Tahukah kamu wahai lelaki. Kerana kamulah aku terdampar disini. Di daerah asing yang kalian ciptakan untukku. Daerah yang tak pernah ku bermimpi untuk jejaki. Disini kalian ciptakan pelbagai warna rasa. Benci, dendam, mual dan sayang???
Ya memang benar.Aku pernah menyayangi dan menyintai kalian semua. Rasanya cintaku adalah cinta yang paling agung. Cintaku adalah yang paling suci. Setiap kali aku berjanji untuk setia, pasti aku tunaikannya. Setiap kali aku lafazkan cinta, aku memang memaksudkannya. Namun kalian semua memang kejam, kalian membunuh hatiku dengan cinta palsumu yang selama ini menjadi tunjang untuk aku meneruskan kehidupan yang payah ini.
“Assalamualaikum Maya, macam mana keadaan awak hari ini?”
“Perlu ke kau tahu tentang keadaan aku”
“Sudah tentu saya perlu tahu, sebab saya nak tolong awak”
“Nak tolong aku, atau nak menjahanamkan aku?”
“Maya, saya ikhlas nak tolong awak, baiklah, apa kata kita berkenalan dulu, jadi bila kita dah berkawan, mesti awak rasa selesa nak bercerita dengan saya”.
“Aku tahu, kau ingat aku gila kan? Kau pun sama jer dengan jantan lain, semua nak memusnahkan aku.”
“Jangan anggap semua lelaki jahat Maya, kalau semua lelaki jahat, macam mana dengan ayah Maya?. Ayah Maya mesti sedih kalau tahu Maya fikir begitu.”
“Aku tak kenal siapa bapak aku. Dia pun bukannya nak pedulikan aku”.
“Maksud maya”?
Maya hanya termenung, tidak berminat untuk menjawab soalan Dr. Hasif. Sekejap dia tersenyum, sekejap dia menangis, lirih sekali.Sepanjang careernya sebagai pakar psikologi, inilah kali pertama dia berdepan dengan kes sebegini. Baginya Maya terlalu sukar untuk dibawa berbicara. Maya seperti mempunyai trauma yang terlalu tragis. Namun dia masih buntu tentang masalah Maya yang sebenarnya. Satu sahaja yang dia benar-benar pasti, Maya bencikan lelaki..
Bersambung…
|