helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.4
5 Penilai
Part 7 : Supir
Dihantar: 19/05/2007 pukul 05:43:00 AM | 210 Bacaan
Share

Part 7 : Supir

Perjalanan dari bandar Edinburgh ke lapangan terbang terasa begitu lama. Aku jeling pada Ehsan disebelah. Die begitu asyik membaca surat khabar hari ini.

Lantaklah, aku lagi rela silent treatment dari bertekak tak tentu pasal.Lagipulak aku nak kene concentrate driving nie. Lama aku tak pegang stereng.

Hari ini tugas aku menghantar Ehsan ke lapangan terbang. Meng dan Zahir ada urusan lain yang tak dapat dielakkan. Walaupun berat hati aku turutkan juga sebagai kawan yang baik.


Aku teringatkan pesanan suara Meng semalam.

“Di, apasal ko balik awal sangat tadi.Actually aku dengan Zahir have favour to ask you.Esok boleh ko tolong hantar Ehsan ke airport? Please..please..pretty please....Kami ada meeting petang esok dengan investor yang for sure akan drag on sampai malam. Please DI.Aku kasik kereta aku kat ko pagi esok before pegi kerja.Ko hantar ujung minggu nanti aje lah.Aku pergi kerje dengan Zahir aje minggu nie. Ko gunalah sementara tu ya.Ok?Please my goood good friend.Flight Ehsan pukul 630 petang.So ko pick him up around 430 ok dari umah Zahir.Thanks.Bye”

Ehsan membisu sepanjang perjalanan. Tidak sepatah kata pun. Dia banyak mengelamun dan mengeluh sepanjang perjalanan.

“Takpe lah sini aje.Tak payah hantar sampai dalam.”, ucap Ehsan sebaik sahaja aku turunkan dia dan bagasinya di depan balai berlepas.

“Are you sure? Kalau nak aku tunggu pun tak apa.I’m not rushing or anything”, aku memberi cadangan, tanda prihatin seorang sahabat.Aku memang tak punya urusan lain selepas ini.

Ehsan diam sekejap.Berfikir agaknya.


"Kalau macam tu oklah.Awal lagi nie. I belanja you kopi ok?", sambung Ehsan memberi cadangan.

"Ok.Tunggu kat entrance ya, nak pegi park kereta kejap", aku memberi persetujuan. Walau apa pun yang terjadi antara kami baik empat tahun yang lepas atau pon dalam mase dua tiga minggu nie aku tidak mahu akhirnya pertemuan kami dengan perkara yang tak elok.

Sepuluh minit kemudian aku sampai kembali di pintu masuk balai berlepas. Ehsan masih lagi berdiri di situ sama seperti tadi.
"Ok nak pegi mana? Sana tue ada cafe.", aku menuding jari pada ruang legar free duty lapangan terbang.


"Ok , jom", sahut Ehsan menarik bagasinya ke arah yang aku katakan tadi.


"Nah mocha latte.Hati hati panas", Ehsan menghulurkan kopi yang aku pesan tadi.


"ouch...panasnya" terpancul perkataan itu dari mulut aku secara refleks.Hampir hampir tersembur air kopi dari mulut.Segera aku telan. Panas sungguh, lebur lidah aku. Salah sendiri terus aja di tunggang kopi panas itu tanpa berhati-hati.


"Kan dah cakap panas. Ish...ish..macam budak kecik", sakat Ehsan sambil menghulurkan tisu.


Aku kesat baki air kopi yang berjaya keluar juga dari mulut.Aku mencebik. Ehsan pula ketawa.Dianampak sedikit muda. Seperti Ehsan yang aku kenal empat tahun dulu.


"Di...aku mintak maaf ya banyak-banyak, atas apa saja aku cakap,buat selama 3 minggu ni. Aku tak bermaksud tapi die terkeluar sendiri", sambung Ehsan bila tawanya mereda.


"Aku jugak.",aku kira aku juga perlu pohon kemaafan Ehsan. Mulut aku pon boleh tahan juga.


