helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.1
8 Penilai
Part 12: Air Terjun
Dihantar: 30/05/2007 pukul 07:27:39 AM | 237 Bacaan
Share

Part 12: Air Terjun

"Bile pindah UM?", Ehsan yang berbaring dihujung tikar sana menyapa.Tangan dilipatkan ke atas melapik kepalanya.Gaya santai si Romeo

"Baru jer 4 bulan. Mana tahu?", aku jawab bersahaja.Sedang tanganku sibuk mengeluarkan sandwich berinti sardin,nasik lemak dan cucur udang yang aku siapkan awal pagi tadi.

"Tue.....", aku memandang Ehsan.
"... My two sweet spies", Ehsan tersengih sambil menunjukkan pada arah Ity dan Aliya yang menjerit - jerit bermain air di hujung sana..

Of course!who else kan..


"Tak cakap pun pindah balik Malaysia",sambung Ehsan dengan nada merajuk.

Mengada-ngada!Ape kes aku nak kene report kat die

"Kene cakap ke?"

"Mestila kene. Kalau Di cakap hari tu dah lama dah ...I bungkus kain baju balik Malaysia jugak.", Ehsan sudah bersila menghadap cucur udang yang baru ku buka.

"Romeo!",aku berbisik perlahan sambil berjalan ke gigi air.

"Hahahahaha. Bukanla, Jejaka Idaman Melaya. Made 100 percent from Malaysia!", Ehsan sudah bertinggung disebelahku sambil menjinjing sepinggan cucur udang.

Tak sempat-sempat. Baru tadi aje dua pinggan nasik goreng dibedalnya kat rumah aku.Perut ape die pakai nie?

"Huhuhu, Romeo mengayat tue. Sorryla.....I tak cairlah",

“Tak ke?Ok I try lagi skali.....”

Pinggan berisi cucur udang diletakkan ditepi.Ehsan memandang aku.

Isk ape bende pulak mamat nie.

“Ehem..ehem.....Andai adinda menghabarkan pada kanda akan kehendak hati dinda, sudah pasti kanda menurut adinda ke sini..Tak tertahan rasanya hati kanda bila dinda sepi tanpa berita...oh dinda”

Gile ape mamat nie. Ingat Istana budaya ke ape!

“Woi..woi...basahlah......”, aku percikkan air sungai yang sejuk itu ke muka Ehsan.

Ambik habuan! Bagi keluar roh pelakon bangsawan dari badan die nie.

“Semalam tuju dengan manggis hari nie simbah anak teruna orang dengan air pulak.”,Ehsan mengomel sambil mengelap air dari mukanya.

“Abis tue.Gatal sangat. Kene tangan-tangankanlah. Sian Aziana, you balik Malaysia menggatal pulak.Ity budak kecil tak cukup ilmu tu pon you mengayat.Silap-silap makcik Misah pon dah you ayatkan. Asyik Along itu..Along ini..Along itu..Along ini.....”

Sungguh!Semenjak dari kes Ehsan menyelamatkan Makcik Misah yang hampir-hampir tergelincir semasa membasuh kawah, Ehsan macam jadi superhero pada Makcik Misah. Berseri-seri muka makcik Misah janda beranak lima itu bila terlihatkan Ehsan.

“Aik...marah ke? oooo....jealous dengan Makcik Misah yer?, Ehsan mengiat.

“Bukan marah.Menyampah!”

Aku percikkan lagi air cuma kali ini Ehsan sudah dapat membaca langkah aku. Die melompat ke belakang mengelak.

“Menyampah-menyampah sangat nie..karang bile I balik asyik teringat-ingat pulak. Sape yang susah? Ehsan ini jugaklah yang susah.”

“Perasan!”, malas aku melayan jurutera mekanikal yang buang tebiat nie. Aku bangun menuju ke tikar tadi.

“Ity!Aliya!Jom makan...”, aku panggil dua kanak-kanak ribena yang terjerit-jerit tadi.

“Ok...coming!!”

“Abih tue Di. Ni balik for good lah?”,Ehsan sudah kembali pada hujung tikar tempat die berbaring tadi.

Haih mamat nie...tak abis lagi

“Ha'a..for good.”,jawabku ringkas sambil tangan sibuk menceduk nasik lemak panas yang dibawa tadi. Aroma nasik lemak di tepi air terjun nie sangat mengoda perut.

“oooooooo.........”.

“Aziana sihat?”, giliran aku pula bertanya. Rimas dengan Ehsan yang memerhatikana aku sejak tadi dalam diam.

“Entah?Sihat kot.”, jawab Ehsan acuh tak acuh.

“Entah?Hey Romeo..orang tanya betul-betul nie.”, aku naik geram

I am trying to make a decent conversation here!!

“Series. Memang kanda tak tau dinda. Sumpah!”, Ehsan main-main lagi. Tangan diangkat seperti membaca ikrar.

“Isk.Boring la cakap dengan orang perasan nie.Tak reti nak serius langsung.”, aku mengomel lagi. Geram.Geram.Geram.

Ity dan Aliya datang menghampiri menyelamatkan aku dari terus geram dan geram. Lama-lama geram nie boleh kena sakit darah tinggi aku nanti.

Seronok betul aku tengok budak-budak nie makan. Habis semua nasik ,sandwich dan cucur yang aku bekalkan tadi.Aliya dan Ity makan tak berhenti-henti. Biasala,lepas bermandi-manda perut selalu lapar.Ity yang ratu ‘berdiet’ pon mengejutkan aku. Makan banyak!Hari nie ‘exception’ katanya. Esok diet balik.Ape punya teori la die pakai nie.


Aku sudah habis mengemas. Semua bekas makanan sudah aku masukkan dalam kereta.Ity dan Aliya sambung mandi semula. Aku kerling pada jam tanganku.Sudah 5 petang. Nampaknya tak jadilah singgah ke bengkel labu sayong yang tutup pada jam 4.30. Ehsan sibuk membaca buku di atas batu yang jaraknya 30 meter dari kereta.

Dia yang berTshirt kelabu dan berseluar khakis paras lutut nampak serius sekali membaca.


.....dan hensem.Romeo yang hensem..jurutera mekanikal romeo yang hensem....charming

Aku geleng-gelengkan kepala ,ingin menggugurkan fakta akhir yang berlegar di fikiranku tadi.

Aku sumbat telingaku dengan earphone. Aku tekan button PLAY pada ipodku, dan lagu Dewi nyanyian Dewa bergema ditelingaku.

This is more like it!

Aku mengambil tempat diatas batu hampar dekat dengan Aliya dan Ity. Sesekali aku tersenyum melihat gelagat dua anak gadis yang menjadi ‘bestfriends segera’ ini.

“Dengar apa tue?”

Ehsan sudah terpacak disisi aku rupanya.

“Lagu.”

Isk kacau jer time aku nak feeling nih

“Lagu siapa?”

“Dewa?”


Dah ..dah..shuh..shuh

“Tajuk die?”


Ehsan sudah duduk disebelahku.

“Dewi.”

Alahai kacau daun sungguhla mamat nie. Tak paham bahase kot.Muke aku yang mencuka ni die tak reti nak interpret ke.


“Nak share....”, senyum ‘si penyakat' dah muncul kembali

“Hah?”

“Nak share sebelah..kasik la”,Ehsan merengek macam budak kecik.

Abih comel la tu!Geram!Geram!

Aku buat dek aje. Dah start la tue.

Tapi aku silap statergi rupanya. Lagi aku diam lagi die meminta.

Haih...tak makan saman sungguhla...

Aku tanggalkan kedua-dua earphone dari dalam tudung.

“Nah!Dengar sorang sorang”

Aku bingkas bangun.

“Nak pergi mana?”, Ehsan bertanya.Senyum masih lagi meniti di bibirnya.

“Panggil dua orang spies tue. Dah petang. Jom balik!!”

Aku berlalu ke kereta.Dapat ku dengari tawa Ehsan yang berdekah-dekah itu.


*********************************************************************


“Best gile Long mandi tadi. Air die sejuk macam ais”, Aliya beria-ia bercerita tentang peristiwa petang tadi.

“Aliya dengan Ity mandi sampai abih kecut jari-jari tangan dengan kaki. Rasa macam nak pegi lagi la Long. Next time kite balik sini lagi nak? Kite pegi piknik lagi”, Aliya memberi saranan.

Ehsan masih lagi tidak bergenjak dari muka pintu. Rokok yang sudah separuh batang di hisap dibiarkan sahaja ditangan.Ehsan membuang pandangan pada pokok manggis di luar.

“Along ,esok kita nak balik pukul berapa? Aliya nak pegi jumpa Ity dulu before balik”, Aliya bertanya pada Along memohon kepastian.

Senyap.

“Along”

Senyap lagi.

“Along!” suara Aliya sudah naik dua oktaf.

Ehsan tersentak. “Ape?”

“Orang tanya nie...esok nak balik pukul berape?Nak start pack baju dah nie”

“Erm....tak payah packla..”

“Apasal pulak?”, Aliya bingung

“Tak jadi balik esok. Kite extend lagi dua hari.”

Ehsan bangun dan berlalu ke bilik tidur meninggalkan Aliya yang terpinga-pinga di tepi pintu.






Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.1
8 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari