Aku berjalan mundar mandir. Bukan sekali tapi berkali-kali dia mengambil jalan panjang ke kerusi panjang di hujung taman.Aku cuba memandang dengan tidak memandang.Tak mahu nampak terlalu obvious.Boleh ke?Kebanyakannya gagal. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Aktiviti yang aku lakukan setiap 5 minit.Kenapa aku jadi tidak keruan begini?Bila dia duduk diam di penjuru taman dan tenggelam dalam dunianya aku rasa kecil hati.Rasa terpinggir. Angin dingin petang itu sekali sekala berhembus lembut. Padangan aku lontarkan jauh ke arah Dollar Glen. Pekan kecil yang kaya dengan ciri-ciri Scottish agak kabur dari puncak. "Berangan!" Hidung aku di tarik kuat. Sakit! Aku mencebik. Dia tersenyum. Charcoal dan kertas lukisan diletakkan di penjuru kerusi dan dia mengambil tempat disebelahku.Sekarang dia sudah ada hobi baru. Melukis. Aku juga agak terkejut dengan bakat terpendamnya itu.Lukisannya cantik sekali, walaupon hitam putih.walaupon cuma kertas putih dan hitam arang. Sedang hatiku berbunga-bunga memuji,mata ku terhenti pada tangannya.Aaaa..hitam! Penuh berarang. "Oh no you don't", kuat suaraku bergema mengejutkan dia yang sibuk melayan perasaan memandang pada arah kampung scottish itu. "what?", "what die kata.Ni ape?" Aku memegang kembali hidungku yang masih sakit ditarik.Hitam arang melekat ditanganku pula . "Nah" Aku sapu arang yang melekat ditanganku tadi ke pipinya. "Hei!main kasar yer",suaranya naik sedikit.Terkejut dengan perbuatan sepontanku itu agaknya. Aku mencebik lagi.Cepat-cepat aku menyelongkar back packku mencari kalau-kalau ade tisu terselit dimana-mana. "Di" Suaranya datar.Tidak autoritatif tetapi selalunya membuat aku tak semena-mena menurut sahaja. Tangan aku yang sudah mencapai bungkusan tisu ditarik ke ribaannya. Tisu tadi bertukar tangan. Seperti yang aku katakan tadi.Aku diam dan menurut. Perlahan-lahan dia membersihkan bekar arang ditangan kemudian di hidungku. Aku menelan air liur. Hati tiba-tiba berbunga. Aku tidak rasa terpinggir lagi.Tidak juga rasa kecil hati.Kini aku rasa penting,aku rasa gembira! Mudah benar mood aku bertukar sekarang ini. Kejap merajuk,kejap ketawa.Sedikit sahaja tingkahnya sudah boleh buat aku gila. "Ha berangan lagi" Sergah dia. Senyum perlahan-lahan terukir.Tangannya yang sudah bersih ditayangkan ke mukaku. Perlahan-lahan aku ditarik ke dalam dakapannya.Aku biarkan saja.Tanganku sekali lagi ditarik keribaannya.Sesekali dia bermain main dengan cincin emas yang tersarung di jari manisku.Kepala aku lentukkan kebahunya. "Di" "Mmm...." Aku membalas perlahan.Selesa dengan keadaan. Romantiknyer.. "Tudung ni berapa hari tak tukar.Busuk betul!" "hei!" Aku menjerit kecil.
|