"I guess we start off the wrong foot the other day. Dua - dua terus sentap!", sambung aku dalam nada berseloroh.


"Ha'a , sekali sekala debater pencen berhujah", sambung Ehsan turut tertawa bersama aku.


Di sekolah dulu Ehsan memang terkenal dengan kelantangan suaranya berdebat dan berbahas. Sentiasa mewakili sekolah dan seringkali pulang dengan kemenangan yang membanggakan. Aku pula lebih kepada pemerhati di kerusi belakang. Tak kira pertandingan bahasanya kah atau pon perlawanan ragbinya kah.Akulah tukang sorak paling berjaya.

Aku dan Ehsan dulu memang ditahap yang berbeza. Aku pelajar sederhana, pemalu dan pendiam. Dia pula pelajar cemerlang, aktif dan dikenali ramai. Di awal persahabatan kami, acapkali Ehsan harus meyakinkan aku akan niat ikhlasnya itu. Aku seakan -akan tidak percaya dalam ramai aku yang ingin dijadikan sahabat istimewa.

"Sebenarnya Di, aku bangga dengan pencapaian kau sekarang. Tak sangka sebenarnya aku akan jumpa kau kat sini. Macam tak percaya.So maaflah apa yang keluar dari mulut aku tempoh hari. Aku tak berniat pon.Aku cuma terkejut masa tu so aku cakap yang bukan-bukan", jelas Ehsan lagi panjang lebar.Agaknya tak cukup yakin aku akan maafkan dia.

"Sudahlah Ehsan.Benda dah lepas pon.Tak payah la ingat-ingatkan lagi.Aku dah maafkan dah pun", sambungku perlahan. Memang sebenarnya aku sudah tidak marah lagi padanya. Aku tahu dengan kesudahan yang kami tinggalkan empat tahun dulu , dan niat sebenarnya hari itu aku boleh faham rasa geram dan marahnya.

"Kita bukak buku baru.Kita cipta kenangan baru. Cerita lama kita dulu tak payah lagi kita ungkit, sambung aku lagi menyedapkan rasa. Terlalu selesa aku duduk dengannya petang ini. Perasaan ini menakutkan aku.


"Kau happy sekarang Di?",tanya Ehsan.


"Aku. Alhamdulillah ok.Aku senang begini sekarang. Aku harap kau dan Aziana berbahagia juga."


"Ya...aku dan Aziana..", jawab Ehsan perlahan. Ada keluhan berat dihujung bicara. Mood ceria serta-merta bertukar murung.
Aku tidak bertanya. Aku perhatikan saja Ehsan yang asyik membetulkan duduknya dari tadi.Memang aku kurang faham dengan Ehsan sekejap panas sekejap sejuk ini.


"Di,balikla dulu.I guess , I'm going in now"


"Oh, ok. Sure? Don't want me to keep you company?" aku bertanya semula. Aku kerling jam ditangan. Masih ada kurang lebih satu jam setengah sebelum waktu berlepas.

“Tak apa.I’m ok.Baliklah dulu”, sambung Ehsan.Ada kelembutan dalan bicaranya petang itu. Matanya redup memandang aku.

“Oh...ok”,aku berkata seraya membetulkan pakaian sebelum berdiri.

“Di...”, panggil Ehsan.Aku terduduk semula.

“Ya”, aku mendongak.

“Erm..nothing...cuma cakap terima kasih pada Meng dan Zahir ya.Dan...terima kasih jugak Di...untuk semua ini”

“Don’t mention it. Have a safe flight! Take care”, aku mengakhiri perbualan dengan senyum. Kali ini senyum aku benar benar ikhlas dan ada rindu yang tiba-tiba menjentik hati aku.

Gile nih!

Aku betulkan tudung yang sudah sedikit senget, aku tekan klac, masuk gear , tekan minyak dan Peugeot 207 merah meluncur laju meninggalkan satu persoalan baru dalam hidup aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku kumpul seluruh kekuatan dan menolak troli ke kereta.


One, two three...pushh!!!One, two three...pushh!!!


Troli yang penuh dengan stok barang dapur aku tolak sekuat-kuat hati. Samada aku memang lembik atau troli nie yang tak function. Sampai di kereta sudah separuh tenaga aku hilang. Aku beli beras, kentang, bawang, minyak masak dan lain lain barang untuk dapur ,bilik air dan bilik tidur.Alang -alang berkereta hari ini aku belikan juga meja studi yang aku idam -idam kan dulu.Selalunya bershopping menaiki bas tak terlarat aku mengusung kotak yang maha berat itu dengan bas.


Sori Meng, aku ambik kesempatan sekali sekali


Sudah ku agak but kereta comel Meng itu tak dapat menampung semua barang yang aku beli. Jadi kotak berisi meja tulis itu perlu aku sumbat di tempat duduk belakang. Sedang aku menarik dan menolak kotak itu aku terpandangkan sebuat beg kertas yang tersorok dibawak seat pemandu.


Isk.Ape pulak ni.Ehsan punya barang kah? Tertinggalkah?


Aku pandang pada jam tangan ku. 630 pm.


Isk dah lepas dah flight die.Aduh satu kerje nak menghantar ke Amerika pulak.?


Belakang aku sudah sakit dek kerje keras mengangkat dan meng'adjust kotak meja. Aku matikan niat membuka beg kertas itu.Aku angkat dah letakkan di kerusi penumpang di depan. Masalah kotak berisi meja perlu aku setelkan dulu.


Dalam beberapa minit, setelah di tolak , tarik di adjust 30 darjah,50 darjah akhirnya selesai. Aku duduk di kerusi pemandu.
Aku hidupkan engine kereta.Heater aku hidupkan dan punat ON radio aku tekan. Berdendang lagu Stolen dari Dashboard Confessional di saluran VirginFM.


Yes...this is more like it.....


Aku pandang semula ke kerusi penumpang disebelah. Oh ya! beg kertas tadi.Aku buka berhati - hati. Niatnya hanya ingin memastikan milik siapakah beg ini.
Oh tak ada apa-apa yang istimewa. Tak ada hadiah atau benda mahal. Aku menarik nafas lega. Mungkin bukan benda penting yang perlu kan perkhidmatan pos laju ke Amerika.Aku tarik keluar isi kandungan beg tadi. Hanya satu bar coklat Toblerone .


Wee...rezeki aku nieh. Ehsan tak marah kot. Sane pon die boleh beli.


"Tap",jatuh sekeping kad kecil dari beg kertas tadi.


Ape pulak nie?Serba salah aku hendak membaca sesuatu yang bukan hak aku, tapi rasa ingin tahu memaksa aku membukanya juga.Bulat mata aku serta merta.

Di,
I hate the thought of spending days with you
...but what I HATE MORE is not to spend those days with you.
P/S - Enjoy the Toblerone. White chocolate is your favourite.


Aku terkebil - kebil. Tidak percaya apa yang aku baca. Aku tutup dan buka mata aku kembali. Isk...memang dia tulis Di.Memang nama aku yang tertulis di kad kecil itu.

Tiba - tiba aku rasa seram sejuk. Terasa seluruh tenaga aku kering serta merta.Permainan apakah yang dimulakan Ehsan ini?

Oh tidak..demam yang aku rasakan hari itu datang kembali.

Teaser : Aku pura - pura asyik membaca surat khabar. Tapi sebenarnya pandangan aku jatuh pada supir peribadiku hari ini. Aku lihat dia mengetap bibir berkali kali. Tangannya kejap memegang stereng. Mungkin dah lama tak memandu. Dia begitu nervous sekali bagaikan yang disisinya bukan aku tetapi pegawai pemeriksa JPJ sahaja.Sesekali aku lihat ada senyum meniti dibibir.
Ah..rindu benar aku dengan pemilik senyum ini......





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.4
5 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari