helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.3
7 Penilai
Part 25 : Bulan Ketiga
Dihantar: 24/09/2007 pukul 19:24:42 PM | 252 Bacaan
Share

Part 25 : Bulan Ketiga

Kawan-kawan,

Posting baru.Pendek tapi cukup la untuk permulaan.Hehehe..untuk warmup balik.

Enjoy! 

Sedutan Part 24: (takut lupe sebab dah lame sangatkan...)

Wajah ibu sugul kembali.

"Tak Di, Arif tak sedar.Dia koma"

Ibu diam.Aku juga turut diam.

Dalam hati aku memanjatkan kesyukuran bahawa peristiwa  tadi hanyalah khayalan.Hanya mimpi yang direka untuk mencipta ruang agar aku mempersoalkan kerja Tuhan. Aku bersyukur kerana semua itu tidak berlaku.Aku bersyukur walaupon Arif koma di masih ada di sini dan dengan berkat usaha SJMC,doa aku,ibu dan seluruh keluarga dan kenalan Arif dan semangat diri Arif yang kuat, InsyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik.

Aku juga bersyukur ketika nyawa Arif menjadi pertaruhan takdir dan nasib ini, fikiran ku jadi sedikit jelas dan terang. Aku sudah nampak bayangan titik noktah kehidupan lama dan permulaan kehidupan baru untuk diriku.

Aku sudah mulai faham persoalan hati dan perasaan aku sendiri.
Dan moga-moga Arif ada untuk mendengarnya.

*********************************************************** 

Part 25 : Bulan Ketiga

Handbrake aku tarik perlahan-lahan. Sebaik injin dimatikan aku bergegas keluar dari perut kereta. Beg biru lusuh yang penuh berisi pelbagai barang itu aku sandangkan ke bahu kanan dan kotak sederhana besar itu aku angkat dengan kedua-dua belah tangan.

Panas betul hari ini.

Perjalanan dari tempat letak kereta ke lobi bangunan serba putih itu terasa jauh.Aku berhenti sebentar dibawah deretan pokok rendang yang ditanam di sekitar kawasan meletak kereta. Kotak tadi aku letakkan di atas tar yang membahang. Peluh yang mengalir di dahi aku kesat dengan lengan baju. Aku betulkan kelepet tudung biru sebelum meneruskan perjalanan kembali.

Aku menarik nafas lega setelah kaki mula melangkah masuk ke bangunan putih berhawa dingin itu.Hari ini agak sibuk dari selalu.Hujung minggu beginilah masa senggang yang ada untuk warga kota melawat sahabat handai dan keluarga di sini ataupun mendapatkan rawatan untuk diri sendiri.

Pantas aku melangkah masuk ke arah pintu lif yang baru terbuka. Isi kandungan kotak tadi aku belek dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memanggung kotak tadi. Album-album lama dan beberapa bingkai gambar serta barang-barang kecil lain yang aku kutip di rumah.

Aku melangkah perlahan ke wad yang sudah seperti rumah keduaku. Jururawat di kaunter utama menyapa dan aku balas dengan senyuman.Bilik paling hujung itu aku tuju. Aku ketuk pintu lembut. Tiada jawapan. Jadi aku pulas tombol perlahan-lahan. Aku memberi salam dan kemudiannya mengambil tempat di sebelah katil.Bersih dan tenang benar mukanya hari ini. Janggut yang tumbuh meliar di dagu sudah tiada.Balutan di dada dan kaki juga sudah dibuka. Dia nampak seperti biasa , seperti dulu cuma yang bezanya perbualan kami kini hanya satu hala. Aku yang banyak bercakap tapi tak pernah dijawab. Aku yang banyak membuat jenaka tetapi tiada tawa geli hati. Aku yang menunjuk itu ini tetapi tiada yang membalas atau memberi reaksi.Hanya aku, hanya sehala.

“Assalamualaikum Arif.Sihat hari ni? Dah makan?”


“Di dah makan sebelum datang. Panas betul hari ni. Global warming la nie. Cuaca dunia dan jadi makin extreme.Semalam dalam berita ,dia tunjuk hutan dekat Greece terbakar teruk.Habis rumah, sekolah, pejabat kerajaan rentung.Malaysia ni pon dan panas semacam”,

aku bingkas bangun membuka jendela.Langsir aku buka luas biar angin masuk.Sejuk sedikit.

Sunyi. Tiada balasan. Tiada suara yang membangkang atau mengiyakan ucapanku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku duduk kembali di birai katil. Bingkai gambar yang aku bawa aku susun di tepi katil. Gambar-gambar lama kami yang dalam simpananku aku bawa ke hospital hari ini. Gambar keluarga Arif sudah aku bawa minggu lepas.

Gambar Arif berpakra hijau dan aku berbaju hujan kuning berlatar belakangkan istana Campbell aku tarik ke sisi.

“Ingat gambar ni? Kita pergi hiking masa tue.Hujan. The best scone and cream I ever tasted!”.


Senyap.

Aku tarik salah satu album yang aku bawa.Aku buka sehelai demi sehelai.

“Ha! Yang ini ingat? Kita sanggup naik train 8 jam semata mata nak ambik gambar dekat sini. Siap tidur dekat train station dekat Birmingham. Nasib baik staff kat train station tu baik-baik. Kasik kita tidur dalam bilik rehat staff. Kalau tak mau beku kita dekat luar.Hehehehehe”

Gambar aku, Arif dan Nina kawanku  yang menuntut di Londonaku tatap. Kami bertiga bergambar berlatarbelakangkan Tower Bridge. Masa itu musim sejuk.Aku dengan kot labuh kelabu , mafla dan sarung tangan coklat bermuka masam mencuka.Nina dengan muka bersahaja dan Arif yang tersengih seperti kerang busuk.Marah betul aku dengan Arif hari itu. Dalam suhu yang sangat rendah hari itu dia berdegil mahu berjalan kaki ke Tower Bridge. Aku berkeras mahu menaiki bas. Sekurang-kurangnya bas ada ‘heater’. Boleh aku panaskan badan seketika. Tapi degil arif lebih hebat dari aku. Kami akhirnya berjalan kaki ke sana. Setiba di sana kaki dan muka ku sudah sejuk dan kebas.Nina juga tak banyak bercakap.Sejuk juga agaknya. Kepala aku sudah sedikit pusing masa itu dan sudahnya aku selesema esoknya.Terpaksa aku habiskan 3 hari dari perjalanan ke London di atas katil, dibawah selimut. Dan Arif yang rasa bersalah agaknya, menghantar bubur dan sup ayam setiap hari untuk ku. Masak sendiri tu. Itu yang mahalnya.

“Hahahaha, tak boleh ingat muka awak time tue. Panik sebab saya sakit. Itula ingat semua orang invincible macam awak ke.Tahan panas,tahan sejuk , tahan macam macam.Hehehe”

Aku toleh pada Arif yang terbaring dikatil. Tiada reaksi. Tiada cebik dan jelingan marah mengiat aku. Matanya masih terpejam dan nafasnya begitu teratur.

Sekali lagi aku menarik nafas dalam-dalam.

“Bercakaplah dengan dia seperti biasa. Bercerita lah macam-macam, Insya Allah dia dengar dan mungkin dapat meransang aktiviti otaknya.Mungkin benda ini dapat membantu proses penyembuhan”, terang doktor tiga bulan yang lepas.

Don’t give up Di. Try again...and again...

"Tok..tok..tok..."

Aku berpaling ke arah pintu bilik.Air mata aku seka perlahan.













Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.3
7 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor