helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Gelandangan Suci: CINTA dan BENCI

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.0
2 Penilai
Kebenaran dari satu penciptaan (4)
Dihantar: 5/07/2008 pukul 22:31:20 PM | 154 Bacaan
Share

Kebenaran dari satu penciptaan (4)

Dr.Ming masih berada di dalam makmalnya walaupun waktu sudah melepasi tengah malam.Tiada sesiapa disitu ketika ini kecuali dia, duduk sendirian mengenangkan nasib ciptaannya.Walaupun telah berjaya menunjukkan satu persembahan yang hebat kepada ahli lembaga namun masih ada sesuatu yang menghantui fikiran beliau hingga sekarang. Sebenarnya, apa yang berlaku pagi tadi bukan apa yang dijangkaanya, mana ada manusia didalam dunia ini yang mampu mencipta robot-robot yang menyamai perangai dan tingkah laku seperti manusia biasa seratus-peratus, itupun mereka sedang sibuk dengan kajian demi kajian tetapi masih tidak dapat menyerupai manusia. Namun, dia kini sudah boleh dikatakan tuhan yang cuba mencipta mesin yang mempunyai roh dan jasad.Jadi,apa yang perlu dirunsingkan oleh Dr.Ming? Hinggakan dia masih tidak tidur walaupun malam semakin larut.Apa yang dirunsingkan adalah ujian-ujian dan tugasan-tugasan khas yang diberikan untuk robot-robot ciptaannya seperti mahu mereka bekerja tanpa henti dan dikerah kesana kemari bila perlu.Dia masih tidak tahu sejauh mana kedua-dua mesin bergerak ini mampu mengawal emosi mereka.Ashley yang lebih cenderung kepada sifat peyayang manakala Calvin pula sifat penbenci dan agresif. Semua ini membuat dia berfikir panjang tentang masa depan mereka berdua, sama ada boleh hidup serasi dengan manusia atau tidak.

Pada malam yang sunyi ini, Ashley dan Calvin masih lagi tidur diatas kerusi-kerusi khas mereka.Ketika ini mereka akan berada didalam keadaan rehat sepenuhnya sementara SOPHIA memproses semula enjin-enjin dan data-data supaya dapat serasi dengan emosi mereka.Sementara itu,Dr.Ming masih tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan satu peristiwa yang telah mengubah hidupnya hingga menyebabkan mereka berdua dicipta. Ia berlaku 3 tahun dahulu, ketika itu mereka bagaikan satu keluarga bahagia yang hidup penuh dengan penuh kasih sayang. Dr.Ming amat menyayangi isterinya Sophia, anak lelakinya Calvin dan anak perempuannya Ashley.Namun, berlaku suatu peristiwa yang menyayat hati hingga meragut kesemua kebahagiaan yang ada dalam keluarga itu.

Kisah yang amat sedih itu bermula apabila mereka sekeluarga baru pulang dari kampung mereka yang berdekatan dengan Sungai Keruh kerana melawat kedua ibubapa Dr.Ming disitu. Mereka pulang agak lewat kerana terpaksa menjaga emak Dr.Ming yang sedang sakit. Mereka bercadang untuk bermalam disitu namun disebabkan Dr.Ming terpaksa bertugas pada keesokan hari dan anak-anaknya yang perlu bersekolah pada hari Isnin, mereka sekeluarga terpaksa pulang pada malam itu juga. Perjalanan dari kampung ke rumah mereka di Beras Mati tidaklah begitu jauh, kira-kira sejam sahaja namun mereka mengikut jalan lama yang lebih dekat berbanding lebuh raya yang susur masuknya agak jauh dari situ. Malam itu,Dr.Ming memandu didalam keadaan letih manakala isterinya pula tidak boleh memandu. Calvin dan Ashley nyenyak tidur dibelakang sedangkan Sophia begitu risau dengan keadaan Dr.Ming. "Dear, you look tired, berehatlah dulu its dangerous to be driving in this condition?", kata Sophia yang serba tidak kena dengan keadaan suaminya. "Its ok, I can still take it..tak jauh dah ni kejap lagi dah nak masuk bandar dah?", ujar Dr.Ming yang tidak mahu mendengar nasihat isterinya. Betul kata Dr.Ming, dalam beberapa minit sahaja mereka sudah berada di jalan utama bandar yang lengang dengan kenderaan. Jam di kereta sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi, perasaan lega mula dirasai mereka berdua.

Namun, entah macam mana dua buah kenderaan bergerak laju dari arah belakang menuju kearah kereta Dr.Ming. "Ah, mereka ni tak habis-habis hendak berlumba?", fikir Dr.Ming, peka dengan situasi yang berlaku ketika itu dia memperlahankan keretanya untuk memberi laluan kepada pelumba-pelumba haram berkenaan. Tetapi, salah sebuah kereta yang berwarna hitam tiba-tiba berada tepat disisinya dan mengirinya dengan kelajuan yang sama, Dr.Ming dan Sophia terus menoleh kearah kereta tersebut dengan penuh kehairanan dan rasa cuak. Tanpa disedari, kereta itu tiba-tiba menolak kereta Dr.Ming ke tepi jalan dengan melanggar bahagian sisi keretanya manakala sebuah lagi kereta dibelakangnya melanggar bahagian belakang kereta Dr.Ming. Suasana cemas menyelebungi keluarga Dr.Ming hinggakan kedua-dua anaknya boleh terbangun dan terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Daya tolakan semakin kuat, Dr.Ming tidak mampu lagi mengawal kereta, suasana didalam keretanya menjadi riuh rendah dengan pekikan suara isteri dan anak-anaknya yang sedang ketakutan.Pada pelanggaran yang terakhir, Dr.Ming hilang kawalan keretanya lalu terbabas kedalam semak-samun berhampiran sebuah jambatan.Kesemua ahli keluarga Dr.Ming melambung-lambung didalam kereta disebabkan keadaan tanah yg tidak rata.Akhirnya, kereta Dr.Ming melanggar sebuah pokok besar berhampiran tebing sungai.Bunyi yang dihasilkan memang kuat tetapi tiada siapa yang mendengarnya kerana keadaan pada malam itu begitu sunyi.

Bagaikan kejadian langgar lari, kereta-kereta yang melanggar kereta Dr.Ming langsung tidak memberhentikan kenderaan atau memberi bantuan, sebaliknya memecut laju meneruskan perjalanan.Seketika kemudian suasana kembali tenteram, bunyi deruan enjin kereta dan geseran kenderaan sudah tiada lagi.Pada masa ini masih tiada satu kenderaan pun yang lalu disepanjang jalan tersebut.Melihat sahaja kereta Dr.Ming, memang sukar untuk dipercayai masih adakah lagi ahli keluarganya yang masih hidup.Namun, ajal Dr.Ming masih belum sampai lagi dengan sedikit tenaga yang ada dia melihat ke dalam kereta untuk mengetahui keadaan kedua anak dan isterinya.Dia memanggil-manggil nama mereka dengan sekuat hati, namun tidak ada siapapun yang menyahut panggilannya.Namun,dalam saat itu dia masih berdoa kepada tuhan supaya ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan yang teruk.Disebabkan pendarahan yang kritikal Dr.Ming pengsan semula diatas stereng keretanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal buat ahli keluarganya.
 
 "Arghhh!!..", jerit Dr.Ming selepas bangkit dari tidurnya.Adakah ini mimpi? Apa yang telah berlaku tadi? Dimana aku sekarang?...bertubi-tubi soalan keluar dari benaknya. "Aduh!", Dr.Ming cepat memegang bahagian kepalanya. "Ahh..sakitnya..",terasa bahagian kepalanya dibungkus dengan kain keras..dan pakaian ini...tidak syak lagi, dia kini berada di hospital!. Dia kemudian meraba-raba seluruh anggotanya sekiranya ada anggota badannya lumpuh atau patah."Tidak ada! Bagus!",lantas tanpa berfikir panjang dicuba bangun dari katil hospital itu untuk mencari ahli keluarganya. Kesakitan masih lagi terasa namun dia tidak menghiraukan itu semua kerana yang penting sekarang adalah keadaan anak-anak dan isterinya. Dia kemudian membuka pintu bilik wadnya dan kelihatan seorang jururawat dan seorang doktor berbual berhampiran bilik itu. "Ah, jangan keluar! Nanti kecederaan awak akan bertambah teruk!", kata jururawat itu dengan suara tegas tapi lembut. Jururawat dan doktor itu kemudian meluru ke arah Dr.Ming yang rebah sebaik sahaja keluar dari bilik itu dan mereka berdua memapah beliau kembali keatas katil. "Cakap..cakap.. dimana keluarga saya doktor! Macammana mereka sekarang..", Dr.Ming memegang erat baju doktor tersebut. Doktor dan jururawatnya hanya saling memandang ke arah satu sama lain tanpa sebarang bicara. "Berehatlah dulu En.Ming, sudah larut malam ni esok saya ceritakan ya..", dalam pada doktor itu cuba mententeramkan Dr.Ming, jururawat tadi mula menyuntik ubat penenang keatasnya. Seperti orang yang keletihan, Dr.Ming kembali tenang dan tidur dengan nyenyak sekali. "Nurse, kunci pintu bilik ini dan suruh orang awasinya", kata doktor itu kepada jururawatnya sebelum keluar dari bilik itu.

  Keesokkan paginya, doktor itu kembali semula ke bilik hospital Dr.Ming tapi kali ini diiringi oleh seseorang yang berpakaian sut kemas serta bertali leher.Seorang yang berbangsa India tetapi mempunyai kulit yang agak cerah,apabila mereka berdua masuk sahaja kedalam bilik itu, mereka agak terperanjat melihat Dr.Ming sudah bangun sambil berdiri di tingkap bilik memerhati keadaan diluar. "Dr.Ming, eloklah saya perkenalkan diri saya nama saya Dr.Ramli dan lelaki disebelah saya ini adalah En.Kumaran yang datang dari Maju Megah Industries sebagai wakil dari majikan tuan.Seperti yang saya janjikan semalam saya akan membawa tuan berjumpa dengan ahli keluarga tuan yang lain", kata Dr.Ramli.Dr.Ming yang sejak tadi asyik memerhati keadaan diluar tiba-tiba mengalihkan pandangannya ke arah kedua-dua tetamunya itu. "Panggil saya Dr. sahaja, tidak perlu bertuan-tuan dengan saya,awak tahu betapa susahnya saya untuk mendapat gelaran itu,baiklah,cepat tunjukkan dimana keluarga saya!",kata Dr.Ming meninggikan suara sedikit.En.Kumaran dan Dr.Ramli saling memandang diantara satu sama lain.

 Dr.Ming berat untuk saya katakan tetapi sebenarnya kesemua ahli keluarga Dr.Ming sudah mati, isteri Dr.Ming mati ditempat kejadian manakala kedua-dua anak Dr. tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.Namun, agak pelik mengetahui yang doktor tidak pula mengalami kecederaan serius cuma beberapa jahitan sahaja di tangan dan kepala.Mungkin juga kerana mengikut siasatan,bahagian kiri kereta doktor remuk sama sekali dan kenderaan berkenaan berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah poko ditepi tebing sungai", jelas Dr.Ramli yang memberitahu keadaan sebenar. Tatkala itu juga Dr. Ming terus terduduk lalu menitiskan air mata tanda sedih dan kekesalan yang amat sangat kerana kehilangan ahli keluarga yang amat disayanginya. En.Kumaran yang tadi berdiam diri terus menghampiri Dr.Ming dan mengucapkan kata-kata semangat kepadanya.Sebenarnya, En.Kumaran sangat mengenali Dr.Ming dan keluarganya tetapi Dr.Ming tidak pula mengenalinya.Dia berasa sangat simpati kepada apa yang belaku keatas Dr.Ming dan tidak mahu kesedihannya berpanjangan.Jelas sekali suasana didalam bilik itu dipenuhi dengan teriakan dan tangisan seorang lelaki yang menyayangi keluarganya.

 Selang beberapa jam selepas Dr.Ming ditenteramkan, Dr.Ramli dan En.Kumaran membawanya kebilik mayat untuk melihat ahli keluarganya.Walaupun langkahnya masih longlai dan lemah namun dia meneruskan jua. Apabila sampai sahaja disana seorang kakitangan hospital membuka kesemua peti menyimpan mayat keluarga Dr.Ming, satu persatu kain yang menutup muka anak dan isterinya dibuka tetapi kali ini Dr.Ming tabah serta tidak lagi menitiskan air mata seperti sebelumnya. Masih jelas kelihatan kesan luka dan lembam dari semua mayat itu akibat kesan pelanggaran, namun begitu raut wajah mereka masih segar tetapi agak pucat.Selepas melihat kesemua ahli keluarganya, Dr.Ming kemudian dibawa ke pejabat hospital untuk urusan kematian.Dr.Ming dibawa semula kebiliknya selepas semua urusan selesai kerana dia dinasihatkan untuk tinggal dihospital buat beberapa hari bagi pemeriksaan lanjut.Sejurus kemudian, tinggallah En.Kumaran dan Dr.Ming berdua kerana Dr.Ramli perlu merawat pesakit lain. Dikesempatan itu En.Kumaran mula berkata sesuatu saya bersimpati keatas apa yang berlaku kepada doktor, jangan risau saya akan uruskan segala urusan insuran dan pampasan dari syarikat? "Sudahlah, awak ada tujuan lain kan?",kata Dr.Ming yang tidak mahu menagih simpati buat masa ini dan juga curiga dengan kehadiran wakil majikannya itu."Sebenarnya, pihak atasan agak berminat dengan hasil kajian doktor mengenai kepintaran buatan.Ini kerana sekarang kami mengalami beberapa masalah baru dalam sistem rangkaian maklumat dan kami sangat memerlukan pertolongan doktor...Oh, maafkan saya sekiranya saya menimbulkan perkara ini pada saat-saat sedih seperti ini.Tetapi sebenarnya kami mempunyai maklumat siapa dalang disebalik kemalangan yang menimpa doktor", jelas En.Kumaran. Dr.Ming masih mendiamkan diri diatas katil, namun begitu dia nampak masih berminat dengan apa yang En.Kumaran mahu katakan.

 "Siapa yang bunuh keluarga saya, beritahu cepat!",laung Dr.Ming sambil matanya tepat memandang En.Kumaran. "Kalau saya tahu ini angkara syarikat awak, nahas nanti saya kerjakan!", jerit Dr.Ming. Mendengar kata-kata itu, En.Kumaran mulai ketawa sambil berkata ?Tidak..tidak..kami tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku, tapi dari maklumat yang diperolehi,kami tahu siapa yang melakukannya, tetapi kami kenakan syarat sekiranya doktor ingin tahu", En.Kumaran cuba berunding dengan Dr.Ming.Dr.Ming termenung seketika memikirkan tawaran itu "Baiklah, apa syaratnya?",."Mudah, kami mahu Dr.Ming membuat satu sistem yang dapat menghalang pencerobohan rangkaian maklumat syarikat kerana sejak kebelakangan ini ada seseorang yang cuba menceroboh dan merosakkan sistem kami, dia ini memang licik hingga sangat sukar dihalang.Yang kedua,kami mahu Dr.Ming mencipta satu robot yang dapat digunakan untuk tugas-tugas keselamatan untuk aset-aset syarikat dan orang-orang penting syarikat.Haha..itu saja yang kami minta dan apabila siap Dr.Ming bukan sahaja mendapat wang yang banyak tetapi dapat mengetahui siapa sebenarnya yang membunuh keluarga doktor.Fikirkanlah, saya dengar dua hari lagi doktor akan keluar dari hospital ini, selepas keluar nanti datang sahaja ke Menara Megah, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan doktor,",mengakhiri ayatnya. Sejerus sahaja berkata demikian En.Kumaran terus menuju ke pintu bilik itu sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Dr.Ming "Ah, sebelum itu...jika ada polis bertanya tentang kejadian ini..katakan kepada mereka ia adalah kes langgar lari dan awak tidak tahu siapa yang melakukannya, sebab kami tidak mahu pihak polis mengganggu siasatan kami yang lebih terperinci mengenai kejadian ini",kata En.Kumaran sebelum beredar keluar. Nampaknya Dr.Ming tiada pilihan lain, terpaksalah dia membantu syarikat itu walaupun tahu risikonya dan dalam pada itu juga dia perlu berbohong kepada pihak polis.Apa yang sedang berlaku? Dr.Ming mula berasa sesuatu yg tidak kena dengan majikannya, tambahan pula ada pihak yang mahu membunuhnya.Namun, dia biarkan sahaja kerana mahu melihat apa rancangan mereka seterusnya.

 Dua minggu sudah berlalu dan kini Dr.Ming sihat seperti sediakala setelah menjalani proses pemulihan kesihatan dihospital berkenaan, namun perasaan sedih tetap menyelebungi dirinya.Seperti yang dijangkakan Dr.Ming menerima tawaran En.Kumaran dan bekerja sepenuh masa dengan Maju Megah.Dia diberikan peruntukkan yang begitu tinggi dan diberi makmal yang amat canggih disebuah kilang dikawasan perindustrian.Dia juga diberi pembantu-pembantu yang terlatih,kelengkapan dan mesin komputer yang termaju sekali.Pendek kata, Dr.Ming sentiasa dilayan kehendaknya asalkan dia dapat melakukan projek-projek yang diberi dengan jayanya.Setahun kemudian, Dr.Ming mempunyai masalah besar kerana kedua-dua sistem yang dibinanya tidak begitu sempurna dan sering berlaku kesilapan terutamanya pada rangkaian neural dan keserasian cip enjin kedua-dua robot ciptaannya.Tiga bulan selepas itu Dr.Ming masih buntu memikirkan masalah ini dan pihak syarikat mula susah hati kerana sentiasa menerima laporan buruk mengenai status projeknya itu.Hinggalah pada suatu hari,ketika Dr.Ming berada dirumah untuk merehatkan diri dia didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.Pada mulanya Dr.Ming mengesyaki dia akan melakukan perkara yang tidak baik kepadanya namun setelah lelaki itu menjelaskan masalah sebenar yang dihadapinya.Dr.Ming berasa amat terkejut kerana hanya dia seorang sahaja tahu masalah sebenar robot-robot itu, katanya suatu ciptaan itu tidak akan sempurna sekiranya tiada 'roh' didalamnya,oleh itu dia bersedia untuk membantu Dr.Ming sekiranya dia mahu robot-robot itu berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

 Pada mulanya, perkara ini sukar untuk dipercayai oleh Dr.Ming kerana dia tidak menyatakan penyelesaiannya secara teknikal namun setelah berfikir panjang,beliau bersetuju untuk menerima bantuan lelaki misteri itu dan terus menghubunginya melalui nombor yang diberi. Katanya, sekiranya ingin kedua-dua robot itu bernyawa, dia perlu mengambil cebisan tulang dari kedua-dua anaknya.Dr.Ming bertambah tekejut, ini tidak masuk akal! Bagaimana cebisan tulang boleh menyelesaikan masalahnya kerana semua tubuh badan robot-robot itu dipenuhi tiub-tiub cahaya fiber,komputer dan komponen-komponen elektronik.Tetapi, lelaki itu menegaskan kembali perkara tersebut kepada Dr.Ming sekiranya mahu masalah yang dihadapinya selesai dengan segera.Dia akan berjumpa semula dengan Dr.Ming dalam masa 3 hari secara bersendirian untuk melakukan satu 'upacara' kepada robot-robot itu.Mahu tidak mahu Dr.Ming terpaksa mengikut kehendak lelaki itu.Namun, agak mustahil dan menjadi satu kesalahan baginya untuk menggali semula kubur anak-anaknya.Lantas dia teringat yang dia masih menyimpan gigi kacip dan geraham kedua-dua anaknya didalam almari bilik tidur mereka, ia dicabut ketika mereka masih kecil dan mereka menyimpannya sebagai kenang-kenangan.Adakah ini dapat membantu?,Dr.Ming hanya boleh mengharap buat masa ini.

 Tiga hari berlalu dan seperti yang dijanjikan lelaki misteri itu datang ke makmal Dr.Ming seorang diri untuk memulakan upacara.Katanya, upacara ini harus dirahsiakan kerana dia menggunakan ilmu terlarang dan ia tidak boleh diketahui umum walaumacammana sekalipun.Dr.Ming bersetuju dengan kehendaknya lantas memberi kedua-dua batang gigi anaknya kepada lelaki itu, dia kemudian tersenyum lalu berkata "Ini pun bolehlah!",.Lelaki muda yang memakai topi,berbaju kemeja kolar dan berseluar jeans itupun menghampiri kedua-dua robot tidak lengkap yang duduk dikerusi lalu berdiri diantara mereka. Tiba-tiba keluar dari lantai kain-kain kuning misteri yang entah dari mana datang mengikat erat kedua belah kaki dan tangan mereka.Kain-kain begitu lembut seperti sutera dan suasana didalam makmal itupun sedikit suram dengan lampu yang samar-samar padam.Kemudian kain-kain itu mengangkat kedua-dua robot berkenaan tergantung dengan kaki dan tangan mereka masih lagi terikat,setiap satu kain itu ditegangkan oleh sesuatu menyebabkan kedua-dua tangan dan kaki mereka terbuka luas.Dr.Ming yang melihat upacara itu berasa amat terkejut kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya didepan matanya.

Lelaki yang berada diantara robot-robot yang tergantung itu melihat kedua belah tangannya lalu bertanya "Mana satu kepunyaan anak lelaki dan mana pula yang anak perempuan kamu",.Dalam terketar-ketar Dr.Ming menjawab "Gigi kacip itu kepunyaan anak perempuan saya dan gigi geraham itu kepunyaan anak lelaki saya",. Lalu dengan sepantas kilat dia meluru kedepan lalu menampar dada kedua-dua robot berkenaan dan ia begitu kuat sehinggakan seluruh bangunan makmal itu bergegar seketika.Akibat dari tamparan itu, kedua-dua robot berkenaan terpelanting agak jauh dari tempat mereka digantung manakala kain yang mengikat mereka telah terurai dalam sekelip mata.Lelaki itu berhenti seketika dengan penuh gayanya dan Dr.Ming kelihatan sangat takut dengan apa yang telah berlaku.

 Lelaki itu kemudian menoleh kebelakang kemudian berkata "Anak-anak kamu akan mula bersifat seperti manusia biasa tidak lama lagi malah menyerupai anak-anak kamu yang telah mati dahulu.Ingatan dan sifat juga sama, pendek kata mereka ini seperti patung yang bernyawa",."Maksud engkau, anak-anak aku hidup kembali?",tanya Dr.Ming. "Lebih kurang juga, pada zahirnya mereka adalah mesin tapi yang membezakan mereka dari boneka-boneka diluar sana ialah mereka mempunyai 'roh' dan roh itulah yang memberikan nyawa untuk anak-anak kamu ni. Mereka akan sedar semula selepas 3 hari, ingatan mereka akan kembali pada saat mereka mati dan saya harap awak dapat mententeramkan mereka kerana pada masa itu mereka akan berasa amat keliru dengan apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini",lelaki misteri mengakhiri kata-katanya.

Dr.Ming mula faham sekarang, anak-anaknya sudah menjadi separuh mesin dan separuh manusia,sama seperti cyborg, manusia yang dilengkapi anggota-anggota badan mekanikal.Dr.Ming yang ingin mengucapkan terima kasih kepadanya tidak dapat berbuat demikian kerana lelaki itu lesap entah kemana secara tiba-tiba, puas Dr.Ming mencari namun dia sudah tiada disitu.Tanpa berfikir panjang Dr.Ming mengangkat anak-anaknya yang terbaring diatas lantai kesan daripada tamparan tadi lalu dibawa ke sebuah bilik khas.Mereka diletakkan disitu selama 3 hari dengan pemantauan rapi Dr.Ming, tidak ada sesiapa yang dibenarkan berada dibilik itu kecuali dia.

Selepas 3 hari berlalu semua sistem didalam badan mereka berjalan lancar.Mereka sedar semula sejak kematian mereka setahun yang lepas,memang benar kedua-dua mereka kelihatan bingung dan berasa amat keliru sekali dengan apa yang telah berlaku namun Dr.Ming cuba mententeramkan mereka sedaya upayanya lalu menerangkan apa yang berlaku keatas mereka berdua.Beberapa bulan kemudian, mereka berdua telah lulus semua ujian makmal seperti ketahanan,responsif dan kepintaran serta dapat berfungsi seratus peratus tanpa kesalahan. Akhir sekali, mereka dibawa berjumpa dengan kesemua ahli lembaga Maju Megah yang merupakan penyumbang utama projek ini.

Malam terus berlalu,Dr.Ming masih termenung didalam makmalnya, mengingati semula segala peristiwa sedih yang telah berlaku keatasnya.Kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak pernah luntur walaupun mengetahui mereka bukan lagi manusia biasa.Setelah bertungkus lumus seharian,Dr.Ming mula melelapkan mata, berehat seketika dan cuba menenangkan dirinya.





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.0
2 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
Hairani
Hantar MesejHairani

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Permulaan Satu Kehidupan Yang Baru (1)
Diantara CINTA dan BENCI (2)
Sumpahan Darah Hitam (3)
Kebenaran dari satu penciptaan (4)
Kampung Halaman (5)
Musuh atau Kawan? (6)
Lihat semua


iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari