helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.3
6 Penilai
Part 26 : Bun Kacang Merah
Dihantar: 26/09/2007 pukul 16:46:30 PM | 263 Bacaan
Share

Part 26 : Bun Kacang Merah

Pintu dibuka perlahan. Seorang gadis Tionghua berbaju serba putih menjenguk. Aku mengangkat muka memandang muka bujur sirih yang menjenguk. Sebuah senyum dihadiahkan padaku.

"Cik, waktu melawat dah nak habis. Ada setengah jam lagi", tutur gadis tadi sambil melangkah masuk ke dalam bilik. Mataku cepat memandang tag nama yang tersemat dibajunya. Jess.

Mungkin Jessica, Jesslina, Jeslin atau Jessmine?

Telahku sendiri. Carta di hujung katil Arif dibaca. Sesekali mata Jess beralih pada mesin-mesin dan wayar-wayar yang berselirat dan kembali menatap carta tadi sambil mencatat sesuatu. Aku biarkan sahaja Jess dengan tugasnya. Aku mula mengutip beberapa barang yang ingin ku bawa pulang. Beg biru yang aku biarkan di lantai aku tarik ke pangkuan.

"Puan.."

Puan?

"Ya"

Puan pun puan lah.

Cepat-cepat aku mengangkat muka memandang Jess.
"Jangan risau ya. Suami Puan dah ada peningkatan. Nampaknya semua kecederaan luar sudah mula sembuh. Sabar ya. Dia kuat.Mungkin tak lama lagi dia akan sedar."

Senyum Jess.

Suami?

Aku sedikit terkejut.

Macam mana Jess boleh membuat kesimpulan macam nie?Mungkin sebab kekerapan aku ke sini ke? Tak nampak jari jemari aku ni bersih dari sebarang barang kemas.Main bantai teke aje.Isk...isk

Aku mengalihkan padangan dari Jess. Sedikit kurang selesa. Tetapi Jess bijak menelah kerisauan aku. Mungkin semua itu jelas sangat di wajah aku ini.

Lantak la. Buatlah kesimpulan apa pun. Tak kuasa aku nak bercerita kedudukan aku yang aku rasa sungguh komplikated sekarang nie.

Aku senyum kembali pada Jess.

Biarlah dia dengan kesimpulan sendiri. Aku tak kata ya pon!


Dan aku tak kata tidak

Satu sudut hati aku menjawab.Aku mengetap bibir. Malu dengan diri sendiri.
Jess meminta diri seketika kemudian. Aku turut bangun. Aku juga mahu beransur.


Aku pandang lagi pada lelaki yang terbaring itu.

"Assalamualaikum Arif. Di balik dulu.Di ada conference minggu depan. Jumpa lagi dua minggu dari sekarang ya!"

Pintu bilik aku tutup perlahan dan berhati-hati.
Kotak yang sudah kosong aku pegang dengan tangan kiri. Tangan kananku memegang perut. Lapar. Aku tidak mengambil makan tengah hari tadi. Aku di kampus paginya menyiapkan persiapan akhir untuk conference di Pan Pacific minggu depan. Dari sana aku terus sahaja ke SJMC. Terlupa pula soal makan. Disebabkan itu perutku menjerit-jerit minta di isi sekarang ini. Pantas aku melangkah masuk ke perut lif sebaik pintu dibuka. Penuh dan padat lif waktu ini. Waktu melawat hampir habis maka pelawat-pelawat sepertiku mula meninggalkan SJMC.Aku ingin segera turun ke lobi. Aku mahu ke kantin membeli sesuatu untuk mengalas perut. Bun mungkin? Atau pun segelas milo sejuk bersusu. Itu juga mengenyangkan.


Terbuka lebar mataku bila menyusuri rak berisi roti dan pastri. Banyak! Mungkin baru di tambah untuk makanan doktor dan kakitangan hospital di shif malam. Aku mengambil dua bun ikan bilis dan satu bun kacang merah.

Makan satu, bawak balik dua. Eh...should i take four? Janganlah...nafsu..nafsu


Aku tersenyum -senyum sendiri.


"Diana Zaman?...Di?"

Aku kaku. Keras. Jantung berdegup 120km sejam. Mata aku jatuh pada bun kacang merah di tangan kanan. Konsentrasi tertinggi. Tumpuan hebat.

Kalau roti ni roti ajaib dan boleh buat aku invisible dah lama aku telan . Help!Help!Help!

Perlahan- lahan aku mengangkat muka ke arah suara tadi. Memang dia!Itu dia berdiri di hujung sana , segak dengan kemeja biru dan jeans hitam lusuh. Sejambak bunga ditangan. Dan senyum memekar di wajahnya.

Aku nak pengsan.Help!Help! Gile..gile..gile..! Kenapa dia selalu effect aku teruk macam nie.

"Buat ape kat sini?"

Aku bertanya separuh berbisik. Perlahan. Suara aku enggan keluar dengan jelas.

"Melawat Arif." Ringkas

"Arif?"

Aku mengerutkan dahi.

Isk, Arif mana pulak? Arif kawan aku ke?Arif kawan die ke? Jiran?Sedara? Ramai orang nama Arif ni. Nama yang terlalu common.

"Arif, your friend. Actually, Zahir bagitau masa I call die semalam. Tadi I pegi rumah you Di. I was meaning to have a lunch with you. Suraya cakap Di datang sini. So Ehsan pon decide nak datang sini. Melawat Arif dan dapat jumpe Di sekali"

Terang Ehsan panjang lebar. Lelaki yang berusaha dua bulan lepas menghubungi aku sebelum dia dihantar ke platform minyak di Miri selama sebulan. Lelaki yang cuba aku jauhi, kerana bila dia ada aku jadi keliru. Keliru yang teramat!

"Aaaa...tapi..dan nak habis masa melawat."

Sambungku lagi.Ada kurang lebih 15 minit.

"Really?"

Ehsan mengerutkan dahinya.Jam Tag Heuer Aquaracer di tangan kiri ditatap sekilas.

"Macam ni.Di tunggu sini kejap.I just go and drop this bouquet. Bagi kat one of the nurses dekat wad Arif. Wait here...I'll be back."

You'll be back? Crap!

Ehsan hilang dari pandangan.Bun ikan bilis di tangan aku letakkan kembali ke rak.

Satu bun kacang merah cukuplah...

Aku segera membayar harga bun kacang merah dan sekotak susu coklat Dutch Lady.Aku kemudiannya mengambil tempat di meja paling kanan di tepi dinding kantin yang bercat hijau lembut itu. Tenang dan menyejukkan mata. Bun kacang merah tadi aku pandang lagi.Jantung aku yang berdegup 120 km sejam sudah mengendur dan berfungsi seperti biasa. Aku pelik , kenapa manusia yang seorang itu selalu membuat aku hilang pertimbangan. Seram sejuk macam menonton cerita hantu, adrenaline rush secara tiba-tiba dan resah gelisah macam menonton cerita thriller dan adegan kejar mengejar, separuh sasar macam perempuan di tinggalkan suami, sesak nafas dan hendak pitam seperti di hempap batu dan bermacam-macam bentuk penyiksaan lain lagi. Kenapa?Kenapa?

Bun kacang merah di atas meja aku capai. Bungkusan itu aku buka dan bun aku bawa ke mulut. Perlahan-lahan aku mengunyah bun tadi. Sedap! Kotak susu coklat aku tarik ke sini.Straw aku masukkan dan berhati-hati hujung straw aku bawa ke mulut. Sedap!Nikmat!

Bungkusan bun dan kotak kosong aku buangkan ke dalam tong yang tersedia di penjuru kantin. Perlahan lahan aku berjalan kembali ke meja paling kanan. Aku duduk kembali di kerusi yang sama. Tangan aku letakkan di meja. Dagu aku tongkatkan dengan tangan kanan. Pandangan ku merayap ke kaunter makanan. Dari kiri ke kanan dan ke kiri kembali. Bau lauk pauk makan malam sesekali menusuk rongga hidungku.Tiba-tiba pandanganku jatuh pada sepasang mata hitam pekat. Pakcik bermisai tebal dan bertubuh gempal tersenyum padaku menampakkan giginya yang rongak di depan. Lelaki separuh umur yang sedang sibuk mengelap kaunter menangkap gerak geri aku yang sudah seperti cacing kepanasan.Aku tersentak dan cepat-cepat melarikan pandangan ke arah lain.

Sah! Sah ..bun kacang merah tue tak memberi aku super invisibility power!

Aku tersenyum lemah pada pakcik gempal bermisai tadi. Si baju biru yang berseluar jeans hitam lusuh dan berjam tangan Tag Heuer Aquaracer bakal muncul di muka pintu kantin bila-bila masa sahaja.

Aku tiba-tiba mahukan satu lagi bun kacang merah!







Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.3
6 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor