helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.9
8 Penilai
Part 11: Manggis
Dihantar: 29/05/2007 pukul 08:24:42 AM | 277 Bacaan
Share

Part 11: Manggis

"Akak, yang itu..yang itu..haa yang atas sikit tue....",Aliya mengarah.

"Yang mane? Orang tak nampaklah..".Aku mendongak sambil meninjau-ninjau di celah-celah daun pokok manggis yang merimbun.

Serius aku memang tak nampak. Pertamanya sebab tak pakai cermin mata.Jadi semua agak blur sedikit. Keduanya posisi aku yang betul betul dibawah pokok manggis nan rendang ini buat aku tak nampak gugusan buah manggis di atas.

Pokok manggis pon ada blind spot tau

"Ala kak ngah..kanan sikit..aa..sikit lagi...ok..ok..oopsss stop.! Jangan gerak dah.Ok jolok.", Ity pulak berkicau.

"Dah jolokla, takde ape-ape jatuh pon?", aku dah penat. Tangan dah lenguh.Galah panjang itu aku turunkan ke tanah.

"Ala kuat sikit la joloknya....cepatla kak ngah", Ity mengarah pulak.Ity yang berdiri tegak bercekak pinggang menunjuk-nunjuk pada bahagian atas pokok manggis sepemeluk itu. Besar dan rimbun pokok manggis di ruman Tok Aji dan Pah Aji nie.

Semenjak adikku Baity berkenalan dengan Aliya. Kedua-duanya semacam kembar siam. Dari menjadi gadis bunga telur di kenduri Nani anak Mak Ndak sampai lah sekarang. Seorang bakal jurutera kimia dan seorang lagi bakal ahli biotek. Entah apa yang digossipkan saban hari. Mulut tak boleh berhenti berkicau.

"Cepat la kak ngah, baru sikit je kite dapat",Ity mengomel.

Sikit? Itu dah melimpah dari bakul manggis dikumpul.Ini sudah lebeh nie! Apasal aku yang tua ikut arahan budak kecik. Patut diaorang la yang kaitkan untuk aku. Yang muda berbakti untuk yang tua.Isk

"Ala korang penatla. Galah ni bukannyer ringan. Sakit tangan dah. Taknak la nanti ade muscle macam Malek Noor.Meh ganti akak", aku ajukan pertanyaan pada Aliya dan Ity.

Aliya mengelengkan kepala. Ity menjungkitkan bahu.

"Kami pon tak nak jadi macam Malek Noor.Heheheheh...ala kak ngah la kait. Dekat Scotland takde pokok manggis. So kami dengan sukerela bagi kak ngah can. Kaitla puas puas", Ity menjawab dengan teori yang sungguh tak logik aku rasa.

Bile masa aku gian nak kait manggis. Gian nak makan adalah. Lagipun aku ade masa yang panjang untuk kait lagi banyak pokok manggis sekarang. Iyalah, sejak aku sudah secara rasminya menjadi pensyarah di Universiti Malaya.

"Macam nie lah...."Aliya bangun dari duduknya.

"Aliya panggilkan Along....", cepat-cepat Aliya berlalu menuju ke rumah.

"Ity...", aku bersuara setelah Aliya lenyap ke dalam rumah.

"Along si Aliya ni macam mana orangnya?", tanya aku penuh minat. Datangnya aku ke rumah Tok Aji dan Pah Aji ini dengan niat hendak mengambil Aliya untuk bermalam die rumah kami. Menurut Aliya, Alongnya sudah memberi 'green light' cuma buat syarat sahaja aku bertemunya hari ini.

Along nak tengok dengan siapa die lepaskan adik die nie. Itu kata Aliya.

"Erm..Along tu tinggi..tinggi. Kulit dia cerah jugakla.Rambut hitam mencecah bahu.Pastu ade janggut sejemput.Pendek kata handsome la. Apasal kak Ngah tanye?",terang Ity sambil tersenyum nakal.

Isk lain yang orang tanya lain yang die jawab.

"Orang tanya macam mana sifatnya. Garang ke?Sombong ke? Sekali die tak kasik kite ambik Aliya macam mana? Tak jadila nak pergi air terjun esok.Kak ngah setuju bawak pon sebab Aliya tak pernah pegi lagi.", terang aku kembali.

Ikutkan perancangan kami esok mahu ke lata air terjun batu hampar di Paya Lintah, boleh melawat bengkel labu sayong sekali.

Isk sekali garang, siap dengan misai melintang macam Sarjan Senin, tergagap aku nanti

"Ehem", suara orang berdehem mengejutkan Ity dan aku yang sedang asyik menikmati manggis.

Aku segera berpaling. Mata aku membulat dan rahang mulutku macam kehilangan skru.

"Ini Along Aliya?"
"Ini akak rumah kenduri?"
bicara kami serentak. Along juga terkejut. Macam aku.

Aku pandang Along dari atas ke bawah. T Shirt Pagoda putih berkain pelikat.
Sesaat kemudian kami tertawa. Satu keadaan yang sungguh tidak aku sangka-sangka.

Semua teori aku campak ke laut kalau ini Alongnya.

"Di"

"Ehsan"
kami berbalas sapaan.

"Chop..chop..chop..time out", celah Ity lagaknya seperti referree bola sepak.

"kami confuse. Kak ngah kenal ke Along nie?", Aliya mengangguk mengiyakan pertanyaan Ity.

"Ape tak kenalnya akak kamu dengan abang satu sekolah, dari zaman abang pakai baju Kiki Lala sampailah kenal brand Bodyglove, Nike dan Adidas", sambung Ehsan lagi.

Aku mengangguk mengiyakan kata-kata Ehsan.Semenjak pertemuan semula kami di Huston setahun lepas iaitu selang 4 bulan dari kunjungan Ehsan ke Edinburgh, semua persoalan sudah kami rungkaikan. Salah faham lima tahun lepas sudah kami betulkan. Cuma seperti aku tegaskan pada Ehsan dulu, yang tak boleh kami betulkan adalah hubungan kami. Aziana tak patut jadi mangsa. Jadi kami bersetuju untuk meneruskan hubungan sahabat. Jauh lebih baik dari berpatah balik dan mengecewakan hati-hati orang lain. Sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan sahabat sebaik Ehsan. Lagipun dulu kami bersahabat sebelum menjadi istimewa. Aku tak rase perkara itu mustahil untuk dilakukan sekali lagi.Kunjungan atas urusan universiti ke Amerika membuka peluang baik untuk aku.
Maka kerana itu aku sudah senang bersahabat kembali. Dada dan fikiran aku kini lapang.

Aku, Ity dan Aliya menikmati manggis sambil Ehsan tekun mengait. Cukup dua bakul , dia berhenti dan menyertai kami menghabiskkannya pula.

"Nie jadila nie, nak pergi berkelah?", tanya Ehsan berbasa basi.

"Jadi.Kami nak pegi lata air terjun batu hampar kat Paya Lintah. Akak cakap sane best. Lepas tu kalau sempat nak singgah bengkel labu sayong dekat situ", Aliya menerangkan tentatif program kami esok pada Alongnya.

"Ikut?",Ehsan memandang aku.

"Erm...",Aku ragu-ragu membenarkan Ehsan turut serta. Alamatnya aku tak ada chance nak bermandi mandalah.Setakat bermain air di gigi sungai.Baru je ingat nak buat ladies day out.

"I follow you guys.Let me drive . I jadi supir pulak", Ehsan bingkas memberi cadangan.

Haa, dulu akulah supir itu

"Alah, Ok je la kak ngah. Along boleh jadi bodyguard. Kalau ada orang kacau kita nanti tak ada la takut sangat.", Ity pulak menyokong.Aliya mengangguk.

Ehsan kulihat menahan senyum. Aku kalah dengan 2 undian berbalas satu.

"Ok...., boleh ikut. Esok jemput kitaorang dekat rumah Di  pukul 9 sharp.Selang lima rumah dari sini.Rumah papan kaler biru.Tahu?",aku memberi arahan pada Ehsan.

"Apa kata kite semua tidor kat rumah Di aje?Esok pagi boleh bertolak sama-sama lepas makan sama-sama", Muka nakal si kaki penyakat sudah mula kelihatan. Ehsan 5 tahun dulu sudah muncul kembali.

Banyak cantik! 

"Ye tak Ity.Abang tidur dekat rumah kamu ajerla. Boleh kenal-kenal mak Ity.Senang abang nak masuk meminang Ity nanti."

*Kelepuk*

Secara refleks aku terbaling putik manggis ditangan. Ehsan menggosok-gosok dadanya yang menjadi mangsa aku.

"Isk, sakitla Di..." 

"Ops, sorry.... Itu warning, jangan nak masuk jarum dengan my sister.", aku tergagap-gagap mencari idea menyokong perbuatan tidak sengaja aku itu.

Senyum Ehsan makin melebar.

"Tengok...abang baru cakap nak meminang Ity belum pinang betul-betul, akak kamu nie dah jealous. Apakan daya...I'm soo handsome.Jejaka idaman melaya la katekan."Senyum Ehsan makin menyinga.

"Perasan!"

Tiga lagi putik manggis hinggap di tubuh Ehsan petang itu.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.9
8 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor