helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.2
5 Penilai
Part 16 : Hang Over
Dihantar: 12/06/2007 pukul 08:34:52 AM | 207 Bacaan
Share

Part 16 : Hang Over

Aku mahu menangis. Menangis sampai tertidur. Aku kira jika begitu hati aku boleh lega. Tapi bukan itu yang aku rasa sekarang. Aku rasa tak berperasaan. Perjalanan pulak ke SS3 terasa panjang. Arif memandu dalam diam. Tumpuannya seratus peratus ke jalan raya. Aku pula hanya memerhatikan lampu jalan.

Seketika kemudian handphone ku menyala.
Satu SMS masuk.

Di, where are you. Tak sudi hantar I balik ke? Sedih la I macam nie.

Ah, pergi mampus!

Handphone Motorola Raz aku off dan aku tutup kasar. Hendak sahaja aku campakkan ke jalan raya. Biar pecah berkecai macam hati aku sekarang. Tapi aku masih rasional.Aku pejamkan mata seketika.

"Di...", Arif berbicara bila kami tiba di plaza tol Sunway. Perlahan.

Aku mengangguk sahaja. Aku risau kalau aku bersuara yang keluar nanti tangisan dan bukannya kata-kata.

"You ok?", sambungnya lagi.

Aku angguk sekali lagi.

"Kampung Baru?", tanya Arif lagi. Dia cukup tahu untuk tidak membangkitkan perkara tadi. Dia juga tahu aku tidak suka orang bersimpati, dan berceramah motivasi ketika aku berperasaan begini. Diversion. Itu yang aku perlukan.

Lambat - lambat aku mengangguk. Hati aku tidak panas seperti di KLIA tadi. Jadi baik sahaja aku pergi menikmati nasik lemak itu. Sekurang-kurangnya ada perkara baik berlaku malam ini.

Arif terus memecut Toyota Vios perak itu meninggalkan Sunway dan terus ke Kuala Lumpur.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kami diam. Pertama kali aku tiada topik bicara dengan Arif. Dia turut diam. Barangkali menghormati keadaan aku pada masa ini.

"Arif..."
Dia mengangkat muka dari nasi lemak berlauk kerang dan sotong kepada ku.
"Di nak satu lagi..", aku berbicara perlahan. Aku tunjukkan angka satu padanya dengan muka yang malu-malu. Arif baru separuh pinggan aku sudah nak masuk round kedua.

"Kak Ti!, satu lagi nasik lemak. Sambal sotong extra.Kacang tak nak!", Arif menjerit pada Kak Ti pelayan kedai menambah pesanan tanpa banyak bicara.
"Tambah sirap limau satu", sambungnya lagi selepas melihat gelas sirap limau ditanganku sudah kosong.
Arif tersenyum. Lesung pipit di kedua pipinya muncul sedikit, seperti segan segan hendak keluar. Lega agaknya selera makan aku tidak berkurang.

Kak Ti datang membawa pesanan. Arif suakan pinggan nasi itu padaku. Malu-malu aku ceduk ke pinggan.
"Makan la banyak mana yang Di nak. Arif belanje", sambungnya lagi. Tersenyum. Kali ini pasangan lesung pipit itu tidak segan lagi. Dalam dah ketara, menambahkan lagi kemanisan wajahnya.

Aku perhatikan sedari tadi sekumpulan gadis-gadis yang aku kira, pelajar UKM sedang mencuri-curi pandang pada Arif.

Yela..bak kata Suzana.Macam Orlando Bloom.

Tiba-tiba ada bau satay menyucuk-nyucuk hidungku. Aku memanjangkan tengkuk mencari arah punca bau itu. Ooo..di hujung sana.

"Nak satay?", Arif bertanya sebaik sahaja aku memalingkan muka menghadap nasik lemak semula.

"Satay?" Aku buat muka terkejut.malulah aku kalau dia tahu aku juga inginkan satay selepas dua pinggan nasik lemak.

"Takpe I pegi pesan. Tapau. Nanti Di makan kat rumah je lah", Arif seperti dapat mengesan perasan segan aku. Nasi lemak yang di pesan tadi juga malu-malu aku sendukkan ke pinggan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selesai makan kami bergerak untuk pulang.

"Thanks" , aku bersuara perlahan.

"No problem. Next time Di pulak belanja. nanti Arif tuntut!" , sambungya berseloroh.

"No not that. I means thanks...for everything", aku berterima kasih atas kebaikannya untuk tidak bertanya panjang, untuk menemani aku yang separuh nanar dan menghalang aku mengikut hati. Aku tahu kalau aku terus balik tadi, pasti aku menangis beriya-iya mengikut perasan. Bila berseorangan ada orang ketiga yang berbisik untuk kita membuat kerja sia-sia dan merugikan itu.

"Di..that's what friend are for. No worries. Kalau Di nak nangis pon takpe. I sudi belikan tisu berkotak-kotak. 7 eleven bukak lagi nie", die bersenda lagi. Mabuk nasik lemak kot. Tapi aku turut tertawa.

Mana mungkin aku lupakan insiden di Edinburgh dulu. Aku kehilangan pasport. Aku panik. AKu menangis semahu-mahunya. Arif yang tidak pernah melihat aku menangis kelam kabut berlari mencari tisu. 5 minit kemudian dikala aku sudah di akhir sendu die pulang dengan enam kotak tisu.

"Tak ada yang jual satu satu la Di. So I beli dalam satu pack. Cukup tak?", Tanya Arif tercungap - cungap. Penat agaknya berlari ke kedai serbaneka yang agak jauh dari sini.
Aku sambung menangis lagi. Kali ini bukan lagi sedih tapi geli hati. Nak buat apa sampai enam kotak. Nak bukak kedai tisu ke!

Mengingatkan itu aku ketawa bila isu tisu ditimbulkan Arif. Bila kereta kami meninggalkan Kampung Baru. Hati aku sudah ringan sedikit.

So, it is true. Laughter is the best medicine.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku duduk bersila mengadap televisyen. Mulutku rancak mengunyah satay ayam dan perut. Sesekali  kuah kacang aku cecah, sesekali timun dan bawang aku bawakan ke mulut. Mataku terancap ke peti televisyen. Rumahku sunyi malam ini. Malam minggu, Suzana dan Nini balik kampung. Mereka orang Selangor juga. Kuala Selangor dan Serdang. Hujung minggu selalulah mereka pulang menemui keluarga tak seperti aku yang susah untuk pulan seperti mereka. Hampir-hampir 4 jam untuk ke Kuala Kangsar.


Tepat jam 12, aku sudah terbaring di katil. Sebu perutku dengan banyaknya makanan yang ku telan malam ini. Entah bila aku terlena.

"Di I balik dulu. See ya!", Ehsan melambai-lambai padaku. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

Aziana dipeluk erat. Aziana juga melambai padaku. Mereka tertawa. Mesra.
Aku pula berdiri tegak memandang. Air mata mengalir di pipi tanpa henti. Tidak lama kemudian aku mulai tersedu. Tangisan aku bertambah kuat. Aku jatuh terduduk. Aku teresak-esak lagi.Aku rasa nak pitam.

Air mata terus mengalir. berjurai-jurai membasahi pipi. Ehsan dan Aziana hanya tersenyum dan terus melambai-lambai.
kemudian aku nampak arwah ayah. Dan peristiwa empat tahun dulu datang kembali.

--------------------------------------------


"Asstagrafirullahhalazim", aku meraup mukaku yang basah bermandikan peluh. Aku bingkas bangun dah duduk di birai katil. Jantung aku berdegup laju. Aku gosok dada ku perlahan-lahan. Seketika kemudia aku rasa kurang selesa. Sepantas kilat aku berlari ke bilik air.

"Buweeek..."

Nasik lemak dan satay tadi melonjak keluar dari kerongkongku. Sakit dan perit benar terasa di kerongkong. Sama dengan sakit dan peritnya hati aku. Aku tekan perutku dan aku urut perlahan dada ku.Kepala aku pusing tiba-tiba. Aku jatuh terduduk di lantai bilik air. Badan aku terasa berat. Bayangan di KLIA tadi menerpa fikiran aku.Kali ini bersilih ganti dengan mimpiku tadi.

Dada aku sesak semula. Di dalam malam pekat, di bilik air yang hanya diterangi cahaya dari lampu jalan di luar ,aku menangis semahu-mahunya.








Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.2
5 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari