helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Antara Benua ^

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.1
8 Penilai
Part 29 : Apakah??!!
Dihantar: 24/10/2007 pukul 07:42:52 AM | 259 Bacaan
Share

Part 29 : Apakah??!!

" Makan sikit nak", sudu aku suakan ke mulutnya. Bau bubur nasi berisikan ayam,karot dan lobak asin menerpa ke hidungku. Aku menelan air liur.


Sedapnyer!


Dia masih membatu. Pandangannya masih lagi dilarikan dariku. Tingkap hospital masih lagi lebih menarik dari aku.


Cuba lagi!


"Ini Di masak special ni.Sedap ni..Herm bau die....karang Di makan bagi habis karang kempunan nie"


Sekali lagi aku cuba memancing orang di depanku. "Ikan" yang aku tayang-tanyangkan di depan kucing lapar ini masih belum mengena.


Degil sungguh kucing sekor nie!


Aku rapatkan lagi sudu berisi bubur nasi yang masih panas itu ke bibirnya.Hujung sudu menyentuh bibirnya yang sudah mula menampakkan warna asalnya. Bibir indah merah basah tanda tidak sesekali pun batang-batang kecil berisi nikotin dan tar pernah di sentuhnya. Dia mengetap bibir. Pandangannya masih lagi jatuh pada tingkap hospital yang aku yakin taklah semenarik aku mahupun bubur nasi aku ini


Perasan!
Haha..betul pon ape!


"Arif ..makan sikit..macam mana nak baik kalau degil macam nie", aku mengunakan suara memujuk tahap tertinggi kali ini.Tahap tertinggi pada pendapat aku lah.


Kali ini ada reaksi daripada dia tapi.....
Mataku membulat terus!Tiada sepatah suara pun yang dapat aku keluarkan dari mulutku. Sudu yang melayang ke bucu bilik aku pandang hiba.


Apakah!


Basah mukaku dengan bubur nasi panas tadi.


Sakitnyer!!!


Aku mengerutkan muka menahan sakit. Pedih!
Sudu dan baki bubur nasi yang tidak singgah di mukaku berteraburan memercik di lantai. Perlahan-lahan aku letakkan tupperware yang masih penuh. Cepat-cepat aku menarik beberapa helai tisu dari dalam beg. Butir-butir nasik lembik yang panas itu aku sapu dari muka. Dan cepat-cepat aku mengambil sudu di lantai.Aku melutut dan segera membersihkan kotoran tadi.Aku membelakangkan dia yang masih membatu di katil. Air mataku menitis perlahan-lahan tapi cepat-cepat aku seka.Tanganku mulai menbersihkan sisa bubur nasi di lantai. Pedih bubur nasi yang memercik di muka tidak setanding dengan pedihnya hati aku saat ini.


Kenapa?Kenapa seorang yang sungguh lemah lembut jadi kasar dan tak berperasaan?

Kenapa dia yang selalu memandangku lembut dan penuh kasih sayang jadi begini?


Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku petang itu bila diberitahu oleh ibu akan kondisi dia. Kalau boleh melompat ke bintang dan balik ke bumi sudah pasti aku lakukan.Bukan sekali tapi beratus-ratus kali Begitulah gembiranya aku.Gembira sungguh!
Miraculous recovery kata doktor.


Tapi keadaannya sekarang sungguh aku tidak fahami. Dia jadi diam amat denganku. Bukan itu sahaja semenjak sedar hari itu, tidak sekalipun wajah aku hendak ditatapnya.Tidak sesaat!


Bencikah!


Air mata laju menjunam dari pipi. Dah macam anak sungai menitik terus ke lantai. Aku membelakangkan dia dan cepat-cepat aku bawa sudu tadi ke sinki bilik air untuk di cuci.


Sudah Di..sudah..big girl don't cry....


Aku tarik nafas dalam-dalam. Cepat-cepat aku tampalkan senyum plastik dimuka. Pintu bilik air aku kuak perlahan. Kali in pandangan mata aku berlaga dengan dia.Dia yang asyik merenung pintu bilik air tadi. Cepat-cepat dia alihkan ke tingkap semula.

Aku lebarkan senyum yang sungguh menyakitkan itu.Cepat-cepat aku mengambil tempat di sisinya semula.


"Tak nak makan ya! Nak minum?"


"Air mata kucing sedap nie.."


Dia bergerak sedikit bila aku memberitahu isi tumbler merah itu.


Ok..die nakla tue! Hehehehe..umpan hampir mengena!


Seharian aku keluar mencari mata kucing kering dan gula melaka. Air kesukaan dia.Pagi-pagi lagi sudah aku bangun menyediakan ini. Perlahan-lahan aku tuang.


"Nah!"


Aku suakan penutup tumbler merah itu padanya.

"Minum!"


Aku dekatkan ke bibirnya. Kali ini die berpaling padaku menjauhkan bibirnya dari air yang ku hulur. Matanya tajam menjunam ke mataku.


"Minum sikit Encik Arif ku sayang..penat Di buat tau..", sambungku pura-pura merajuk. Taktik yang selalu berkesan dengan anak teruna Haji Yusoef ini.


" Tak mau!" dia bersuara. Perlahan.


Senyum mula memekar di bibirku.

Ada suara pun die ni!!


"Ala rasa sikit ya..sedap ni.."


Sekali lagi aku suakan air tadi ke mulutnya.


"Tak mauu!!!!"


Makin keras suaranya dan bersama itu melayang bekas berisi air mata kucing tadi ke lantai. Sekali lagi hasil titik peluhku hanya dijamahi lantai sejuk SJMC.


Kali ini aku betul betul tersentak. Air mata yang berjaya ku sembunyikan tadi menyerbu keluar bagai empangan pecah. Tanpa segan silu aku teresak-esak di situ.


Dia masih membatu. Tangannya kemas menggenggam selimut SJMC yang menutupi separuh badannya. Lama juga aku teresak-esak di situ dan selama itu juga lah dia membatu memandang kosong keluar tingkap.
Tiada pujukan atau kata-kata menenangkan hati aku. Diam.Senyap.


"Arif"

Ada suara yang amat aku kenali menerpa gegendang telingaku saat tangis ku masih bersisa. Pintu bilik di kuak dan ibu berdiri di pintu dengan senyum melebar. Gembira benar ibu dengan keadaan anak kesayangannya.

"Ibu!" sapa dia gembira.

Aku sekali lagi tersentak.

Dual personality ke budak ni! Atau....
Benci benarkah die dengan ku...

Cepat-cepat aku memohon diri untuk pulang. Tangan ibu aku salam penuh hormat dan tatkala ibu mencium ubun-ubunku mata ku panas kembali.

Aku tutup pintu perlahan-lahan. Badan aku sandarkan ke pintu.Lemah benar lutut ku. Layanan dia benar-benar meruntun hati dan perasaan.

Tiba-tiba aku dengan tertawa gembira dari dalam.
"Wah..sedapnya bu..ini yang Arif sayang dengan ibu nie...! Esok bawak lagi ya!"

Pedih hati aku.Pedih..pedih!

Pantas aku berlari ke bilik air di hujung koridor. Pintunya aku hempas kuat dan aku terduduk di tepi sinki. Air mata gugur tak tertahan lagi.Aku meraung.

Over reaction? Lantaklah
Drama queen?Lantaklah

Pandangan pelik pengguna bilik air itu tidak aku endahkan.

Hidup aku sudah bertukar menjadi telenovela yang sungguh menyayat hati!





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.1
8 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
kunangkunang
Hantar Mesejkunangkunang

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Part 1 - Meng
Part 2 - Sheraton
Part 3 - Cilipadi
Part 4 - Ehsan
Part 5 : Hantu
Part 6 - Holyrood Park
Part 7 : Supir
Part 8 (Special) : Diana Zaman
Part 9 - Kenduri
Part 10 - Akak
Part 11: Manggis
Part 12: Air Terjun
Part 13 : Pagi
Part 14: Equation
Part 15 : Cinta Tanpa Mata
Part 16 : Hang Over
Part 17 : Pangkor
Part 18 : Kehendak Hati
Part 19 : Jauh tapi dekat
Part 20 : Hati Paling Dalam
Part 21 : Hati Paling Dalam II
Part 22 : Hati saya, hati kamu, samakah?
Part 23 : Ribut , Kalut dan Kabut
Part 24 : Terang dan makin jelas
Part 25 : Bulan Ketiga
Part 26 : Bun Kacang Merah
Part 27 : Ultimatum
Part 28 : Sirap Selasih
Part 29 : Apakah??!!
Part 30 : Dia
Part 31 : Seladang Kecil
Final (Part1)
Final - Akhir
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari