helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.7
3 Penilai
Part 28 : Sirap Selasih
Dihantar: 10/10/2007 pukul 06:01:34 AM | 253 Bacaan
Share

Part 28 : Sirap Selasih

Gelas berisi sirap itu aku kacau perlahan-lahan dengan straw.Aku amati pusaran kecil air sirap yang beransur perlahan.Biji - biji selasih yang berputar bersama arus pusaran kembali ke permukaan gelas sebaik saja pusaran menghilang.

“Di, bijik selasih tu lagi menarik dari bercakap dengan Ehsan ke?”

Jejaka yang sedari tadi memerhatikan saja tingkahku mencelah separuh merajuk .Aku mengalihkan pandangan pada Ehsan. Berat benar mulutku untuk menjawab. Akal ku sedari tadi ligat berputar mencari cara terbaik untuk aku sampaikan hasrat hati. Kata orang tua-tua menarik rambut dalam tepung, biar rambut tidak putus dan tepung tak berselerak.

“Ehsan setahun je kan dekat sini?”, soalku mulakan bicara.

“Ha’a”, jawapnya pendek. Sibuk benar Ehsan menikmati tomyam campur. Makan besar kami malam itu.Ehsan teringin benar makan masakan Thai, jadi kami makan tomyam,telur bungkus,daging merah dan kailan ikan masin tadi. Kenyang benar!

“Lepas tue?”

“Lepas tue?”, soal Ehsan kembali. Mangkuk tomyam sudah ditolaknya ke tepi.Tumpuannya kini seratus peratus ke arahku. Mungkin bila dipandangnya wajahku yang serius benar bertanya maka baki tomyam tidak jadi dihabiskannya.

“Lepas setahun tue,Ehsan ke mana?”

“Oh, lepas setahun balik semula ke Michigan lah”

“ooo”, jawapku perlahan.

“Kenapa?Rindu?”, soalnya mengusik.


Aku biarkan soalan itu tak berjawab.Aku perhatikan sahaja senyum manis Ehsan yang menampakkan sebaris gigi putih bersih. Segak lelaki ini berTshirt polo kelabu.

“Berapa lama lagi dekat sana?”

“Lama lagi kot. Belum rasa nak balik Malaysia for good”

“Ic....”

“Di ikut Ehsan balik?”,soalnya menduga

“Tak boleh.Hidup Di dekat sini.Karier Di dekat sini”

“Ala, Di boleh start teaching dekat universiti kat sane.Start new career path”

Macam mana aku nak cakap nie....

Sirap merah pekat di depanku aku tenung kembali. Sepantas kilat ingatanku kembali pada Arif. Darah yang melumuri tubuhnya hari itu.Aku tarik nafas panjang.

“Ehsan..listen.....I can’t do this anymore”

“Do what?”, tanya EHsan bersahaja.
Air limau nipis di teguknya perlahan. Dia masih kurang faham.

“ini..kita..jumpa macam nie...You and me..not gonna happen”

Ehsan terpempan.Gelas air limau nipis yang masih tiga suku gelas di tolaknya ke tepi.

“Kenapa?Ehsan ade buat salah ke?”

“Tak”

Sebab apa yang Ehsan buat terlalu betul dan tidak ada langsung salahnya.

“You mad at me?”

"No”

“Habis?”

“It’s not you...it’s me”

Damn...aku tak nak guna ayat cliche nie.Ayat breakup yang selalu digunakan para Don Juan sedunia

“Kenapa?Sebab ape yang kita cakap tadi ke? Sebab Ehsan belum ready nak balik Malaysia for good kah.Sebab itu kah? Kalau itu Di, Ehsan rela settle down sekarang jugak. I don’t need 3-5 years more in US.Sekarang jugak Ehsan balik Malaysia for good”

“No”, suaraku tersangkut di tekak

Jangan Ehsan.Don’t do that.It’s going to be even harder for me to say this...

“Ehsan...”, perlahan aku menuturkan namanya.

“Ehsan tau selama 10 tahun ni, Di hanya ada Ehsan dalam hati di.Setiap hari, setiap ketika.Tak pernah satu hari dalam hidup Di, tidak DI ingatkan Ehsan.Tak pernah. Tapi setiap hari jugaklah hati Di sakit.Sakit sebab apa yang Ehsan buat pada Di.”

“Di , I’m really sorry about that.Itu memang salah Ehsan.Marah la EHsan,hukumlah Ehsan..tapi jangan suruh Ehsan buat ini..” sampuknya separuh merayu.

“Let me finish....”, cepat-cepat aku mencelah. Kekuatan yang datang sekarang ini harus aku gunakan sepenuhnya untuk meluahkan apa yang terbuku dihati selama ini.Ehsan kembali diam.

“My heart really broken to pieces.”, aku tarik nafas perlahan. Air yang sudak bertakung sejak tadi di pelupuk mata akhirnya terjun tanpa tertahan-tahan lagi.

“for all these years that you broke my heart, ada orang yang dah ubatkannya tanpa sedar and I’m so used of that person company and I fall in love with him unintentionally”

Mata Ehsan juga sudah berkaca.Lelaki itu mengenggam kemas tangannya. Urat-urat hijau mula kelihatan di kedua belah tangannya.Ehsan juga menahan tangis.

“Di akhirnya faham, perasaan di pada Ehsan selama ini bukan lagi macam dulu. Di cuma terkilan dan hidup memikirkan segala kemungkinan indah untuk kita kalau semua tu tak terjadi.Di sekarang bukan Di yang dulu Ehsan.I can’t be the same person after what I’ve been through.”

“Di jangan la macam nie. Jangan buat Ehsan macam nie. There’s still hope for us. Ikut Ehsan balik Di...esok jugak Ehsan bawak mak dengan ayah jumpa mak Di di kampung. Please Di...say I still have a chance..please...”

Mata Ehsan sudah merah. Dia sudah tidak menghiraukan orang sekeliling memandang aneh pada lelaki gagah yang menangis. Mujur meja kami agak tersorok jadi tidak banyak gangguan untuk ‘drama’ kami malam ini.

“No!”, suaraku sedikit tinggi dan keras.

“No..”aku kendurkan kembali.

“Dah tak ada lagi Ehsan. Peluang untuk kita dah habis..dah selesai”

“Kita boleh cipta peluang baru Di.Ini Di dan Ehsan..we can create our own chances”, Ehsan belum mahu berputus asa.

“No. I made my mind. Ini muktamad Ehsan. I love him so much that there’s no space for you in my heart anymore”

Ehsan diam.Tunduk memandang lantai. Kakinya menguis-guis permukaan lantai kayu restoran Nelayan itu.Aku cuba mengatur nafas kembali.Seluruh badanku sejuk bagai sudah habis tenaga aku gunakan untuk meluahkan segala-galanya.

“Di...dah berubah”, sambung Ehsan tersangkut sangkut. Mungkin mengawal getar dalam suaranya yang makin jelas di telingaku.

“Di yang Ehsan kenal lemah lembut, baik hati...what happen?”,getar pada suaranya sungguh jelas.

“Time happen Ehsan. Masa. Masa merubah hidup kita. Masa merubah Ehsan,masa merubah Di. I changed.I love the new me. I cherish everything that we have but that’s all in the past, they will always be in my memories as my sweet first love but now... I love someone else”

Kali ini aku memandang tepat pada mata Ehsan yang memerah.

I have to face my own demon!

Ehsan hanya mendiamkan diri. Tak pernah aku lihat lelaki ini selemah itu. Mungkin dia sudah berputus harap dengan kedegilanku.Aku tau hatinya hancur. Hatinya luruh.Tapi aku harus adil pada Ehsan dan diriku. Selama mana kami harus sebegini bermain tarik tali.Hatiku hanya satu dan tempat yang satu itu sudah berisi.Mana mungkin aku bahagi dua.

Aku melangkah lemah meninggalkan restoran Nelayan dan meninggalkan Ehsan untuk selama-lamanya.

“Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.”


Aku kemaskan langkah meninggalkan masa silamku.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.7
3 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari