Ketawanya masih bersisa. Seronok betul mengenakan aku agaknya.
"Ala wangi tudung ni.Orang main main aja.Cepatnye merajuk"
Aku diamkan diri.
Malas menjawab.
"Ala adik manis ni, hari tu beria-ia mengorat abang.Pandai melawan pulak tu. Ni apasal sayang abang tanak jawab langsung nih"
"Mana ada!"
Cepat-cepat aku mencelah. Malu dah mula terasa.Panas naik ke muka.Merah? Pastinya.
Kami habiskan petang itu dengan berbual-bual seperti biasa. Banyak cerita yang aku simpan sejak sekian lama. Banyak yang ingin aku ceritakan pada dia.
Tidak lama kami di Scotland kali ini. Sekadar menguruskan beberapa hal tertunda yang meminta diuruskan segera. Majlis kenduri kahwin kami juga belum disempurnakan. Hari itu cuma akad nikah dan makan-makan kecil sahaja.
Ingat lagi di hari pernikahan dulu. Dia sempat berbisik semasa upacara nenbatalkan air sembahyang.
"Di, bertuah sebab dapat kahwin dgn saya, Robocop"
Dia boleh berjenaka tentang itu sekarang. Manusia besi.Sering kali dia mengelarkan dirinya manusia besi. Aku? Aku tidak kisah langsung. Apa pun keadaannya aku terima seadanya.
Sekali lagi aku lontarkan pandangan ke arah Dollar Glen. Kabus sudah mula kelihatan.Sejuk sudah mula mengigit.Teringat aku saat kami sama-sama ke sini dulu. Tempat yang sama , situasi dan perasaan yang amat berbeza.
..............
"Ok ready..smile!!"
Bercicit dia berlari ke sebelahku. Tripod di pasang menghala ke arah tempat duduk kami. Sekali lagi kami mengabadikan gambar bersama di puncak Dollar Glen.
Aku dan dia.
Di dan Arif.
-------------------------------------------------------------------------------------
Di benua Eropah ini kami menyulam janji
Di benua sana ayah, ibu dan emak sibuk dengan persiapan kenduri
Dan di satu benua lagi ada yang makan hati berulamkan jantung sendiri.
....Kad jemputan yang renyuk digenggaman terus saja di campakkan ke lantai.Hatinya berdarah.
P/S - berminat dengan sequel? Atau cerita baru? Nyatakan komen anda di bawah...saya ingin tahu:)
|