"Assalamualaikum" Salam aku tak bersahut. Aku beranikan diri melangkah masuk. Bukan aku tak tahu selok belok rumah ini. Tapi kaki terasa berat.Aku rasa asing benar di rumah ini. Rasa tak diundang. Semuanya sebab kejadian hari itu. Cerita di hospital yang menyiat-nyiat satu satunya hati yang aku ada.
Aku tinjau keliling dapur. Kemas. Masih seperti dulu. Dari sudut aku berdiri pandangan aku lepas hingga ke ruang tamu. Di ruang itu juga masih seperti dulu.Cuma ada satu sahaja ruang yang aku pohon dalam doaku agar kekal sama. Ruang di hati dia.
"Di..."
Suara Ibu yang bagaikan air sejuk ,dingin menyelinap ke telinga dan seluruh tubuhku. Bagaikan pengembara di pasir tandus aku rasa begitu nyaman mendengarnya. Aku pusing mendepani ibu. Tangan tua itu aku salami dan pipinya aku kucup perlahan.
"Ibu..sebenarnya...Di..." "Ibu tahu Di..ibu tahu...dia di laman..pergilah" Potong ibu sebelum aku sempat menjelaskan tujuan kehadiranku petang ini.
Oh wanita ini sungguh memahami
Aku diraihnya dalam dakapanku.Kemas.Perlahan dia berbisik "Apa pun yang terjadi.Ibu tetap anggap Di anak ibu yang ibu sayang"
Ibu minta diri untuk bersolat.Aku ditinggalkan sendiri lagi di ruangan dapur itu mengatur kembali rencana asal kedatanganku petang itu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Aku berdiri di pinggir taman bunga ibu. Rumput karpet yang subur menghijau aku kuis-kuis dengan hujung jari kaki. Aku rapati lelaki yang membelakangkanku sejak tadi. Asyik benar dia dalam dunianya. "Arif.." Suara aku yang perlahan itu singgah juga ke telinganya. Kerusi roda yang sudah menjadi sebahagian dirinya bergerak sedikit. Kali ini dia tidak membatu.Sebaliknya dia berpusing memandangku. Hati aku berdebar kencang. Pandangan yang tadi berpusat pada hujung jari kakiku aku angkat menyapa wajahnya. Masih tiada ekspresi diwajahnya yang aku lihat sudah sedikit berisi dari dulunya. "Di datang nih...." "Di buat apa dekat sini?" Suaranya datar.Bunyinya seperti orang yang sudah putus harapan. Kali ini dia pulak sibuk menganalisis ibu jari kakinya sendiri. "Di nak cakap dengan Arif. Nak bincang.Nak jelaskan banyak benda" "Tak ada apa yang boleh kita bincang Di. Tak ada apa yang perlu dijelaskan pun." "Habis? Kenapa Arif buat Di macam nie?" Suara aku sudah naik sedikit. Berpatah arang berkerat rotan. Aku harus tuntut penjelasan hari ini juga. "Buat macam mana?" Jawabnya bersahaja. Hati aku rasa disiat-siat kembali.Masakan dia tidak tahu.Masakan? "Arif buang Di! Arif buang Di jauh-jauh. Tak perlukan penjelasankah?Tak perlukah!" Suara aku sudah naik satu oktaf.
"I have a broken femur, a punctured lung and now a man with one kidney!I have a metal rod in my leg, I can't walk and I think I'm going insane, so stay away from me!!I don't want you in mylife anymore"
"No!..tengok Di,tengok sini..tengok Di.
Aku sudah bagaikan seladang liar yang mengelepar di kandang. Tak tentu arah.Aku melangkah pantas merapatinya.Aku melutut. Biar mata kami separas. Biar mudah bicara aku masuk dan terus sampai ke hatinya.
Tulang Arif patah...paru-paru berlubang,dan Arif hilang satu dari buah pinggang Arif..so what? The fact that you loose something does not make you any different then you are before. " "Arif tetap Arif.You going insane? Arif tak gile...itu cuma sementara. You'll get through it.Tuhan masih sayangkan Arif. Bukankah kesakitan itu kafarah dosa."
"Di tak faham.Arif dah tak macam dulu. Tengok!" Selimut yang menyelimuti pinggang ke hujung kaki diselaknya kasar.Kesan-kesan jahitan dan besi besi yang timbul di sana sini masih kelihatan. Ya,dia masih perlukan rawatan susulan.
"Pada Di, Arif masih sama dengan Arif yang di kenal di Edinburgh dulu, tak ada bezanya." Lirih suaraku memujuk kembali.
"Sudah la Di. Lepas ni jangan datang sini lagi.Just stay away from my life"
Arif membentak. Kasar.Tangan aku yang kemas memegang roda kerusinya ditempis kasar.Dia mula bergerak meninggalkan aku.
Sekali lagi aku bagai seladang yang sudah naik minyak. Aku pintas dan aku pegang kemas roda kerusinya.Aku duduk kembali dihadapannya. Aku halang laluannya.
Dia mendengus perlahan. Aku sudah tidak kira itu. Bencinya segunung pun aku tak kisah lagi.
"No! You just can't! "Don't you think you can get rid of me that easily! " "Don't you dare. I love you so much!"
Nah! Aku ucapkan dengan sekali lafaz.
"Di..."
|