Belakang tengkuk diurut perlahan. Kaki dilunjurkan ke depan. Tangan didepangkan ke depan. Lenguh!Kertas skrip jawapan pelajar ditenung kembali. Pandangan kian berbalam-balam dan tulisan di kertas sudah mula mengembang.
That’s it! This is my limit today.
Tudung pen merah Kilometriko ditutup kejap.Skrip jawapan dimasukkan ke dalam kotak.Meja dikemas. Wrappers Snickers dan Picnic yang bersepah di meja digumpalkan dan dicampakkan ke tong sampah. Hajat untuk berlama di pejabat pagi Sabtu ini aku batalkan terus. Otak aku sudah hilang penumpuan.
Bawak balik ajer la.Lepas mandi,makan ,sambung balik.
Kotak berisi skrip jawapan pelajar dijinjing ke pinggang dengan tangan kanan. Lampu dan pintu bilikku ku tutup.Tangan kiri pula pantas mencapai kunci dari dalam beg sandang. Terkial-kial aku mengunci pintu. Mahu 5 minit aku berusaha memasukkan anak kunci ke pintu.
"Awak tu right handed. Apasal nak sibuk-sibuk try pakai tangan kiri nie"
Kunci bertukar tangan. Sekali pulas sahaja pintu biliku sudah berkunci. Aku mengalihkan pandangan pada si penolong sukarela itu.
"Arif!!ko buat ape kat sini?", aku sedikit terjerit. Segera ku tekup mulutku sendiri. Sekretari 'kay-poh' department ku sudah mula memanjang-manjangkan tengkuknye dari hujung koridor. "Ko tanye aku buat ape?Malaysia kan kampung aku jugak.Aku balik tengok mak ayah aku la."jawabnya.
Tak menjawab soalan betul la budak nie.
"Aku tau la tue. Maksud aku what are you doing here in UM?"aku melemparkan pertanyaan pada Arif.
"Haih, ko je la kawan aku yang aku kenal kat UM nie.Cari ko la"
"Hahahaha....mane la aku tau"
"Dah jom , meh aku angkat nie', Kotak skrip jawapan pelajar bertukar tangan. Arif mengekori aku ke kereta.
Setelah memasukkan kotak skrip jawapan ke kereta, Arif terus masuk dan duduk di tempat duduk penumpang.
"Aik?" Berkerut dahi ku.Tali pinggang yang sudah separuh kutarik aku lepaskan semula. Arif yang tersengih-sengih menjawab. "Ko hantar aku balik, boleh?" Aku bertambah pening. "Abis tadi ko datang dengan ape?" "Tadi adik aku drop aku kat sini.Die pergi Alamanda, petang karang baru balik, ade gathering main bowling"
Huish budak ni.Buat tak jumpe aku tadi.Nak balik dengan ape..'menapak' ke Damansara Utama ke?
"Ok lah" aku menjawab ringkas. Enjin kereta segera aku hidupkan.
"Great! Ini yang aku sayang ko ni Di. Tak banyak songeh"
"Ye la tue, ko jangan banyak songeh pulak, kerete aku ni kerete antik.Aircond rosak belum repair lagi.Natural aircond je ade. Kalau ko komplen banyak aku tinggalkan ko kat tepi jalan jer nanti.Nak?"
"Taknak la Di.Ko hantar aku sampai bawah rumah lah.", muke Arif sudah mendung.Itu tandanya die merajuk atau tidak bersetuju dengan saranan aku tadi.
"Hahahaha..ko ni semua ambik serius.Aku main-main je la.Haih..ye la aku hantar ko sampai ke pintu", sudah pecah ketawa ku. Arif memang mudah percaya.Kalau aku cakap akulah bakal isteri PakLah pon die percaya ni kot.Hati dan tingkah lelaki ini mudah.Simple.Tidak complicated, tidak misteri. Perasaannya senantiasa terpancar dimuka. He is very transparent guy.
Aku ingat pertama kali aku ketemu Arif di bumi Edinburgh. Masa itu aku di library, sibuk mencari bahan untuk menyiapkan assignment.Dia juga ke situ dengan sebab yang sama. Dari situ hubungan kami berkembang dari rakan senegara, ke rakan belajar, rakan berjalan dan rakan bergembira. Dia sahabat yang baik, sahabat yang memahami.
"Ok belok kiri. Rumah aku dekat depan masjid hijau tue. Ko kene slow sket sebab time ni budak-budak balik sekolah agama", Arif memberi arahan.
Arif turun menekan loceng rumahnya. Seketika kemudia ada suara keluar dari speaker di pagar. Aku tak pasti butir bicaranya, kurang jelas.
Pintu pagar rumah Arif dibuka tapi Arif masuk semula ke dalam kereta.
"Aik? Apasal tak masuk?", aku makin pening. Arif ini tak se-transparent yang aku sangka.
"Kate nak hantar sampai depan pintu.So..drive in la", Senyum masih belum lekang dari bibir anak muda seorang ini.
Macam tu pulak?Banyak songeh la die ni.
Aku menurut sahaja. Sebaik sahaja enjin kereta aku matikan, seorang wanita muncul di pintu. Senyumnya melebar. Rambutnya tersisir rapi.Berbaju kurung Johor.Aku kira usianya sudah separuh abad.Cantik benar wanita itu, pastinya di usia muda dahulu menjadi pujaan ramai.
"Assalamualaikum", aku memberi salam.Adat orang bertandang, tuan rumah harus disapa terlebih dahulu.Aku tunduk menyalami wanita tadi.
"Waalaikumusalam", jawabnya lembut. Tangan ku digenggam lama. Lalu satu ciuman hinggap di dahiku. Aku tersentak. Hati aku tiba-tiba terbang pada mak di kampung.
"Jemput masuk Diana." Tangan ku ditarik lembut. Aku pandang pada Arif dengan seribu persoalan.
"Itu my mum", Arif separuh berbisik padaku bila wanita itu meninggalkan kami di ruang tamu.
"oohh",aku sudah mengagak tadi. Manjanya Arif dengan wanita itu bukan main sebentar tadi. "Diana makan dirumah ibu ya. ", sambung wanita itu sambil duduk di sofa disebelahku.
"Eh , tak apa la makcik.Saya tak nak susah-susahkan makcik.", aku naik segan.Datang ku tidak diundang.Mengganggu pula nanti.
"Tak payah la panggil makcik.Panggil ibu saja. Kan lagi mesra", sambung wanita itu lagi
"Erm..baiklah makcik..er..maksud saya ibu..baiklah ibu", aku teragak-agak menjawab. Sekali lagi aku disimbah dengan hangatnya rindu pada mak.
"Ibu dah masakkan macam-macam. Arif cakap semalam nak ajak DIana makan tengahri dekat sini.Pagi-pagi lagi ibu dah ke pasar", wanita itu tersenyum manis.
Oooo ade udang sebalik mee ya..suruh aku hantar balik.
Aku bulatkan mata pada Arif. Die hanya tersengih. Aku alihkan pandangan ku kembali pada wanita tadi.Cantik sungguh. Wanita ini sungguh ayu dah anggun persis wanita Melayu. Tapi wajahnya, seperti bukan Melayu sahaja. Macam apa ya?..Macam orang putih. Aku perhatikan sahaja ibu bangun menuju ke dapur.
"Huih Di, apasal kau pandang ibu aku satu macam?", Arif yang dari tadi lebih banyak memerhati tiba-tiba sahaja bersuara. "Ibu ko, bukan orang Melayu ke?", lancar sahaja mulut aku bertanya. Diana , awak ini penyibuk sungguh! "Itu rupenya yang difikirnya. Dari tadi dok membelek-belek muka ibu orang..hahahah...",Arif tertawa. "....ibu tu Melayu tapi, cuma 50 percent jer. Arwah atuk Arif kahwin dengan grandma, anak tuan estet getah di Kuala Selangor dulu. Ibu banyak ikut muka grandma, itu pasal tak nampak Melayunya sangat." Aku hanya mengganguk mendengar penerangan Arif. Patutla muka Arif ni tak macam Melayu sangat juga. Kalau dulu die tidak menegur aku dalam bahasa melayu, sudah lama die aku ingat Scottish. Orang Scotland juga agak kecil seperti orang asia dan rata-rata berambut hitam atau dark brown persis Arif.
Usai makan tengahari di rumah Arif , aku minta diri untuk pulang. Masih banyak skrip jawapan pelajar yang perlu aku periksa. Dateline sudah dekat.
Aku menyalami Ibu di muka pintu. Sebaik sahaja aku mengangkat muka, aku ditarik ke dalam dakapannya. Tersentak aku sekali lagi. Sekali lagi fikiran aku melayang pada mak.Dimintanya aku berjanji untuk datang lagi. Aku menganggu bersetuju. Tak sampai hati aku menghampakan permintaannya yang begitu bersungguh-sungguh.
Arif menghantar aku ke kereta. "Arif, ayah awak mana?"
"Papa? die dekat Pangkor sekarang nie.Pergi main golf di Damai Laut dengan kawan baik die."
"Oh..."
"Di.."
"Ape?", aku sudah ingin menutup pintu kereta ketika Arif tiba-tiba bersuara kembali.
"Malam ni kita keluar nak?Arif belanja.Kita pegi makan nasik lemak Kampung Baru, amacam?",Arif memberi cadangan. Tahu benar dia dengan favourite aku yang satu itu.
"Erm..malam ni susah sket la.Di nak pegi KLIA", aku menyatakan kesukaran aku hari itu. Tepat jam 10 malam ini, Ehsan pulang ke Michigan.Aku sudah berjanji akan menghatarnya tempoh hari
"KLIA?Buat ape?", Arif bertanya.Musykil. Kening kanannya terangkat.
"Hantar kawan balik Michigan.",jawabku pendek.
"Michigan? Ehsan?",Arif bertanya lagi.Kali ini keningnya diangkat lebih tinggi.
"Haa, pukul 10 flightnye. So Di nak pergi kejap dalam pukul 8.30 sampai sane", aku menerangkan rancangan aku. Tak guna aku berdolak-dalih dengan Arif. Memang banyak kisah aku yang dia tahu. Mungkin lebih banyak dari kawan-kawanku yang lain.
"I see...", Arif mengurut-urut dagunya yang bersih tanda selalu bercukur. "Ok, here my plan. I pick you up tonight. Kita pergi KLIA sama-sama. Risau pulak Arif kalau Di drive sorang-sorang malam-malam nie ke Sepang. Lepas tu kite head out ke Kampung Baru.Pekena nasik lemak special.Amacam?", Arif memberi cadangan
"Ok!", aku bersetuju terus. Cadangannya memang bernas. Aku dapat menghantar Ehsan kemudian dapat makan nasi lemak yang sungguh sedap itu.
Segera aku capai kertas dan pen. Alamat dan peta ke rumah aku tulis dan lukis secara kasar.Cukup untuk Arif mencari rumah sewaku di SS 3 itu.
"Ok.umah Di depan padang MPPJ sebelah Masjid Al-Hidayah.Kalau ikut peta ni memang tak miss punye. Kalau lost, call je lah", aku berbicara dan kertas itu aku serahkan pada Arif.
"Allright. Arif jemput around 730.Lepas Maghrib.", Arif memberi kata putus.
Aku tersenyum.Arif membalas. Muncul lesung pipit di kiri kanan wajahnya. Manis sekali!
---------------------------------------------------------------------------------------------------- Tepat jam 7.30 sebuah Toyota Vios perak berhenti di depan pagar rumah.Arif keluar dan bersandar di pintu menunggu aku
Arif! Pantas ku capai beg tangan di meja.Cermin aku kerling seketika membetulkan tudung yang senget.
"Wow...Ini bukan Di yang aku kenal kat Edinburgh nie.",sapa Arif sebaik sahaja aku membuka pintu kereta.Menyinga senyumnya.
Hari ini aku memakai skirt panjang dan blouse. Ya, sejak aku pulang ke Malaysia, aku tidak lagi hanya bert-shirt dan jean. Set pakaian baru perlu aku beli untuk mengajar di UM. Di Malaysia dress code-nya berbeza dengan di UK. Di sana jeans dan T-shirt sudah memadai untuk ke kelas.
"Ini Di baru. DI yang lady like sket", aku menjawab usikan Arif itu.
Dia ketawa. Aku juga turut ketawa. Sekali sekali lesung pipitnya muncul.
Dia memang manis. Sebentar tadi sahaja NIni dan Suzana, housemate aku yang pakar menghedap di tepi tingkap sibuk bertanya perihal lelaki campuran yang kacak itu.Lelaki yang aku anggap sahabat baik dunia akhirat itu.
------------------------------------------- Nini : Handsome nyer kawan ko Di. Macam Kapten Jack Sparrow pon ade. Suzana : Tak la macam, ape tu side kick die la..sape tue..haa...Orlando Bloom? Nini: Die tu boyfriend ko ke DI.Bertuahnye ko... Aku : Huish..bukan la.Die member aku jer. Member mase kat Edinburgh dulu.Only friend. Nothing more Cepat-cepat aku matikan hasrat Nini dan Suzana untuk membuat spekulasi liar mengenai aku dah Arif. Nini : Kalau macam tu rekomen la kat aku. Aku: Hahaha...nanti-nanti sembang ya. Aku dah lambat.Bye! ---------------------------------------------
"Dah sembahyang?", cepat-cepat aku bertanya.Kalau di fikirkan, Arif terpaksa keluar awal dari rumah untuk mengharungi kesesakan lalulintas dari Damansara Utama ke sini.Jadinya dia harus keluar sebelum Maghrib tadi.
"Dah. Arif solat kat Masjid Al-Hidayah sini" Arif menghidupkan enjin dan Toyota Vios itu melancar laju, membelah kepekatan malam itu menuju terus ke Sepang.
---------------------------------------------------- Aku dah Arif berjalan beriringan memasuki KLIA. Cepat-cepat aku melangkah ke balai berlepas. Hati aku bagai dipalu - palu.Mata aku meliar mencari kelibat Ehsan Kelam kabut juga Arif mengikut rentak kaki ku berjalan.
Jam ditangan aku pandang untuk ke sekian kalinya. Sudah 9 lebih. Kemalangan di susur keluar ke Nilai membuatkan perjalanan kami menjadi lebih lama dari sepatutnya. Aku takut aku terlepas bertemu muka dengan Ehsan.
Senyum tiba-tiba muncul di wajahku. Itu Ehsan! Aku mempercepatkan langkah. Ehsan yang sedang berdiri segak dengan beg sandangnya aku rapati.hati aku berbunga-bunga entah kenapa.
Bila kaki aku berhenti bergerak aku tidak sedar. Di jarak 50 meter ke destinasiku, senyum yang memekar hilang tiba-tiba.Hilang semangatku tika itu. Ape yang aku pandang membunuh semua rasa indah yang aku anyam berhari-hari sejak pulang dari Kuala Kangsar.
Ada tangan seorang wanita memeluk pinggang Ehsan. Erat. Aku cuba mencari wajah wanita itu. Wanita muda yang berambut paras bahu itu aku tatap. Otak aku berkerja lebih mencari tuan empunya wajah yang aku rasakan sungguh familiar itu.
Otak ku membawa aku kepada kenangan di Houston. Ya..wanita itu. Pernah aku tatap gambarnya dahulu. Itu Aziana.Itu Aziana...Dari jarak 50 meter itu aku perhatikan kemesraan mereka. Aziana yang tak sekali melepaskan tangan Ehsan. Aziana yang mesra berbual dan menyalami kaum keluarga Ehsan.Aziana yang sungguh cantik.Aziana yang penuh karisma. Arif diam di sisiku. Dia juga menyaksikan sandiwara yang sama.
Aku menahan sesak di dada. Aku berpaling pada Arif di sisi yang sedari tadi memerhatikan aku. "Arif...", aku bersuara perlahan Dia memandangku penuh pengertian. "Di nak balik. Hantar DI balik rumah", aku terus berlalu.Pantas.Destinasi aku ketika itu sudah bertukar.Bukan lagi Ehsan tapi pintu keluar KLIA.
Sekali lagi Arif terpaksa berlari-lari kecil mengejar langkah ku. Maaf Arif, tiada nasi lemak Kampung Baru untuk kita malam ini.
Demmit!..Demmit...Demmit!
|