helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Gelandangan Suci: CINTA dan BENCI

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

3.0
3 Penilai
Sumpahan Darah Hitam (3)
Dihantar: 16/04/2008 pukul 17:03:36 PM | 274 Bacaan
Share

Sumpahan Darah Hitam (3)

 

"Sofi,sofi...oi bangun. Engkau tak nak pergi ke?. Cepat, dah lambat ni", seru Ahmad teman serumahnya. Sofi terus tersentak. "Alamak!", Dia terus melihat jam telefon bimbit yang berada dibawah bantal."Dah pukul 10.00!", Tidak, dia ada masa setengah jam sahaja untuk bersiap ke Universiti.Lalu Sofi bingkas bangun kelam kabut mencari tuala dan terus ke bilik mandi. Ahmad tadi yang mengejutkannya menunggu dibawah bersama rakan-rakan yang lain yang siap sedia untuk pergi bersamanya ke Universiti. Sofi cuba sedaya upaya untuk bersiap dalam masa 10 minit sahaja. Nasib baik dia telah sediakan semua perkara dari semalam kalau tidak tentu dia akan lewat. Sebenaranya Sofi tidak boleh tidur sejak kebelakangan ini, kaki dan tangannya  terasa sakit yang teramat sangat hingga tidak boleh digerakkan langsung. Boleh dikatakan hampir sebelah badannya seperti ‘mati' dan tidak dapat digerakkan.Namun,badannya akan pulih semula lebih kurang 3 atau 4 jam selepas itu dan ketika ini amat sukar untuknya tidur dengan nyenyak. Entahlah, dulu ia jarang sekali berlaku tetapi sejak kematian ayahnya setahun lalu penyakitnya ini semakin menjadi-jadi. Namun, dia tidak pernah berjumpa doktor kerana merasakan ia hanya sakit lenguh badan biasa dan mungkin akan pulih dengan sendiri. " Woi, dah siap ke belum?" jerit Ahmad lagi dari bawah. Setelah selesai bersiap, Sofi berlari menuruni anak tangga ke halaman rumah dan meminta maaf kepada semua rakannya kerana terlambat bangun. Setelah mengunci rumah , dia menaiki kereta Ahmad bersama dua lagi rakan menuju ke universiti untuk majlis konvokesyen mereka. Terpancar wajah ceria kerana tamat pengajian setelah bertungkus lumus menimba ilmu selama tiga tahun dalam bidang kejuruteraan.Mereka baru sahaja menamatkan pengajian tiga bulan yang lepas,Ahmad sudah mendapat kerja di Beras Mati sebagai pembantu jurutera di syarikat cakera keras komputer manakala rakannya pula mengikat kontrak memasang rangkaian komputer di sebuah syarikat telekomunikasi.Sofi pula, masih menganggur kerana tiada tawaran kerja untuknya dari mana-mana syarikat,namun dia tidak pernah putus asa baginya rezeki pasti datang suatu hari nanti.

 

Setelah 10 minit perjalanan dari rumah sewa, mereka semua sampai dipintu gerbang Universiti, sambutan untuk konvokesyen ini memang meriah dengan hiasan-hiasan yang bewarna-warni diselangi dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan dan juga pensyarah.Kelihatan ibu-bapa,sanak saudara dan anak-anak mereka datang berduyun-duyun menyaksikan hari bersejarah ini.Tidak ketinggalan juga peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menambah rezeki dengan menjual jambangan bunga, khidmat fotografi, cenderahati dan macam-macam lagi.Namun, mereka terpaksa berjalan agak jauh dari dewan utama kerana mahu mengelakkan kesesakan lalulintas yang agak teruk ketika itu tetapi mujurlah masih ada tempat kosong untuk mereka meletakkan kenderaan yang disediakan  khas berhampiran padang kawat untuk kenderaan yang mempunyai pelekat khas konvokesyen.

 

Dalam sejarah hidupnya, inilah kali pertama Sofi dapat mengunjungi majlis konvokesyen seperti ini, sebelum ini ketika mengambil Diploma dahulu dia tidak dapat menghadiri majlis seumpama ini kerana ayahnya sakit teruk dikampung.Namun dia pulih semula beberapa hari kemudian dan Sofi terpaksa mengambil Diplomanya di bahagian pentadbiran kolej.Disebabkan masa semakin suntuk mereka bergegas ke dewan utama universiti.Disana kelihatan pelajar-pelajar lain yang sama tamat pengajian dengan mereka berbaris panjang dengan memakai jubah masing-masing, jelas kelihatan muka mereka berseri-seri dan begitu ceria sekali.Ada beberapa petugas sedang sibuk kesana kesini memastikan majlis berjalan lancar.Sofi dan rakan-rakanya yang sudah memakai jubah memeriksa nama mereka pada salah seorang  petugas disana, sejurus kemudian mereka dipisahkan mengikut giliran abjad nama masing-masing, Sofi diminta berada dibarisan yang telah ditetapkan.Suasana begitu bingit sekali dengan  riuh-rendah para graduan,ibubapa,orang ramai yang membanjiri kawasan dewan sejak pagi tadi. Ada juga beberapa pelajar yang diberikan selempang istimewa menandakan mereka menerima anugerah tertinggi universiti diatas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik.Baginya itu hanya impian lalu sahaja kerana dia telah buat yang terbaik tetapi pencapaiannya sampai ditahap sederhana sahaja.

 

"Baik, awak semua dengar arahan dari saya.Sebentar lagi dalam masa 10 minit anda semua akan masuk ke dewan utama.Petugas akan mengiringi kamu semua hingga ke pintu tepi kanan dewan.Anda semua diminta menunggu di bahagian belakang dewan   sehingga  anda dipanggil berbaris kembali dipintu utama, kemudian barulah naik keatas pentas menerima ijazah dari Canselor" kata salah seorang petugas yang memakai pembesar suara mudah alih.Memang betul katanya, tidak kurang 10 minit selepas itu para graduan bergerak mengikut barisan masuk ke belakang dewan utama.Apabila sampai sahaja dimuka pintu, mereka diminta duduk seketika ditempat yang disediakan untuk memberi laluan kepada atucara majlis yang dimulakan dengan ketibaan canselor, naib canselor dan para pensyarah.Selepas itu canselor dan naib canselor diminta memberi ucapan sepatah dua kata sebagai pembuka tirai majlis pada hari itu. Sofi yang berada dibelakang dewan utama tidak jauh dari pintu masuk hanya mendengar samar-samar sahaja suara Canselor dan Naib Canselor berucap kerana speaker pembesar suara agak kurang jelas tetapi dapat melihat apa yang berlaku didalam menerusi video langsung yang dipasang dibeberapa sudut dewan tersebut .Dikesempatan itu juga para petugas masih lagi memeriksa jubah graduan-graduan supaya kemas dan teratur.Habis sahaja ucapan, satu lagu protokol dimainkan menandakan penerimaan ijazah sudah bermula dan kemudian mereka diminta berbaris semula dipintu dewan utama.Apabila nama-nama mereka disebut,seorang demi seorang naik kepentas menerima segulung ijazah sambil berjabat tangan dengan canselor.Namun,ada juga yang sempat berbual dengan beliau. Langkah Sofi makin kedepan, tetapidia merasa ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya.

 

"Sofi Bin Nasir..", namanya dipanggil oleh juruacara.Tanpa berlengah lagi dia berjalan dengan tenang ke atas pentas menerima ijazah dari canselor universiti.Dia hanya mengarahkan pandangan ke hadapan tanpa menoleh kepada hadirin yang datang.Selangkah demi selangkah dia menaiki tangga pentas,kedengaran juga tepukan dari  sekitar dewan tanda tahniah.Sofi cuba sedaya upaya mempamerkan senyuman kepada tuan canselor dan dia kelihatan membalas kembali senyumannya.Ditangannya terpegang segulung ijazah yang Sofi tunggu selama lebih 3 tahun setengah hasil daripada penat lelah belajar di universiti ini.Dengan penuh rasa bangga, Sofi menghulurkan kedua belah tangannya untuk menerima ijazah yang sangat bernilai itu, selepas menerimanya dia kemudian menghulurkan tangan kanan pula untuk mengambil peluang berjabat tangan dengan orang yang amat penting di universiti ini.Namun, dengan tiba-tiba seluruh badannya menjadi kaku,matanya terbuka luas dan ketika canselor berbual seketika dengannya, dia tidak dapat mendengar suara Canselor itu dengan jelas.Apa sudah jadi padanya? Penyakit itu boleh datang pada siang hari dan bila-bila masa? Mustahil!.Keadaan menjadi bertambah serius apabila Sofi tidak dapat menggerakkan bahagian kanan badannya, canselor yang tersenyum tadi kini berubah rupa dan mula menanyakan soalan kepadanya samada Sofi sihat atau tidak.Tangan kanannya masih lagi erat menggengam tangan Sofi dan sejurus kemudian dia rebah tidak sedarkan diri.Keadaan mula menjadi panik,para hadirin semua bangun dengan perasaan terkejut dan bingung dengan apa yang berlaku keatasnya diatas pentas.Dengan segera,para petugas menghampirinya yang separuh sedar dan terbaring diatas lantai pentas lalu membawanya keluar dari situ.Apa yang dah berlaku kepada Sofi?...ini tidak sepatutnya terjadi dihari yang begitu bermakna baginya...dalam sedar tidak sedar itu matanya semakin layu...badannya menjadi begitu lemah..lalu terus terkulai layu dengan kesakitan yang amat sangat.

 

 

"Sofi..bangun.." suara siapakah itu?...dia pernah mendengarnya tetapi dimana?.. "Sofi...bangun..engkau belum mati lagi" betul ke?...dia masih berada dialam mimpi lagi?..dia perlu bangun...arghh..sakitnya...ini lebih teruk dari apa yang dialaminya sebelum ini mungkin inilah penderitaan bagi orang yang berpenyakit sepertinya.Sedar dari lena,dia membuka kedua belah matanya perlahan-lahan.Keadaan disekelilingnya masih samar-samar,yang pasti dia kini berada disebuah bilik suram yang dilimpahi sedikit cahaya matahari.Dalam penuh kebingungan itu dia cuba membangkitkan diri sedikit tetapi kesakitan yang amat sangat masih lagi dapat dirasai, namun tiada tidak berputus asa dan mengagahkan diri untuk bangun sedikit demi sedikit.Pandangannya semakin jelas sekarang,dia sudah dapat agak dimana dia berada sekarang tempat dimana dia akan dibawa sekiranya kesakitan itu datang secara tiba-tiba, ya...di hospital, Sofi sekarang berada di Hospital Besar Beras Mati. Dia memerhati keadaan sekelilingnya yang suram itu, sunyi rasanya tiada satu suara pun yang kedengaran samada dari dalam atau luar bilik itu. Dia cuba bertenang dan berehat seketika diatas katil memikirkan apa yang sudah berlaku sebentar tadi, mana pergi rakan-rakannya semua? Rasa bersalahnya timbul apabila telah mencemar majlis yang begitu penting sekali.

 

" Oh, kau dah bangun ya! Lama betul kau tidur..tau tak berapa lama aku kena tunggu nak tunggu kau bangun", satu suara yang tidak dikenali berada disatu sudut didalam bilik itu.Sofi cuak seketika, lamunannya tiba-tiba terhenti dan terus timbul tanda tanya siapakah gerangan yang bersuara tadi.Sebenarnya, Sofi sudah tahu akan kehadiranya didalam bilik ini jadi tidaklah dia berasa takut atau terlalu terkejut cuma mahu mengenal pasti siapa dia sebenarnya. " Oh,dah lama kita tak berjumpa..yelah sejak ayah kau meninggal lagi dan adik kau yang dah berumahtangga.Ingat lagi siapa aku?..haha..tentu kau ingat, orang tua yang pernah datang ke rumah kau suatu ketika dulu.Dimasa itu ayah kau menderita penyakit yang sama dengan kau sekarang, kini dia sudah tiada dan penyakitnya turun kepada anaknya pula...kesian" orang itu bersuara lagi. "Diam!...kau tak boleh buat apa-apa dengan penyakitku.Baik kau keluar dari sini sahaja", Sofi menggertak orang tua itu memecah kesunyian bilik tersebut. Orang tua itu ketawa kecil, kedengaran bunyi seseorang bangun dari tempat duduk dan diiringi pula oleh bunyi tapak kaki menuju tingkap lalu membuka langsir yang menutupi sinaran cahaya matahari.Sofi yang hanya menundukkan kepala sejak tadi mula memaling kearahnya, matanya sedikit terangsang dengan kehadiran cahaya matahari dari tingkap yang terbuka luas. Dalam samar-samar cahaya yang masuk secara tiba-tiba, dia dapat melihat satu lembaga berdiri di sisi tingkap, berbadan tegap dan berumur. Memakai kemeja batik hitam dengan sedikit corak,bersongkok  dan berseluar ‘slack' hitam.Tidak syak lagi, suara misteri tadi adalah Dukun Megat! Kenapa dia boleh berada disini? Kini,persoalan utama itu bermain difikirannya, namun Dukun Megat hanya berada disisi tingkap dan memandang kearah Sofi yang terbaring diatas katil dengan wajah tenang.

 

"Dengar sini budak! Sebenarnya kesakitan yang kau alami bukan disebabkan oleh sebarang penyakit.Tapi, pada hakikatnya kau telah menerima sumpahan yang diturunkan oleh keturunan keluarga kau sejak dahulu lagi.Namun,asal-usul sumpahan ini tidak pakcik ketahui tapi ia bermula dari moyang kau lagi" jelas Dukun Megat.Mendengar penjelasan itu, Sofi ketawa sekuat hati sehingga memecah kesunyian tempat tersebut.Seperti satu gurauan yang tidak kena tempat, dia menganggap itu hanya jenaka murahan Dukun Megat.Mana tidaknya, adakah sumpahan karut seperti ini masih wujud pada zaman moden ini?...mustahil fikirnya. " Karutlah pakcik! Saya selalu jumpa doktor dan dia kata ini hanya kekejangan otot biasa sahaja yang berlaku sekali-sekala" Sofi menjawab. Sejurus mendengar jawapan itu Dukun Megat terus menghampiri Sofi lalu meletakkan tangan kanannya dibelakang badan Sofi manakala ditangan kirinya sudah terpegang pinggan ceramik yang telah sedia ada didalam wad berkenaan.Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu tangan kanannya terus menyentuh badan belakang Sofi dan dengan tiba-tiba,Sofi terasa sesuatu yang aneh berlaku keatas dirinya, tanpa boleh berbuat apa-apa dia memuntahkan sesuatu cecair hitam pekat dari mulutnya, namun sempat pula Dukun Megat menadah cecair itu kedalam mangkuk ceramik yang telah tersedia.Beberapa kali juga Sofi memuntahkan cecair berkenaan sambil Dukun Megat mengurut-ngurut belakangnya agar kesemua cecair itu keluar dari badanya.Dukun Megat kemudian menarik tangannya dan dengan tiba-tiba Sofi yang tidak henti-henti muntah sejak tadi mula pulih semula..Alangkah terkejutnya dia apabila melihat apa yang ada didepan matanya dan dengan segera Sofi mengambil kain putih ditepi katilnya untuk menyapu kesan darah hitam itu dari mulutnya.Apa yang telah berlaku? Apa sebenarnya cecair pekat hitam ini?."Nama sumpahan ini adalah ‘Darah Hitam Perit'.Sejenis santau yang paling kuat dan paling menyiksakan pernah dicipta dari alam ilmu hitam, ia menjangkiti penerima asal dan berterusan ke generasi selepasnya.Dipercayai salah seorang daripada moyang kamu terkena sumpahan ini beratus-ratus tahun dahulu dan terus turun dari datuk,ayah dan kemudian kamu", jelas Dukun Megat bagi membuktikan kata-katanya adalah benar belaka. Ini sebenarnya yang menyakitkan hidup Sofi dan keluarganya sejak turun-temurun lagi? Jadi kematian ayah Sofi disebabkan ini juga?. Dia tidak sempat berada disisi ayahnya dahulu ketika dia sedang nazak kerana berada diluar negara untuk tugasan universiti, namun dia pulang awal untuk sembahyang dan upacara pengebumian. Mengikut Saleha, sudah beberapa minggu ayah sakit teruk sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir namun sempat menyampaikan  beberapa pesan buat Sofi. Itulah saat yang paling sedih buatnya dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengingati peristiwa itu.

 

"Adakah selama ini ayah saya menderita penyakit ini?..Adakah saya akan menemui ajal seperti ayah saya juga? Apa penawarnya?" bertalu-talu soalan yang diberi oleh Sofi kepada Dukun Megat dan dia nampaknya semakin gelisah selepas mengetahui penyakit sebenarnya. "Apa yang kau hadapi ini tidak boleh diubati dengan perubatan moden atau tinggal diwad ini untuk selamanya-lamanya untuk pulih, sebab itu pakcik berada disini sekarang...untuk menolong kamu..sebagaimana pakcik tolong ayah kamu dahulu..Pakcik pernah menawarkan cara untuk menyembuhkan sumpahannya itu tetapi dia menolak kerana memikirkan kamu berdua yang semakin membesar.." Dukun Megat berhenti berbicara seketika sambil duduk dibangku sebelah katil Sofi dan sambil memandang tepat kearah budak lelaki itu, dia kemudian meneruskan penjelasannya " Dia sebenarnya perlu melakukan satu pengorbanan...Kau masih ingat ketika pakcik datang ke rumah kamu pada malam hari ketika hujan turun dan kamu keluar rumah mencari ubat untuk ayah kamu? Sebenarnya apa yang kamu beli itu hanyalah ubat biasa penahan sakit, walhal ketika itulah pakcik menerang penawar sebenarnya untuk sumpahan ini iaitu membuat satu pengorbanan",." Pengorbanan?...apa maksud pakcik?..kenapa ayah menolak untuk menerima ‘penawar' dari pakcik?", penjelasan yang diberikan membangkitkan seribu persoalan didalam fikirkan Sofi. " Ya, itulah cara untuk merawat sumpahan itu..dengan hidup sendirian dan mencari penawar itu yang terletak diseluruh pelusuk tanahair ini dan disebabkan itu dia terpaksa berpisah dengan kamu berdua buat selama-lamanya.Ayah kamu pada malam itu serba salah untuk membuat keputusan tersebut, namun dengan nada terus terang dia rela menderita dari berpisah dari kamu berdua.Haha..pakcik kagum dengan ayah kau..", Dukun Megat ketawa kecil mengenangkan pertemuan beliau dengan Pakcik Nasir. " Tapi kali ini, pakcik sememangnya mahu membantu kamu menghapuskan sumpahan ini...atau kau lebih suka menderita seumur hidup? Sumpahan ini tidak akan berhenti, ia akan terus menjangkiti anak cucu kau nanti...jadi sekira kau mahu berbuat sesuatu dengan masalah ini, lakukan sedikit pengorbanan dan ikut cakapku..nescaya kau akan sembuh", mengakhiri penjelasannya. Haruskah Sofi mempercayai seorang bomoh kampung untuk mengubati penyakit yang hampir semua doktor tidak tahu mengenainya? Pengorbanan? Pengorbanan yang macamana? Hidup sendirian dan mencari penawar dimerata-rata tempat?. Didalam kesunyian bilik hospital itu Sofi termenung sendirian memikirkan nasib hidupnya yang dibelenggu dengan satu benda yang paling pelik pernah dihadapinya. Dukun Megat masih berada disebelahnya menunggu jawapan dari Sofi, dan yang pasti dia sudah tidak tahan lagi menanggung sumpahan ini jadi dia perlu melakukan sesuatu dan terpaksa mempercayai kata-kata orang tua itu.

 

" Kalau itulah cara yang ada, saya bersetuju dengan tawaran pakcik", jawab Sofi ringkas. "Bagus..bagus..itulah yang pakcik nak dengar..tapi sebelum pakcik menerangkan dengan lebih lanjut, kamu kena keluar dari hospital ini terlebih dahulu...kerana ini bukan tempat kau dan tiada guna juga kau ditempatkan disini.Kita tidak mahu doktor atau rakan-rakan kau mengetahui mengenainya nanti", terang Dukun Megat. Pada ketika itu juga Sofi merancang sesuatu dengan bomoh tua itu untuk keluar dari fasiliti ini secepat mungkin. Seperti tidak  diduga, dia tidak dapat mengelak dari ketentuan ini..namun masih ada jalan rupanya untuk Sofi lari dari kesengsaraan ini. "Eh,tapi sebelum itu pakcik!" tiba-tiba Sofi bersuara. "Apa dia?", terkejut dengan soalan tiba-tiba daripada Sofi. "Boleh kita singgah diuniversiti sekejap, saya nak pergi ambil ijazah saya dahulu.." kata Sofi sambil tersenyum simpul kearah Dukun Megat.Dukun Tua itu menggelengkan kepala dan mereka berdua terus berkemas untuk keluar dari hospital itu.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
3.0
3 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
Hairani
Hantar MesejHairani

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Permulaan Satu Kehidupan Yang Baru (1)
Diantara CINTA dan BENCI (2)
Sumpahan Darah Hitam (3)
Kebenaran dari satu penciptaan (4)
Kampung Halaman (5)
Musuh atau Kawan? (6)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari