helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Gelandangan Suci: CINTA dan BENCI

Next Chapter Next Chapter

4.0
3 Penilai
Permulaan Satu Kehidupan Yang Baru (1)
Dihantar: 8/04/2008 pukul 21:17:49 PM | 504 Bacaan
Share

Permulaan Satu Kehidupan Yang Baru (1)

 Petunjuk: Amas-Sistem matawang untuk cerita ini. 1 Amas=RM 0.50.

Di dalam kepekatan malam seorang anak muda menuju ke kedai Ah Boon, keluarga cina tunggal di kampungnya yang juga menguruskan satu perniagaan runcit secara kecil-kecilan. Agak janggal rasanya, berjalan seorang diri melintasi hutan dengan mengekori denai kecil menuju ke kedai yang kurang setengah batu dari rumahnya. Pelbagai perasaan menyelubungi dirinya namun dipendam sahaja atas nama keberanian. Dalam perjalanan diantara kelam bersama cahaya samar-samar, bahan penting itu sentiasa terlekat didalam fikirannya. Tiada apa yang difikirkan olehnya selain membeli bahan yang di pesan oleh ayahnya. Kadangkala bunyi unggas sahut menyahut mengiringinya disepanjang perjalanan. Sesekali dia mendongak kelangit melihat bulan purnama cerah menerangi malam yang gelap gelita. Apabila dia menghampiri sebatang sungai besar,itu adalah petanda awal dia kini menghampiri jalan utama. Kedai Ah Boon terletak diseberang jalan utama itu yang menuju ke pekan. Sebelum kesana dia perlu melintasi jambatan yang dinamakan jambatan Sungai Tuba bersempena nama sungai yang merentasinya. Dia kemudian menuju terus melintasi jambatan dan menyeberangi jalan utama menuju ke kedai Ah Boon.

 

Lampu suluh yang dibawanya dari rumah dihalakan ke hadapan pintu kedai Ah Boon yang tertutup rapat, dapat dilihat cahaya lampu terang benderang keluar dari celah bilah-bilah pintu kedai tersebut. Dia mengetuk pintu kedai dan menyahut nama Ah Boon beberapa kali. Sejurus kemudian, terdengar suara seorang lelaki menyahut panggilannya. " Siapa itu, malam-malam macam ni mau datang kedai ka. Balikla gua sudah tutup!". Anak muda itu kemudian menjelaskan mengenai tujuan sebenar dia datang pada masa seperti ini. Dengan serta-merta salah satu bilah pintu kedainya dibuka, kemudian bilah kedua dan ketiga. Dalam ruangan kecil itu muncul seorang lelaki tua, berambut pendek beruban putih,memakai kemeja bewarna putih dan berseluar pendek lusuh. Di cuping telingnya terdapat sebatang pensil dan terdapat rantai jed berbentuk patung Buddha dilehernya. " Haiya, lu ka Sofi. Gua ingat siapa tadi. Ini dia, 2 Amas saja.Ingat,kali ni saja..lain kain datang siang!",. Setelah memberi apa yang dimahu oleh Sofi, Ah Boon kembali menutup bilah pintu kedainya sambil merungut didalam bahasa yang sukar untuk difahaminya. Bagus, tugas pertama kini sudah selesai. Kini,Sofi harus pulang kerumah secepat mungkin.Selepas menyeberangi jalan utama tiba-tiba, sahut kedengaran bunyi guruh dilangit kelam. Bila dipandangnya keatas tiada bintang mahupun bulan yang kelihatan, yang ada hanyalah awan tebal menunjukkan hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

 

Sangkaan Sofi ternyata benar, sejurus kemudian hujan renyai turun membasahi bumi. Hujan semakin lebat setelah dia melintasi Sungai Tuba. Dalam basah kuyup dia berlari anak pulang kerumah secepat mungkin sambil tangan kanannya memegang daun pisang yang dicabut di pertengahan jalan tadi. Baju kemeja hitam dan seluar sukan yang  dipakainya terasa berat dan kotor di simbahi air lopak di sepanjang perjalanan menuju kerumah. "Ahhh.. aku tak peduli semua itu, yang penting aku dapat sampaikan barang yang aku beli tadi kepada ayah" katanya didalam hati. Selang beberapa minit berlari meredah hujan,jauh kelihatan cahaya dari rumahnya seolah-olah tiada apa yang berlaku, namun tidak ketahuinya bahawa pada malam inilah jalan kehidupan anak muda yang bernama Sofi akan berubah buat selama-lamanya.

 

Sejak awal senja lagi sekumpulan manusia dalam bilangan lima orang datang bertandang kerumah keluarga Sofi. Mereka dijemput secara terhormat oleh ayahnya atas perkara yang amat penting. Sebaik sahaja Sofi sampai dirumah, ayahnya sudah tercegat di depan pintu rumah. "Kamu dah beli barang yang ayah pesan tadi?". Sofi mengangguk sambil menghulurkan barang tersebut kepada ayahnya. Pada saat itu, air muka ayahnya terus berubah serta-merta disertai dengan senyuman tanda puas hati. "Kamu masuk dahulu, tukar pakaian. Makan malam Saleha sudah sediakan didapur".Sambil melintasi sekelompak manusia yang sedang duduk bersila dan berbisik sesama mereka,ekor mata Sofi tajam memerhatikan seorang lelaki tua berpakaian kemeja batik hitam lengan pendek, bersongkok dan berseluar kelabu duduk disisi ayahnya. Dia seolah-olah ketua didalam kumpulan itu, mereka yang lain pula terdiri daripada penduduk kampung berdekatan. Sofi dengan segera masuk ke dalam dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Sesudah mandi, dia menukar pakaian yang sesuai dan duduk bersila didapur sambil menjamah juadah makan malam . Lauk ayam masak pedas dengan ikan keli goreng sememangnya membuat Sofi terangkat.Rasanya saling tidak tumpah seperti masakan ibu mereka. Sejak kematian ibu tercinta 2 tahun lalu, Saleha, adiknya, mengambil alih tugas sebagai suri rumah sepenuh masa selepas tamat peperiksaan sekolah menengah. Semua kerja rumah yang dilakukan oleh ibu dahulu kini dilaksanakan olehnya.

 

" Kejap lagi bila dah habis makan, tolong basuh pinggan dan letak atas para tepi sinki tu. Adik nak hantar hidangan ni pada ayah dan tetamunya",. Sofi mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, Saleha terus ke ruang tamu membawa hidangan sama seperti apa yang dimakannya malam ini,entah kenapa ayahnya tidak pula menjemput Sofi makan bersama dengan tetamu-tetamunya itu,kalau diajak pun Sofi agak keberatan kerana mereka nampak begitu asing buatnya. Kadangkala dia terfikir, apalah istimewa mereka semua sehingga dilayan seperti keluarga sendiri padahal kami sendiri tidak mengetahui asal usul mereka. Sejak awal petang tadi mereka sudah tiba dengan berjalan kaki sambil diiringi oleh ketua kampung Sungai Tuba, Pakcik Isa. Mereka beramah-mesra dengan ayah sepeti berjumpa sahabat lama yang lama terpisah.Selepas itu, Pakcik Isa pulang awal kerumah atas urusan keluarga. Mereka dijemput naik sambil ayah Sofi terus melayani mereka hingga masuk waktu maghrib. Mereka semua solat maghrib berjemaah dirumah bersama yang diimamkan oleh ayah Sofi sendiri. Selepas selesai solat, ayahnya menyuruh Sofi ke kedai Ah Boon untuk membeli bahan yang amat diperlukannya untuk tujuan rawatan. Pada mulanya Sofi menolak mengatakan bahawa kedai sudah tutup ketika ini, namun ayahnya menolak dan terus mendesak agar dibeli bahan tersebut dengan segera.

 

Dari raut wajah ayahnya nampak serius, tanpa berlengah lagi dia  menghanyunkan langkah menuju ke kedai didalam kegelapan malam itu. Kini, bila sudah pulang fikiran Sofi mula bercelaru dengan pelbagai persoalan. Siapakah mereka? Kenapa ayah mahukan bahan tersebut malam ini juga?. Hendak saja Sofi bersemuka dengan mereka bertanya terus secara langsung. Namun, dia tidak berani bersikap biadap terhadap orang yang lebih tua dengan bertanyakan soalan yang sia-sia. Kadang-kala Sofi menjeling dari sudut dapur memerhati tingkah laku mereka. Tetapi, mereka nampak begitu mesra sekali dan kadang-kadang terdengar hilai tawa daripada mereka.Selesai sahaja makan,Saleha kembali dari ruang tamu sambil berkata "Adik terpaksa pergi rumah makcik Nora malam ni untuk jaga anak dia, Suraya sebab Makcik Nora  kena balik kampung atas urusan keluarga Pakcik Hussin. Jadi, adik kena tidur sanalah malam ni",. Mungkin itu hanya kebetulan, namun Sofi menganggap bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana inilah kali pertama Saleha perlu mengasuh pada waktu malam sebegini.

 

 

Jam didinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Selepas makan malam Sofi terus masuk ke bilik untuk menenangkan fikiran dan pada masa yang sama ayahnya masih lagi leka melayan tetamunya. Sofi merebahkan diri diatas katil, lama kelamaan rasa mengantuk mula tiba ditambah pula dengan kedinginan malam ketika hujan. "Aduh..enak rasanya" kata Sofi didalam hati dan kemudian terus melelapkan mata. Tiba-tiba matanya terbuka luas dan Sofi terus terjaga dari tidur. Tiada mimpi indah dapat dirasai sepanjang malam itu, yang dia ketahui hari sudah siang apabila cahaya matahari menerjah masuk ke biliknya melalui tingkap. Sofi termenung seketika mengenangkan kejadian yang baru pertama kali berlaku dalam hidupnya. Dia kemudian bangun menuju ke arah jendela sambil memerhatikan keindahan alam diwaktu pagi. Suasana disekitar kawasan rumahnya kelihatan sejuk dan nyaman, mungkin kerana hujan malam semalam. Dalam pada itu dia menjeling kearah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 12.01 tengahari. "Ah.. lama betul aku tidur, tiada siapa yang nak kejutkan aku?" katanya. Sebentar kemudian terdengar ketukan di pintu bilik lalu Sofi membukanya. Saleha rupanya, dia pasti baru pulang dari rumah jiran mereka. "Awal bangun, Saleha bawa sarapan dari rumah Makcik Nora ni. Cepat, pegi mandi nanti kita boleh bersarapan bersama",. Awal? Bukan ke sudah tengahari?. Saleha kemudian menuju kedapur sambil Sofi meneruskan langkah ke bilik air.

 

Dalam pada itu, sempat juga dia menoleh ke arah jam lama pusaka keluarga. Apa! Baru pukul 9.30 pagi!. Sofi ketawa sendirian, memikirkan bahawa jam dibiliknya sudah ‘tamat tempoh' sejak tengah malam semalam. Air kolah di waktu pagi memang dingin, namun sejak dari kecil lagi dia tidak pernah mengeletar kesejukan walau sedingin mana pun cuaca disekitarnyai kerana suhu badannya akan sentiasa menjadi normal.Akan tetapi,apabila lelehan air sampai ditangannya dia berasa jari telunjuk tangan kanannya begitu pedih sekali seperti luka yang belum sembuh. Namun, apa dia melihat dengan lebih dekat ia cuma tompok kecil darah yang sudah membeku, mungkin disebabkan oleh duri-duri sesat terkena padanya malam semalam semasa pergi atau pulang dari kedai Ah Boon. "Ini cuma luka kecil, tidak perlu dihiraukan" kata Sofi didalam hati. Apabila dia siap menyalin pakaian, sarapan sudah tersedia di dapur. Saleha kelihatan tenang dan duduk bersama abang sulungnya. Sofi bertanya pengalaman tinggal dirumah Makcik Nora untuk semalaman? Dia hanya tersenyum sambil menyatakan ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mahu tidaknya, dapat tinggal di satu-satunya rumah banglo dikampung kami yang mempunyai sistem penghawa dingin HVAC (Heating,Ventilating and Air-Contioned) sendiri yang memberi penyamanan untuk setiap inci rumah itu dan ia biasanya digunakan untuk bangunan berskala besar.Namun,teknologi masa kini merubah segalanya kerana sudah ada syarikat yang mengeluarkan sistem itu untuk kegunaan rumah yang lebih kecil dan menjimatkan tenaga namun ia masih memerlukan bilik khas bagi sistem penyamanan tersebut.Tidak ketinggalan juga sistem keselamatan yang paling canggih dan dikawal sepenuhnya oleh komputer. Sebenarnya,menjaga anak Makcik Nora yang baru berusia 6 tahun bukanlah tugas berat, malah Saleha mendapat upah sebanyak 200 Amas sepanjang tempoh menjaganya. Saleha pulang awal kerana Pakcik Hussin,suami makcik Nora terpaksa bekerja hari ini. Walaubagaimanapun, suaminya tidak sempat bersarapan kerana terlalu takut terlambat ketempat kerja.

 

" Mana ayah? Apa yang dia buat dengan Dukun Megat malam semalam?",. Saleha cuba bertanya dua soalan yang Sofi tidak tahu jawapannya dan dengan mudah dia menjawab tidak tahu. " Hmm..mungkin ayah dirumah penghulu agaknya ketika ini. Menghantar Dukun Megat dan rakan-rakannya balik ke kampung di seberang Sungai Tuba.Mereka semua mesti bermalam dirumah ni sebelum bergerak pulang selepas subuh" jelas Saleha.Mereka dua-beradik terus bersarapan sambil Sofi cuba mengingati siapakah gerangan Dukun Megat sebenarnya? Nama itu seperti pernah didengar tetapi masih belum jelas peribadinya. Khabar angin mengatakan beliau seorang yang mahir dalam ilmu perubatan tradisonal. Ramai juga pesakit-pesakit berjumpa dengannya untuk berubat zahir atau batin. Hampir setiap malam rumahnya akan dikerumuni orang bagai semut menghurungi gula. Beliau dikatakan terkenal kerana kehandalanya mengubati penyakit kronik yang sukar untuk disembuhkan dan juga gangguan makhluk halus. Sebut sahaja apa penyakitnya kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan bermacam-macam lagi jenis penyakit pasti akan sembuh selepas menerima rawatan daripada beliau. Bagi Sofi, apa yang dilakukan oleh dukun tua itu adalah karut, sedangkan para doktor bertungkus lumus melakukan kajian demi kajian bagi mencari penawar untuk pelbagai jenis penyakit berbahaya selama bertahun-tahun, tetapi dia dengan mudah sahaja mengakui bahawa penyakit yang dihadapi akan sembuh dalam masa singkat. Sungguh aneh sekali untuk difikirkan dan sukar sekali untuk dipercaya. Dengar kata,dia menggunakan cara tersendiri untuk merawat pesakit. Sebelum ini belum pernah seorang pun cuba meniru teknik rawatannya. Namun begitu, Dukun Megat dikatakan seorang yang pendiam dan tidak suka bercakap besar dengan kebolehannya. Pada mulanya, Sofi tidak menyangka lelaki separuh abad itu boleh singgah dirumahnya sambil beramah mesra dengan ayah. Perkara ini baru sahaja diketahuinya setelah Saleha menerangkan siapa yang berkunjung kerumah ini semalam selepas di perkenalkan oleh ayah semasa makan malam bersamanya. Walaubagaimanapun, Sofi tidak mahu ambil tahu tentang itu semua kerana tiada langsung kena mengena dengannya. Apa yang pasti, urusan Dukun Megat hanya berkaitan dengan ayahnya sahaja.

 

Sofi dan Saleha tinggal dirumah pada hari ini. Memang hajat dihati ingin ke pekan, membeli belah dan makan angin namun hati terasa berat setelah berfikir bahawa jarak diantara rumahnya dengan pekan lebih kurang 10 batu. Jadi, dia mengambil keputusan untuk tinggal dirumah menemani Saleha sambil membantunya melakukan kerja rumah. Tiba-tiba, Sofi terdengar deruman motosikal dari laman rumahnya. Bunyi enjin itu berhenti seketika kemudian berlalu pergi seperti orang yang membeli kuih dipasar malam. " Posmen agaknya, pergilah tengok" ujar Saleha yang juga mendengar bunyi itu dan tanpa membuang masa Sofi melangkahkan kaki ke tangga rumah.Dia melihat sepucuk surat putih bersaiz besar terselit di peti surat dan ia di alamatkan kepadanya!. Tertera jelas logo Universiti Singgahsana disebelah kanan atas sampul surat tersebut. Alhamdulillah! Permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kuasa tercapai. Tetapi, kegembiraan yang dirasainya hanya sedikit sahaja setelah memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ayahnya dan Saleha selepas mengetahui tentang berita ini. " Surat untuk siapa tu, besarnya..tentu perkara penting!", Saleha cuba bertanya ketika abangnya sedang sibuk membelek helaian-helaian kertas surat itu. " Mari adik tengok...ooo surat dari universiti rupanya. Wah ini berita baik! Adik dah agak memang abang layak masuk, kalau ayah tau tentu tentang ni mesti dia gembira",. Sofi hanya mampu tersenyum lalu duduk di atas lantai ruang tamu sambil membelek sehelai demi sehelai surat tawaran yang diterima. Nampaknya, dia perlu mendaftar diri dua minggu dari sekarang dan dari apa yang dapat dilihat banyak perkara perlu dilakukan sebelum tempoh mendaftar bermula.

 

"Leha pergi ke dapur sekejap, nak basuh pinggan dan baju",kata adiknya. Sofi mengangguk sambil matanya terus meliar membaca peraturan-peraturan dan langkah-langkah prosedur sebelum mendaftar. Daripada menulis borang hinggalah membayar yuran pendaftaran semuanya perlu dilakukan sebelum mendaftar. Pening juga memikirkannya, tetapi demi menambah ilmu dan masa depan dia terpaksa lakukan juga. Ayahnya yang bekerja sebagai peniaga pasar malam sudah tentu tidak mampu untuk membiayai kesemua kos pembelajarannya nanti,ditambah pula Saleha yang akan ditunangkan dengan lelaki pilihannya tidak lama lagi, semua itu memerlukan perbelanjaan yang besar dalam tempoh masa yang singkat. Salah satu langkah yang terbaik tetapi berisiko adalah membuat pinjaman pelajaran. Tetapi, pinjaman tidak akan dapat serta-merta, paling cepat pun apabila masuk semester kedua. Ahh.. kalau difikirkan tentang duit memang tiada penghujungnya. Apapun, buat sementara waktu Sofi terpaksa menggunakan wang ayahnya sebagai pendahuluan untuk pendaftaran dan sara hidup dirinya buat sementara waktu disana, apabila dapat pinjaman nanti tak perlu dia meminta lagi. " Surat apa tu, ralit betul kamu membacanya",. Tumpuan Sofi hilang apabila melihat ayahnya tercegat didepan pintu rumah sambil tersenyum. Tanpa berlengah, Sofi terus menerangkan tentang kejayaannya melanjutkan pelajaran di universiti. Pakcik Nasir nampak gembira namun disebalik wajah yang tenang itu tersembunyi seribu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. " Wah, baguslah tu...tetapi ayah tidak dapat belanja kamu sampai habis belajar. Ayah dah tua tak larat nak cari duit lebih-lebih. Si Saleha pulak nanti nak kahwin. Kalau sampai dapat pinjaman nanti bolehlah", kata ayahnya yang cuba menjelaskan kepada Sofi tentang situasi sebenar keadaan ekonomi dalam keluarga mereka sekarang. Itu satu penjelasan yang meyakinkan dan pertolongannya amatlah dihargai. Sofi kemudian bertanya tentang kedatangan Dukun Megat ke rumahnya malam semalam. Ayahnya diam seketika dan kemudian menjelaskan tentang meminta pertolongan Dukun Megat merawat penyakitnya. " Tiada apa yang perlu kau risaukan, barang yang kau beli semalam adalah salah satu dari ramuannya. Ayah perlu kerap makan ubat yang diberinya supaya cepat sembuh", jelas ayah yang kelihatan yakin dengan rawatan orang tua itu. Sofi sebenarnya sudah tahu tentang penyakit misteri ayahnya, sudah berpuluh klinik dan hospital dikunjungi namun tiada seorang doktor pun yang dapat memberi gambaran jelas penyakit Pakcik Nasir. Kebanyakkan doktor mengatakan ayahnya menghidap sakit jantung kerana sering menghadapi komplikasi dibahagian tersebut. Namun,jarang pula Pakcik Nasir mengadu sakit dibahagian dada tetapi meliputi seluruh badan. Penyakit ayahnya akan datang sekali dalam sebulan dan selang dua tiga hari penyakit itu akan kembali pulih. Baru-baru ini sahaja ayahnya terpaksa berubat cara kampung dengan meminta bantuan rakan karibnya Dukun Megat. Nampaknya, ayahnya sudah putus asa dengan rawatan moden dan mula beralih kepada cara tradisional. Pada Sofi, apa-apa pun boleh asalkan ayahnya sembuh. Selepas perbualan singkat dengan ayahnya, Sofi menuju ke biliknya bersama surat tawaran yang baru diterimanya. Banyak yang perlu dilakukan dan Sofi perlu selesaikannya dengan segera.

 

"Ha..leha, kamu dah balik.Sarapan ada? Ayah lapar ni..",.Pakcik Nasir bertanya kepada anak dara tunggalnya. Saleha kemudian menerangkan dengan terperinci tentang Makcik Nora dan Pakcik Hussin yang pulang awal malam semalam. " Oh...orang kaya selalu macam tu..sibuk selalu. Nasib baiklah anak seorang saja..kalau ramai tentu lain jadinya. Patut makcik kamu tu ambil orang gaji aje,kan senang hidup", kata ayahnya. " Adik dah cuba bagi cadangan tetapi Makcik tak nak ambil orang luar jadi orang gaji,nanti macam-macam hal yang jadi. Sekarang ini selalu sangat adik dengar cerita orang gaji mencuri barang tuannya dan terus lari menghilangkan diri. Sebab itulah sampai sekarang adik terpaksa jaga anak makcik dan tolong tengokkan rumahnya sekali kalau Makcik dan Pakcik tiada", jelas Saleha. " Hai...jadi orang kaya pun susah, hidup macam kita ni yang bahagia..tak perlu risau apa-apa..cuma..", kata ayah yang cuba membuat kesimpulan mudah namun tidak mahu menyambung ayat akhirnya kerana batuk. " Ayah, kenapa Dukun Megat datang semalam? Nak bagi ubat lagi ke?", Saleha cuba bertanya. " Penyakit ayah dah semakin teruk. Dulu sebulan saja kena, sekarang tak sampai dua minggu dah jadi balik. Ayah terpaksa panggil dia datang sini supaya dia dapat tolong apa-apa yang patut. Kamu jangan risau ya, insyallah ayah sembuhlah nanti. Cuma abang Sofi kamu tu saja yang beria-ia suruh ayah jumpa doktor pakar di Beras Mati. Disana macam-macam mereka boleh buat, asalkan berduit. Tetapi,ayah tetap ada harapan dengan Dukun Megat, hanya dia saja yang boleh tolong ayah. Pasal bayaran pun dia tidak berkira sangat", ujar Pakcik Nasir yang kembali menikmati sarapannya

 

" Semoga ayah sembuh nanti, tidak kiralah sesiapa pun yang ubat ayah", kata Saleha yang mengetahui ayahnya tidak bersarapan lagi lalu menyediakan sedikit juadah kepadanya. Berselera betul Pakcik Nasir dengan sarapan yang dimasak oleh Saleha. " Oh ya, Pakcik Isa kirim salam pada kamu dan Sofi. Ayah sebenarnya dari rumah dialah ni. Singgah sekejap selepas menghantar Dukun Megat ke Pekan. Si Johari tu tak habis-habis tanya pasal engkau. Saleha sihat ke tidak? Macamana dia sekarang? Ayah pun tak tahu nak jawab apa. Beruntunglah kamu nanti dapat suami macam dia, ambil berat pasal engkau", jelas ayah. Senyuman terukir diwajah manja Saleha apabila nama Johari disebut. Ya, Johari anak angkat ketua kampung yang juga rakan karib Sofi sejak dirumah Bakti lagi sehingglah sama-sama tamat pengajian di Kolej Kalvie.Sofi tidak tahu bagaimana bibit-bibit perkenalan mereka bermula, mungkin kerana Johari selalu terdengar cerita mengenai Saleha daripada Sofi semasa belajar dahulu. Johari jarang sekali datang kerumah kawan karibnya kerana jarak yang agak jauh. Namun, berkirim salam merupakan ucapan biasa darinya untuk Saleha. Ayah Sofi yang mengetahui tentang perkara ini daripada Pakcik Isa terus menyuruh Johari menghantar rombongan meminang. Pakcik Nasir nampak teruja dengan hal ini kerana tidak sabar bermenantukan anak angkat ketua kampung dan tidak lama lagi mereka akan melangsungkan perkahwinan.

 

" Ayah dah tahu yang abang dapat tawaran belajar di Universiti Singgahsana?.", soal Saleha. Pakcik Nasir menganggukkan kepala sambil mulutnya penuh mengunyah makanan. " Ayah tentu gembirakan? Tapi macammana perbelanjaannya untuk kesana? Ayah ada duit ke nak hantar abang masuk universiti?", Saleha bertanya beberapa soalan kepada ayahnya. " Ini yang ayah tengah fikirkan. Mana nak hantar dia masuk Universiti dan kamu pulak nak kahwin. Abang kamu masuk dua minggu lagi,dua tiga minggu lepas tu kamu pula nak kahwin. Tengoklah, ayah akan bincang dengan kamu berdua malam ini. Ayah cuba selesaikan malam ini juga", kata ayahnya yang cuba mencari jalan penyelesaian pada masalah yang timbul dalam keluarganya. Adakah Pakcik Nasir akan membuat pinjaman? Setahu Sofi ayahnya bekerja sendiri dan agak sukar membuat pinjaman bank atau ceti. Meminjam dari saudara? Jauh sekali, mereka juga mempunyai masalah sendiri. Wang simpanan ayahnya mungkin mencukupi tetapi bagaimana ia dapat menampung perbelanjaan jangka panjang Sofi semasa di universiti nanti. Entahlah, agak sukar membuat kesimpulan pada masa ini, yang pasti seorang ayah perlu berkorban sesuatu untuk anak-anaknya.

 

Sofi masih berada dibilik tidur. Melentangkan diri diatas katil yang empuk sambil mengelamun memikirkan pelbagai perkara di dalam benak kepalanya. Ahh..Sofi perlu berbuat sesuatu tentang masalah utama yang dihadapi sekarang iaitu kewangan. Kemudian, dia bingkas bangun lalu menyelongkar laci meja yang penuh dengan kertas-kertas, sampah-sarap dan duit belanja. Tujuan utama dia berbuat demikian adalah untuk mencari buku simpanan Bank Teguh.Dia tidak ingat samada ada masih ada baki atau tidak didalam akaun simpanan tersebut, namun dia percaya wang gaji yang diperolehi semasa berkerja dikilang ketika cuti semester masih ada lagi. Hah..sudah jumpa! Buku simpanan berwarna putih itu masih elok terpelihara didalam bekas plastik yang diberi percuma membuka akaun dahulu. Dibelek pada mukasurat terakhir, masih terdapat baki sebanyak 3000 Amas. "Alhamdulillah,ini dah cukup rasanya..", Sofi mengucap syukur kepada ilahi. Wang ini pasti digunakannya semasa di universiti nanti untuk perbelanjaan sara diri.

 

Sofi mula meninggalkan rumah selepas zohor untuk bersiar-siar sebentar sambil menghayati keindahan kampung. Sebenarnya, dia tiada tujuan tertentu untuk keluar namun dia ingin ketempat kegemarannya sejak kecil iaitu disebuah pokok besar berhampiran Sungai Tuba. Tempatnya lapang dan bersih, menjadi lokasi kaki pancing menghabiskan masa lapang mereka memancing ikan sungai. Tapi,rasanya tiada sesiapa disitu ketika ini kerana air sungai besar sehingga ketebing menyukarkan pemancing mendapat habuan. Maklumlah, sekarang musim hujan. Terdapat denai kecil yang menghubungkan tempat itu dari rumah Sofi. Pernah suatu ketika dahulu ada cadangan dari penduduk kampung membina jeti kecil untuk memudahkan mereka menoreh getah di seberang sungai. Tetapi, rancangan itu dihentikan atas sebab pembinaan jambatan tidak jauh dari situ. "Hah, sudah sampai pun!",tidak sampai lima belas minit Sofi sudah tiba di pokok  besar ditebing sungai selepas berjalan kaki dari rumahnya. Sambil memandang jauh pada sungai yang begitu lebar hinggakan sukar untuk dia melihat sesiapa di seberang.Pernah Sofi bertanya kepada ayahnya kenapa sungai ini dinamakan sungai tuba? Adakah disebabkan pada masa dahulu penduduk disepanjang sungai ini menggunakan tuba untuk menangkap ikan?.Ayah Sofi menjawab ringkas, sebenarnya ia bukan hasil dari aktiviti penubaan ikan tetapi secara tidak sengaja seorang remaja tertumpah tuba disalah sebuah sangkar ikan kepunyaan penduduk kampung ini mengakibatkan kesemua ikan-ikan didalam sangkarnya mati.Akibat terlalu marah,pemilik sangkar ikan berkenanaan membunuh remaja tersebut dan kemudiannya dia berasa amat bersalah lalu membunuh dirinya sendiri, dan dari peristiwa tragis itu,sungai itu dinamakan Sungai Tuba.Pada masa sekarang, sungai ini menjadi nadi kehidupan penduduk kampung disini, dapat dilihat bot dan sampan kehulu kehilir membawa pelancong ke Hutan Simpan yang terletak tidak jauh dari sini. Itulah sumber pendapatan sebahagian penduduk kampung ini dengan membawa pelancong atau sesiapa sahaja yang mahu menggunakan jalan sungai untuk kemana-mana tempat disepanjang sungai ini.Walaupun kemajuan sudah lama dicapai khususnya dibandar namun penduduk-penduduk kampung ini lebih selesa tinggal secara tradisional dengan mengunakan hanya sedikit sahaja teknologi moden.Pada pendapat mereka,inilah cara yang terbaik untuk mengekalkan kehidupan kampung dengan alam semula jadi yang terpelihara sepertimana kehidupan masyarakat Amish di Amerika Syarikat.Walaupun,segelintir daripada mereka menolak penggunaan kereta dan elektrik tetapi untuk keperluan hidup penduduk kampung masih lagi memerlukannya.Sehingga kini, kawasan sungai ini merupakan satu-satunya kawasan hijau yang tinggal dinegara ini setelah kebanyakkan kawasan sekitarnya mengalami pembangunan pesat. Ketua-ketua kampung bersepakat hanya pembangunan yang benar-benar perlu sahaja yang akan didirikan bagi mengekalkan alam semulajadi.

 

Sampai sahaja didestinasinya, Sofi melabuhkan punggung diatas dahan kayu reput yang sedikit basah kesan dari hujan malam semalam sambil matanya meliar memandang hutan belukar disekeliling sungai. "Woiiii...Fiii", tiba-tiba dia mendengar seseorang memanggil namanya dan suara itu datangnya dari arah sungai.Sofi memandang jauh bagi mengenalpasti siapa sebenarnya pemuda yang berada diatas bot dan menuju kearahnya. "Ah, si Faisal rupanya", kata Sofi. Bot itu kemudian mula mudik ke hilir dan nampaknya membawa seseorang bersamanya. Enjin bot itu terus dimatikan dan dibiarkan berlabuh ditebing sungai. Sofi bingkas bangun lalu mengikat tali bot pada sepohon pokok berhampiran. Jelas sekali Faisal membawa bersama rakan baik Sofi Johari bersama, ini mungkin satu kebetulan kerana dia memang mahu berjumpa dengannya sebentar lagi dirumah ketua kampung. "Assalamualaikum, lama tak nampak?Asyik terperap kat rumah saja baru ini aku nampak muka kau", laung Johari dari dalam bot. Sofi hanya tersenyum sambil menyambut tangan rakannya naik keatas tebing yang agak licin. Keadaan sekitar yang agak basah disebabkan hujan malam-semalam lalu mereka mencari dahan pokok yang kering sedikit untuk duduk. Sofi mengajak Faisal naik keatas tetapi dia enggan kerana terpaksa memulangkan bot yang dipinjam dari ayahnya secepat mungkin namun setelah didesak oleh kami dia mengalah dan cuba untuk meluangkan masa sekejap. " Aku sekejap saja ni nanti kita balik bersama", terang Johari. Faisal membalas dengan anggukkan kepala.

 

"Lama betul aku tak jumpa kau, jarang aku nampak kau keluar merayau macam ini. Apa kau buat dekat rumah sampai malas nak jumpa aku?", tanya Johari. Dengan hembusan nafas yang panjang Sofi bercerita tentang keadaannya yang lebih gemar duduk dirumah selepas tamat belajar. Lalu dia bercerita kepada rakannya tentang kejayaannya dapat menyambung pelajaran di Universiti Singgahsana. Dia dan Faisal nampak begitu gembira dengan berita itu sambil tangan mereka menepuk-nepuk bahu Sofi tanda tahniah. " Baguslah macam itu, ada juga orang kampung ini yang dapat sampai ke menara gading. Aku bangga dengan kau fi", jelas Faisal. " Eh Sal, kau nak balik cepat kan? Tolong hantar aku balik rumah sekali. Hah, kau fi jom la singgah rumah aku kejap. Lama betul aku tak berborak dengan kau. Siang panjang lagi ni" kata Johari yang cuba mengajak Sofi kerumahnya yang terletak berhampiran sungai. Mereka bertolak menuju semula ke hulu sungai, sempat juga Sofi bertanya tujuan sebenar menaiki bot Faisal menuju kehilir. Dalam dengar tidak dengar disebabkan kebisingan enjin bot, dia sebenarnya mahu bersiar-siar bersama Faisal hingga ke jeti sekolah. Namun, mereka membatalkan niat setelah ternampak Sofi di atas tebing tadi. Selepas itu kami masing-masing mendiamkan diri sambil mata memandang kearah keadaan sekeliling yang begitu indah diwaktu petang. Mata Sofi tidak akan lari dari melihat anak-anak kecil yang begitu asyik mandi-manda dijeti kecil disepanjang sungai ini. Ada pula penduduk kampung yang memenuhi masa lapang dengan memancing dan memelihara ikan sungai. Mereka sempat melambaikankan tangan kepada pelancong asing yang mahu ke Hutan Simpan di hilir sungai. Senyuman mesra sentiasa terpancar diwajah mereka kerana masih dapat menikmati pengalaman yang indah di negara ini. Mereka meneruskan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Rasanya, inilah kali pertama Sofi menggunakan jalan sungai untuk kerumah Johari.Lazimnya dia mengikut denai dari rumahnya ke rumah Johari dan kebiasaannya orang kampung dari seberang sungai lebih gemar kerumah Johari kerana terdapat jeti yang dibina berhampiran. Jadi, rumah Johari menjadi tumpuan penduduk kampung berulang-alik ke seberang sungai.

 

Selang beberapa minit dalam perjalanan, bot Faisal mula diperlahankan dan kemudian mudik ke arah sebuah jeti usang di tebing sungai. Sofi dan Johari turun disitu manakala Faisal meneruskan perjalanan pulang ke rumah. "Aku pergi dulu!" tempik Faisal sambil melambaikan tangannya. Apabila Faisal sudah semakin jauh dari pandangan, mereka mula menuju kearah sebuah rumah batu berhampiran jeti tersebut. Dalam pada itu, Johari sempat juga bertanya keadaan keluarga Sofi terutamanya tunang tersayangnya ,Saleha. Sofi tersenyum sahaja dan menyatakan yang kami semua dalam keadaan baik. Sampai sahaja dirumah Johari, Sofi dibawa kebiliknya yang lengkap dengan katil, almari,komputer, televisyen dan macam-macam lagi. Alangkah seronoknya jika semua barang-barang ini ada dibiliknya, sudah tentu dia tidak akan keluar rumah!. Sebenarnya, Johari merupakan tempat Sofi mengadu segala masalahnya. Di kolej dahulu dia selalu membantu Sofi menyelesaikan pelbagai masalah samada wang,keluaraga atau apa-apa sahaja. Sofi terhutang budi dengannya, jadi Sofi tidak kisah jika dia menjadi sebahagian dari keluarganya nanti. " Kesian aku tengok ayah angkat aku tu, dari pagi sampai petang orang kampung cari dia. Rumah aku sentiasa ada orang Fi, macam-macam urusan mereka sampai ayah aku jadi kelam-kabut. Itulah hakikatnya kalau jadi orang yang paling penting dalam kampung ni tapi ayah aku buat juga sebab hendak tolong orang. Kalau tidak sudah lama juga dia letak jawatan", jelas Johari merujuk tentang beberapa orang kampung yang duduk di ruang tamu rumahnya. " Ha, pagi tadi ayah engkau ada datang jumpa ayah aku. Bila aku balik ke rumah ayah engkau dah nak balik. Aku cuba tanya pada ayah aku, kenapa Pakcik Nasir datang kerumah? Ayah aku diam saja. Aku pun malas nak tanya lagi dan terus masuk kebilik ni", kata Johari. Hmm, mungkin ada sesuatu yang perkara yang mustahak diantara ayah Sofi dan Tok penghulu sehinggakan perkara itu dirahsiakan daripada mereka berdua.

 

" Kau tahu Fi, aku baru dapat gaji hari ni. Jadi, sebelum kau pergi melanjutkan pelajaran tidak lama lagi, apakata aku belanja makan kat pekan malam nanti", ajak Johari yang begitu beria-ia menyambut kejayaan rakan baiknya itu. Sofi kemudian menolak permintaannya kerana ada perkara yang perlu dia selesaikan dengan ayah lagipun sudah mencukupi jika dia dapat bertemunya sekarang. Johari menarik nafas panjang tanda kecewa permintaannya ditolak, namun dia harus faham keadaan kawannya sekarang. Seterusnya, Sofi cuba membuka topik lain dengan bertanya tentang pekerjaannya di Pekan. " Mula-mula dulu memang susah, tapi selepas bos aku tunjuk ajar sikit dalam satu bulan lebih ni okaylah. Tak banyak sangatlah mesin yang rosak sekarang, kalau ada pun servis sikit saja tak perlu beli alat ganti", jelas Johari yang baru sahaja diterima bekerja sebagai juruteknik disebuah kilang kertas dipekan. Walaupun gajinya tidak selumayan mana, namun sudah cukup untuk menampung perbelanjaan hariannya dan yang pasti gaji yang diterima ini adalah gaji pertamanya. Bekerja sebagai juruteknik bukanlah suatu pekerjaan yang glamor, hampir setiap hari  dimarahi oleh bosnya merupakan perkara lumrah.Pantang ada sedikit kesalahan atau sesuatu kerosakan berlaku Johari merupakan orang pertama yang akan dicari dan orang atas lebih mahu perkara itu diselesaikan segera daripada mendengar alasan kerana kelewatan bermakna kerugian. Tetapi, dalam kepayahan dan kepenatan seharian rasa puas sentiasa ada kerana dia tidak perlu membebankan kedua orang tua angkatnya dalam soal kewangan.

 

Dalam kesempatan berjumpa dengan Sofi, dia sempat bertanya perihal Saleha yang akan menjadi isterinya tidak lama lagi. Sofi sudah agak perkara ini akan timbul, sudah berkali-kali dia menyuruh Johari supaya berjumpa dengan adiknya  sendiri kerana jika ditanya padanya apa yang dia tahu. " Aku memang nak jumpa dia tapi aku sibuk sekarang dengan kerja. Jadi, nanti kau cakap dekat dia aku nak jumpa..seboleh-bolehnya hujung minggu ni", kata Johari yang mahu Sofi menjadi orang tengah didalam hal ini. Sejak kebelakangan ini ayah Sofi sering datang kerumah Johari untuk membincangkan soal perkahwinan dengan keluarganya.Namun begitu Johari agak segan dengan ayah Sofi dan ini menjadikan Sofi sebagai perantara diantara dia dan Saleha. " Ha, tolong bagi surat ini kat dia kalau kau nak balik nanti", pinta Johari sambil menghulurkan sekeping surat putih dari atas meja yang jelas tertera nama Saleha. Dengan menganggukkan kepala, Sofi berjanji akan memberi surat ini pada Saleha.Agak pelik juga, kalau dibandar orang lebih gemar berkomunikasi dengan telefon bimbit tetapi disini disebabkan hutan tebal dan terpencil, orang kampung lebih gemar berjumpa sesama mereka atau menghantar pesan diantara mereka.Inilah cara hidup kampung yang saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain,jika Sofi mendengar tuduhan dari orang mengatakan kampungnya anti pembangunan,dia pasti akan menolaknya dengan hujah-hujah yang tersendiri.

 

Dalam asyik berbual, Sofi mula terasa mentari yang semakin suram dari arah tingkap bilik Johari lalu dia melihat jam ditangan yang menunjukkan pukul 6.45 petang.Ah, dia perlu pulang segera kerana sudah tentu hari akan gelap apabila sampai dirumah nanti. Sofi meminta diri untuk pulang kerumah dan Johari tersenyum sambil menemani rakannya sampai ke halaman rumahnya. Selepas mengucapkan salam, Johari memeluk Sofi tanda persahabatan, agaknya inilah kali terakhir Sofi berjumpa dengannya sebelum ke Beras Mati. Sofi mula mengorak langkah dalam kelewatan petang menuju pulang dan kali ini tiada bot yang akan menghantarnya kerana terdapat satu denai yang menghubungkan rumah Johari dengan rumahnya.

 

Dirumah pula, Saleha sedang sibuk menyiapkan makan malam untuk keluarga. Kebiasaannya, bermula dari pukul 6 lebih lagi dia sudah menanak nasi dan memasak lauk-pauk sehinggalah waktu maghrib masuk. Oh ya, hari ini ayah mereka tidak berniaga pada malam ini kerana tiada pasar malam yang dibuka samada di pekan atau dikampung ini. Ayahnya akan sibuk pada hari Isnin dan Ahad. Walaubagaimanapun, Sofi tidak membantu kerana dua orang sahabat ayahnya bekerja sekali sebagai penjual barang-barang plastik. Pendapatannya sederhana sahaja tetapi mereka tidak pernah mengeluh kerana apa salahnya mencari rezeki yang halal." Kamu dah siap masak makan malam? Ayah pergi ke surau dahulu selepas isyak nanti kita makan bersama. Kamu tunggulah sampai ayah balik nanti,ya ", jelas ayah Saleha kepadanya yang baru selesai memasak makan malam. Selepas itu Pakcik Nasir terus menuju ke surau manakala Saleha pula menuju ke bilik air untuk mandi.Sofi kembali ke rumah apabila matahari baru sahaja terbenam, tanpa membuang masa Sofi terus masuk ke bilik dan bersiap untuk mandi. Kedengaran jelas bunyi air jerusan di bilik air menandakan ada seseorang disitu. Sebelum menunggu Saleha siap mandi , Sofi cepat-cepat mengambil surat putih Johari dan diletakkan diatas meja didalam biliknya adiknya lalu kembali ke bilik untuk berehat. Sofi fikir sudah terlewat untuk mengikut ayahnya sembahyang disurau jadi dia mengambil keputusan untuk solat maghrib dirumah sahaja bersama Saleha. Jam lama dirumahnya sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Sofi baru selesai menunaikan solat Isyak bersama Saleha yang diimamkan oleh Sofi sendiri. Selepas bersalaman, Saleha terus masuk kebilik manakala Sofi masih berada diruang tamu menanti ayahnya pulang. Dalam pada itu, Sofi terus menekan suis televisyen untuk melihat rancangan-rancangan yang menarik hari ini.

 

"Ah, malam ini tentu ada tayangan gambar selepas berita", fikir Sofi. Lalu, dia menukar siaran dan memang benar cerita klasik bertajuk ‘Anak Murid Pendekar Buta' sudah bermula. Padanya, ini adalah cerita melayu yang paling disukainya kerana jalan cerita yang memaparkan kisah pendekar-pendekar melayu zaman dahulu yang handal-handal belaka. Walaupun sudah berkali-kali diulang tayang namun dia tidak pernah jemu melihatnya. Ia mengisahkan dua orang pemuda yang berguru dengan seorang pendekar yang buta dan lama kelamaan mereka mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing selepas tamat belajar. Entah dari mana agaknya pengarah filem ini mendapat idea untuk menghasilkan cerita ini tapi pada Sofi ia adalah dongengan rakyat semata-mata. Sedang dia asyik melihat aksi pertarungan dikaca televisyen, tiba-tiba ayahnya sudah tercegat di daun pintu sambil tangan kanannya memegang lampu suluh. " Sudah, tutup TV tu ayah lapar ni mari kita makan", kata Pakcik Nasir. Sofi dengan pantas menutup TV dan bergegas kedapur bersama ayahnya. Saleha yang sudah faham perangai mereka berdua, ,menyenduk nasi kedalam pinggan mereka. Bukan itu sahaja, dia juga telah membancuh air minuman ketika Sofi sedang sibuk menonton TV. Pernah Sofi cuba menolong adiknya didapur namun dia sentiasa dimarahi kerana hanya menyusahkan kerjanya sahaja. Sejak itu Sofi jarang kedapur menolong walaupun didalam hati dia ingin meringankan bebannya. Kadangkala Sofi ketawa kecil kerana perangai adiknya itu sama seperti arwah ibu mereka.

 

Pada kebiasaannya, mereka sekeluarga akan makan lauk ikan kembong goreng bersama gulai ayam masak lemak dan ditambah sedikit ulam untuk Pakcik Nasir. Mereka sekeluarga makan dengan berselera sekali pada malam itu dan sebaik sahaja Pakcik Nasir membasuh tangan disinki dia duduk semula dimeja makan dan menghadap kedua-dua anaknya " Kamu tahu keluarga kita ada masalah sekarang. Baru tadi engkau Sofi dapat tawaran pergi universiti dan kau pula Leha nak kahwin tak lama lagi. Jadi ayah tak dapat tanggung semua perbelanjaan untuk kamu berdua, oleh itu ayah ada satu cadangan ", jelas ayah mereka yang berhenti seketika untuk minum air. " Pagi tadi ayah singgah ke rumah penghulu selepas menghantar Dukun Megat balik. Ayah dapat cadangan supaya kita memajak resort air terjun milik arwah mak kamu di hujung kampung sana .Katanya ada orang dari pekan mahu menaik taraf tempat itu setelah sekian lama terbiar. Pada mulanya ayah memang tak mahu sentuh harta kepunyaan mak kamu. Tapi setelah memikirkan tentang masalah kewangan keluarga kita sekarang ayah ambil keputusan untuk berbincang dengan kamu berdua terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Penghulu berjanji akan telefon orang berkenaan kalau kita semua setuju dengan tawaran ini. Jadi macammana?" Pakcik Nasir mengakhiri penjelasannya dengan satu soalan. Sofi dan Saleha memandang satu sama lain dengan perasaan yang berkecamuk.Dahulu, itulah sumber pendapatan utama kami daripada pelancong-pelancong yang mahu menikmati keindahan alam semulajadi secara lebih dekat dengan tinggal didalam chalet-chalet yang dibina oleh mak dan ayah mereka.Tempat itu begitu maju namun sebaik sahaja isterinya meninggal dunia, hidup ayah mereka menjadi tidak tentu arah, ramai pekerja mula berhenti disebabkan masalah pentadbiran dan juga saingan dari salah satu resort swasta dikawasan berhampiran.Pakcik Nasir yang berasa amat kecewa mengambil keputusan untuk menutup terus kawasan itu dan beralih kepada perniagaan lain yang lebih mudah dan tidak membebankan. Pada ketika emak mereka masih hidup,disitulah Sofi dan Saleha akan menghabiskan masa bermandi-manda dan berkelah tetapi semua itu tinggal kenangan setelah emak mereka yang tercinta meninggal dunia. " Ayah terdesak sangat ke hingga sanggup pajak kawasan itu kepada orang lain? Takkan tak ada cara selain tu?" Saleha bersuara keras sedikit mungkin kerana tidak setuju dengan cadangan tersebut. Pakcik Nasir  kemudian menjelaskan bahawa didalam surat wasiat arwah isterinya mengatakan tanah itu menjadi milik mutlak ayah selepas dia meninggal dunia namun dia tidak boleh membuat keputusan serta-merta tanpa membincangkannya dengan kedua-dua anaknya. Pihak pemaju berjanji akan menawarkan pulangan yang tinggi serta hasil yang berterusan sekiranya Pakcik Nasir sanggup memajaknya. " Berapa harga yang mereka sanggup bayar?" Saleha bertanya lagi. " Entahlah, kata penghulu depositnya sudah mencecah lima angka" jawab ayahnya ikhlas. Sofi yang tadi asyik termenung memandang tepat kepada ayahnya dengan keadaan terkejut. Lima angka! Itu sudah tentu menjadi jalan penyelesaian yang paling mudah, ia pasti dapat menampung perbelanjaan mereka berdua. Tetapi, buat masa ini Sofi dan Saleha tidak dapat membuat keputusan serta-merta lalu meminta tempoh dua hari untuk berfikir kerana perkara ini juga memberi kesan kepada masa depan mereka berdua kelak. Pakcik Nasir yang faham akan perasaan anak-anaknya mengangguk tanda setuju.

 

Setelah perbincangan singkat itu, masing-masing membuat hal sendiri. Sofi terus menuju keruang tamu untuk menonton TV, Saleha pula sibuk mengemas didapur manakala Pakcik Nasir membuat panggilan telefon rumah kepada rakannya tentang perniagaan pasar malam untuk hari esok. Apabila perbualan telefon tamat, Pakcik Nasir duduk diatas kerusi disebelah anak sulungnya. Dia kemudian bertanya persiapan Sofi untuk ke Universiti. Dengan senyuman, Sofi menyatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan yang penting dapat belajar disana dan menamatkan pelajaran supaya nasibnya dan keluarga dapat diubah. Setelah habis Sofi berbicara, dia melihat wajah ayahnya kelihatan tenang sahaja, mungkin berpuas hati dengan penjelasan anaknya tadi. Tayangan gambar di TV sudah tamat, Pakcik Nasir mula berasa mengantuk dan bangun menuju kebilik tidurnya. Saleha pula mengeram dibiliknya, letih agaknya mengemas didapur dan melakukan kerja rumah sejak pagi tadi. Sudah menjadi lumrah bagi Sofi untuk tidur lewat, tabiat ini terbawa-bawa sejak di kolej lagi. Ketika minggu peperiksaan dahulu, Sofi dan teman baiknya Johari pernah tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir. Walaupun sudah lama menamatkan pengajian, dia pasti akan mencari katil pada pukul 2 atau 3 pagi.

 

Apabila keadaan dirumah itu tenang, Sofi bingkas bangun lalu menutup kesemua lampu didalam rumah itu kecuali lampu ruang tamu. Pada alat kawalan jauh, dia merendahkan sedikit suaranya supaya tidak mengganggu keluarganya yang sedang tidur. Ke udara sekarang adalah siaran berita terakhir, selepas itu rangkaian TV ini akan menutup tirainya. Dari berita dalam negeri kemudian ke berita luar dan akhir sekali berita sukan. Itulah yang dipaparkan sejak dulu lagi. Menarik juga kerana dapat mengetahui perkembangan terkini walaupun tinggal di kampung yang terpencil. " Ini berita yang baru kami terima,satu kemalangan melibatkan sebuah kereta yang berlaku berhampiran jalan masuk ke Beras Mati. Tiga yang terdiri daripada empat sekeluarga maut ditempat kejadian,seorang lagi dipercayai masih hidup dan sedang dirawat diwad rawatan rapi.Identiti kesemua mangsa masih lagi belum diketahui namun polis kini giat menjalankan siasatan mengenai kejadian itu dan laporan lanjut akan kami siarkan pada hari esok. Sekarang kita beralih kepada berita suk..", Sofi mengakhiri siaran tersebut dengan menekan satu butang. Malam ini,Sofi mengambil keputusan untuk tidur diluar sahaja, tetapi sebelum itu dia perlu memastikan kesemua lampu dipadam dan pintu ditutup dengan rapat serta dikunci.Kesemua ini perlu dilakukan oleh orang yang terakhir tidur pada malam ini dan selalunya Sofilah yang perlu melakukan tugas itu. Setelah semuanya selesai, dia membentang tilam kecil dan berbaringkan diatasnya sambil membetulkan bantal empuk dikepalanya untuk keselesaan. Walaupun kipas siling ligat berputar namun udara didalam rumah ini tidak banyak berubah. Didalam kegelapan malam itu dia cuba melelapkan mata namun pelbagai perkara asyik bermain dimindanya. Namun, lama kelamaan dia dapat mencari ketenangan dan tidur dengan sempurna.

 

" Kamu dah siap? Dah kemas semua barang-barang keperluan?. Cepat sikit, nak masuk tengahari dah ni kita tak bergerak lagi" kata Pakcik Nasir yang cuba mengingatkan anak sulungnya disaat-saat akhir. Sofi menyatakan yang dia telah bersedia dan boleh bertolak bila-bila masa lalu mereka berdua turun dari tangga rumah menuju ke kereta yang sarat dengan muatan. Ketika ayahnya cuba menghidupkan enjin kereta Sofi memandang sayu rumah papan milik keluarganya yang akan ditinggalkannya buat sementara waktu. Dia berharap rumah tersebut akan seperti sediakala apabila dia pulang bercuti nanti. " Sudahlah tu, masuk cepat. Kita nak jalan jauh ni" kata ayahnya dari dalam kereta. Tanpa membuang masa kereta mereka  meninggalkan kampung Sungai Tuba dan menuju ke bandar Beras Mati. Melalui jalan kampung kemudian melintasi jambatan dan seterusnya kejalan utama Sofi dapat rasakan satu semangat baru muncul dari dalam dirinya. Tanpa disedari,sudah dua minggu berlalu setelah dia mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Singgahsana. Kini dia dalam perjalanan menuju kesana yang terletak lebih kurang 65 Batu dari rumah mereka. Saleha tidak dapat bersama mereka kerana terpaksa menjaga anak Makcik Nora seperti biasa. Oleh itu, tinggallah rumah keluarganya tidak berpenghuni untuk beberapa hari.

 

"Alamak, kita patut singgah kedai Ah Boon tadi. Tetapi,sudah dua minggu kedainya tutup. Mungkin dia cuti atau ada urusan penting agaknya. Takpalah, kita singgah dekat pekan nanti untuk makan buat alas perut" Pakcik Nasir mula bersuara setelah 30 minit perjalanan mereka. Seperti kata ayahnya, mereka berhenti dipekan Lantang Bisik. Salah satu bandar kecil yang paling dekat dengan rumah mereka. Pekan yang kian membangun ini bergantung sepenuhnya pada hasil perniagaan penduduknya. Kebanyakkan mereka meniaga kecil-kecilan disepanjang jalan utama dan yang pasti mereka yang dalam perjalanan jauh adalah pelanggan utama mereka. Tempatnya begitu strategik kerana terletak diantara dua bandar utama yang masing-masing berpuluh-puluh batu jaraknya diantara satu sama lain. Walaubagaimanapun, pekan ini perlu disediakan dengan lebih banyak kemudahan asas untuk penduduk dan mereka yang singgah sebentar untuk berehat selepas perjalanan yang jauh. Mereka berdua mengambil keputusan untuk makan tengahari di sebuah restoran kerana Saleha tidak sempat menyediakan sarapan sebagai bekal perjalanan mereka. Ini juga untuk memastikan mereka sentiasa bertenaga disepanjang perjalanan. Mereka mengambil masa lebih setengah jam menjamu selera direstoran tersebut dan mujurlah pelanggan tidak ramai, kalau tidak mereka terpaksa bungkus sahaja kerana mahu mengejar masa. "Kamu dah kenyang?"tanya ayah. " Dah, jom kita pergi. Agaknya petang nanti baru sampai, kita solat jamak sahaja bila sampai dekat Beras Mati nanti", Pakcik Nasir mengakhiri ayat penyatanya. Mereka berdua meneruskan perjalanan menuju ke Beras Mati yang terletak lebih 50 Batu lagi dari pekan ini.

 

Jalan utama nampaknya kurang kenderaan, kalau ada pun lori dan bas sahaja kerana kenderaan lain lebih gemar menggunakan lebuhraya yang menghubungkan Beras Mati terus kebandar satu lagi, Kayu Hanyut. Pakcik Nasir mempunyai pilihan sebenarnya untuk menggunakan lebuhraya yang mempunyai susur masuk dari Lantang Bisik namun di lebih selesa menggunakan jalan lama ini. Yelah, sebelum ini dia menggunakan jalan ini untuk berniaga dari satu tempat kesatu tempat, jadi tidak hairanlah kalau dia mengetahui setiap sudut jalan ini berbanding lebuhraya yang baru sahaja dibuka itu. Sepanjang perjalanan, Sofi jarang bercakap.Mungkin juga perasaannya bercampur aduk antara sedih dan gembira. Sedih kerana dia dan Saleha bersetuju supaya kawasan resort milik keluarga mereka dipajak dan gembira kerana kehidupan keluarganya sedikit berubah. Kini, mereka tidak lagi kesempitan wang. Semua perbelanjaan pengajiannya dan perkahwinan Saleha mencukupi, malah berlebihan. Walaupun kehilangan kuasa, mereka sekeluarga senang hati menyerahkan kawasan milik arwah emak mereka kerana tidak mampu untuk mengusahakannya lagi.Jadi, daripada terbiar begitu sahaja lebih baik dipajakkan untuk tujuan pelancongan. Menurut pengusaha, kawasan itu akan dinaik taraf menjadi pusat peranginan untuk pelancong asing yang ingin tinggal dikawasan berdekatan dengan air terjun. Keluarga Pakcik Nasir dijanjikan pulangan setiap tahun apabila projek itu berjalan lancar kelak. Pakcik Nasir dengan senang menandatangani kontrak yang disediakan oleh pihak pengusaha dan menyerahkan hak milik kuasa dan pertukaran lesen kepada nama mereka. Selang beberapa hari, Pakcik Nasir menerima cek sebanyak lima angka dan wang tersebut disimpan di dalam akaunnya.

 

" Sudah lama ayah tak pergi ke Beras Mati, kali terakhir semasa emak kamu ada dulu. Hai, macam mana keadaannya sejak beberapa tahun ni", Pakcik Nasir bercakap sendirian. Tanpa membalas,Sofi terus merenung keluar tingkap kereta memikirkan tentang kehidupan barunya disana. Sebelum mendaftar, dia pasti memerlukan tempat tinggal kerana pihak universiti tidak dapat menyediakan kemudahan asrama untuknya. Walaubagaimanapun, dia bernasib baik kerana ada rakan-rakanya dari kolejnya dahulu menyambung pelajaran disana menyewa rumah yang berdekatan dengan kawasan universiti. Mereka juga senasib dengan Sofi kerana tidak layak mendapat kemudahan asrama kerana kepentingan diberikan kepada pelajar perempuan sahaja. Sofi sempat menelefon salah seorang dari rakan-rakannya dan jawapan diterima memberangsangkan. Rumah itu masih mempunyai bilik kosong, tetapi dia harus segera kerana mereka menerima banyak tempahan dari pelajar baru.Rakannya juga menyatakan alamat rumah tersebut diakhir perbualan mereka. Nampaknya, inilah lumrah hidup yang akan ditempuhi apabila berjauhan daripada keluarga,semuanya harus dilakukan sendiri.

 

Setelah hampir 2 jam setengah perjalanan daripada Kampung Sungai Tuba, akhirnya mereka anak-beranak sampai juga kerumah sewa yang dicari itupun terpaksa menelefon rakannya beberapa kali kerana tersesat jalan. Sebaik tiba sahaja Sofi terus disambut oleh beberapa orang kenalan lama dikolej yang tinggal bersama. Mereka semuanya nampak gembira dengan kedatangan Sofi lalu menjemput dia dan ayahnya masuk kedalam rumah. Hmmm, sekali imbas rumah teres dua tingkat ini kelihatan biasa sahaja tetapi apabila masuk kedalam, hampir semua ceruk ruang  dipenuhi dengan kelengkapan rumah seperti sofa, televisyen, peti sejuk, meja makan dan lain-lain. Saling tak tumpah seperti kediaman kelamin tetapi hakikatnya ia hanyalah rumah bujang sahaja yang dihuni lebih daripada 5 orang. Kemudian dia ditunjukkan kebilik tidurnya yang masih kosong tidak berpenghuni dan yang ada hanyalah sebuah meja dan tilam lusuh. Namun, Sofi berpuas hati dengan keluasan biliknya yang mampu memuatkan seorang sahaja buat masa ini. Agaknya, inilah maksud mereka yang dia perlu segera kalau tidak bilik ini akan terlepas ke tangan orang lain. Mereka dengan ringan tulang turut membantu Sofi mengangkut barang-barang kedalam biliknya. Setelah selesai semua urusan, Pakcik Nasir meminta izin pulang kerana terpaksa berniaga esok. Sebelum balik ayahnya sempat berpesan " Engkau belajar rajin-rajin Fi, walaupun kita ada duit banyak tapi lambat laun habis juga. Bila engkau habis belajar nanti dapatlah engkau tolong ayah dengan adik kamu kalau ada kesusahan. Tentang kesihatan ayah, kamu jangan bimbang Dukun Megat akan tolong ayah nanti. Okaylah, ayah balik dulu kalau ada apa-apa telefonlah". Sofi kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan ayah tanda perpisahan dengan senyuman terukir diwajahnya, kereta Pakcik Nasir meluncur laju menuju kejalan utama. Sofi dengan hati yang pilu hanya berdiri tercegat disitu memerhatikan kereta ayahnya yang berlalu pergi dan hilang dari pandangan.

 

Sofi masuk semula kedalam rumah dan terus kebiliknya. Rakan-rakan serumahnya sedang bersiap untuk menghadiri kelas malam yang bermula pukul 6.00 petang nanti. Nampaknya, dia terpaksa tinggal sendirian sehingga malam nanti. Tetapi, mereka berjanji akan membawanya makan direstoran berdekatan. Menyambut penghuni baru kata mereka. Ah, apa-apa sahaja! Sofi berasa letih dan perlu berehat sebentar. Esok bermulalah proses pendaftaran dan juga bermulalah kehidupan baru dibandar Beras Mati. Keadaannya tentu berbeza semasa dia menuntut diinstitut dahulu. Namun, umurnya kini sudah mencecah 22 tahun, jadi dalam menempuhi alam dewasa ini, dia perlu penuhkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang berguna supaya kehidupannya akan lebih gemilang kelak.





Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.0
3 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
Hairani
Hantar MesejHairani

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Permulaan Satu Kehidupan Yang Baru (1)
Diantara CINTA dan BENCI (2)
Sumpahan Darah Hitam (3)
Kebenaran dari satu penciptaan (4)
Kampung Halaman (5)
Musuh atau Kawan? (6)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari