helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.4
7 Penilai
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Dihantar: 21/05/2007 pukul 19:44:58 PM | 242 Bacaan
Share

Part 8 (Special) : Diana Zaman

Kawan -kawan,
Rasanya ini 'pitstop ' pertama cerita saya yang tak seberapa nie.Hehehe. Ade kerja sekolah yang menuntut perhatian. Dateline dah dekat dan supervisor dah bertanya. Besok - besok bile dah free balik ,saya sambungkan.
Untuk itu saya tinggalkan 'special' part untuk semua. Enjoy!!

**********

Aku pura - pura asyik membaca surat khabar. Tapi sebenarnya pandangan aku jatuh pada supir peribadiku hari ini. Aku lihat dia mengetap bibir berkali kali. Tangannya kejap memegang stereng. Mungkin dah lama tak memandu. Dia begitu nervous sekali  bagaikan yang disisinya bukan aku tetapi pegawai pemeriksa JPJ sahaja.Sesekali aku lihat ada senyum meniti dibibir.

Ah..rindu benar aku dengan pemilik senyum ini.....

Aku selak helaian dua surat khabar. Setiap baris yang ku baca tidak satu pun aku fahami. Fikiran aku lebih terancap pada perbualan semalam.

"Zahir, aku tanye sket boleh?", tanya aku bersahaja sedang mata aku masih melekat di skrin televisyen menonton berita CNN.

"Ape?",Zahir yang sedang khusyuk membaca majalah Business Week menjawab datar. Entah artikel apa yang dibacanya. Serius sungguh.

"Macam mana Jasmeen dengan Diana tu boleh jadi bestfriend?, aku cuba memancing cerita Diana yang sudah tidak aku dengari sejak empat tahun lepas. Hati aku meronta - ronta ingin mengetahui kisah hidup wanita kecil itu.

Zahir melemparkan padangan pelik pada aku.

"you know...since dua-dua tu aku tengok personaliti berbeza betul.So I'm just curious" aku sambung pertanyaan sedikit panjang lebar. Cuba menyembunyikan niat asal dan mahu kelihatan seperti satu perbualan biasa sahaja.

Zahir menutup majalah Business Week. Aku kira dia sudah bersedia untuk bercerita lalu aku matikan televisyen.

"Diaorang kenal masa di UM, through kelab psikologi dan kaunseling.", terang Zahir

"Kelab psikologi dan kaunseling?Macam mana pulak tue?", Dahi aku sudah berkerut. Aku memang tidak faham.

"Macam nie. Masa di universiti dulu Jasmeen  ni jenis yang aktif dengan kegiatan sosial. So die nie salah seorang kaunselor terlatih lepas die ambik kursus khas dengan Jabatan Medikal dan Psikologi UM."

"ic...so diaorang dua - dua ni kenal kat situ la.Dua - dua jadi kaunselor", aku keluarkan hipotesis aku tanda faham dengan penerangan Zahir. Sebagai seorang jurutera, membina hipotesis itu sudah makanan harian aku.

"Bukan, Di was a patient", sambung Zahir ringkas. Aku tersentak.

Patient?

Terus aku melompat dari duduk di lantai ke sofa di sebelah Zahir. Aku amat terkejut.

"Patient? what do you mean patient?, aku kaget.

Oh tidak.... aku teramat kaget.

"She used to suffer from mild depression. About 4 to 5 years ago. During their final year", sambung Zahir lagi .Di matanya penuh simpati.

Apakah yang sudah menimpa Di dulu?Aku kah penyebabnya?Aku kah?Aku telan air liur tetapi terasa perit sekali.

"er..so what actually happen?I means..what trigger it?, aku tergagap- gagap bertanya. Hati aku dipalu hebat. Debater pencen sudah kehilangan kata.

"Di nie sangat sangat rapat dengan ayahnya. Dialah kawan, dialah ayah, dialah guru, dialah tempat dia mengadu."

Aku memang sedia tahu perkara itu. Tidak pernah tidak, nama ayahnya meniti dibibir tiap kali kami berbual dulu.Pandangan dan restu ayahnya amat penting. Maka di awal tahun pengajian universiti kami dulu , sebelum aku terbang ke Michigan, aku dibawanya berjumpa Pakcik Zaman. Orangnya penuh diplomasi dan sarat dengan kasih sayang. Atas restu ayahnya maka kami teruskan perhubungan hinggalah ke tahun akhir.

"Empat tahun lepas, ayah die meninggal. Eksiden masa balik dari kerja. Dia tak boleh terima. She's in denial for months. Lebih dahsyat lagi , soon after that die dapat satu lagi berita sedih."

"Ape pulak ?", bagai peluru aku terus bertanya. tangan aku sudah basah dengan peluh.

Pakcik Zaman sudah tiada?

"Satu lagi orang yang dia sayang tinggalkan die.Di ni ada special boyfriend. Diaorang kawan dah lama sangat , sejak dekat sekolah lagi. Jasmeen selalu mention yang Di cakap he was her one true love. It so happen the day they plan to meet is the day her father died. Nak di jadikan cerita jugak, petang itu Along dia datang ke kolej kediaman Di. Dia bawak berita sedih tu. Along die tak sanggup nak sampaikan melalui telefon sebab die tahu adik dia yang sorang tu akan react macam mana. Di ni sensitif dan emotional. Itu pon agak teruk juga.Jasmeen ceritalah, kawan-kawan Di di kolej terpaksa pujuk die lama.Di menangis sambil peluk Alongnya itu dekat sejam, tak mahu lepas. Lepas tu pulak, mungkin sebab sedih sangat die pengsan. Kecoh satu kolej hari tue.", terang Zahir panjang lebar.

Oh Di...itukah yang terjadi.....


"She had two blows in one day. Malam itu, buah hatinya pulak call. Marah-marah. Misunderstanding semua nie. Dia nampak Di berpelukan dengan lelaki lain di depan kolej yang sebenarnya Along die.", sambung Zahir perlahan. Kepala digelengkan berkali-kali.

"Sejak hari tu, Meng jadi peer kaunselor die. She help her through her depression. Ko tau Di tu hampir hampir nak berhenti belajar. Dia macam lost hope. Lama jugak Jasmeen, Along dia dan a few lecturers memujuk. Tapi Di ni kuat. She's a strong woman with a strong will. Finally she manage to get out of her problem, complete her study dan alhamdulillah eventually dia dapat pulak offer continue study.Jasmeen pon kebetulan dapat offer ke tempat yang sama. Sejak itu lah they become such a good friend.", tutur Zahir menghabiskan penjelasannya.

"Penat aku bercakap, dah kering tekak ni.Aku nak pegi dapur sat ambik air.", Zahir bingkas bangun menuju ke dapur.

Aku masih terkebil-kebil di sofa. Information overload. Aku cuba memproses semua maklumat yang aku hadam tadi.Hati aku rasa sakit. Salah aku sendiri. Cepat benar memutus kata dulu sampai perkara yang benar di kaburkan dengan emosi melampau aku ketika itu.

Diana...Diana...what am I going to do with you.
Telajak perahu boleh la aku undur. Ini terlajak kata...terlajak perbuatan....ah..parah nie....


Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Malam itu tidak sesaat pun dapat aku lelapkan mata.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku pandang supir peribadi ku sekali lagi dengan ekor mata. Harap - harap die tidak dapat mengesan perbuatan aku ini. Dia masih seperti dulu. Mungkin sedikit kurus tapi yang lain lainnya masih Diana Zaman yang aku kenal. Bezanya mungkin dari segi pemikirannya. Die sedikit agresif , berani dan matang daripada dulu. Mungkin duduk di negara asing ini membentuk dia sebegitu. Dia bukan lagi gadis pemalu yang sukar sekali menyatakan pendirian. Selalu teragak - agak dan selalu menurut sahaja cadangan aku.Dia tegas dan dia tahu apa yang dia mahu.

Aku sedikit tersentak bila engin kereta dimatikan. Di memandang aku sekilas dah bergegas keluar dari kereta. But di buka dan bagasi aku di keluarkan. Oh sudah sampai di airport rupanya.Aku turut keluar.

“Takpe lah sini aje.Tak payah hantar sampai dalam.”, sambung aku segan. Aku malu dengan Diana kerana kelancangan aku empat tahun dulu.

“Are you sure? Kalau nak aku tunggu pun tak apa.I’m not rushing or anything”, cadang Di. Dia nampak ikhlas sekali.

Aku berfikir sejenak. Mungkin ini peluang terakhir aku menjernihkan perkara yang keruh.Aku bersetuju .Diana aku ajak ke kafe, untuk minum dah berbicara seketika.

Mungkin ini peluang aku!


Hati aku rasa ringan dan gembira. Aku pandang pada si empunya diri yang tersenyum kembali pada aku.Aku biarkan sahaja mulutnya berkicau riang dengan bermacam-macam cerita.Aku cuba menyerap sebanyak mungkin kenangan baru tentang gadis ini untuk aku bawa pulang ke benua sana.

"Sudahlah Ehsan.Benda dah lepas pon.Tak payah la ingat-ingatkan lagi.Aku dah maafkan  dah pun", sambung Di, perlahan dan penuh pengertian. Maaf yang aku pohon berkali-kali itu diterima dengan hati terbuka.

Gadis ini, masih murah dengan kemaafan....

"Kau happy sekarang Di?",aku cuba memancing rasa dihatinya.

"Aku. Alhamdulillah ok.Aku senang begini sekarang. Aku harap kau dan Aziana berbahagia juga.",jawab Di pada pertanyaan aku sebentar tadi.

Aku tersentak bila nama itu disebut. Aziana.Gadis yang aku tinggalkan di benua sana. Gadis yang sudah lama menagih kasihku. Aku biarkan sahaja dia membuat kesimpulan sendiri. Aku tidak berkata ya, aku juga tidak berkata tidak. Aku biarkan dia menilai sendiri.
Dia baik. Oh ya dia memang baik.Dia begitu mengambil berat.

Aku lepaskan satu keluhan panjang. Aku lihat Di memandangan aku penuh persoalan.Mungkin dia pelik dengan emosi aku yang macam rollercoaster turun naiknya.

"Di,balikla dulu.I guess , I'm going in now", aku sudah tidak betah merenung wajah gadis di depan aku ini. Hati aku jadi sayu.Hati aku jadi sakit menahan rasa yang aku bendung sekarang.

"Oh, ok. Sure? Don't want me to keep you company?" Di bertanya lagi.

Cukup Di. Jangan kau begitu baik dengan aku lagi.

“Tak apa.I’m ok.Baliklah dulu”, aku tegaskan pendirian sekali lagi. Aku ingin Di faham aku memang memaksudkannya.

Baliklah Di. Lagi lama kau di sini lagi sukar untuk aku pulang

Aku melangkah perlahan menuju ke balai berlepas. Hati aku sungguh berat. Benua ini tak mahu aku tinggalkan. Ada perkara yang perlu aku betulkan. Ada cerita yang perlukan penjelasan.

Aku hanya berharap, beg kertas kecil di bawah kerusi sampai kepada gadis itu dan terus ke hatinya.







Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.4
7 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor