Pagi tadi aku bangun dengan satu perasaan yang amat aneh. Tahap konsentrasi aku juga menjunam teruk. Pagi aku ke bilik air seperti biasa untuk membersihkan diri sebelum solat subuh. Dalam keadaan separuh sedar aku hampir mencuci muka dengan ubat gigi. Ketika otak memberi arahan untuk mencuci muka boleh saja tangan aku capai ubat gigi dan aku picit keluar isinya di tapak tangan. Mujur aku pandang sebelum sapu ke muka. Kalau tidak berpijarlah muka aku satu hari ini.
Kemudian aku ke dapur membancuh kopi panas seperti biasa. Sesudah air ku masak aku masukkan dua sudu kecil kopi ke dalam mug, kemudian seperti biasa otak mengeluarkan arahan untuk menambah gula dan kemudiannya susu. Tangan aku sekali lagi gagal menerima arahan. Botol garam yang aku letak di sebelah botol gula yang aku capai. Akibatnya satu mug kopi panas telah dengan segala hormatnya aku curahkan ke sinki.
Aku hampir-hampir sahaja mengambil cuti dari mengajar hari ini. Mana lah tau salah masuk kelas ke?salah subjek ke?Apa - apa boleh jadi dengan keadaan diri dah psikologi aku yang tidak menentu hari ini.
Isk..isk..Diana wake up! wake up!.Apasal macam orang hayal jer nih!!!
Ko ambik dadah ke?
Bile mase? Hish mintak maaf aku tak buat la kerje-kerje tak berfaedah tue.Berdosa lagi ade la.
Perlahan-lahan aku melangkah ke pejabat. Mujur hari ini hanya dua kelas sahaja. Tak mungkin aku silap nanti. Satu pukul 11 pagi dan satu lagi jam 3 petang.Tapi tadi, isk..boleh ter'miss' simpang ke fakulti.
Aku letakkan tas tangan ke dalam laci meja. Aku cepat-cepat menghidupkan komputer. Sementara menunggunya selesai 'booting up', aku bangun membelek-belek buku-buku koleksi peribadi yang tersusun kemas di rak. Optimus Prime masih lagi berdiri gagah di samping buku-buku setebal 'yellow pages' itu. Dulu di rak buku di Edinburgh ,sekarang di rak buku juga tapi di Malaysia
Aku menarik keluar sebuah buku dan sekeping kertas putih jatuh ke lantai. Aku tunduk mengutip kertas tadi. Gambar rupanya. Gambar aku dah Arif di puncak bukit di Dollar Glen berlatar belakangkan Castle Campbell. Hari itu hujan, dah penat benar kami memanjat bukit dan merentas sungai untuk sampai ke puncak.Kami betul- betul kelaparan setelah sampai di puncak bersama-sama rakan-rakan yang lain. Ketika orang lain seronok menikmati keindahan dari puncak bukit dan sibuk bergambar, kami pula sibuk makan di kafe. Skon dan krim tak pernah terasa sesedap dan senikmat itu.
Selesai makan barulah kami sibuk hendak keluar bergambar. Ketika itu hampir ke semua rakan-rakan lain sudah ingin turun ke kaki bukit. Hujan sudah mencurah-curah. tapi kami berdegil juga untuk mengabadikan sekurang-kurangnya sekeping gambar di sana. Dengan berbaju hujan dan seluar yang basah separuh kami bergambar di depan Castle Campbell juga.
Aku yang berbaju hujan kuning dan Arif di sebelahku memakai pakra hijau gelap sedang tersengih ke arahku. Di belakang kami runtuhan balai utama istana Campbell. Indah sungguh zaman menjadi pelajar. Tak banyak masalah selain kerja sekolah dan assignments.
Apa agaknya yang dibuat Arif sekarang?
Agaknya mungkin sedang sibuk snorkelling di Pulau Redang?
Atau mencandat sotong di Pulau Kapas?
Sudah enam minggu aku dah dia tidak bersua muka. Katanya memberi aku ruang. Biar aku dapat berfikir dengan jelas. Cuma sesekali SMS di hantar bertanya khabar. Tiga minggu lepas Arif ke Terengganu dengan kawan-kawan lamanya menjelajahi pulau-pulau indah di sana.Katanya hendak ke Pulau Perhentian,Pulau Kapas,Pulau Redang,Pulau Pasir Takir dan macam-macam lagi.
Aku tersenyum sendiri.
Nasib baik takde orang nampak. Kalau tak sure orang ingat aku weng. Sengih sambil peluk buku
*BUZZ!!*
Yahoo Messenger yang sengaja aku set untuk log masuk secara automatik tiba-tiba berbunyi. Aku kembali menghadap komputer.
Ehsan?
Tiba - tiba sahaja selepas hampir sebulan lebih, dia menghubungiku semula.
Ehsan : Hello Di? You there?
Aku membalas
Diana : Yerp.
Ehsan : Bz tak?Boleh kita cakap?.
Aku mengerutkan dahi.Herm, otak mula laju memikirkan kebarangkalian topik yang ingin diutarakan.
Diana : Boleh.Cakaplah.
Ehsan : Ok.Kejap yer.Bagi 2 minit boleh?
Seketika kemudian.
Trutt*ringtone*
Kelam kabut aku mencari handphoneku dari dalam beg.
Sape pulak ni? Nombor takde dalam record.
Ehsan ke?
isk..taklah..ni nombor Malaysia nih?
Cepat-cepat aku taip pada Ehsan.
Diana : Ada call masuk.Kejap yer..
"Hello?"
"Hello, Diana", jawab suara dihujung talian.
"Eh!", cepat-cepat aku jauhkan gagang telefon.
Biar betui!
Pandangan mata aku beralih dari handphone di tangan dengan skrin komputer di depan mata.
"Hello", aku bertanya sekali lagi.
"Hello Di"
Sah suara ni aku kenal. tak syak lagi. Tapi macam mana pulak macam nie?
"Ye Di nie. Erm..erm...ni siapa yer?", soalku mencari kepastian.Adakah suara ini adalah suara yang aku rasa aku kenal itu atau tidak.
Ada tawa dihujung talian sana.
"Ni Ehsan la Di"
Eh betul lah. tapi apasal nombor Malaysia yer?
"Eh..Ehsan..tapi macam mana boleh..nombor....", aku tergagap-gagap.
Aku tarik nafas dan dengan sekali lafaz."Macam mana keluar nombor phone Malaysia nie?
Sebab die kat Malaysia la Di. Penyakit pagi tadi tak baik-baik ke nih..Cik Diana oiii
"Jejaka Melayu terakhir yang di rindui dah balik la Cik Diana. Ehsan kat Malaysia ni."
"Really!"
Excited kah aku? Mana marah dulu tue? Yang berjurai-jurai air mata.Yang makan nasik lemak dan sate sampai muntah. Yang macam nak lempar handphone bagi hancur tue.Mane?
Tapi apasal cepat sangat balik Malaysia balik?
Berbagai-bagai persoalan berputar-putar dalam kepala aku tika ini.
"Di, I jemput you makan jom.Tengah hari ni.OK? Ehsan ada something nak cakap dengan Di."
"Hah!..."
"I datang sekarang yer.Sampai dekat fakulti I call back. Bye"
Talian di matikan. Aku masih lagi menggenggam kemas handphone ditangan.
Penyakit blur aku datang kembali.
Nak datang?makan?
Call bila sampai?
Hah?
What..?
Bila semua maklumat tadi sudah mulai dapat aku fahami, aku terlompat dari kerusi.
Apa!!!Ehsan ada dekat Malaysia.Sekarang?Whatt!
Kerana waktu makan tengahariku yang agak terhad.Kami menjamu selera di Kantin UM berhampiran dengan perpustakaan.
"Macam dulu-dulu kan?", soalan Ehsan sambil tersenyum manis .
"Haa. Macam dulu." , Aku membalas senyumnya kembali.
Dulu bila Ehsan bercuti dan melawat aku. kami selalu juga makan di sini.
"Oh ya, apa yang Ehsan nak cakap tadi.Kata ada nak bagitau sesuatu", soalku setelah agak rimas di perhatikan.
Apa tak pernah tengok orang makan ke?
"I'm going to be here for a year.", sambungnya lagi.
"A year? tak pahamlahh...", kali ini bukan sebab aku blur. Memang aku tak paham betul statement die tadi.
"Dulu Ehsan ada apply balik Malaysia tapi tak dapat. Hari tu masa Ehsan di off shore, dapat surat kene hantar balik ke cawangan di Malaysia selama setahun, contract basis.", senyumannya masih belum ada tanda-tanda untuk surut.
"Oh....", hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutku.
Gembira ke aku ni?
Entah?..haih..entah dah jadi favourite word aku dah nie sekarang.
Malam itu, kami keluar sekali lagi. Kali ini aku dibawa ke restauran Tupai-Tupai. Banyak benar cerita Ehsan. Tapi sedikitpun kisah aku tidak menghantarnya ke airport diungkit. Tidak oleh die dan tidak oleh aku.
Aku lebih senang begitu. Mungkin nanti aku akan bertanya pada Ehsan. Nantilah..nanti...
------------------------------------------------------------------------------------------
'Di...."
Aku toleh ke belakang.Ke arah suara yang memanggil aku tadi.
"Eh, Arif bila balik?"Dia bersandar pada kereta. Patutla aku tak nampak tadi.
"Baru lagi Di. Ni dari mana nie cantik-cantik macam nie."sapa Arif lagi.
"Baru balik makan..erm..erm..dengan..erm..Ehsan"
Entah kenapa susah benar untuk aku bercerita pada Arif yang aku keluar bersama Ehsan. Aku tunduk memandang kaki. Tak berani untuk memandang Arif.
Kemudian aku perasan yang Arif berkaki ayam.
"Arif...."
"Ye Di. "
"kenapa tak pakai kasut nie?"
"Saja."Jawab Arif sambil tersenyum. Lesung pipitnya muncul lagi.
Aku pandang Arif dari atas ke bawah berulang kali,seperti ada sesuatu yang tak kena. Dia nampak lain..tapi entah apa yang lainya aku tak pasti.
Aku terus memandang Arif dan dia membiarkan sahaja perbuatan aku itu.
Beberapa ketika kemudian.Bila pandanganku tumpah pada wajahnya untuk kesekian kalinya, aku terkejut. Benar-benar terkejut.
Kepala Arif berdarah. Bukan sedikit tapi terlalu banyak hingga menitik ke tshirt pagoda putihnya.
"Arif..Ariif.."
Aku memanggilnya tapi suara aku tidak mahu keluar.
"Arif!"
"Arifff!!!!"
"Arifff!!!!!!"
"Di....!", aku membuka mata dan muka Suraya rapat benar denganku. Tangannya memegang kedua-dua belah bahuku.
"Astagrafirullah halazim, aku mimpi rupanya", aku meraup mukaku yang basah dengan peluh berkali-kali.
Balik dari makan malam bersama Ehsan tadi aku terus tertidur. Penat sungguh.Solat isyak belum aku tunaikan lagi.
"Ko mengigau Di. Terkejut aku dengar ko menjerit-jerit. Oklah aku nak tido balik,ngantuk ni dah pukul 2", Suraya bangun meninggalkan aku yang terkedu di kaki katil.
Aku bangun ke bilik air membersihkan diri . Seketika kemudian aku sudah berdiri di atas tikar sembahyang menghadap Tuhan yangh Esa.
Usai solat Isyak aku membaca surah Al Mulk dan Al Dukhan.Tenangkan hati sedikit sebelum tidur semula.
Tritt..Tritt
Satu mesej masuk.
Aku segera mencapai handphone aku dari meja solek.
Pukul 2 pagi, sapa pulak yang hantar SMS pagi-pagi nie. Tak reti tido ke?
12 unread messages
Hah! Ade 12 mesej baru. Biar benar!!!
Aku buka mesej terbaru.
Di where are you?Datang cepat ke SJMC.Arif in ICU.Eksiden.
-ibu-
Apa?
Dalam keadaan yang separuh tidak percaya dan dengan tangan yang terketar-ketar aku buka ke semua mesej yang belum ku baca. Semua mesej yang sama dari ibu.
Kitab suci itu aku tarik ke dada.Mata ku sudah tidak dapat melihat mesej-mesej tadi lagi kerana dikaburi oleh air mata yang mengalir deras.
Ya Allah!!!
|