Petang itu sungguh indah.Langit cerah membiru. Angin bertiup lembut dan bunyi kicauan burung juga kedengaran. Tenang. Jauh benar dengan keadaaa hati aku ketika ini. Rumah banglo dua tingkat itu aku pandang lagi. Dari kejauhan kelihatan dia di laman bersam ibu. Perlahan-lahan kunci kereta aku pulas mematikan injin keretaku. Nafas aku hela dalam-dalam dan aku hembus perlahan. Aku berdiri di depan pintu pagar banglo tadi. Lama. Lenguh di kaki tidak aku pedulikan. Berat tangan aku untuk menekan loceng di pintu.
"Ya, mau apa bu! Boleh saya bantu?"
Opocot!
Sebuah muka manis menjenguk di tepi pagar. Dari gerak geri dan penampilannya seperti pembantu rumah ini.
"Er..boleh nggak saya mahu jumpa sama Ibu besar rumah ini.Katakan Diana mahu ketemu"
"Baik bu.Tunggu sebentar ya"
Pembantu rumah itu berlalu dan kedengaran ketawa kecil dari mulutnya.
Ya Allah..buang tebiat ke ape.Apasal aku speaking indon pulak!
Aku menekup mulut.
Nervous sangat ke Diana sampai tersasul-sasul.Dah kene gelak free dengan minah indon tue. Haih.
Peluh mula merembes dari kilang-kilang peluh disegenap badanku. Petang dingin itu tiba-tiba merimaskan. Aku paling tak gemar menunggu. Betullah kata orang.Penantian itu satu penyeksaan.
5 minit.
Sungai - sungai peluh sudah mula terbentuk.
10 minit.
Sungai Kelang pun sudah ada.
15 minit.
Sebelum sempat sungai Rajang terhasil.Pintu pagar sekali lagi di kuak.
"Jemput masuk bu. Terus saja ke pintu dapur ya."
"Ok"
Aku balas gugup.
Apasal kene pegi pintu dapur pulak?
Otak aku serabut dengan teka teki ini.Rencana yang ku susun sejak jam 2 pagi tadi hilang serta merta. Otak aku sudah blank
Alamak. Panik Attack!!!
Tapi kaki aku laju menapak ke pintu dapur.
Teaser :
"I have a broken femur, a punctured lung and now a man with one kidney!I have a metal rod in my leg, I can't walk and I think I'm going insane, so stay away from me!!"
|