"Hai", sapa Ehsan sambil mengambil tempat duduk bersetentang dengan ku.
"Hai", balasku kembali. "Hai", sapanya lagi dengan senyum yang makin melebar. Lengan baju kemeja biru dilipat sehingga ke siku. Aku mengerutkan dahi Nak main hai hai pulak ke! "Okey..okey..." jawabnya sambil tertawa kecil. "Nak minum?" Aku menggeleng. Dua ketul bun kacang merah dan susu coklat tadi dah cukup mengenyangkan. Ehsan bangun dan memesan segelas air untuknya di kaunter.Aku perhatikan sahaja lelaki itu dengan hujung mata. Seketika kemudian dia kembali menghadapku dengan segelas air limau nipis. Air limau nipis di nikmati separuh gelas sebelum matanya kembali memandang ke arah ku. "Kenapa tak reply SMS?" "Ehm...." Kredit habis? Tak logik sebab aku pakai billing Handphone kene curi? Tak logik sebab aku tengah pegang handphone lama nie. Masuk air? Lagi tak logik. Tertinggal kat kampung? Langsung tak logik.Alasan budak tadika. "Saje", jawab aku. Berkata benar adalah sebaik-baiknya. "Saje?" soal Ehsan kembali. "Ha'a saje", jawab ku kembali. Biar dia tahu aku memang sengaja tak mahu menjawab panggilan telefon dan SMS-nya. "Kenapa?" "Saje", jawab ku lagi. Ehsan mengeluh kecil. Mungkin putus harapan menagih jawapan dan penerangan dari aku. Air limau nipis di teguknya lagi untuk ke sekian kali. "Di keluar makan dengan Ehsan malam nie? Ehsan jemput kat rumah? Dia tak putus asa lagi. "Okey", aku jawab perlahan. "Okey?" soal Ehsan kembali. Bulat matanya menatapku. Terperanjat agaknya. Sebulan lebih aku enggan menjawab panggilan dan SMSnya tanpa alasan yang logik.Sekarang sekali ajakkannya aku terus setuju. "Okey. Jemput Di lepas Maghrib.830.Okey?" Soalku kembali menuntut persetujuan Ehsan. "Okey", jawab Ehsan penuh bersemangat. Malam ini ada sesuatu yang perlu aku muntahkan dari sistem untuk selama-lamanya
|