantar Arif ke keretanya seketika dan berjalan perlahan-lahan ke arah Meng,Zahir dan Ehsan yang sudah berada di penjuru padang sebelah sana. Meng membawa bersama layang-layang yang aku dan dia beli satu ketika dulu. Memang seronok bermain layang-layang di musin bunga.Angin yang kuat dan cuaca yang sedikit suam, padang yang hijau dan bunga yang berkembang.Huh..picture perfect! Aku melabuhkan punggung di atas tikar yang di bentang Meng tadi sambil memandang ke arah Arthur Seat. Aku buka bakul yang dibawa Meng. Wah Spaghetti, sandwiches.Herm...kerje keras Meng hari nie.Selalunya benda-benda memasak, mengemas dan apa sahaja 'domestic chores' ni leceh katanya. Aku pandang ke tengah padang, Meng, Zahir dan Ehsan masih tak berjaya menerbangkan layang-layang itu. Macam kanak kanak ribena.Terlompat - lompat! Aku alihkan pandangan ku semula ke arah Arthur Seat.Bukit hijau dan langit yang membiru.Cantik sungguh! “Siapa tadi tue?” “Ha?”, aku sedikit terkejut. Tak perasan sejak bila Ehsan sudah duduk di sisi aku.Nasib baik aku tak bukak silat pulut tadi.Sudah dua kali aku terkejut petang ini. “Oh tadi tue, Arif...my colleague”, sambung aku seketika kemudian. “Oo..ic..colleague aje?”, soal Ehsan kembali. “Yes.”, sambung aku ringkas.Malas aku melayang pertanyaan Ehsan yang aku cukup yakin akhirnya akan mengundang sakit di hati. "Bila nak kawin Di?, sambung Ehsan lagi tanpa menghiraukan mata aku yang mencerun tadi. "Kawin?Hah..tengoklah bila ada orang yang boleh percayakan aku dan tak melulu buat kesimpulan sendiri.Seorang yang matang sikit",aku jawab acuh tak acuh. Ambik kau.Ingat ko sorang boleh laser. Aku dan dia diam kembali, membuang pandangan pada Arthur Seat semula sambil melayan perasaan masing-masing. “Ehsan, call!”, jerit Zahir sambil berlari mendapatkan Ehsan. “Siapa?”, tanya Ehsan ringkas. “Buah hati.Rindu kot”, jelas Zahir sambil tersenyum nakal pada Ehsan. Ehsan memandang aku sekilas sebelum mencapai telefon bimbit Zahir. Die bangun dan menjarakkan sedikit diri dari aku. Mungkin dia inginkan sedikir privacy. Diana A : Siapa yang buah hati dia tue?Cantikkah?Baikkah? Diana B : Itu tak ada kene mengena dengan aku.Why should I be bothered? Diana A : tak adalah saje je nak tau.Salah? Diana B : Tak salah. Tapi bunyinya macam aku suka kan dia lagi. Eh Aku sukakan die lagi ke? Diana A: Isk siapa sukakan lelaki macam tue. Mulut laser?Egoistik?Selfish........yadayadayada Diana B: Yelah tue. “Where are we just now?”,Ehsan berbicara semula ingin menyambung perbualan kami yang terganggu tadi. Aku tersentak dari lamunan. Bila pulak la mamat nie terpacak depan aku nie? Tak perasan langsung. "Oh ya, pasal kawin...nak kan lelaki yang matang ya. Itu perkara nombor 2,3,4 atau lima.Nombor satunya mesti cari orang yang setia.Bukan yang jenis main kayu tiga, empat atau lima", sambung Ehsan . "Listen Ehsan, I know that you're refering me as being disloyal , main kayu tiga, empat,lima. Tapi all these year pernah kau tanya diri sendiri ape sebenarnya jadi.What actually happen?.6 tahun Ehsan..enam tahun kau kenal aku, you should know who I am!! I deserve a chance to explain myself to you 4 years ago!", marah aku sudah meletus.Muka aku sudah merah padam menahan geram. "Then explain yourself", sambung Ehsan. "Hah..,it's too late.Kalau kau tanya aku 4 tahun dulu ,ya aku pasti akan jawab.Tapi sekarang?Apa gunanya lagi.Dah tak relevan.Ko dah hancur,remukkan hati aku ni.Dah tak ada apa lagi nak aku jelaskan.", aku menarik nafas perlahan-lahan.Marah ini harus aku bendung. Ehsan diam.Aku juga turut diam. Mulutnya terkumat kamit ,menahan marah barangkali ataupun ada sesuatu yang ingin dikatakan.Zahir dan Meng datang mendapatkan kami beberapa saat kemudian dan menyelamatkan aku dari keadaan yang sungguh janggal rasanya. “Aziana call?”, Zahir bertanya “Haa, die tanya bila aku punya arrival time”, sahut Ehsan teragak-agak Diana A : Arrival time?Die dah nak balik ka. Diana B : Bagus.Tak menyemakkan otak aku lagi “Wah die jemput ko nanti ke Ehsan. Sayang sungguh,Rindu nak jumpa la tue, lama sangat ko dekat sini. Takut die ko jatuh hati dengan mana-mana perempuan kat benua nie”, tambah Meng pula. “Ha...since we are on that topic, Ehsan...bila ko dengan Aziana nak bertunang? You’ve known each other sejak dari first year dekat universiti lagi”, telah Zahir. oooo...kenal dari universiti lagi “Ala..i need time lah.Kenal memang dah lama tapi kami ‘kawan’ baru setahun aje”, balas Ehsan kembali. “Apa lagi kau tunggu Ehsan.Jangan jadikan kisah lama ko penghalang”, sambung Zahir lagi Kisah lama? Did he means kisah lama aku dah Ehsan? “Kisah lama apa?”, giliran Meng pula bersuara. “Ehsan nie...dulu masa kami final year dekat Michigan.Dia balik Malaysia nak propose high school sweetheart die. Tapi something happen.Semua tue tak jadi.Die balik awal ke Michigan cuti summer tue.Senyap ajer.I try nak slow talk dengan die.Ha..sekali lebam bijik mata nie. Tau la awak blackbelt”, sambung Zahir menjawab pertanyaan Meng panjang lebar. What??No wonder marahnya berapi-api waktu itu. Aku sudah sejuk satu badan. Mendengar orang lain membicarakan kisah aku dan Ehsan buat aku kurang senang. “Tiga tahun selepas tu, mamat nie still single. Banyak girls yang interested dengan dia tapi die buat tak tahu aje.Keras hati!I selalu cakap dengan die.Move on..jangan pikirkan lagi hal orang yang tak ingat dan tak sayang kan kita”,Zahir bercakap sambil menepuk bahu Ehsan perlahan. Meng mengangguk perlahan.Ada simpati pada wajahnya. This is unfair.Korang hanya dengar cerita sebelah pihak. Tak betul semua tue!! “It’s all in the past,Zahir. Let bygone be bygone although....you can't tell your mind to stop loving someone when your heart still does”, tutur Ehsan perlahan tapi cukup jelas di telinga aku. “Anyway, aku dah ada Aziana sekarang. What more could I asked for! Jom main layang layang ”, sambung Ehsan sambil bangun dan mencapai layang-layang di sisi. "Meng, aku balik dulu.Badan rasa tak best la", aku berlalu sebelum Meng sempat bersuara. Tiba -tiba sahaja aku rasa nak demam. Teaser : Supir?siapa jadi supir.....Part 7: Supir Perjalanan dari bandar Edinburgh ke lapangan terbang terasa begitu lama. Aku jeling pada Ehsan disebelah. Die begitu asyik membaca surat khabar hari ini. Lantaklah, aku lagi rela silent treatment dari bertekak tak tentu pasal.Lagipulak aku nak kene concentrate driving nie. Lama aku tak pegang stereng. -----T.o B.e C.o.n.t.i.n.u.e.d------ ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|