helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.8
6 Penilai
Part 24 : Terang dan makin jelas
Dihantar: 10/07/2007 pukul 09:33:51 AM | 200 Bacaan
Share

Part 24 : Terang dan makin jelas

Kelopak mata aku kian berat sebenarnya, tapi aku paksa juga ia untuk segar terbuka. Masuk ini sudah cawan keempat berisi nescafe panas aku minum.

Kemalangan di Genting Sempah itu sungguh mengejutkan semua. Arif itu pemandu yang cermat tetapi di takdirkan pemanduan Arif pulang dari Terengganu hari itu berselisih dengan pemandu lori yang mengantuk. Di satu selekoh tajam, pemandu lori itu terbabas masuk ke jalan bertentangan. Kerana itu Vios perak Arif terhimpit ke bahu jalan. Mujur benar ada penghalang konkrit dibina.Di situlah kereta Arif terhenti daripada terus jatuh ke gaung.Remuk kenderaan yang membawa Arif dah 2 orang lagi sahabatnya. Bahagian pemandu remuk teruk dan Arif terbaring di ICU hari ini kerana itu.Kedua-dua sahabat Arif cedera tidak seteruknya. Seorang patah tangan dan seorang lagi cedera ringan tapi Arif, terhimpit di ruang pemandu. Kepalanya retak,serpihan pintu menusuki perutnya dan kakinya patah.

Ibu sudah lama terlentok di kerusi panjang di kaki koridor. Pakcik Yusoef sudah pulang ke rumah sebentar menukar pakaian dan menguruskan hal kereta Arif yang tersadai di balai polis.

Aku?

Aku pula masih setia berdiri di tepi cermin kaca tebal yang memisahkan aku dengan Arif yang terbaring di dalam sana.Aku perhatikan sahaja sahabat baik yang terbaring ditutupi selimut separas pinggang. Bahunya terdedah sedikit, tapi seluruh dada dan abdomennya ditutupi plaster dan balutan putih.Aku tiba agak lewat tadi. Setibanya aku tadi, Arif sudah selesai pembedahan mengeluarkan serpihan kaca dan besi yang menembusi perutnya. Itu pembedahan kedua, selepas pembedahan dikepala mengeluarkan blood clots.

Pandanganku jatuh pada kedua kakinya pula.Berbungkus hebat. Kedua-dua kakinya dimasukkan besi.Kemudian mataku beralih pada wajahnya. Bengkak dan membiru. Ada jahitan di dahi dah seluruh kepalanya berbungkus selepas pembedahan pertama tadi.

Mengingatkan itu air mataku gugur lagi. Murah benar air mata aku hari ini. Bila mengenangkan Arif, lelaki yang begitu aktif dengan kegiatan 'outdoor' terbaring tak bermaya di depan mataku aku jadi teramat sayu.


Ya Allah, nyawa aku bagai diragut. Kenapa Ya Allah!Kenapa aku rasa sebegini?

Hatiku merintih hiba. Usai menerima berita tadi, aku terketar-ketar benar.Nyawaku bagai bercerai dari badan. Aku tak mampu memandu ke SJMC. Mujur Suraya memahami. Dialah yang menghantar aku ke sini dan menawarkan diri untuk menjemput aku pulang pada bila-bila masa yang aku ingini.

Wayar-wayar yang berselirat di kepala,dada dan tangan Arif meresahkan aku. Kehilangan darah yang banyak semasa kemalangan semalam membuatkan Arif tidak sedarkan diri hingga kini. Keadaan menjadi lebih sukar bila bekalan darah dari kumpulan darah Arif kehabisan di bank darah SJMC. Mujur aku memiliki kumpulan darah universal.Kumpulan darah O, jadi dengan rela hati aku berikan beberapa pint darahku untuk lelaki baik itu.


Masih terngiang-ngiang di telingaku butir bicara Dr Bukhari tadi.

"Kedua-dua pembedahan keatas Arif selamat dilakukan, sekarang Arif perlu berada dalam pengawasan selama 24 jam sebelum kita boleh membuat apa-apa kesimpulan. Kami nak memastikan Arif stabil sebelum kami pindahkan Arif ke wad biasa.Kami harap dalam masa 24 jam ni Arif akan sedar atau kita terpaksa bersedia untuk kemungkinan yang lain."

"Kemungkinan apa doktor?", suara Pakcik Yusoef sedikit bergetar. Belum pernah aku melihat CEO syarikat telekomunikasi tersohor di Malaysia itu segementar ini.

"Kemungkinan yang Arif mungkin akan koma"

"Koma? tak adakah apa-apa treatment yang dapat kita buat sekarang doktor?", soal pakcik Yusoef dengan suara yang bergetar hebat.Aku lihat erat benar tangan ibu digenggamnya. Kolam air jernih sudah terbentuk di mata ibu.

"Maaf Dato', semuanya sekarang bergantung pada Arif.Hanya dia yang dapat membantu dirinya sekarang.Kita berdoalah Dato', moga-moga semuanya selamat. Kami akan buat sehabis baik.", sambung Dr. Bukhari sambil menepuk lembut bahu pakcik Yusoef sebelum meminta diri.

Empangan air mata ibu sudah pecah. Ibu tersedu-sedu di kerusi.

Aku?

Aku keras berdiri seperti patung.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Diana", terasa sentuhan lembut dibahu kiriku. Aku menoleh.

"Ibu..."jawabku perlahan.Sudah bangun rupanya wanita itu.

"Di tak nak tido?Tidor la sikit Di..", ibu bersuara.Mata ibu bengkak benar.

"Takpa lah ibu.Ibu rehatlah.Biar Di yang berjaga.Mana tahu Arif tersedar ke?", aku masih menaruh harapan besar Arif akan terjaga bila-bila masa saja lagi.Arif itu jiwa dan keazamannya kuat.

"Baiklah, kalau macam tu Di tunggu sini ye.Ibu nak ke surau. Di nak apa-apa..nanti ibu bawakan?", wanita itu bertanya lagi.

"Tak ada apa-apa ibu. Di ok.", sebuah senyuman aku hadiahkan pada ibu. Di saat ini kami perlukan sedikit kegembiraan.Atau mungkin keajaiban.

Bangun lah Arif!!

Aku duduk di kerusi menghadap cermin besar tadi. Kakiku lemah sungguh. Dari semalam hanya mengisi perut dengan bergelas-gelas nescafe panas dan sepotong coklat, tenaga yang aku habiskan membendung ribut emosi dan fikiran tidak sepenuhnya diganti.

Arif menarik nafas perlahan-lahan, dan kemudian melepaskan nafas perlahan-lahan juga. Mesin bantuan pernafasan itu bagaikan sebahagian dirinya kini. Dia masih lagi perlukan bantuan untuk bernafas buat 24 jam ini.

---------------------------------------------------

"Di, tengok nie!", jerit Arif dan bayangannya hilang dari permukaan kolam renang.Sengaja diganggunya ketenangan aku membaca buku petang itu.Pangkor Resort memang indah dipetang hari sebegini.

Aku biarkan saja.

Beberapa minit berlalu.

Malas nak layan.

Setelah agak lama. Aku meninjau dari celah-celah buku yang ku baca. Tiada kelibat Arif dan riak air kolam tenang sekali. Aku terlompat dari kerusi.

Biar benar budak nie!

"Arif...!"

Lemaskah?

"Arif!!!!"
Dia muncul di hujung kolam sambil tersengih padaku.

"Arif ! jangan main-main macam nie. Panik Di tau", marahku menyinga.

"Ala Di. Don't worry!Arif pakar menyelam. I can stay underwater quite long. I know a good
breathing technique", sambungnya bersahaja.

-------------------------------------------------------

Sekarang? Pakar selam terpaksa belajar bernafas semula.

Air mata aku mengalir semula. Aku sudah tak betah untuk menyekanya lagi. Aku juga sudah tidak malu dengan jururawat dan doktor yang lalu lalang.

Mataku kian berat dan pandanganku jadi gelap.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi kecoh dan riuh mengejutkan aku.

Aku lihat doktor dan jururawat berkejaran ke sana ke mari. Mesin mesin ditolak ke kiri dan ke kanan.

Kenapa?Kenapa? Mataku yang masih pedih cuba memahami situasi yang berlaku.

Ramai benar di bilik Arif.

Arif??Arif?

Kelam kabut aku bangun dan cuba mendekat tapi pantas dihalang seorang jururawat.

"Cik..cik tak boleh masuk.Sabar cik!..cik!"

Aku cuba juga mengintai dari celahan manusia yang mengerumuni Arif. Aku lihat wajah-wajah mereka benar-benar serius dan mereka begitu pantas bekerja.

Dalam kekalutan itu aku lihat mereka mula menjauh dari katil Arif.

Ok..he's fine..he is fine!.....


Setelah mereka bersurai.Aku lihat selimut Arif di tarik ke muka.

Hah?

Aku jadi bingung. Aku nampak ibu menangis tersedu-sedu di bahu pakcik Yusoef. Mata pakcik Yusoef merah. Aku?

Aku jatuh terjelepuk di lantai.
Aku menangis semahu-mahunya....

Arif!!....

Jangan tinggalkan Di...tolong la Arif....!

I need you...

I know now...I really need you

Please...bring him back....

Ya Allah!!!! Tolonglah!Jangan kau ambil dia dari hidupku


Hati aku merintih hiba. Yang kabur tiba-tiba menjadi terang dan jelas.

Arif...jangan tinggalkan Di....
..

---------------------------------------------------------------------------------------------------



"Di, kenapa nie?", Ibu memandangku penuh persoalan.

Mata ibu bengkak.Mataku basah.

"Ibu...Arif bu...", aku mengesat air mata yang mengalir deras.

"Arif?" berkerut dahi ibu.

Aku tidak tahu bagaimana harus aku katakan.

Aku bangun memandang ke arah cermin tebal tadi.

Kosong?

"Ibu...", tangisanku makin kuat.

"Mana Arif bu?Mana?"

"Sabar Di. Mengucap Di..Istighafar banyak-banyak"

Aku menarik nafas perlahan-lahan. hati aku sedikit tenang.Melihatkan aku mulai tenang ibu bersuara.

"Arif ada Di. Cuma dia dah dipindahkan keluar dari ICU"

"Dah keluar?"

Lama sangatkah aku tertidur tadi?

"Dia ok?Dia dah sedar?", soalku bertubi-tubi. Jadinya yang tadi itu hanya main tidurku sahaja.

Wajah ibu sugul kembali.

"Tak Di, Arif tak sedar.Dia koma"

Ibu diam.Aku juga turut diam.

Dalam hati aku memanjatkan kesyukuran bahawa peristiwa tadi hanyalah khayalan.Hanya mimpi yang direka untuk mencipta ruang agar aku mempersoalkan kerja Tuhan. Aku bersyukur kerana semua itu tidak berlaku.Aku bersyukur walaupon Arif koma di masih ada di sini dan dengan berkat usaha SJMC,doa aku,ibu dan seluruh keluarga dan kenalan Arif dan semangat diri Arif yang kuat, InsyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik.

Aku juga bersyukur ketika nyawa Arif menjadi pertaruhan takdir dan nasib ini, fikiran ku jadi sedikit jelas dan terang. Aku sudah nampak bayangan titik noktah kehidupan lama dan permulaan kehidupan baru untuk diriku.

Aku sudah mulai faham persoalan hati dan perasaan aku sendiri.
Dan moga-moga Arif ada untuk mendengarnya.






Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.8
6 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari