"Di...!" Opocot!..gile punya budak!", secara sepontan aku melatah. Terkejut aku bila 'di serang hendap' sebegitu. Tak cukup dengan sergah, perut aku di cucuk dengan ranting kayu yang entah dari mana dikutipnya. "Berangan!", senyumnya menyinga. "Bila masa?", pantas aku bangun dan mengejar budak gila tadi. Segenggam pasir aku jadikan senjata. Dari hujung pantai Teluk Nipah ini sampai ke Pasir Bogak pun boleh aku kejar budak yang menganggu ketenteraman aku tadi. "Oi..oi...main kasar...mane aci!",Arif a.k.a budak gila tadi bersuara sambil cuba menangkis serangan aku bertubi-tubi dengan tangan. "Ape aci..aci..?Aci dekat India!", aku sudah ingin tertawa melihat anak muda yang terkial-kial menyelamatkan rambutnya dari terkene serangan aku ini. Haha.. "Di ko ni pembuli tau! ", sambungnya lagi. "Ha..sapa start dulu. Ko main kasar dulu yer!", pantas aku membela diri. Arif hanya tersengih. Getah yang mengikat rambutnya dibuka.Tangannya masih lagi sibuk mengibas pasir dari rambutnya yang panjang mencecah bahu. "Di.." "Ape lagi?" tanyaku. "Nak aiskrim?", lesung pipit sudah muncul lagi. Tawaran aiskrim itu sudah pasti sebagai 'peace offering' tanda dia tak mahu lagi berperang dengan ku. "Ok!", jawabku ringkas.Arif berlalu ke arah pakcik penjual aiskrim di hujung sana.
Aku memalingkan pandangan pada pantai sekali lagi. Teluk Nipah ini memang indah. Hanya aku dan Arif ke sini. Ibu dan ayah Arif, Pakcik Yusoef hanya mahu berehat di hotel di Pangkor. Aku dah Arif berbasikal ke sini melalui Teluk Ketapang. Tak sia-sia aku berpeluh-peluh sakan mengayuh basikal. Tempat ini memang indah, masih tidak begitu terusik. Pasirnya halus dan airnya biru kehijauan.Jernih.
Mulanya memang aku tak ingin mengikut Arif dah keluarganya ke sini tapi setelah di ajak berkali-kali oleh ibu. Aku mengalah dengan wanita tua yang tidak putus-putus bertanya tentang kesihatan aku minggu lalu. Minggu lalu...
Minggu lalu sudah aku habiskan dengan bermuram sahaja. Mata aku sudah seperti mata panda. Makan minum tidaklah teratur. Semuanya gara-gara Ehsan. Lelaki yang sudah pulang ke Michigan minggu lepas yang terus hilang tanpa khabar berita. Aku pejamkan mata erat-erat cuba membuang ingatan pada Ehsan sebentar tadi. Aku dan dia taiada janji atau kata putus. Jadinya marah dan sedih aku minggu lalu seperti tiada puncanya. Kenapa aku nak sedih begitu? "Nah!" Aku buka mata dan aiskrim conneto berada dalam kadar 5 cm sahaja dari mulutku. Sudah siap dibuangkan pembalutnya. Aku angkat kening pada Arif. "Peace offering. Tak mau kene peluru pasir lagi. Jenuh nak cuci rambut balik nanti nie". sambungnya lagi yang sudah duduk bersila disebelahku. Tak habis habis sayangkan rambut. "Ok! kire kite berdamai la nie", pantas aku mencapai conneto tadi dan menikmatinya. Huh Nikmat. Dalam panas-panas cuaca dapat pula makanan yang sejuk. "Are you ok, Di?", soal Arif. "Me? Ok..kenape pulak?", soalku kembali "Yela..lepas kes minggu lepas.Are you truly ok?",Arif menyambung lagi. "I guess so. I think I'm just over reacting. Di dengan Ehsan tak ada kata putus pon Arif. We are just friends. ", mata aku hanya menatap ais krim conneto yang sudah separuh aku makan. "Personally, Arif rasa cukuplah Di. You have been at this for how many years? Dekat 5 tahun Di. Cukuplah Di, you tormenting yourself. You deserve better. Mulakan hidup baru.Mungkin Di akan jumpa orang yang lebih baik dari Ehsan." "Really Dr Arif.Tibe-tibe bertukar jadi psychologist nie?", aku mencebik.Ketawa aku tertahan-tahan.Arif ni kadang-kadang bila tiba tiba serius memang kelakar aku rasa. "Reallyy.....", jawab Arif dan dia sudah menangkap mood berlawak aku. "For example, ini dia calon yang terbaik", sambungnya sambil menepuk dada. "Arif bin Yusoef. Kacak. Gagah perkasa. Lari turun naik Arthur Seat pon tak penat. Gaji pon boleh tahan. In Pound so lagi banyak dari Dollar Amerika.Dah berpengalaman diserang dan menangkis bentuk-bentuk serangan cik Diana, kelakar,romantik, mempunyai potensi menjadi taukeh kedai tisu yang berjaya...ha...nak ape lagi. Ni ha complete package", sambungnya dalam ketawa. "hahahahaha.....tak malu....ni nak?", aku genggam pasir pantai sekali lagi. Berpura-pura ingin membaling. "oi..oi.oii..abis la aiskrim nie!ok ok..dah surrender", Arif sudah mengangkat bendera putih dan ketawa kami pecah tiba-tiba. Sakit perut aku petang itu. Memang ini budak gile! Sudah puas bergambar die Teluk Nipah kami pulang semula ke Pangkor.
Malam ini malam terakhir kami di Pangkor. Pakcik Yusoef mengajak kami makan ikan bakar hari ini. "Tambah lagi Di, jangan malu-malu", sapa Pakcik Yusoef sambil tersenyum. "Ye, pakcik", aku menjawab penuh sopan. Mata aku terancap pada buttered crab yang memang kegemaranku. Tapi jauh dihujung sana di tepi Pakcik Yusoef. "Rase ikan ni Di", Ibu meletakkan ikan sweet sour ke dalam pingganku. Aku hanya tersenyum tanda terima kasih. "Nah!" Buttered crab sudah disua di depan mataku. Arif! Terime kasih kawan. Ko memang paham! "Di...esok kita balik awal pagi yer."sambung Pakcik Yusoef. "Baiklah pakcik" "Oh ya, kita tak balik terus tau Di. Ibu nak singgah Kuala Kangsar. Nak ke Lembah cari labu sayung sikit. Boleh ibu singgah rumah kamu ya. Jumpa keluarga Di." sambung Ibu. Aku yang sedang seronok menikmati ketam tadi tersentak sedikit. Nak ke rumah? Biar betul? "Erm..boleh Ibu. nanti Di bagitahu mak. ", aku menjawab. Arif disebelah tersengih-sengih macam biasa. "Haa, boleh Arif jumpa Makcik Saadah", sambungnya mengenyit mata pada ku. Arif merapatkan sedikit dirinya padaku lagaknya seperti ingin berbisik. "boleh tunjukkan makcik Saadah calon terbaik untuk anak dara die sorang nie, taukeh tisu!" Aku bulatkan biji mata pada Arif tanda amaran. Ketika aku pusing semula untuk menghadap ketam tadi aku menangkap sepasang mata yang sedari tadi memerhatikan gelagat aku dan Arif. Wajah aku memerah. Ibu!
|