"Mak Chor...Ayah Chor...!", segera kusalami kedua-duanya. Diana..ish..ish..dah besar makin cantik Mak Chor tengok", sahut Mak Chor sambil mengelus lembut pipi ku.Ubun-ubun ku dikucup perlahan. Aku hanya senyum tanda hormat. "Mana ade Mak Chor...biase...biase jer" "Ape tak betulnyer, abangnyer tengok anak kak Dah nie.Tak ke cantik berseri-seri", sambung Mak Chor meminta undi sokongan dari Ayah Chor yang sejak tadi meninjau-ninjau luar dan dalam rumah. Itu sudah pasti mencari Ayah Lang, rakan kamcheng, rakan memancing dan rakan bergossip.Ayah Lang yang menetap di Terengganu jarang benar balik e Kota Tampan ini. Mungkin banyak cerita yang hendak dikongsi mereka berdua. "Ayah Lang kat belakang, tolong budak -budak penyanggah bina pangkin dengan bangsal",aku menberi maklumat sukarela pada Ayah Chor. "Haa, betul kate Mak Chor kamu tue, memang comel anak sedara Ayah Chor nie", kata Ayah Chor sebelum berlalu ke belakang. Aku dah tersipu - sipu malu. Sememangnya dari kecik aku adalah anak sedara favourite mereka berdua. Ayah Chor dan Mak Chor yang dikurniakan 5 anak lelaki memang kepinginkan anak perempuan. Kata mak, semasa aku kecil beriya-iya mereka berdua memujuk emak untuk memberikan aku pada mereka sebagai anak angkat. tapi Mak tak izinkan. Tak mahu pisahkan kami adik beradik katanya. Kerana itu agaknya Mak Chor dan Ayah Chor selalu datang menjenguk kami sekeluarga. Rindu dengan aku katanya. Agaknya sayang mereka pada aku masih sama. "Kamu lama-lame kat England tu kenapa tak kawin aje dengan Mat Salleh. Comel anak kamu nanti" sambung Mak Chor. "Ish..ish Mak Chor ni.Di pergi belajar la, lepas tu kerje bukannya pergi cari suami", sambung aku. Ketawa sudah mahu pecah.Dua tahun dulu beriya-iya jadi tukang matchmake, nak jodohkan aku dengan anak sepupu Ayah Chorlah, dengan abang Haris anak bongsu merekalah dan yang terakhir Wazir anak kawan baik Mak Chor. Ini lain pulak ceritanya. "Mak Chor, Di nak kena pergi umah Tok Aji ngan Opah aji ambik wajik. Diaorang masak kat sana. Kalau lambat karang tak siap bunga pahar tu nanti", aku tiba-tiba teringatkan kerja aku yang belum selesai. "Oh..kalau macam tu pergi la cepat.Tapi..pergi sorang ke?Bahaya perempuan jalan sensorang ni. Karang kalau ade orang kacau ke ragut ke?”, Mak Chor menyatakan kerisauannya. Dulu semasa aku membuat keputusan untuk bekerja di Scotland selepas selesai pengajian Mak Chor lah yang terlebih risau dari mak. "Ala Mak Chor, siang terang benderang nie.Lagi pun bukannya jauh rumah Ayah Aji dengan Opah Aji tu.Kalau ade orang kacau Di..., Di bukak buah serang", sambung aku siap menunjukkan gaya buah serang. Ilmu persilatan yang aku tuntut di universiti dulu. "Ah..ade-ade je kamu nie..dah dah..pergi cepat. Mane mak kamu?' "Mak kat atas tengah siapkan sirih junjung kat depan, Mak Su dekat belakang masak bihun untuk budak-budak penyanggah yang dok bekerje tue, Mak Lang pun. Mak Ndak dengan Pak Ndak keluar ke pekan ambik Rizal dengan Nani dekat bus station, Pak Lang, Pak Su, Pak Ndak semua kat belakang, kami angkatan beliawanis dan belia hensem keluarga Tok Aji Wan Ahmad semua kat atas, buat bunga telur , hantaran dan siapkan pelamin",aku memberikan penerangan penuh pada Mak Chor . "Dah..dah..pegi cepat", sambung Mak Chor mengangguk-anggukkan kepala tanda paham dengan penerangan aku. Aku berlari-lari kecil ke rumah Tok Aji dan Opah Aji.Pasangan di lewat usia 70an yang sihat walafiat. Wajik buatan mereka memang paling sedap dalam kampung ni. Satu Kuala Kangsar tahu. Sama popularnya dengan laksa dan pasembur Lembah. Jadi kali ni, untuk majlis kenduri ni, wajik diimport khas dari mereka. Mereka sudah agak uzur untuk mengacau wajik , mengangkat periuk apatah lagi untuk mengantar ke rumah. Walaupon sudah tiada daya membuat semuanya Tok Aji danOpah Aji berkeras hendak membuatnya untuk kenduri kahwin cucu arwah Tok Haji Wan Ahmad, sahabat baik mereka. Mereka hanya menunjuk itu dan ini tapi yang membuatnya Mak Zaleha dan Mak Aya anak Opah Aji dan Tok Aji. "Assalamualaikum......" Tiada jawapan. "Assalamualaikum", aku kuatkan sedikit suara. "Waalaikumusalam...cari siapa?" "Er..Tok Aji dengan Opah Aji ade?Saya datang ni nak ambik wajik." terang aku pada si penyambut tetamu. Aku merenung si penyambut tetamu, Siapa nie? Tak pernah nampak pon dekat umah nie. Nak kata cucu diaorang.Aku kenal semuanya. Perawakannya juga sedikit berlainan dengan cucu-cucu Tok Aji dan Pah Aji. Agak tinggi, cerah dan matanya bulat benar. Tak macam cucu Tok Aji dan Opah aji yang berdarah campuran Cina dan Melayu.Mata semuanya kecil dan ada pun yang sepet sedikit. Hehehe...gene keturunan Tok Aji dan Pah Aji memang kuat. Habis over rule gene keluarga menantunya. Hehehe. "Oh wajik. Akak pegi ikut pintu belakang buleh? Tok Wan dengan Pah Wan dekat sane", terang si penyambut tetamu lagi. Tok Wan? Pah Wan? Ini sah bukan cucu diaorang nie. Anak gadis manis ni mesti bukan cucu mereka. Cucu Tok Aji dan Pah Aji memanggil mereka Tok Aji dan Pah Aji juga. "Oh..ok..akak pegi sane.". Aku Bergerak ke pintu belakang. Bau wajid menyengat deria bauku. Oh sedapnyerrrr.... "Assalamualaikum Pak Aji, Pah Aji. Saya datang ni nak ambik wajik.",sapaku bersopan Pah Aji memandang aku lama. Mata dikecilkan dan dibesarkan kembali. "Siapa kamu nie? Tak pernah Pah Aji tengok?" "Er..saya Diana, Pah Aji. Anak Saadah dengan CIkgu Zaman." "Oh...Diana.Ish..ish lama Pah Aji tak tengok kamu.Besar dah ni. Anak dara dah nie.",sambung Pah Aji sambil mengosok-gosok tangan ku.Aku di belek- beleknya macam barang di kedai. Isk Pah Aji nie...boleh consider harrasment nie.
Tok Aji hanya duduk di kerusi dengan singlet puteh dan berkain pelekat. Di tangannya sebatang curut yang sudah separuh di hisap.
"Pah Aji, Di kene cepat ni.Nak kene siapkan banyak benda" "Ha..itu ha ade 2 besen wajiknya.", sambung Pah Aji sambil menunjukkan padaku dua besen besar di penjuru dapur.
Mak Aii besarnya! "Sengaja Pah Aji buatkan banyak.Mak kamu tempah sebesen aje.Lagi satu tu Pak Aji dengan Tok Aji sedekah. Ikhlas" "oh.." aku mengaru - garu kepala seketika. Macam mana aku nak angkut balik nie. Menyesal pulak aku tak ajak sesiapa ikut. "Tak terangkat kamu sampai dua besen nie. Ni ha Aliya boleh tolong kamu bawak balik ke rumah", tambah Tok Aji semacam membaca fikiran aku. Isk..tahula aku Tok Aji dengan arwah Tok sama-sama belajar pondok dulu.Lepas tu ke MEkah sambung belajar lagi.Ade belajar ilmu firasat ke? Aliya? Gadis manis si penyambut tetamu tadi muncul di tangga dapur. Oh namanya Aliya. "Jom akak.Aliya tolong", sambung Aliya sambil menyerahkan besen pertama ke tangan ku.Segera diangkatnnya besen kedua dan membontoti aku keluar. "Balik dulu ya" -------------------------------------------------------------------------------------------------- "Aliya bukan cucu Tok Aji dengan Pah Aji kan?, tanyaku memulakan bicara. Takkan aku nak diam sahaja sepanjang jalan. Tak mahu di cop 'akak sombong' nanti. "Haa, Aliya bukan cucu diaorang. Aliya ni cucu sedara Pah Aji", terang gadis manis itu. "Itula akak dah agak dah. Feature Aliya memang lain sangat dari cucu-cucu Tok Aji dan Pah aji yang akak kenal.Gene family diaorang kuat.Muka cina peranakan tu turun dari diaorang ke anak dan ke cucu." sambung aku berbasa basi. "oh..." "Aliya bercuti ke?" "Ha'a. Cuti semester sekarang. 3 bulan. So Aliya ikut Along ke sini.Dia nak sangat makan durian kampung dengan manggis" Ya..sekarang memang tengah musin durian dan manggis. Aku baru aja mengintai-intai pokok manggis di rumah Tok Aji tadi.Masak ranum semuanya. "Aliya ambik course apa?" "Aliya ambik teknologi perubatan...belajar biologi campur dengan komputer pastu ada sikit sikit ilmu kimia", teragak agak Aliya menjawab.Mungkin dilihatnya aku berkain batik.berbaju kurung dan bertudung ikat di dagu persis gadis kampung asli dia risau aku tidak faham. "Oh...Aliya ambik biotechnology. right?" "Haa.." Aliya mengiyakan telahan aku separuh terkejut. "Maaf la kak ...Aliya ingat...sebab akak pakai macam nie,so ingat akak tak tau kalau Aliya cakap...Aliya tak bermaksud nak kecil-kecilkan akak.....",lambat-lambat die menuturkan bicara. "Tak apa, akak faham.I'm not offended at all.", aku tertawa cuba mengendurkan keadaan Aliya.Mukanya bersalah sangat. Aliya senyum. "Akak buat biotechnology jugak ke?Akak belajar kat mana.", sambung Aliya.Kali ini lebih lancar. "Tak.Akak study sains komputer dulu,lepas itu akak sambung dengan bioinformatics untuk Master degree." "oooo...ic. Dari tadi Aliya nak tanya tau.Akak gune words like features,gene terkagum Aliya jap tadi.Rupanya akak belajar tinggi.Sorry ya. I thought....." “Hehehe, akak tetap gadis kampung asli.I’m proud of it. I’m not offended at all. Seriously” Kami diam seketika.Aku tahu cara aku berpakaian di kampung memang membuat orang tidak dapat menduga aku siapa. Taukeh kedai di Sayong pun macam tak percaya bila aku menempah ratusan labu Sayong untuk di hantar ke Edinburgh tahun lepas.Setelah aku tunjukkan dokumen-dokumen universiti dan mengubah gaya cakapku barulah dia percaya.Bayangan bumbung rumah sudah aku nampak.Sikit lagi.Tangan aku dan naik kebas mengusung besen berat itu. Dari ekor mata dapat aku lihat yang Aliya sedang asyik memerhatikan aku. "Kenapa?",aku bertanya. "Kenapa apa?", soal Aliya kembali.Dahinya berkerut dengan pertanyaan aku yang tiada hujung pangkalnya. "Aliya pandang akak lain macam aje?Akak ade third eye tau kat belakang kepala.", aku mengusik. "Hehehe.tak adalah.Aliya tengok macam mana akak jalan dari tadi pakai kain batik nie. tak tertanggal ke? Aliya try banyak kali jugak.Asyik jatuh ajer." "Senang ajer.nak tau rahsianyer?" "Ape die kak? "Pakai belt.Akak pon tak pandai sebenarnyer.So akak pakai belt kat dalam.Hehehehehe,Kadang kadang akak pin kan aje dengan safety pin" "Hehehehe,ooo gitu.Dari tadi Aliya ingatkan akak ni perempuan kampung asli.Rupenye hybrid.Hehehe",Aliya tertawa mengekek. Ketawa aku turut pecah. Boleh tahan jugak si Aliya nie. "Watch it!Jangan bagitau orang lain.Pecah rahsia akak nanti", sambungku dalam ketawa yang masih bersisa. “Jom naik atas. Aliya boleh tolong akak dengan yang lain-lain bungkus wajik.Nak?” “Nak!”
|