helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Gelandangan Suci: CINTA dan BENCI

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.0
3 Penilai
Diantara CINTA dan BENCI (2)
Dihantar: 11/04/2008 pukul 07:34:10 AM | 392 Bacaan
Share

Diantara CINTA dan BENCI (2)

 

" Cik, mari kita berbincang dahulu, ini bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah" kata seorang anggota penyelamat yang berada disitu. Namun, wanita muda itu terus melangkah setapak demi setapak kehadapan. Dia seperti sudah nekad untuk melakukannya, padanya itulah satu-satunya cara yang ada. " Kami berlintas langsung dari tempat kejadian dimana seorang wanita muda lingkungan umur belasan tahun sedang berdiri disisi bangunan paling atas pangsapuri Intan Kilau. Dia nampaknya ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat 20 bangunan berkenaan, gadis itu pertama kali dilihat berada situ lebih kurang sejam yang lalu oleh penduduk setempat dan kini anggota penyelamat bekerja keras memujuk wanita berkenaan" lapor seorang wartawan televisyen yang tiba paling awal ditempat kejadian berbanding wartawan-wartawan lain. Orang ramai mula mendongak keatas dan menjerit-jerit kepada gadis itu supaya tidak terjun dari bangunan tersebut.Gadis itu kini berada betul-betul disisi bangunan dengan keadaan dirinya yang tenang sahaja. Dalam pada itu seorang anggota penyelamat cuba menghampirinya dan memujuknya,tetapi gadis pula berpaling menghadap mereka.Dia seperti masih baru lagi bangun dari tidur kerana memakai pakaian tidur dan rambutnya kelihatan agak kusut, namun keayuan wajahnya tetap ada walaupun didalam keadaan tidak tentu hala "Pernah awak semua terfikir untuk terbang seperti burung? Bagaimana rasanya agaknya? Mesti seronok dapat berada diudara dan terapung diawang-awangan" kata gadis itu sambil mendepakan tangan seluas-luasnya dan menutup mata seperti menghayati perasaan itu. Anggota-anggota penyelamat saling memandang antara satu sama lain, ada juga yang tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut gadis muda itu. Salah seorang anggota penyelamat yang berada disitu dan mempunyai alat perhubungan mula menghubungi rakannya di bahagian bawah bangunan, "Macammana? Tilam sudah siap?" tanya anggota penyelamat tersebut "Belum lagi, lengahkan dia sedikit, mana mak dan ayahnya?" balas rakannya dibawah "Mereka diluar negara, dengarnya mereka akan balik secepat mungkin.Cepat sikit dengan tilam tu, budak ni nak terjun bila-bila masa sahaja" anggota penyelamat itu terus mematikan sistem perhubungannya dan memberi isyarat melengahkan masa sedikit supaya tilam penyelamat dapat disediakan. "Saudari, banyak cara lain untuk terbang dengan lebih selamat, jangan ikutkan kisah dongeng,saudari akan mati serta-merta kalau gunakan cara ini" nasihat anggota penyelamat yang berada paling hampir dengan gadis itu.

 

Gadis berkenaan tidak menghiraukan nasihat yang diberikan. Dia masih mendepakan tangan sambil matanya terpejam,kelihatan dia sedang menganjak kebelakang sedikit demi sedikit dan memang benar dia akan ‘terbang' seperti burung sedikit masa lagi. Anggota penyelamat yang berada dihadapannya cuba mengambil peluang untuk menarik gadis tersebut akan tetapi entah dari mana datangnya,muncul seorang lelaki muda yang tidak dikenali merangkul gadis itu dan menolaknya terus  jatuh ke bawah dari tempat dia berdiri, beberapa anggota penyelamat disitu memang tidak menyangka kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Gadis itu juga tidak menyedari kehadiran lelaki misteri ini, walaupun begitu dia tidak pula terkejut malah membiarkan sahaja dirinya jatuh dari bangunan itu bersama-samanya. Seolah-olah masa berhenti seketika, semua yang menyaksikan kejadian ini tergamam melihat apa yang sedang berlaku lebih-lebih lagi anggota-anggota penyelamat yang berhempas pulas menyelamatkan gadis berkenaan. Dari bawah terdengar jeritan suara dari orang ramai. Dua tubuh terus laju menuju kebawah tanpa dilindunngi oleh apa-apa kerana tilam penyelamat masih gagal berfungsi. Oleh itu, sudah pasti dalam masa beberapa saat sahaja kedua-dua mereka pasti akan menemui ajal .Tidak sampai seminit, kedua-duanya jatuh diatas sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian. Bunyi yang dihasilkan memang kuat dan ada diantara orang ramai berhampiran menutup muka serta telinga kerana tidak mahu melihat kejadian yang ngeri itu. Apa yang terjadi? Memang mustahil kedua-duanya selamat setelah jatuh dari bangunan  setinggi 20 tingkat!.

 

Keadaan kereta yang dihempap oleh mereka memang teruk sekali, lebih kurang sama dengan kereta yang dihempap oleh benda besar dan keras seperti batu besar. Kesan remuk boleh didapati dimana-mana sahaja. Tingkap kenderaan itu juga turut pecah, malah memberi kesan kepada kenderaan yang berada dibelakang dan dihadapannya. Namun, kedua-dua kenderaan itu hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Suasana yang tadi sunyi sepi tiba-tiba menjadi kelam-kabut, orang ramai terus tergamam dan anggota-anggota penyelamat bergegas ketempat kejadian. Tetapi sesuatu yang aneh berlaku, kelihatan lelaki yang terjun bersama gadis itu bangun dari atas kereta yang remuk tadi. Anggota penyelamat yang baru sampai ditempat kejadian berhenti seketika kerana berasa sangat hairan. Lelaki misteri berkenaan mula berdiri sambil kedua belah tangannya memikul gadis berkenaan yang masih tidak sedarkan diri kesan dari hentakan kuat. Sebaik sahaja turun daripada kereta itu, dia terus membaringkan mangsa dihadapan anggota penyelamat. Wartawan-wartawan yang berkumpul disitu cuba menghampirinya secepat mungkin. Tetapi, dia terus berlari dan menghilangkan diri disatu lorong kecil tidak jauh dari tempat itu. Apabila keadaan selamat, lelaki muda itu muncul semula ditempat yang agak jauh dari tempat kejadian selepas menghilangkan diri dan menantinya adalah sebuah van putih.Tanpa membuang masa dia segera menaiki van berkenaan dan terus memecut melalui jalan utama. Selepas keluar dari tempat kejadian,van berkenaan tiba-tiba berhenti disebuah stesen hybrid-mobil, dimana pada masa ini banyak kenderaan dikeluarkan dengan tenaga campuran yang tidak bergantung kepada minyak semata-mata. "Doktor, semuanya berjalan dengan baik. Ujikaji yang dijalankan berjaya. Buat masa ini kami semua terpaksa berhenti seketika untuk membaik pulih bahan uji" lapor salah seorang lelaki didalam van itu. " Baiklah, ujikaji tamat,bawa balik dia kemari secepat mungkin" ujar doktor itu membalas kembali laporan yang diterima. " Kami akan bawa balik dia selepas semua baikpulih selesai", petugas itu mengakhiri laporannya.

 

" Hah, macammana statusnya", soal lelaki berkenaan kepada dua orang pembantunya yang berada didalam van berkenaan. " Semuanya baik, sistem pemprosesan masih berjalan, keadaan fizikal tidak teruk dan masih boleh memberi reaksi" jawab kedua-dua pembantunya itu. "Ada rasa sakit?" tanya seorang petugas kepada bahan ujinya. "Tidak,tapi perempuan tadi...". Ketiga-tiga lelaki tadi diam seketika apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut bahan uji mereka itu.Sebaliknya,mereka terus bekerja tanpa memberi sebarang komen.Petugas yang memberi laporan tadi juga bertindak sebagai pemandu, apabila mendapat arahan dia terus memecut van yang mereka naiki menuju ke pusat penyelidikan.

 

Keadaan didalam van itu serba canggih walaupun pada luarannya biasa sahaja. Hampir kesemua ruang dipenuhi perkakas-perkakas elektronik terkini. Terdapat juga beberapa komputer yang mempunyai daya pemprosesan tinggi dikendalikan oleh dua petugas yang sangat terlatih. Namun, lelaki yang merupakan bahan uji tadi duduk diatas lantai van. Dia kelihatan kaku sahaja tanpa membuat banyak pergerakan. Dibelakang lehernya terdapat kabel kecil yang disambung terus ke sebuah komputer. Manakala, kedua-dua orang petugas didalam van itu sibuk memeriksa bacaan pada monitor dan membuat pemeriksaan pada bahan uji mereka. Apabila sampai sahaja pada susur keluar daripada jalan utama, van tersebut membelok ke kiri melalui jalan ke kawasan perindustrian lama. Disana dahulunya terdapat puluhan kilang-kilang yang menjalankan pelbagai jenis industri dan kebanyakkannya menghasilkan alat-alat elektronik dan jentera berat. Boleh dikatakan, ia kawasan perindustrian paling besar di Beras Mati.Namun,kawasan itu kian terbiar setelah kebanyakkan pengusaha kilang asing memindahkan kilang mereka ke negara yang mempunyai buruh yang lebih murah dan kini kawasan itu dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat yang paling berpengaruh di Beras Mati iaitu Maju Megah.

 

Van putih itu terus membolek kekiri dan kekanan melalui jalan yang bersimpang diantara satu dengan yang lain. Selepas melalui simpang terakhir, van itu melalui jalan lurus lalu memasuki sebuah kilang yang dikawal rapi lengkap dengan pengawal yang bersenjata api,robot pengawal udara tanpa pemandu dan anjing robotik yang dikatakan lebih baik daripada binatang sebenar,jika diperhatikan suasananya tidak ubah seperti sebuah kem tentera. Apabila sampai sahaja dipintu utama, pintu besar terus dibuka. Kemudian seorang pengawal meninjau kedalam van tersebut yang sedang berhenti. Selepas memberi isyarat kebenaran, van itu terus memasuki kilang yang sudah tidak mempunyai nama. Kilang itu agak lengang jika dilihat dari luar kerana ada beberapa sahaja petugas yang mundar-mandir disekitar kawasan tersebut. Akan tetapi,kenapa kilang ini tidak mempunyai nama? Apa rahsia disebalik kawalan keselamatan yang ketat ini? Mungkin dibahagian dalam bangunan ini tersimpan jawapan bagi soalan-soalan itu.

 

Selepas pintu utama ditutup, van putih itu terus berhenti.Sejurus kemudian kelihatan petugas-petugas pusat kajian bergegas menuju kearah van tersebut sambil diiringi seorang ketua yang memakai baju kemeja biru pekat bersama kot putih labuh bagaikan seorang saintis.Dialah yang memberi arahan kepada petugas-petugasnya didalam van putih tadi supaya menganalisa bahan ujinya. Mereka membawa bersama pelbagai peralatan elektronik yang agak pelik dan tidak akan ditemui di pasaran terbuka. Dengan kata lain, semua peralatan mereka termasuk yang terdapat didalam van dibuat sendiri oleh kilang berkenaan.Sejurus kemudian,pintu belakang van dibuka oleh dua orang petugas, saintis tadi yang berdiri dibelakang van dan terus bersemuka dengan bahan ujinya. " Bagaimana? Seronok menyelamatkan orang? Ayah terpaksa menyuruh kamu untuk menyelamatkannya jika tidak nyawa anak perempuan ahli lembaga tentu dalam bahaya. Ayah tahu masih awal untuk kamu muncul dikhalayak ramai tetapi jangan bimbang pihak polis akan melindungi identiti kita. Tambahan pula ayah perlukan data dari latihan luar untuk dihantar kepada ahli-ahli lembaga." kata lelaki berkenaan kepada bahan ujinya yang disifatkan sebagai anaknya masih duduk didalam van seperti memikirkan sesuatu. "Kalau macam tu lepas ni saya kena kerja dengan pasukan penyelamat pula,lagi seronok dari duduk kat tempat buruk dan kotor macam ni" jawab dia kepada ayahnya.

 

Apabila berakhir sahaja perbualan singkat itu, saintis berkot putih yang lebih dikenali sebagai Dr. Ming dikalangan petugasnya memberi isyarat supaya membawa anaknya pergi ke tempat pemulihan dan pemprosesan. Tanpa berlegah lagi, anaknya dibawa terus ke tempat itu sambil diperhatikan oleh Dr. Ming dari jauh. Perasaan runsing sentiasa bermain dimindanya tatkala melihat perubahan yang berlaku keatas anaknya sejak kebelakangan ini. Namun, dia masih percaya usaha keras selama 20 tahun akan berhasil jua nanti. Dr. Ming kemudian meninggalkan van tersebut dan terus menuju ke pusat kawalan utama. Disana kesemua aktiviti didalam kilang itu dikawal oleh beberapa orang petugas dan sebuah komputer induk. Komputer ini dikawal sepenuhnya oleh AI (Artificial Intelligance) yang berupaya membuat keputusan sendiri berdasarkan keadaan semasa dan kiraan algoritma. Ia dicipta sendiri oleh Dr.Ming dan masih menjadi rahsia kepada umum. Kononnya ia mampu menandingi super komputer buatan Amerika Syarikat Blue Gene dan super komputer buatan Mentari Terbit Earth Simulator dari segi daya pemprosesan dan kepintaran. Entah bagaimana Dr.Ming dapat menghasilkan alat yang begitu canggih ini dan jika dilihat daripada saiz, ia hanya sebesar sebuah bilik tidur. Semua perkara akan diuruskan oleh komputer ini, daripada kawalan keselamatan sehinggalah sistem penghawa dingin. Dr.Ming menamakan komputer ini SOPHIA, bersempena nama mendiang isterinya. Walaupun ia nampak sempurna namun Dr.Ming sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan komputer yang amat berharga itu berfungsi dengan baik.

 

" Ah!Dr.Ming, saya menunggu kedatangan anda. Saya harap projek awak berjalan dengan lancar. Orang atas tidak sabar menunggu keputusannya. Yelah, mereka telah melabur banyak wang untuk impian awak ini dan mereka mahu lihat hasilnya secepat mungkin", sapa seorang lelaki berbaju sut hitam lengkap tanpa tali leher yang sedang duduk di dalam bilik kawalan utama itu. Lelaki yang lebih dikenali sebagai En.Kumaran ini merupakan orang kuat di Maju Megah Holdings. Dia lebih disifatkan sebagai perantara diantara pengurus syarikat dengan orang dibawahannya, dia tidak mempunyai jawatan tetap didalam syarikat namun dia dibayar gaji sekiranya dapat melaksanakan tugas-tugas tertentu yang disuruh oleh pengurus besar dan membuat laporan mengenainya. Pada kes Dr.Ming, dia memastikan supaya semua perkara mengenai projek Dr.Ming berjalan lancar. "Engkau sepatutnya menghubungi aku dahulu sebelum datang ke sini", kata Dr.Ming sambil mata dan tangannya terus memerhati skrin komputer induknya. " Sudah, aku sibuk sekarang. Beritahu ahli-ahli lembaga pembentangan akan dibuat akhir minggu ini dan setakat ini projek masih berjalan lancar. Jika kau tiada ada apa urusan, sila keluar dari tempat ini", kata Dr.Ming yang begitu tegas dengan kerjanya. " Baiklah, aku akan beritahu mereka apa yang berlaku hari ini. Tetapi ingat, kegagalan boleh membawa padah", En. Kumaran mengakhiri perbualanya lalu menuju terus ke pintu keluar. Di wajahnya terukir senyuman sinis seribu makna, padanya dia telah menjalankan tugas yang diberikan kepadanya dan membuat laporan kepada pengurus besar syarikat. Walaubagaimanapun, Dr.Ming sedikitpun tidak terganggu dengan kenyataan anjing suruhan majikannya , dia benar-benar yakin yang projek ini akan berjaya dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat tidak akan sia-sia.

 

" Dr.Ming, sistem kedua siap sedia untuk diuji. Setakat ini ia masih terikat dengan sistem SOPHIA namun kami pasti ia dapat berjalan dengan sistem sendiri tidak lama lagi", kata salah seorang pegawai operasi didalam bilik itu. Dr. Ming diam berfikir, lalu menjawab " Bagi masa satu hari lagi sebelum kita mulakan ujian sebenar, saya pasti ia mampu menyokong sepenuhnya sistem yang kita ada sekarang",. Mereka yang berada didalam bilik berkenaan mematuhi arahan yang telah diberikan dan kemudian meneruskan tugas mereka bagi memastikan semua sistem berjalan lancar. Hari sudah lama melabuhkan tirainya, jam di tangan Dr.Ming sudah menunjukkan pukul satu pagi. Kesemua petugasnya pulang sejak awal senja lagi namun Dr.Ming masih setia menanti dikilang itu sambil memantau operasi. Dia duduk keseorangan didalam bilik pemulihan dan pemprosesan ditemani oleh dua orang `anaknya'. Mereka masih di buai mimpi indah di atas kerusi yang dicipta khas oleh ayah mereka. Kedua-duanya duduk berpaling diantara satu dengan yang lain, kabel-kabel kelihatan berselirat disana sini dan sesetengahnya disambung kepada tubuh badan mereka. Kepala mereka ditutupi oleh sejenis alat khas yang disambungkan terus kepada SOPHIA. Alat yang menutup bahagian mata dan belakang kepala ini merupakan perantaraan diantara mereka dan SOPHIA. Kelihatan jelas bahagian mata mereka berkelip-kelip kuning menandakan sistem dalam keadaan sedia. Dr.Ming yang berada diantara mereka hanya termenung memerhatikan anak-anaknya, padanya mereka adalah segala-galanya didalam didunia ini. Walaupun dia sebenarnya mempunyai rumah sendiri, namun beliau lebih gemar tinggal di pusat kajian ini memantau segala operasi secara bersendirian sehingga awal pagi malah kadangkala tidur satu atau dua jam sahaja dimakmalnya yang terletak bersebelahan dengan bilik pemulihan dan pemprosesan. Begitulah komitednya Dr.Ming pada projek ini bagi memastikan semua perkara berjalan lancar.

 

Ahli lembaga memberi masa seminggu sahaja lagi kepada Dr. Ming untuk membentangkan hasil projeknya secara menyeluruh. Tetapi, beliau tidak berasa bimbang kerana kedua-dua sistem dalam keadaan baik namun kesemua pekerjanya perlu memastikan ia terkawal hingga hari pembentangan. Buat masa ini sistem pertama tidak mendatangkan banyak masalah kerana dibina 3 tahun dahulu, jadi semua sistem operasinya berada pada tahap sempurna. Sistem kedua pula mendapat perhatian lebih kerana baru sahaja dibina setahun selepasnya jadi masih ada lagi ujikaji dan pembetulan yang perlu dilakukan dari semasa kesemasa. Dr. Ming membina sistem kedua adalah untuk memberi sokongan pada sistem pertama sekiranya berlaku sebarang masalah. Jadi idea sebenarnya adalah untuk mencipta SOPHIA yang bergerak dan memberi bantuan pada ‘anak' lelakinya dan selepas sistem kedua itu siap sepenuhnya, SOPHIA akan diberhentikan serta-merta kerana kesemua sistem dan fungsi pemprosesan kini berada pada sistem kedua. Dengan kata lain mereka akan menjadi patung yang akan bergerak secara sendiri mengikut arahan yang diberi tanpa memerlukan banyak bantuan luar. Buat masa ini, Dr.Ming hanya menghitung hari untuk membentangkan hasil projeknya kepada ahli-ahli lembaga. Merekalah yang akan membuat keputusan hala tuju kedua-dua anaknya. Tetapi, menurut En.Kumaran mereka akan digunakan didalam tugas-tugas keselamatan syarikat yang terdedah dengan serangan dari luar rangkaian sistem mereka. Apapun tugas mereka, Dr.Ming akan memastikan anak-anaknya tidak disalahguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab dalam syarikat berkenaan.

 

Setelah hampir dua minggu, saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang telah tiba. Kedua-kedua sistem berfungsi dengan baik pada operasi penuh dan akan dibawa ke Menara Megah untuk dipersembahkan kepada ahli-ahli lembaga. Sejak awal pagi lagi Dr.Ming bersama beberapa orang petugasnya melakukan persiapan terakhir pada kedua-dua sistem. Kedua-dua sistem ini berada pada keadaan diam tanpa sebarang operasi berlaku keatas mereka disepanjang tempoh pembentangan. Mereka berdua ibarat mayat yang akan diusung oleh petugas-petugas Dr.Ming kedalam sebuah van khas. Didalamnya, tiada apa-apa kelengkapan yang disediakan hanya dua buah kerusi roda bagi menempatkan mereka berdua. Apabila semuanya telah sedia, Dr.Ming menerima satu panggilan telefon dari En.Kumaran menyatakan semua ahli lembaga telah bersedia di ibu pejabat untuk mendengar hasil projeknya. Dengan segera, Dr.Ming menaiki sebuah kereta syarikat bewarna putih dan bergegas menuju kesana bersama petugas-petugasnya. Perjalanan akan mengambil masa 15 minit dari kilang dan Dr.Ming mengambil keputusan untuk tidak mahu mengaktifkan kedua-dua mereka atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Walaubagaimanapun, kedua-duanya akan ‘hidup' apabila berada didepan mata para ahli-ahli lembaga nanti.

 

Setibanya di Menara Megah, kehadirannya disambut dengan layanan istimewa. Kawalan keselamatan diperketat dari hari-hari biasa. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk. Perkara ini begitu sulit hingga ia tidak didedahkan kepada sesiapapun termasuk kakitangan syarikat. Sekiranya perkara ini terbongkar, syarikat akan terpaksa menghadapi kerenah media dan orang ramai yang tidak begitu setuju dengan kewujudan robot yang berbentuk manusia kerana menurut mereka ianya akan menggantikan peranan manusia sepenuhnya suatu hari kelak.Pada ketika ini, para ahli-ahli lembaga sedang menunggu di bilik mesyuarat yang terletak di tingkat teratas bangunan 101 tingkat itu. Kedua-dua sistem dibawa masuk kedalam lif menggunakan kerusi roda dengan tubuh mereka dilitupi kain putih bersama Dr.Ming dan beberapa orang petugasnya. Mereka juga turut dikawal oleh dua orang pengawal keselamatan yang lengkap bersenjata. Kesemua mereka hanya diam membisu sehinggalah tiba ditingkat paling atas Menara Megah. Agaknya, inilah tekanan yang perlu dihadapi apabila melakukan projek yang bernilai berbillion-billion Amas. Setibanya ditingkat atas, En.Kumaran sudah menunggu didepan lif dengan wajah ceria. " Bagus, kamu semua dah sampai. Sila ikut saya, mereka semua sudah lama menunggu", memberi arahan ringkas kepada tetamunya.

 

Mereka terus bergerak pantas menuju koridor lurus yang menuju terus kesebuah pintu kayu yang tertulis " Bilik Megah". Sebuah bilik utama yang digunakan oleh ahli-ahli lembaga syarikat untuk membuat keputusan-keputusan kritikal syarikat dan pada hari ini ia akan digunakan untuk menentukan jatuh bangun syarikat berkenaan. Sebaik sahaja rombongan Dr.Ming tiba, daun pintu dibuka dan tergamamlah 8 orang ahli lembaga syarikat Maju Megah didalam bilik itu. Mereka seperti tidak percaya melihat dua tubuh diusung menggunakan kerusi roda masuk kedalam bilik mesyuarat. Dalam pada itu, En.Kumaran terus menuju ke Pengerusi Syarikat, Datuk Ramli dan berbisik sesuatu ditelinganya. Dr.Ming dan petugas-petuganya tidak menghiraukan langsung telatah ahli-ahli lembaga yang bercakap sesama sendiri diantara mereka kerana sibuk menyambung komputer dan peralatan elektronik untuk kedua-dua anaknya. Ini merupakan tugas terakhir sebelum pembentangan bermula.Di dalam keriuhanan itu, Datuk Ramli yang berada di belakang meja mesyuarat mula berkata sesuatu " Ah, Dr.Ming akhirnya awak datang juga. Hampir 6 tahun kami beri masa untuk awak menyiapkan projek ini dan telah 2 bilion Amas kami laburkan. Harap-harap ia tidak akan mengecewakan!",. Para ahli lembaga mula mengalih padangan kepada Datuk Ramli, sejurus kemudian Dr.Ming dan petugas-petugasnya seramai dua orang telah selesai membuat penyesuaian sistem dan sudah sedia untuk membentangkan projeknya. " Selamat pagi semua, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menyiapkan projek ini dan saya berjanji tidak akan menghampakan harapan tuan puan semua. Terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri saya dahulu. Say...." penerangannya tiba-tiba dicelah oleh En.Kumaran. " Dr. Christopher Ming, graduan Jurusan Kejuruteraan Kepintaran Buatan dan Robotik dari Universiti Singgahsana. Pernah bekerja sebagai jurutera di Syarikat Maju Megah selama 2 tahun sebelum ditugaskan kebahagian penyelidikan teknologi. Banyak melakukan penyelidikan dalam robotik dan kepintaran buatan. Mempunyai keluarga tetapi kini sudah...". " Cukup Kumaran, kami tidak mahu mendengar penjelasan daripada awak. Kami semua telah membaca failnya dan mengenalinya selama ini. Baik, Dr.Ming teruskan..." Datuk Ramli tidak mahu melengahkan masa dengan penjelasan En.Kumaran lalu memberi kebenaran kepada Dr.Ming untuk meneruskan pembentangannya.

 

" Baiklah, apa yang awak semua lihat sekarang adalah hasil kerja keras saya selama 6 tahun. Pada mulanya saya mencipta sistem pertama bersama-sama dengan SOPHIA untuk menghasilkan manusia buatan yang dapat melakukan tugas-tugas sukar yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. Namun, selepas itu saya merasakan perlu ada satu sistem sokongan bergerak yang akan membantu sistem pertama pada bila-bila masa tanpa bantuan SOPHIA. Jadi, saya mencipta sistem kedua 2 tahun lepas itu dan kini kedua-dua sistem ini beroperasi sepenuhnya", jelas Dr.Ming lalu berhenti seketika. " Apa maksud perkataan yang tertulis pada kain putih di kedua-dua sistem itu?" tanya salah seorang ahli lembaga. Lalu Dr.Ming meneruskan penerangannya " Sistem pertama kami namakan H.A.T.E  dan sistem kedua kami namakan L.O.V.E. Kedua-duanya adalah singkatan untuk enjin-enjin mereka yang merupakan cip pemprosesan untuk sistem-sistem mereka,tetapi kami tidak mahu menyifatkan mereka sebagai sebuah komputer bergerak jadi kami namakan cip-cip mereka sebagai enjin dimana fungsinya samalah seperti enjin kereta,jikalau ia tiada masakan ia boleh berjalan.

 

Sejurus kemudian Dr.Ming menghampiri sistem H.A.T.E dahulu, dengan menekan beberapa butang pada papan kekunci tiba-tiba terpampang jelas di skrin layar maksud bagi setiap huruf  dan maknanya sekali, tanpa segan silu Dr.Ming menerangkan maksud huruf itu satu persatu. "Huruf H bermaksud ‘Hostile', A bermaksud ‘Accurate', T bermaksud ‘Tactical' dan E bermaksud ‘Engine'. Kesemua yang berada didalam bilik itu gamam seketika. Jika diperhatikan daripada perkataan-perkataan itu, dapat difahami bahawa ia sebuah ciptaan yang tidak menyenangkan dan mungkin bersifat agresif. Kemudian Dr.Ming menyambung penjelasannya " Ketiga-tiga perkataan Hostile,Accurate dan Tactical adalah ciri-ciri yang terdapat didalam sistem ini. Hostile bermaksud ia boleh bekerja didalam suasana bahaya dan sukar seperti didalam tugas-tugas keselamatan atau jenayah, sebagai contoh saya telah memperkuatkan badan sistem ini dengan gentian yang diperbuat khas untuk menahan kepanasan, manakala kerangka dalamannya yang diperbuat dari aloi Teranium dapat menampung tekanan daripada impak yang kuat.Accurate, pula dimana saya telah mempermajukan sistem AI yang terkini dimana ia dapat menganalisis keputusan dan pertimbangan dengan cepat dan tepat manakala Tactical pula ia dapat mengatur sesuatu strategi dengan bijak dan tersusun dengan menganalisa keadaan dan merumuskan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikannya ".Dalam pada itu, di skrin terpapar jelas maklumat sistem dan ciri-ciri yang terdapat padanya, para ahli lembaga begitu kagum dengan kemampuan Dr.Ming mencipta suatu sistem yang dapat memberi faedah yang besar kepada syarikat.

 

" Sekarang saya akan jelaskan sistem kedua pula", sambil Dr.Ming dan pembantunya memaparkan data-data sistem di skrin. " L bermaksud Literacy, O bermaksud Obediant dan V bermaksud Virtous. Sistem kedua ini mempunyai keupayaan sistem komputer yang termaju dan data storan yang amat tinggi melebihi 1 zetabyte. Sistem ini juga patuh dengan segala arahan yang diberikan. Saya pasti ia akan dapat memberi bantuan kepada rangkaian komputer syarikat yang sentiasa digodam oleh penjenayah siber yang mahukan maklumat sulit syarikat dan juga yang sengaja merosakkan sistemnya.Tetapi, untuk sistem kedua ini badannya diperbuat dengan gentian biasa dan kerangka dalaman diperbuat daripada logam Titanium  yang dapat memberi kekuatan sederhana. Memang tidak sesuai untuk kerja-kerja lasak", cuba mengakhiri penerangan ringkasnya. "Love and Hate, cinta dan benci, menarik..adakah keduanya-duanya mempunyai perasaan sedemikan?" kata salah seorang daripada ahli lembaga yang diiringi ketawa kecil daripada ahli-ahli lembaga yang lain termasuk Datuk Ramli.

 

Dr.Ming membiarkan sahaja pertanyaan itu lalu kemudian memberi isyarat kepada petugasnya untuk membuka kain putih yang menutupi kedua-dua sistem berkenaan. Alangkah terperanjatnya kelapan-lapan ahli lembaga didalam bilik itu kerana sistem-sistem yang dimaksudkan oleh Dr.Ming menyerupai manusia sebenar dari hujung rambut sampai hujung kaki!. Seorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya nampak muda dan dalam umur belasan tahun sahaja. Mereka kelihatan kaku, tidak bergerak walau satu inci dengan mata yang tertutup rapat. Dalam fikiran Datuk Ramli, dia tidak meyangka Dr. Ming akan mencipta dua buah robot yang sangat mirip menyerupai manusia yang belum pernah dicipta oleh sesiapapun didunia ini dan tidak sia-sia wang syarikat banyak dihabiskan untuk projek ini. " Saya menciptakan kedua-dua sistem ini lelaki dan perempuan. Lelaki saya namakan Calvin dan perempuan saya namakan Ashley.Saya namakan mereka berdua bersempena dengan nama kedua-dua anak saya", jelas Dr.Ming yang berasa anak-anaknya betul-betul berada didalam bilik berkenaan. " Baiklah Dr.Ming..sekarang saya mahu lihat apa yang kedua-dua robot awak ini boleh buat. Aktifkannya!", kata Datuk Ramli. "Baiklah,tetapi sebelum itu saya mahu tuan-puan semua tenang dengan apa yang berlaku nanti dan jangan sekali-kali panik", Dr.Ming memberi arahan. Suasana dibilik Megah diam seketika setelah Dr.Ming memberi arahan . " Baiklah, saya akan aktifkan mereka sebentar lagi. Sekali lagi saya harap semua yang berada didalam akan tenang dan bersabar", ujar Dr.Ming. Seketika kemudian, beliau memberi isyarat kepada pembantu-pembantunya memasukkan dua kata laluan secara serentak kedalam komputer yang disambung kepada kedua-dua sistem.Dr.Ming kemudian menghampiri mereka dan menekan kedua-dua dahi Calvin dan Ashley dengan serentak. Sejurus kemudian Dr.Ming menganjak kebelakang sedikit dan menyeru perkataan "Bangun!" kepada mereka berdua.

 

Mereka yang kelihatan kaku sebelum ini perlahan-lahan membuka kedua belah mata ,mengangkat kepala dan kemudian memerhati sesama sendiri. "Ayah, kenapa kami berada disini?. Siapa mereka ini?." soal Ashley dengan nada yang begitu lembut sekali. Maka, kesemua ahli lembaga yang berada di dalam bilik itu begitu terkejut tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut mereka namun keadaan masih lagi tenang dan terkawal. " Aku baru sahaja hendak tidur, tiba-tiba ada di dalam bilik ini. Apa semua ni ayah?" giliran Calvin pula bertanya. " Bertenang ya, ayah nak tunjukkan kepada kamu kawan-kawan ayah yang mahu meminta pertolongan dari kamu berdua. " Minta tolong?..huh,kenapa pula saya harus menolong orang tidak saya kenali?", kata Calvin. Kesemua ahli lembaga berbisik sesama sendiri seperti tidak percaya dan keliru samada Dr.Ming mencipta robot atau membawa manusia sebenar. Tiba-tiba Ashley bingkas bangun dari kerusi rodanya dan memeluk Dr.Ming lalu berkata " Ayah...dimana kita ni? Saya takut...ayah..". Kemudian Calvin pula bangun dan memerhati setiap orang yang berada di dalam bilik itu. Datuk Ramli yang diam dari tadi mula bersuara " Bagus...bagus Dr.Ming saya sangat kagum dengan awak. Belum pernah ada orang didunia ini yang dapat melakukan semua ini. Oh ya, dia ni Calvin? Awak yang terjun bersama-sama anak Puan Lim daripada pangsapuri dua minggu yang lepas ya? Saya dengar cerita ini dari En.Kumaran ni...",soal Datuk Ramli yang merujuk kepada insiden yang berlaku sebelum ini melibat salah seorang keluarga ahli lembaga di dalam syarikat itu. Puan Lim yang duduk berhampiran dengan Datuk Ramli cuba mencelah " Ya, dialah orangnya! Saya yang berada diluar negara terus balik secepat mungkin.Tetapi entah macam mana selepas kejadian itu dia pengsan seketika kemudian sedar beberapa jam kemudian tanpa sebarang kecederaan.Saya amat berterima kasih kepada awak walaupun cara awak menyelamat dia amat berbahaya"

 

 " Dia hendak sangat terbang ,saya cuma beri apa yang dia mahukan.Bagaimana dia sekarang?" tanya Calvin selepas berkata dengan nada yang agak keras dan serius. " Dia baik...namun masih dalam perhatian dihospital" jelas Puan Lim. Calvin kemudian diam dan terus berdiri berhampiran Dr.Ming dan Ashley, dia tidak langsung menunjukkan sebarang reaksi pada raut mukanya manakala Ashley terus memeluk Dr.Ming seperti dalam ketakutan. "Calvin..Ashley, bertenang ya. Nama saya Datuk Ramli, tuan punya syarikat dan bangunan ni.Sebenarnya, kami semua ni perlukan bantuan kamu berdua dalam menjaga keselamatan syarikat ini" kata Datuk Ramli dengan lebih serius. "Kenapa kami pula?" tanya Calvin. "Sebab kamu berdua sahajalah harapan kami..jadi tolonglah.." Datuk Ramli merayu kepada robot-robot hidup itu.Calvin yang mendengar jawapan itu terus mengeluh dan memandang ke tempat lain. "Jadi, sebelum itu kami ingin melihat kebolehan kamu berdua dan untuk itu kami telah sediakan satu ujian untuk setiap seorang daripada kamu, Dr.Ming boleh saya mulakan?" kata Datuk Ramli kepada Dr.Ming sebagai penjaga kedua-dua robot berkenaan. Pada mulanya Dr.Ming agak terperanjat kerana tidak pula diberitahu tentang ujian-ujian berkenaan tetapi timbul rasa keyakinan didalam dirinya tentang kedua-dua hasil ciptaannya. "En.Kumaran, sila mulakan" arah Datuk Ramli. Selepas mendengar arahan itu, En.Kumaran mengambil sesuatu daripada petugas Maju Megah yang berupa sebuah fail dan kiub yang berwarna-warni."Baiklah, saya mahu uji cik Ashley dahulu, ditangan kanan saya ini adalah Kiub Rubik.Mungkin, sesengah orang yang berada didalam bilik ini mempunyai,mencuba atau melihat permainan ini dimana-mana.Menurut Dr.Ming sistem cik Ashley dilengkapi dengan enjin pemprosesan yang paling maju sekali jadi saya mahu cik Ashley menyelesaikan permainan ini dengan sepantas yang boleh" jelas En.Kumaran lalu menyerahkan kiub berkenaan kepada Ashley.Kiub Rubik merupakan hasil ciptaan seorang professor binaan dan jurukir dari Hungary yang bernama Ernõ Rubik .Ia terdiri dari empat bahagian berlainan warna dan pemain perlu memadankan warna-warna berkenaan dengan memutarkan kiub berkenaan mengikut susunan yang betul.Selalunya, tahap manusia biasa adalah kiub rubik yang mempunyai matrik 3x3x3 dan yang paling pantas dapat diselesaikan adalah dalam masa 50 saat atau kurang.Namun, syarikat Maju Megah telah menempah kiub rubik yang mempunyai matrik 7x7x7 yang baru diperkenalkan dan mempunyai tahap permainan yang paling sukar.Untuk ujian ini, Ashley perlu menyelesaikan kiub rubik itu dalam masa kurang daripada 30 saat. "Nah, semoga berjaya cik Ashley" kata En.Kumaran.Ashley pun mengambil kiub itu dan bersedia untuk menyelesaikan permainan itu. Ashley kini sedang bersedia dan menunggu isyarat daripada En.Kumaran, kesemua yang berada didalam bilik itu memberi sepenuh perhatian termasuk Dr.Ming dan Calvin. "Baik, mula!" En.Kumaran terus menekan jam randiknya dan Ashley terus menyelesaikan permaianan berkenaan. Gerak tangannya begitu laju, hingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar satu per satu gerak-gerinya dan tidak sampai 10 saat dia siap menyelesaikan permainan itu lalu meletakkan kiub itu diatas meja. Para ahli-ahli lembaga melihat kiub berkenaan dengan teliti dan benar semua bahagian mempunyai warna yang sama. Mereka berasa amat terkejut dengan hasil ujian berkenaan dan agak ragu-ragu samada mahu menepuk tangan atau tidak, tetapi nampaknya En.Kumaran sahaja yang menunjukkan rasa kagum dengan menepuk tangan seorang diri. "Hebat sekali, tahniah Ashley awak sudah lulus ujian ini" kata Datuk Ramli dengan hati yang gembira. "Seterusnya, abangnya Calvin pula. Apa ujian untuk dia En.Kumaran?".Selepas mendengar soalan itu, En.Kumaran mengambil alat komunikasinya lalu berhubung dengan seseorang.Calvin yang mula memberi perhatian mula berasa ada sesuatu yang tidak kena namun kesemua yang hadir didalam bilik itu masih menanti ujian yang bakal dihadapi oleh Calvin.En.Kumaran sudah selesai memberi arahan kepada orangnya melalui alat komunikasi namun selepas lima minit kesemua ahli lembaga masih ternanti-nanti  apa yang akan berlaku.Akan tetapi, Datuk Ramli dan En.Kumaran kelihatan tenang sahaja manakala Dr.Ming dan Ashley hanya berdiam diri sejak tadi.Tetapi, secara tiba-tiba salah satu tingkap bilik itu pecah dan Calvin pula berada dihadapan Datuk Ramli sambil tangan kanannya berada disisi kepala Pengurus Besar Maju Megah itu. Hadirin didalam bilik itu bertambah terkejut dan masing-masing ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya. "Hey orang tua,kau nak cari nahas ke? Berani kau buat ujian macam ni,kalau aku tak sempat tadi dah tentu kau akan..." belum sempat Calvin menghabiskan ayat itu dia tiba-tiba rebah diatas lantai,turut bersamanya adalah adiknya juga.Kali ini ada diantara ahli-ahli lembaga yang bangun dari tempat duduk mereka seperti mahu melihat apa yang sedang berlaku dan ada pula yang ingin keluar dengan segera jika sesuatu yang lebih buruk akan terjadi. Rupa-rupanya, Dr.Ming telah menutup terus kedua-dua sistem di terminal komputernya kerana bimbang Calvin akan bertindak lebih agresif kerana emosinya masih tidak stabil. Dalam pada itu, Datuk Ramli meminta kesemua yang ada didalam bilik itu supaya bertenang dan duduk kembali ditempat masing-masing. Petugas-petugas Dr.Ming pula dengan segera mengangkat Calvin dan Ashley kembali duduk di kerusi roda mereka. Namun, apabila Calvin membuka tangan kanannya ternampak suatu peluru yang telah ditembak oleh seseorang dan kelihatan masih panas serta berasap. Datuk Ramli mengambil peluru itu dan kemudian memberinya kepada En.Kumaran sebagai bukti Calvin lulus ujian berkenaan.Dia kemudian menerangkan ujian rahsia yang dijalankan khas untuk Calvin dimana seorang penembak hendap akan menembaknya dari bangunan bersebelahan menggunakan peluru hidup, jadi dia memang mempertaruhkan nyawanya untuk itu dan tidak sangka Calvin sempat menangkap peluru berkenaan.Kesemua ahli-ahli lembaga mula tenang selepas mendengar penjelasan tersebut.

 

Kemudian, Datuk Ramli berbisik sesuatu dengan En.Kumaran dan selepas itu dia berkata sesuatu " Dr.Ming,seperti apa yang awak tahu syarikat kami mempunyai masalah yang besar dalam sistem rangkaian komputer,ketika ini kami seringkali menghadapi serangan oleh seorang penggodam yang menggugut untuk melancarkan satu virus yang sangat kebal dan tidak boleh dihapuskan dengan sebarang jenis perisian anti-virus manakala satu lagi masalah adalah keselamatan anak syarikat kami Bank Teguh yang kerapkali dirompak dan disamun oleh perompak yang semakin berani menggunakan senjata-senjata api canggih. Oleh itu, mereka akan ditugaskan untuk kedua-dua perkara ini dan awak Dr.Ming akan memantau keadaan mereka berdua", ujar En.Kumaran seperti apa yang diberitahu oleh Datuk Ramli. " Dalam masa beberapa hari ini saya mahu lihat mereka berdua itu bekerja, saya rasa cukup sahaja ujian dan pembentangan untuk hari ini dan saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja awak Dr.Ming.Dengar sini, ini adalah rahsia syarikat! Sesiapapun tidak boleh menyatakan perkara ini kepada mana-mana pihak,faham semua?", kata Datuk Ramli. Mereka yang berada didalam bilik itu hanya diam tanda faham akan arahan tersebut. Tepat pukul 12.30 tengahari, kesemua ahli lembaga keluar dari bilik Megah.Mereka masih berbual sesama sendiri tentang apa yang dilihat sebentar tadi. Sejurus kemudian Calvin dan Ashley dibawa keluar dari Menara menuju balik ke kilang yang juga merupakan pusat penyelidikan rahsia Maju Megah. Di dalam perjalanan, Dr. Ming hanya termenung memikirkan sesuatu apa yang berlaku tadi, kenapa mereka melakukan ujian-ujian berkenaan? Gila,sanggup dia mempertaruhkan nyawa sendiri untuk itu?.Apapun,mulai minggu depan mereka berdua ini mempunyai tugas dan tanggungjawab baru dan Dr.Ming akan memantau mereka berdua sebaik mungkin.

 





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.0
3 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
Hairani
Hantar MesejHairani

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Permulaan Satu Kehidupan Yang Baru (1)
Diantara CINTA dan BENCI (2)
Sumpahan Darah Hitam (3)
Kebenaran dari satu penciptaan (4)
Kampung Halaman (5)
Musuh atau Kawan? (6)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari