helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.7
3 Penilai
Part 19 : Jauh tapi dekat
Dihantar: 28/06/2007 pukul 18:19:29 PM | 231 Bacaan
Share

Part 19 : Jauh tapi dekat

Perhatian : Sebelum membaca. Nama Nadia sudah saya tukarkan kepada Aziana.

"uhuk..uhuk..uhuk...sniff..snifff", tanganku pantas mencapai kotak tisu.

"uhuk...uhuk..uhuk......" batuk masih belum mahu reda. Kerongkong makin perit menahan gatal tekak yang makin menggila.

"uhuk..uhuk..uhuk..uhuk...!!", batuk makin menjadi-jadi dah sakit makin berganda-ganda.

Mata sudah mulai berair. Pandangan mata sudah tidak fokus lagi. Tisu yang ku pegang sudah nampak macam segumpal kapas. Imej sudah mengembang. Ditambah pula, sakit di kepala dah sengal-sengal di seluruh badan.

Aku bangun dari sofa kulit buatan Itali di tengah rumah. Perlahan-lahan aku menapak ke meja makan. Gelas air kosong di penjuru meja makan terasa jauh benar untuk dicapai. Aku melangkah beberapa tapak. Rasanya macam sudah habis seluruh tenaga yang ada aku gunakan. Aku sudah berada di antara sofa dan meja makan. Dua langkah lagi. Sikit lagi....Sakit di kepala berganda tiba-tiba. Aku rasa seperti hendak pitam. Gelap.

Prang!!!!!Itu bunyi terakhir yang aku dengar sebelum duniaku tiba-tiba menjadi gelap.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Basah dan sejuk. Dahi aku rasakan basah dan sejuk. Aku buka mata perlahan lahan. Imej di depan aku berbalam-balam. Mata aku berkerja keras menyesuaikan dirinya dengan cahaya ruang tamu. Imej kian jelas. Serang wanita sedang tertidur disisiku. Aku pegang dahiku yang sejuk tadi. Tuala sejuk rupanya. Sakit kepalaku sudah kurang. Tekak pula terasa kering.Ada segelas air kosong disisiku.Aku miringkan tubuh ke kiri sedikit untuk mencapai gelas tadi.

"Ehsan...dah sedar...."

Wanita tadi bersuara sambil mengosok-gosok matanya. Pantas tangannya mendahului aku. Dicapainya gelas berisi air tadi dan disuakan ke mulut ku. Aku tegok air tadi dengan nikmat. Air suam itu meluncur laju meluncur laju menuruni tekakku yang kering benar. Nikmat.
Aku jatuhkan kepala kembali ke sofa.

"Thanks Azi"

"Ade rase OK sikit?", sambung Aziana lagi. Cepat cepat termometer di masukkan ke bawah lidahku.
Aku hanya mengangguk. Betul aku rase sedikit sihat berbanding tadi. Tidak sihat sepenuhnya tapi sakit dikepala sudah berkurang.
Beberapa minit kemudian, termometer ditarik keluar.

"Herm..dah turun dah temperature. Tapi masih ade sikit demam. You must rest. Nanti , esok pagi, I call office you, bagitau you tak sihat. Lepas tu I bawak you pegi klinik ok?”, sambung Aziana panjang lebar. Sebuah senyuman manis dihadiahkan padaku.

Aku kerling pada jam dinding yang bertentangan dengan sofa. Dah pukul 4 pagi. Aziana aku lihat sudah menguap beberapa kali.

"Azi..you balik la. Dah lewat nie. Esok you kerja. You need rest also", perlahan -lahan aku berkata-kata. Perit di tekak datang semula.

"How can I leave you my dear. Tadi you pengsan tau tak? Brandon belom balik lagi. Kalau you jatuh sorang sorang macam mana?, sambung Aziana. Berkerut-kerut dahinya tanda risau yang teramat sangat.

"Nasib baik esok I masih cuti. I have another one day. You ni bawak balik virus dari Malaysia kot. Elok je touch down terus batuk-batuk. Ni ha dah deman-demam pulak. I tought engineer ni semua fit. Hehehe..rupe-rupenya tak jugak." sambung Aziana bercanda.

Aku hanya membalas dengan senyuman . Tekak yang sakit menghalang aku untuk berkata-kata banyak.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Diana.

I must call her.

Apasal die tak datang airport hantar aku?

Or...

Did she see how Aziana behave. that night?

Tolongla Tuhan. Jangan la dia misunderstood lagi.

Aku teringat kembali bicaraku dengan Aziana di dalam balai berlepas. Aku kurang senang dengan sikap terlalu terbukannya itu. Aku tak suka dipeluk-peluk atau di tarik-tarik sebegitu. Lebih-lebih lagi di depan kaum keluarga dan mungkin Diana juga. Apa kata mereka? Keluarga aku tidaklah seterbuka keluarga Azi.Padangan mata Ummi dah Abi tempoh hari mengundang resah dihati aku.

"Azi, where's my phone?"

"Your phone? Nak call sape sakit-sakit nie?"

"Nobody..I just need to see my phone.please..."

Aziana bangun dan mencapai telefon bimbitku di atas meja makan.

Oh kat sana rupenya....

Aku bangun dan duduk di sofa. Tangan aku pantas menekan punat punat kecil di telefon bimbitku.

“ You know what, since you macam dah sihat sikit. Apa kata I masakkan chicken soup untuk you.”, kata Aziana memecah konsentrasiku tadi.

Aku mengangguk tanda setuju.Sup ayam Azi memang sedap!

Setelah kelibat Azi hilang disebalik pintu dapur aku mengalihkan pandangan pada telefon ku semula.

Inbox....no new message


Last call received...Ummi

Isk..tak ade call, tak ade message.

Kenapa Di nie? Sakit kah die? Sesuatu berlaku kah?

Gusar dan rindu bercampur baur di dalam hati. Badan yang semakin sihat dirasakan sakit kembali.

Dengan badan yang sakit begini mahu 3 ke 4 hari aku bercuti. Sabtu pula sudah perlu bergegas ke off-shore. Di sana pula nanti talian telefon aku sudah diluar kawasan. Bila kiranya dapat aku menghubungi Di lagi?

Bulan depan?

Oh tidak..terlalu lama. Baru tidak lihat atau terima mesej dan panggilan beberapa hari, rindu sudah menggunung. Kalau sebulan? Ahhh..sakit aku dibuatnya.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Kronik aku macam ni.....

Azi menyanyi-nyanyi kecil didapur.

This is another problem. Kronik jugak.

Macam mana perlu aku nyatakan pada Azi yang hati aku memang tiada ruang untuknya.?
Hati aku hanya ada Diana. Ke mana pulak perginya gadis kecil yang manis itu?

Sakit kepala datang kembali.

Kedua-dua masalah ini harus aku tolak ke tepi seketika. Telefon aku letakkan ke sini. Aku berbaring semula di sofa. Kepalaku berdenyut denyut.Sakit. Mata aku pejamkan perlahan-lahan. Sakit dikepala harus aku tahan.

Banyangan Diana datang menerpa. Gadis itu sedang tersenyum dan tertawa di tepi pantai. Cantik sungguh pantai itu. Aku tersenyum kembali padanya

Entah bila aku terlena ..........dalam senyuman.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.7
3 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari