Sedap betul angin petang ini..Aku raup kebelakang hujung rambut yang sedah memasuki mata. Ada objek gelap yang tenggelam timbul dibawa arus deras sungai perak. Buaya kah? Aku sedikit panik. Aku kecilkan mata dan mengunakan seluruh kekuatan otot sekitar mata untuk menfokuskan pandangan pada objek gelap tadi. Isk..tunggul kayu aje... Aku pejamkan mata dan menikmati angin petang di tepi sungai tadi. Banyak rupanya yang aku miss. Tidak berkampung membuatkan aku tidak pernah merasa keindahan seperti ini. ------------------------------------------------------------------------ "Anak saya ni dah lama kenal anak Kak Dah.Sama-sama belajar dekat Scotland dulu", ibu memulakan bicara. Aku hanya menghadiahkan senyuman semanis mungkin untuk Makcik Saadah. "Rapat diaorang ni dekat sana, sampailah sekarang. Saya dah anggap Diana tu macam anak sendiri dah", sambung ibu lagi. Aku sudah tidak keruan duduk bersila disebelah ayah. Apa arah tuju ibu nie?
Cepat-cepat aku habiskan baki pengat pisang di mangkuk.Seketika kemudian aku meminta izin meninjau-ninjau pokok dah keliling rumah papan dua tingkat itu. Punggungku sudah panas bagai di cucuh api sahaja tadi.Aku tak betah lagi duduk bersila dianjung rumah sedang hal diri aku dibukak satu persatu.
Ibu ibu...sabarlah bu...
Ini pasti gara-gara luahan hati aku pada ibu tempoh hari. Luahan hati mengenai gadis kecil molek itu. Diana.
Ingatan aku terjun pada memori-memori di awal perkenalan dulu. --------------------------------------------------------------------------------- "Isk...isk..mana nie?", kertas kecil berisi nombor rujukan buku aku tatap berkali-kali. Panas sudah hati aku bila buku yang dicari tiada di tempat yang sepatutnya. Sudahlah aku terpaksa mengheret kaki yang tidak pernah bermimpi untuk memijak lantai perpustakaan, buku yang aku 'terpaksa' cari tidak pula aku jumpai. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kertas kecil tadi aku tatap kembali. Dari rak ke rak aku cari.Penat mendongak deretan buku di rak atas aku menunduk pula mencari di rak bawah.
Ini semua gara-gara aku sendiri. Gagal 2 matapelajaran yang akan membuatkan aku gagal mendapat Master. Mujur atas budi bicara universiti, additional assignments diberikan untuk membantu aku mendapatkan sedikit markah tambahan bagi meluluskan 2 matapelajaran tersebut.
Tapi..aku sebenarnya masih buntu.Masih tidak tahu bagainama.
Lantakla , itu pikir kemudian, sekarang buku itu kena cari dulu.where are you. silly book..?
Micheal?Lucy?Jade?Missy?..mana diaorang semua tue? Shit!!Shit!!
Aku menyumpah dalam hati. Kawan-kawan baik yang mengurungi aku seperti semut pada gula hilang lenyap sekelip mata.Kawan-kawan yang sama-sama ke club saban malam. Mana mereka tu semua! Duit aku je yang diaorang nampak. Bila aku susah macam ni? Mane?Mane..Damn..damn....
Aku sudah sampai ke rak paling hujung.
Kalau tak jumpa ni aku balikla.Tido lagi bagus!Who cares?? Flunking? Lantakla..!
Mata aku sudah pedih.Semalam selewat 4 pagi baru aku sampai ke Hall. Party di Three Legs Bar sungguh mengasyikkan.
"Ahaa...itu die!", mata aku tadi yang sudah mula mengecil, besar kembali. Pantas tangan aku mencapai. Tapi belum sempat aku raih kulit buku tadi sudah ada tangan lain yang menariknya ke tepi.
Mata aku tadi mengikut buku biru setebal 'yellow pages' tadi.Seorang gadis bertudung krim dan memakai sweater universiti bediri di sebelah sambil memegang buku tadi. Pandangan aku jatuh pula pada wajahnya. Bersalah sungguh.
Beberapa detik kemudian dia bersuara. "Uh..I'm sorry. Do you want this book as well?", dia teragak-agak bertanya tapi penuh sopan. "Yeah, I do", aku jawab ringkas. Memang aku sangat-sangat perlukan buku tadi. "I need it as well...urm..is it ok with you if I take hold of this book for a while. I need to have a look at one of the chapter.Or..perhaps, can you wait for a second, I just go down and photocopy the chapter", sambung gadis tadi lagi. Panik sungguh dia. "It's ok. Kita boleh kongsi. Saya bagi awak pakai dulu.Nanti saya nak pinjam buku tue tapi saya nak check dulu chapter dalam buku tue..Ok.Kite kongsi dulu .boleh?" sambung aku panjang lebar. Kesian aku pada gadis kecil ni. Muka sikit punya innocent, panik pulak tue.Hahaha..sib baik comel.
Gadis tadi diam. Macam terkedu. "Awak ok?" Lambat-lambat die bertutur kembali. "Awak Malaysian?", senyum segaris muncul dihujung bibir mungil gadis tadi. Ikhlas aku rasa. "Ye...kenapa?" "No..nothing, ingatkan Scottish tadi. Oklah...nak duduk mana?", tanya gadis tadi lebih lancar dan tidak panik lagi. "Sana", sambung aku sambil menunjukkan pada sebuah meja kosong di satu sudut.
"Saya Arif.Awak?" "Saya Diana..panggil saja Di. Boleh saya guna dulu?" "ok, silakan", sambung aku lagi. Aku habiskan masa menunggu sambil membelek-belek soalan Professor Balldock. Machine learning dan data imaging calculation. Dari soalan satu sampai sepuluh.Satu pon tak dapat aku selesaikan.Sudah berpuluh kali aku mengeluh. "Awak buat assignment ape?" sapa Di yang aku kira sudah selesai mengunakan buku tadi. Buku ditolakkan padaku. Sepasang mata bulat dan hitam pekat tadi menatap wajahku penuh persoalan. Aku tolakkan kertas soalan tadi pada Di. Berkerut-kerut dahinya membaca. "Oooo machine learning.." sambungnya datar. "Ini pakai Bayesian ke?atau EM Algorithm?", soal Di kembali. Eh ..macam tahu jer minah nie.... "Frankly speaking, I tak tahula Di" Diana kembali menatap kertas soalan tadi.Buku biru tadi di tariknya kembali ke sisi.Sekeping kertas kajang kosong di tariknya dari dalam fail. Tangan gadis tadi ligat mencoret formula dan nombor-nombor pada kertas tadi.Lima minit kemudian dia memandang aku kembali. "Macam ni betul tak?", sambungnya bertanya padaku. Aku tatap kertas kajang tadi.Angka-angka asing itu mula aku fahami. Aku tak tahu samada betul atau tidak tapi harapan aku yang terkulai tadi untuk meyiapkan assigment ini sudah segar bugar kembali.
"Er..Di..this must have sound really strange sebab kita baru je tak sampai sejam kenal.Can you help me with this?"
Wajah gadis tadi berkerut-kerut kembali.
"Saya blanja awak makan tiap-tiap hari.Breakfast dan lunch.Awak tolong tutor saya boleh? Desperate time require desperate measure. "Ha?", Diana seperti keliru. "Macam ni, ini additional assignment. Kalau saya tak siap bulan depan, I'm going to flunk my Master.So I really need your help. I'll do anything as long as you help me.Pleassee.....help you fellow Malaysian in need" Diana diam beberapa minit.Berfikir agaknya. Dan aku biarkan die berfikir. Ye lah tiba-tiba orang yang tidak kita kenal meminta pertolongan. "Ok, everyday mulai esok.Pukul 9 dekat sini.I have to go now. Jumpa esok.Assalamualaikum" "Waalaikumusalam", tuturku perlahan-lahan dan hanya pandangan mataku menghantar Diana keluar hingga bayangannya lenyap dari pandanganku.
Itu permulaan perjalanan yang panjang antara aku dan DIana Zaman.
--------------------------------------------------------------------------------------------- Diana gadis yang laid back. Tapi masih tebal dengan ciri-ciri gadis timur. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu kebiasaan padanya. Tidak seperti aku yang saban malam berlanggar tubuh dengan entah wanita wanita mana di ruang gelap dan bingit di bar-bar di sekitar Edinburgh.
Pernah sekali itu....
