helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.9
10 Penilai
Part 18 : Kehendak Hati
Dihantar: 25/06/2007 pukul 08:13:17 AM | 217 Bacaan
Share

Part 18 : Kehendak Hati

Aku menyisir lambut perlahan-lahan. Rambut hitam paras pinggang itu aku bawakan ke tepi. Aku sisir bahagian bawahnya yang sedikit kusut perlahan-lahan.

Malu besar aku tadi. Itula Arif bercanda tak kene tempat. Malu benar aku dengan ibu.

Bunyi pintu bilik air dibuka mengejutkan aku. Ibu melangkah keluar dengan baju caftan kuning bermotifkan kupu-kupu yang dibelinya semalam. Cantik! Wanita kacukan itu memang cantik. Sebuah senyuman dihadiahkan padaku.

Aku sambung menyisir rambut. Segar benar aku selepas mandi air panas sebentar tadi.

"Di, mari sini kejap", ibu yang sedang duduk dibirai katil memanggilku.
Aku bangun dari meja solek dan segera duduk disebelah ibu.

"Ada apa ibu?", soalku

"Ibu nak tanya Di sikit boleh?", ibu memandangku lembut. Helaian rambut yang jatuh di muka ku ibu capai dah selitkan ke telingaku.

"Boleh ibu..tapi...pasal apa?"

"Pasal Di dengan Arif", sambung ibu perlahan. Kali ini pandangan mata ibu terus menikam hati dan jantung aku.
Pipiku rasa panas.Dan aku amat yakin ia sudah mulai memerah. Aku tunduk memandang lantai.

"Kenapa dengan Di dan Arif bu?', soalku kembali.Halus dan amat perlahan.

"Dah berapa lama Di dan Arif berkawan?"

"Lebih kurang 5 tahun.",jawabku kembali. Pantas aku mencongak di dalam kepala.Ya, kurang lebih lima tahun aku dan Arif kenal.

"Boleh ibu tanya lagi...." , ibu berhenti seketika.
Aku mengangkat muka memandang ibu. Kesunyian ibu merimaskan aku.

"sejauh mana hubungan Di dengan Arif. Maksud ibu..siapa Arif pada Di?", sambung ibu berhati-hati. Aku tahu ibu cuba bertanya sehalus mungkin. Tak mahu aku terasa barangkali.

Aku telan air liur yang terasa berpasir tiba-tiba.

"Di dengan Arif..Di dengan Arif....." , aku sebenarnya tak tahu bagaimana hendak aku gambarkan persahabatan aku dan Arif.Dia teman karib.Malah kadang-kadang aku rasa die lebih karib dengan ku berbanding Meng.Ada perkara yang Arif lebih tahu tentangku dari Meng. Aku begitu menyenangi anak muda seorang ini. Kadang-kadang aku rasakan kami seperti pasangan kembar sahaja.Dia memahami aku tanpa perlu aku beritahu apa-apa.Cumanya kami berlainan ibu dan berlainan bapa.

"...entah la ibu. DI pon tak pasti", aku rasa berkata benar itu lebih baik. Sememangnya aku sendiri tak pasti apakah bentuk hubungan aku dan Arif.

Ibu senyum. tangan ku diraih dan digenggamnya.

"Ibu sudah tua. Ibu sudah lama hidup. Dari pengalaman ibu, ibu rasa hubungan Di dan Arif istimewa.Lebih dari sahabat dan mungkin baru bercambah untuk menjadi sesuatu yang lebih istimewa. Itu Di yang lebih tahu. Tapi ibu kenal anak ibu.Di tahu bukan Arif tu anak lelaki ibu yang tunggalkan?"

Aku mengangguk perlahan. Ya aku tahu dia anak lelaki tunggal dari 5 adik beradik. 3 daripada mereka sudah berkahwin dan menetap di luar negara. Yang diatas Arif, di Johor bertugas sebagai pegawai perubatan dengan Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Dan jarak antara mereka juga agak jauh. Kerna itu Arif sedikit manja.

"Arif tu jiwanya lembut. Dia sangat rapat dengan ibu.Kamu tahu, nama kamu selalu meniti di bibir Arif. Macam-macam cerite. Sebab itu ibu teringin sangn nak berjumpa dengan Di. Ibu sebenarnya lega dan gembira Arif berkawan dengan Di dulu. Sebelum ni Arif itu agak liar sedikit. Mungkin salah ibu terlalu manjakan dia dulu. Tak pandai berdikari, mudah terikut-ikut. Risau sungguh ibu bila melepaskan die ke luar negara dulu.", ibu bangun dan berdiri di tepi tingkap.Aku turut bangun dan berdiri di sisi ibu.

Angin malam berpuput lembut. Nyaman sekali.

"Tapi lepas Arif berkawan dengan Di, ibu jadi lega. Arif berubah.Dia tidak seperti dulu. Pandai berdikari.Bertanggung jawab. Pertama kali ibu melawat Arif di Edinburgh dulu. ibu terkejut. Die sudah mula kenal apa itu tanggungjawab, pada ibu bapa ,pada Tuhan."

Aku menggangguk lagi. Mengiyakan kata-kata ibu. Ya memang, aku tahu juga sejarah hidup Arif. Cerita silam yang diberitahunya padaku. Cerita yang tidak mahu dia ingati.Dan aku juga amat bersyukur yang anak muda itu berubah menjadi lebih baik dari dulunya.

"tapi ibu, tak layak rasanya semua kredit itu Di yang dapat. Sebabnya banyak lagi kawan-kawan lain waktu itu yang membantu Arif.",

Menang benar. Masa itu ada Siti, Zahim, Idlan, Izzudin dan ramai lagi kawan-kawan senegara yang sama-sama membantu Arif. Apa sahaja bantuan yang di pinta, mereka akan sehabis boleh membantu.

"itu ibu tahu. Tapi Di lah yang paling lama sekali berkawan dengan Arif.Malah yang paling rapat.Ibu tak tahu macam mana ibu nak sampaikan ini....", sambung ibu perlahan

"Ibu berharap benar yang Di akan terus jadi kawan baik Arif.Dia nampak gembira benar bila bersama dengan Di."

"insyaAllah ibu.", aku balas dengan senyuman.

"sebab itu ibu berhajat sangat Di. Ibu harap Di dapat penuhkan permintaan ibu."..ibu diam lagi
Kali ini ibu berpusing dan menatap aku. Tangan aku sekali lagi dicapainya.

"Ibu harap Di dapat jaga Arif sampai bila-bila"

Kerongkong ku jadi kering.

"Maksud ibu?"

"ibu harap Di jadi sebahagian dari keluarga ibu"

"tapi ibu....."

"Ini hajat ibu,pakcik Yusoef dan yang paling penting..ini juga hajat Arif.Di terlalu istimewa dihati anak ibu"

Aku terasa lemah benar tiba-tiba. Bukan aku tak percaya pada hidup berumah tangga.Aku bukan anti perkahwinan.Cuma bila membicarakan soal kahwin aku jadi lemah.Aku jadi hilang punca.Ada rasa takut,rasa panik dan seribu rasa yang lain.Sejuk tanganku tiba-tiba.

Aku membuka mulut untuk bersuara, tetapi segera dipintas ibu.

"Ibu tak minta jawapan sekarang. Ibu hendak Di fikir dulu. Ibu jugak pasti Arif akan berbicara tentang perkara ini nanti dengan Di nanti. Ibu cuma hendak Di tahu betapa besarnya hajat ibu dan pakcik Yusoef..", sambung ibu lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu tidak sesaat pon mata dapat aku lelapkan. Ibu aku lihat sudah lama terlena. Penat agaknya. Aku bangun perlahan lahan ke sinki. Cerek air aku isi separuh penuh.Dengan air panas yang baru ku masak tadi, aku bancuhkan secawan kopi panas. Perlahan-lahan aku bawa cawan itu ke verendah. Chalet kayu di kaki bukit itu menghadap pantai Pasir Bogak. Malam-malam sebegini sunyi sepi.Hanya ada deruan ombak sahaja memukul pantai. Aku dongak ke langit. Mujur ada sang bulan. Penuh pulak tu. Malah ada bintang-bintang bertaburan juga. Tanpa membuka suis lampu juga aku dapat melihat dalam malam gelap seperti ini. Aku duduk di kerusi malas. Cawan berisi kopi panas aku letakkan di meja. Kaki aku angkat ke atas kerusi.Perlahan-lahan aku menarik kakiku ke dada dan memeluknya erat. Aku lepaskan satu keluhan perlahan.

"Tak tidur lagi?",sapa satu suara asing.

Hampir terlompat aku dari kerusi. Hood baju panasku aku tarikkan ke kepala. Aku pusing ke kiri -kanan mencari punca suara itu.Dalam kesamaran aku lihat tubuh seornag manusia sedang berdiri di verendah sebelah. Berbaju tshirt putih dan berseluar bermuda paras lutut. Arif juga tidak tidur malam itu rupanya.

"Tak reti bagi salam ke?Terkejut Di dibuatnya",tajam suaraku menyoal Arif.

Mahu tidak. Jantung aku sedang berdegup laju kini. Tengah-tengah malam buta macam nie. Segala macam cerita hantu tiba-tiba menerpa otak ku.

"Sapa suruh duduk dalam gelap. Lain kali kalau dah tau penakut bukak la lampu cik kak", jawab Arif. Walaupon aku hanya nampak dia dalam kesamaran ,aku amat pasti senyumnya sedang menyinga sekarang.

"Elleh siapa takut? Yang Arif duduk dalam gelap jugak ni apasal.?" soalku kembali.Pura-pura berani.

"Oh tak takut ya!", Arif sudah merapati verenda bilikku. Hanya tembok konkrit separas pinggang memisahkan verendah kami.Arif duduk di tembok itu dan menjuntaikan kaki ke verendah kami. Aku masih menikus diatas kerusi di hujung sana.

"Ok, dulu kan orang cakap dekat pantai ni...adela seorang lelaki tu...."Arif mengiat

"Oh tak mau dengar..lalalalalalal tak mau dengar", aku menutup kedua belah telingaku.Pantang betul aku orang membuka cerita hantu di malam hari begini. Sudah la daya imaginasiku tinggi.Silap-silap hari bulan 2-3 hari aku tak dapat tidur.

"hahaha..."Arif ketawa kecil. Kali ini walaupun tidak melihat aku pasti kedua-dua lesung pipitnya muncul ketara.

"Apasal tak tidur lagi ni? teringatkan Ehsan ke?", soal Arif di hujung tawanya.

"Ha'a", aku mengiyakannya. Padahal di dalam fikiranku perkara lain yang mengganggu. Bicara aku dan ibu tadi bermain-main di kepala ku berkali-kali.

Arif menarik nafas perlahan.Dia diam.Aku turut diam. Hanya bunyi ombak sahaja kedengaran.

"Arif?" perlahan aku bertanya.

"Ya..."perlahan juga dia menyahut.

"How do you define our friendship?"Aku bertanya sekadar menduga.

"Herm...our friendship yer..how do I define our friendship..herm...special"

"How special?", soalku kembali

"Very special", sambung Arif

"How very?", aku soalnya kembali .Lagaknya sudak seperti budak tadika.

Arif diam seketika. Aku jadi rimas lagi dengan kesunyian. Jadi aku bangun dan melangkah setapak ke arahnya.

"How very?" soalku lagi.

"So very, extremely, absolutely, exceptionally , extraordinarily special", tutur Arif perlahan-lahan.

Dalam samar-samar itu aku dapat melihat pandangan Arif yang tajam kearah ku. Kata-kata ibu sebentar tadi bermain difikiranku lagi.

Aku diam. Arif juga diam.

Aku rasakan pipi ku panas lagi. Mujur gelap.Kalau tidak silap hari bulan, teruk aku digiat Arif. Segera aku capai cawan kopi yang masih penuh tadi.

"Erm..Arif. DI dah mengantuk la.Di masuk dulu ya."

Pantas aku berlalu memintas Arif. Sliding door bilik aku tarik perlahan-lahan.

"Di..." sapa Arif perlahan.

Tangan aku yang sibuk menarik sliding door tadi berhenti.

"Selamat malam. Assalamualaikum", sambungnya.

"Waalaikumusalam", aku menjawab.Hati aku berdebar-debar tiba-tiba

Dan malam itu aku memang tidak berjaya melelapkan mata langsung sampai paginya.









Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.9
10 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari