"Baru bangun Kak Ngah?" "Haa,semalam tido lam....." Uiks..apasal suara lain jer. "...bat", Aku betul betul terkejut. Terlompat aku kebelakang dan terlanggar pintu zink bilik air dengan kuat.
*Kedegang*
What the.......? Ehsan sedang tersenyum sumbing dimeja makan rumah aku!Biar betul!
"Hai", Ehsan menyapa. Aku gosok mata sekali lagi. Aku celikkan mata besar besar.
Ini semua illusi optik nie.Aku mimpi.Katakan aku mimpi!! Ape die buat kat rumah aku pukul 7 pagi nie.
"Mandi cepat Di. Si Ehsan ni dah tunggu lame.",Mak mencelah sambil mengisi piring di depan Ehsan dengan kuih cakoi.
Tunggu lame? Pukul berape die sampai? Dan yang paling penting.....What he want from me so very early in the morning. This crazy guy.
Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal.Senyum Ehsan makin memekar.Aku dipandangnya dari atas ke bawah.
Secara automatik aku melihat diri sendiri.Seluar tidur oversize dan baby T.
Alamak!Kantoi!
Mujur tuala di atas kepala.Mencicit aku berlari ke bilik mandi.
Selesai membersihkan diri dan berpakaian aku turun semula ke dapur.
"Ity mana mak?", aku mengambil tempat di depan Ehsan. Sedikit pun dia tidak berpaling, sibuk menikmati kuih cakoi yang dicicah dengan sekaya buatan mak.
Mak sudah selesai mengoreng dan mengambil tempat disebelahku.
"Ity pergi rumah Tok Aji dengan Pah Aji, jumpe Aliya.Ape naknye pagi-pagi macam nie entahlah.Tambah lagi Ehsan.." Ehsan mengangguk pantas tangannya mengisi pinggannya dengan kuih cakoi yang baru.
Pantang dipelawa.Ini bukan kecik tapak tangan nyiru ditadahkan..tapi stadium bola nih.Perut aper la budak ni...
"Makcik saya teringin nak makan gulai tempoyak ikan patinlah. Makan dekat kampung di Perak mesti lagi sedap dar makan kat KL kan?.Kalau makcik yang masak mesti lagi lagi sedap",Ehsan menyatakan hasratnya.
Great! lepas makcik Misah..you start buttering up my mum...great...memang romeo!Tak kire umur semua die ayat. Bachelor in Mechanical Engineering with minor in mengayat-tology ke mamat nie.
Seingat aku dulu Ehsan tak macam ni. Ini Don Juan pon kalah.
Berbunga senyum di bibir mak dipuji sebegitu.
"Boleh, esok kamu balik luar negeri tu tak ade lagi la nak dapat rase kan. Ni ha bawak si Diana ni pegi pasar tani dekat Lembah tue. Beli ikan patin dengan taugeh besar", mak memberi arahan.
"Di pergi? ,Aku terkejut.
I don't want to. He's going to drive me up the wall again...and again!
"Ehsan boleh beli sendiri la mak.Nanti sape pulak nak tolong mak masak ", aku cuba untuk tidak bersetuju dengan saranan emak.
"Kan Ehsan?", sengaja aku tekankan sedikit soalanku. Mata aku bulatkan besar-besar.
Don't you dare agree...
"Erm..saya tak kenal mane satu ikan patin makcik",Ehsan tersenyum sumbing lagi.
"Kan..mak dah agak dah. Pergi siap.Pagi-pagi nie dapat beli yang elok sikit.", mak memberi kata putus sambil menandang kearah ku. Mata mak tak berkelip.
Mak means business!!Ok..o.k I give up....
Aku mengangguk menurut. Ehsan masih tersengih-sengih lagi.
Shut it!
_____________________________________________________________________
Beg plastik beisi ikan patin aku letakkan ditepi. Alang -alang dah ke pasar tani nie aku belikan juga dodol kegemaran ku. Memang sedap dodol jualan disini.Ade umph.!!
"Best kan keluar grocery shopping ,macam ni..",Ehsan memecah sunyi.Engin dihidupkan dan beberapa minit kemudian Lembah kami tinggalkan. "Best ke?Biase jer Ehsan.Takat beli barang-barang dapur.Ape yang best nyer?"
Best ape pulak. Bende normal. Ni sah tak pernah pegi pasar nie. Mesti reti beli ikan dekat Giant je nie.
"Bestnye sebab I pergi dengan you.....", tutur Ehsan lambat-lambat.Die senyum lagi "Halo Romeo ...jangan nak jual minyak pagi-pagi nie. I tak nak beli tau"
"Kalau I jual buy one free one pon tak nak lagi?"
"Tak nak", Aku memeluk tubuh tanda protes.
"Kire longgok ok?"
Aku cerlangkan biji mata. Ehsan ketawa.
Ape yang kelakarnyer tah. Tak faham aku. Dulu tak ade la macam nie. Ni dah besar..dah kerje macam mana boleh ade skru yang loose nie.
Tengah hari itu , seperti yang sudah ku agak Ehsan makan sampai tak cukup pinggan. Mak pula sangat gembira menjamu Ehsan yang berselera benar. Aliya pun sama.Usai makan tengahari , Ehsan meminta diri untuk pulang.Hendak menghabiskan masa dengan Tok Aji dan Pah Aji katanya. Esok pagi-pagi lagi sudah mahu berangkat pulang ke KL.
|