Eh Dianalah. Gadis itu sedang berdiri sendiri di koridor kampus. Hujan lebat diluar. Mungkin dia terlupa membawa jacket atau payung. "Hi Gorgeous!" sapaku sambil memeluknya dari belakang. Terkejut besar Diana dan silap besar aku petang itu. "Astagrafurullah hal azim!!", sepontan Diana terlompat. Merah padam mukanya menatap aku dan satu tamparan kuat dilepaskan pada pipiku yang putih mulus tadi. Sakit? Oh ya..teramat sakit.Sakit yang melarat sampai ke fikiran.Silap besar aku petang itu. Big mistake Arif!! Aku tak pernah menyangka, gadis sekecil itu mampu mengeluarkan tamparan yang maha hebat. Bukan pipi ku saja yang sakit, hati, fikiran dan ego ku juga. Dari situ aku belajar, gadis ini tidak sama dengan gadis-gadis yang pernah aku kenal. Perlahan-lahan aku mula menyanjungi gadis bernama Diana Zaman.
Aku juga sudah mulai naik segan dengannya. Persahabatan kami semakin rapat setelah berkati-kati maaf dan penyesalan aku curahkan pada Di. Aku juga ingat, gadis ini tidak pernah meninggalkan rukun islam nan satu itu. Lima kali sehari tidak pernah tinggal.Aku yang terpisat-pisat bila Diana meminta kami berhenti berdiskusi seketika dan mengajak aku ke surau. Aku sungguh segan dan malu. Pertamanya, aku tidak tahu pun dimana surau universiti dan tikar sembahyang sudah terlalu lama tidak aku pijak, lagi pula mengambil wuduk.
Di awalnya macam -macam alasan aku berikan. Di pergi dululah, nanti Arif menyusul, Arif nak pegi tukar seluar dulu lah dan macam-macam lagi. Perlahan-lahan dalam diam, aku mula menatap buku-buku panduan sembahyang. Bacaan-bacaan yang sudah lama terkunci dalam otak aku, aku rungkaikan kembali.
Aku paling ingat, bagaimana Diana menipu aku dulu.Ah..mungkin bukan menipu tapi memperdaya. Beriya-iya aku diajak ke konsert di Glasgow. Seawal 7 pagi aku sudah tiba di depan hall kediamannya. Pada masa itu memang ada konsert Oasis di Glasgow Convention Centre. Mujur benar pakaian aku biasa sahaja.Tidak terlalu berlebih-lebih untuk ke konsert. "Everything settle. Di dah beli ticket. Ni kire Di blanje nie.Front row tau.", tutur gadis itu penuh ceria bila dia melangkah masuk ke perut keretaku. "Really front row? How did you pull that?", kagum benar aku dengan kebolehan Diana mendapatkan tiket front row untuk konsert Oasis. Sesampai di Glasgow, aku di arah membelok ke Glasgow University. Aku dibawanya ke Dewan utama.Ya..memang aku ke konsert.Front row lagi tapi Konsert Oasis of Love : To Allah we Put Our Trust.Konsert nyanyian Mesut Kurtis, Dawud Wharsby, Sami Yusof dan Outlandish.
----------------------------------------------------------------------
Senyum sudah memekar ke telinga. Gadis itu memang lain dari yang lain. Di tengah-tengah kesibukan kota Edinburgh di mana banyak melayu sudah tidak seperti melayu ada gadis yang sepertinya. Kukuh pendirian dan kehadirannya membentuk hidup aku perlahan-lahan menjadi lebih baik dan lebih bermakna.
Aku teringat salah satu perenggan dalam karya WB Rendra mengenai gadis seperti Diana. Seperti seorang bidadari datang dengan wangi kasturi membawa dian menyuluhi hari-hari. Bidadari sering bicara menyaluti relung sunyi menyala sumbu sinar persis pelangi melebar sayap rawan melindungi daripada kesejukan. Selalu bidadari menggilap pudar semangat dari bibir kristal ketemu kalimat-kalimat keramat.
Itulah Diana pada aku.
Untuk ke sekian kalinya aku menolak rambut yang menutupi mata ke belakang.Aku kemaskan ikatan rambut.Aku alihkan padangan ke arah dapur rumah Diana. Kelibat gadis itu aku cari. Tiba-tiba mata aku terancap pada gadis itu sedang sibuk mengangkat kain di ampaian. Dia lebih dekat dengan ku rupanya.
So Arif. What are you waiting for? It’s now or never!..
Aku bangun dan bergerak perlahan-lahan ke arahnya. Ada sesuatu yang perlu aku sampaikan pada bidadari kecil itu.
|