helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Novel > Kerana Kamu Lelaki

Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

4.5
12 Penilai
Kerana Kamu Lelaki- Episod 1
Dihantar: 18/09/2008 pukul 21:31:32 PM | 379 Bacaan
Share

Kerana Kamu Lelaki- Episod 1

Seingat Maya waktu itu dia di dalam darjah enam. Berusia 12 tahun adalah saat yang paling menggembirakan, detik itu merupakan fasa peralihan dari seorang kanak-kanak kepada remaja. Bagi seorang gadis, pasti banyak kenangan indah sewaktu melewati musim itu. Namun tidak bagi Maya. Dia tidak pernah merasai keriangan dan kebahagiaan itu. Maya matang sebelum usianya. Maya tak pentingkan keseronokan, dia tidak pernah mengharapkan baju-baju yang cantik, dia juga tidak cemburu bila melihat rakan-rakannya mempunyai perkakas sekolah yang cantik dan canggih. Satu sahaja keinginan Maya ketika itu, biarlah ibu sayangkannya seperti ibu sayangkan adiknya Echah.

 

 

Maya juga pelik kenapa ibu terlalu bencikannya. Berkali- kali dia tanyakan soalan itu kepada Mak tok, namun hanya jawapan yang sama sahaja diberikan. Maya sendiri dah boleh menghafal semua jawapan-jawapan tersebut.

 

 

Ibu sayangkan kak long,

Cuma kadang-kadang ibu akan marah bila kak long nakal sangat,

Kalau kak long tak nakal, mesti ibu tak marah.

 

Jawapan Mak tok itu ditelan juga walaupun jauh di sudut hati dia menafiknnya. Rasanya dialah anak yang paling patuh di dalam dunia ini. Dialah yang paling awal bangun setiap pagi. Sebelum kesekolah, dia akan pastikan sarapan tersedia untuk ibu dan Echah. Walaupun dia baru sahaja berusia 12 tahun, dia sudah pandai menguruskan kerja-kerja rumah. Maya tak pernah mengeluh kepenatan, yang penting ibu sayangkannya.

 

 

Seumur hidupnya, tak pernah walaupun sekali dia merengek untuk dibelikan apa-apa. Kesudian ibu untuk menyekolahkannya pun sudah dianggap satu rahmat. Namun ibu tidak pernah menghargainya, jauh sekali untuk memujinya. Ibu terlalu bencikan kak long. Semua yang kak long buat salah. Semua yang kak long buat tak kena di mata ibu. Kehadiran kak long ibarat satu bebanan yang amat besar buat ibu.

 

 

Kenapa ibu bencikan kak long?

Bukankah kak long ini anak kandung ibu?

Salahkan kak long kalau mahu disayangi ibu?

 

Apa dosa kak long terhadap ibu sampai ibu tak sudi nak pandang kak long? Seingat kak long, ibu tak pernah peluk kak long macam ibu peluk Echah. Bila kak long sakit, ibu biarkan saja Mak tok yang merawat kak long. Ibu tak pernah izinkan kak long cium tangan ibu walaupun pada hari raya. Setiap kali ibu pulang dari kerja, ibu tak pernah lupa untuk belikan gula-gula dan kuih muih yang enak untuk Echah. Tapi ibu tak pernah izinkan kak long untuk sentuh semua makanan itu. Kak long sendiri pun tak teringin nak merasa semua tu. Tapi kak long sedih, sebab ibu pilih kasih, ibu sisihkan kak long. Ibu selalu lukakan hati kak long. Kak long paling benci bila ibu marah kak long, pukul kak long, maki kak long.

 

 

Kalau Echah jatuh waktu bermain, ibu akan pukul kak long. Ibu kata kak long jahat macam ayah, kak long sengaja nak cederakan Echah.

 

 

Kalau kak long masak tak kena dengan selera ibu, ibu akan simbah muka kak long dengan lauk yang kak long masak. Ibu kata kak long bodoh macam ayah, kak long sengaja nak matikan seleranya, biar dia mati awal.

 

 

Kalau kak long dapat keputusan yang kurang elok dalam peperiksaan, ibu tunjal kepala kak long dengan buku rekod sekolah, ibu kata kak long sama tolol dengan ayah, kak long hanya tahu memalukan dirinya.

 

 

Kak long jahat macam ayah,

Kak long bodoh macam ayah,

Kak long tolol macam ayah,

 

Tapi siapa ayah kak long bu?

 

 

 

 

 

 

 

 





Previous Chapter Previous Chapter Next Chapter Next Chapter

Permalink | Ke atas

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!

Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.
4.5
12 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Permalink | Ke atas

Perihal Penulis
rain
Hantar Mesejrain

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Bab-bab lain dalam novel ini
Kerana Kamu Lelaki- Pengenalan
Kerana Kamu Lelaki- Episod 1
KERANA KAMU LELAKI-EPISOD 2
kerana kamu lelaki-episod 3
Kerana Kamu Lelaki - Episod 4
Lihat semua


jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari
sponsors
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal