Ehsan pulang ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuanku. Makan bergulaikan tempoyak ikan patin bersama taugeh besar tengah hari semalam adalah kali terakhir aku bersua muka dengannya. Aku jadi resah gelisah. Isk..kenape nie..kenape nie. Aku urut dadaku berkali-kali. Jantung aku serasa ingin melompat keluar.Pandangan aku jatuh semula pada coklat Toblerone di atas katil. Sedikit pon tidak aku jamah. Mulut dirasakan kering dan selera meniddakkan nafsu makanku.Kali ini tiada kad atau nota,hanya Ity menjadi utusan setelah sejam Kuala Kangsar Aliya dan Ehsan tinggalkan. Kenapa ni Diana..please..... Rindu mungkin? Tidakk..... Aku duduk dibirai katil dan rambut ku sisir perlahan. "Bestnye sebab I pergi dengan you.....", tutur Ehsan lambat-lambat. "Aloo Romeo jangan nak jual minyak pagi-pagi nie. I tak nak beli tau" "Kalau I jual buy one free one pon ta nak lagi" "Tak nak", Aku memeluk tubuh tanda protes. "Kire longgok ok?" Aku cerlangkan biji mata. Ehsan ketawa. Aku gelengkan kepala. Sikat ditangan aku ketuk-ketukkan ke kepala. Kenapa bende yang sama asyik play and rewind dalam kepala nie? Aku merebahkan badan di atas katil.Batal peluk aku tarik ke dada. Pandangan aku lepaskan pada siling. Seekor cicak sedang asyik memerhatikan kelakatu yang berterbangan di keliling lampu kalimantan. "Tak cakap pun pindah balik Malaysia",sambung Ehsan dengan nada merajuk. Mengada-ngada!Ape kes aku nak kene report kat die "Kene cakap ke?" "Mestila kene. Kalau Di cakap hari tu dah lama dah ...I bungkus kain baju balik Malaysia jugak." Aku pejamkan mata kuat kuat.Aku buka kembali. Kelakatu sudah selamat di perut cicak.Dan cicak itu berlalu dengan senang hati. Sakit ke aku nie? He used to make me happy, then...sad...extremely sad... He's a arrogant jerk. ..yes ,but sometimes he just so sweet He's charming but he drives me mad Why oh why....? Aku letakkan sikat tadi ke sisi. Goodbye tak ade..terus aje balik. Marahkah? Isk..why do I even bother? Isk...isk... Aku masih ingat janji yang aku buat di Houston dulu.Ya Aziana...janji untuk tidak mahu merobekkan hati perempuan seperti aku. Aku tak kenal die. Ya, memang aku tak kenal tapi aku tidak suka menjadi 'third wheel'. Second chances? Should I? Aku gelengkan kepala lagi. Bantal peluk aku tarik ke muka. Mata aku pejamkan kembali.Kali ini erat-erat. ********** "Di, saya dah dapat offer", Ehsan bersuara. Air Sprite dan KFC snack plate di tolak ke arah ku. "Ke mana?UM?UPM?UTP?MMU?UTM ?..tak pun USM?",aku mentelah. Dalam hati ,kuat aku menginginkan dia ke UM juga. "Tak.", jawab Ehsan ringkas. Bekas whipped potato dan coleslaw dibukanya pantas. "Habis?",aku bertanya kembali .Aku perhatikan sahaja Ehsan rancak menyuap kentang goreng ke mulutnya. "O level program dekat Sunway", Ehsan menjawab perlahan. Hampir-hampir aku tidak dapat menangkap bicaranya dalam hiruk pikuk manusia di KLCC hari itu. "O level?",aku bertanya kembali meminta kepastian. Kenapa O level, kenapa bukan asasi atau matriks? "Haa, lepas tu ke US",sambungnya lagi.Sudu diletakkan perlahan dah Ehsan kini memusatkan pandangannya padaku. "Oh",hanya itu yang mampu keluar dari peti suaraku ketika itu.Aku melarikan padangan pada bintik-bintik air yang terkondensasi dari gelas berisi air Sprite aku. Jariku bermain-main dengan hujung straw.Kami diam "Di”, Ehsan bersuara.Rendah, tapi cukup jelas di telingaku. "Erm.."itu sahaja yang keluar dari mulutku.Ada rasa sayu yang tiba-tiba menyentap jantungku. "Kenapa awak diam.Tak suke ke?”, tanya Ehsan memohon kepastian. "Taklah saya suka. I'm happy for you. Tapi...nanti kita jauhla..lama pulak tue", aku meluahkan kegusaran dihati. "Haa jauh dan lama.Tapi...come on we are Di and Ehsan. We can make it!. We can make long distance relationship work!. Nanti saya selalu online Yahoo Messenger, MSN Messenger.Awak pun dekat UM nanti. Lepas tu saya akan selalu hantar gambar-gambar saya kat sana.So kite akan rase dekat aje selalu.", Ehsan senyum dan tak berhenti-henti berbicara. Banyak sungguh plan dan stratergi yang dikeluarkan. "Hahahaha..iya la tue", aku sudah tertawa.Senyum juga sudah memekar. Beriya iya benar pakcik nie! "Macam mana kalau something happen?Macam mana kalau tiba-tiba kite lost contact.Macam mana?", aku menduga "Saya akan cari awak.Saya akan usaha." "Macam mana pulak kalau kita putus?"aku giatkannya lagi. "Isk jangan la cakap macam tue", wajah Ehsan sudah sedikit redup "Tak salah kan?Bende -bende macam ni happen. Especially dalam long distance relationship. Let just say for the sake of discussion, awak tinggalkan saya sebab jumpe yang lagi bagus dekat US.Lepas dah sakitkan hati saya baru awak sedar.", aku bermain dengan kemungkinan dan potensi yang bakal kami lalui nanti. Empat tahun macam-macam boleh berlaku.Lagi pula aku ingin mendengar hujah yang bakal dikeluarkan ‘debater pencen’ ini. "Kalau macam tu.Saya akan balik.Saya akan cari awak." "Awak dah sakitkan hati saya ,mesti saya tak nak jumpe awak lagi." "Saya akan terus cari dan cariAwak tak nak jumpe saya pon saya cari jugak.Saya rayu awak bagi saya second chance." "Hahahaha, yeah right?..Only the luckiest people get second chances " "I don‘t buy that, great thing are achieve not by strength...let alone luck, it's by perseverance. I‘ll create the second chance myself", sambung Ehsan berapi-api. “Ok Encik Debater Pencen, if you can come to me with same determination you have today, perseverance and never give up trying. I might consider”, aku tersenyum. Permainan bicara kami tamat sahaja disitu. ************** Aku tersenyum mengenangkan memori lama kami dulu. “Kak Ngah...” Kisah Di dan Ehsan yang tak pernah berkesudahan. “Kak Ngah!” “Adoi sakitla!” Aku menggosok tangan aku yang sengal. Ity menghadiahkan aku cubitan ‘manja‘. “Berangan!Orang panggil dari tadi.Tersengih-sengih sorang-sorang pandang siling. Tak ke kerje gile.Screw loose ker?..atau....” “Atau?”, aku mentelah. Aku memandang Ity yang bercekak pinggang menghadap aku. “..atau teringatkan putera raja yang dan balik tadi” “Isk...gile ke ape?Pleeeaseee...!Buat ape nak ingatkan Ehsan tue. Buat sakit hati ade la. Romeo...gile, gatal,buat rumah orang macam rumah die..dan..dan..dan..” aku sudah hilang bicara. “..dan..dan..sukakan Kak ngah...asyik menyakat a.k.a mengorat kak ngah...hahahahaha. Come on la kak ngah kita orang boleh baca la.Body language Along ngan Kak Ngah” “Shut it Ity!” “Purak-purak tak suke yer.Ity ngan Aliya boleh baca la...Along asyik curi-curi tengok Kak Ngah..Kak ngah pon sama...” “Shut it..I’m warning you!” “Along likes you, and so do you!” Refleks Ity lebih pantas dari tangan aku. Bantal yang aku baling hanya mengenai pintu bilik. *Kedegang* “ooooi..oooi.. anak dara dua orang tu.Berperang ke?Runtuh rumah mak nanti”, terdengar suara mak dari dapur. Ity mencebik dan berlalu. Aku masih lagi terpana di birai katil. Do I? Do I like him again? And did he? Di dan Ehsan. Satu complex equation yang aku tak tau nak simplified macam mana.
|