Sofi masih lagi tidur didalam bas,kemudian apabila
bas mengurangkan kelajuan akibat kesesakan lalu lintas,dia terus bangun dan
memandang keluar tingkap "Aku dah sampai ke?", Soalan itu sentiasa terus muncul
didalam fikirannya setelah melihat bangunan-bangunan disisi jalan ditambah pula
dengan kenderaan disana-sini. Sofi kini telah tiba didestinasi utamanya yang
mengambil masa 2 jam dari destinasi asalnya Kampung Sg.Keruh. Sebaik sahaja bas
berhenti, semua penumpang turun dengan segera tetapi dia masih duduk buat
sementara waktu untuk memberi laluan kepada penumpang yang lain,tidak perlu
untuknya berebut-rebut turun dari bas itu kerana dia tidak mengejar masa.Setelah
semua penumpang turun, barulah Sofi mencapai beg galas dikakinya turun dari bas
berhati-hati sambil meregang-regangkan
badannya untuk mencari keselesaan.
Dia asyik memandang kiri dan kanan melihat gelagat
manusia yang bergerak kesana-kemari dengan begitu pantas sekali, semua orang
mahu mengejar waktu namun ada pula yang mahu melengahkannya.Kenderaan usah
dibilang banyaknya, bermacam jenis ada disini, semuanya berpusu-pusu dan
begerak laju seperti ikan-ikan disungai yang mengalir deras. Bangunan-bangunan
pula tinggi-tinggi belaka hingga jauh mencapai awan, tidak kurang pula yang tua
dimamah usia tersepit dicelah-celahnya, namun masih tidak mahu kalah didalam
arus pembangunan.Itulah gambaran bandar Beras Mati, salah satu bandar utama di
negara ini.Sudah lama Sofi tidak datang ke Beras Mati, sejak dia mula tinggal bersama
Dukun Megat setahun lebih yang lalu.Pada pendapatnya, ia masih seperti dahulu
tidak banyak perubahan yang berlaku, hanya ada sedikit kerja-kerja pembinaan
sahaja yang sedang giat dilaksanakan untuk menaik taraf kawasan yang sedia ada.
Dari Stesen Bas Utama,
Sofi keluar menyusuri Jalan Lingkung Arus mengikut arus manusia menuju ke pusat
bandar, asap kenderaan memang sesuatu yang biasa dihidu oleh warga kota,
entahlah,mungkin telah sebati dalam hidup mereka.Pasti kita semua ingin tahu
kenapa Sofi kemari dan apa tujuan sebenar dia datang kesini.Tidak,tidak, dia
bukan kesini untuk mencari kerja malah bukan juga untuk berjumpa rakan-rakan
lama.Malah dia ditegah untuk berjumpa dengan mereka kerana tidak mahu perkara
sebenar yang berlaku keatas dirinya diketahui umum.Biarlah mereka dengan
kehidupan mereka, pastinya mereka lebih bahagia daripadanya kini.Sebenarnya,
bukan niat Sofi untuk datang kesini menghabiskan waktu dan tenaga mudanya,
namun ini semua adalah atas arahan Dukun Megat yang mahu dia mencari seseorang
yang Sofi sendiri tidak tahu siapa atau dimana dia berada. Pada mulanya Sofi
rasakan ini adalah kerja gila dan sia-sia belaka, kerana bukan mudah mencari
seseorang yang tidak dikenali didalam hutan konkrit yand didiami oleh beratus
ribu penduduk. Tambahan pula, dia tidak mahir dengan selok-belok bandar ini
walaupun Sofi pernah belajar di Universiti Singgahsana selama tiga tahun, namun
amat jarang sekali dia keluar kebandar untuk bersiar-siar kerana tiada masa dan
sibuk dengan pelajarannya. Tetapi Dukun Megat dapat ‘merasakan' bahawa dia
wujud disalah satu kawasan dibandar ini dan berada dibahagian luar sedikit
daripada pusat bandar.
Pembayang yang diberikan orang tua itu walaupun
sedikit tetapi dapat juga membantu Sofi untuk mencarinya. Bila ditanya pada Dukun Megat kenapa dia perlu
mencarinya, adakah ini ada kaitan dengan latihan menjadi bomoh? Dia menjawab
tidak, tetapi ini adalah permintaan terakhir Ah Boon kepadanya. Bila ditanya
siapakah dia sebenarnya? Orang tua itu menjawab, dia adalah satu-satunya cucu kepada
Ah Boon. Sofi mula berasa hairan lalu bertukar kepada rasa simpati, "Cucu Uncle
Boon sakit ke? Tidak pula aku tahu beliau mempunyai seorang cucu, mungkin telah
lama aku meninggalkan kampung hingga tidak sedar perubahan yang berlaku" bisik
Sofi didalam hatinya." Eloklah kau tolong carikan dia, pelajaran bomoh kau pun
dah tamat jadi anggaplah ini sebagai tugasan pertama kau..dan jika kau bernasib
baik mungkin mendapat penawar untuk sumpahan itu juga", jelas Dukun Megat dalam
nada serius. "Gunakan apa yang telah kau pelajari dengan sebaik mungkin,
tolonglah orang yang berada didalam kesusahan dan jangan sekali-kali
menyalahgunakan ilmu yang aku berikan" kata Dukun Megat sebaik sahaja anak
muridnya berangkat ke bandar Beras Mati. "Pakcik dah ajar ubat untuk melegakan
sedikit kesakitan sumpahan yang kau
alami sekarang dan sekiranya menghadapi masalah kau sudah tahu macamana hendak
menghubungi pakcik...satu lagi..'benda' itu mungkin akan muncul
lagi..berhati-hati", menambah sedikit pesanan terakhirnya yang sedikit
menggentarkan diri Sofi.
Sofi masih keliru dengan
tujuan sebenarnya mencari cucu Uncle Boon, tidak pula orang tua itu menyatakan
secara terperinci sebabnya walaupun kerap kali dia mendesak.Namun begitu, dia
perlu juga mencarinya untuk mengetahui perkara yang sebenar dan dia berjanji
tidak akan balik ke kampung sehingga tugas ini selesai.Tanpa berlengah lagi
Sofi meneruskan perjalanannya menuju ketengah-tengah pusat bandar, walaupun dia
tidak mengetahui gambaran sebenar rupa paras atau nombor telefon cucu Uncle Ah
Boon itu, tetapi Dukun Megat ada mengajarnya cara-cara untuk mengesan seseorang
tanpa menggunakan alat-alat moden.Katanya " Dunia ini terbahagi kepada 4 unsur
utama..Unsur Galian seperti tanah,logam,emas dan sebagainya.Unsur Alam iaitu
angin,air dan matahari,Unsur Hidup seperti manusia,haiwan,tumbuhan dan apa saja
benda yang bernyawa, serta yang terakhir Unsur Ghaib dimana benda-benda yang
kita tidak boleh nampak dengan mata kasar.Jadi tugas pengamal ilmu seperti kita
adalah untuk menggabungkan unsur-unsur itu untuk pelbagai tujuan,samada untuk
diri kita sendiri atau orang lain". "Jadi apa beza kita dengan saintis?" anak
muridnya bertanya. "Mereka sudah menggunakan ketiga-tiga unsur tersebut kecuali
yang terakhir,dimana ia tidak boleh dimanupulasi menggunakan akal fikiran kita
semata-mata.Ia hanya boleh dicapai dengan daya kefahaman dan keyakinan yang
amat tinggi,sebab itu ia dinamakan ‘ilmu rahsia' kerana bukan semua orang boleh
menerima perkara-perkara ghaib seperti ini" jelas Dukun Megat. Hmm, nampaknya
Sofi tiada pilihan lain selain menggunakan salah satu teknik asas pengamal ilmu
rahsia untuk mengesan cucu Uncle Ah Boon yang dinamakan ‘Tilik'.
Seperti yang diajar oleh Dukun Megat sebelum ini,
dia perlu menggunakan teknik yang dinamakan ‘Batil Azimuth', dimana bekas yang
diperbuat daripada logam yang merupakan Unsur Galian diisikan air dari Unsur
Alam dan imej mengenai sesuatu tempat atau orang yang dicari akan terbias
didalam air berkenaan. Sofi kemudian berhenti seketika disebuah pasar yang
terletak berhampiran Jalan Petualang untuk mencari tempat yang sesuai bagi
melakukan teknik tersebut.Dia kemudian memasukkan beberapa helaian rambut milik
cucu Ah Boon yang diperolehi daripada gurunya kedalam batil tersebut yang
merupakan sebahagian Unsur hidup. Setelah beberapa ketika kemudian, batil itu
berpusing mengikut arah jam dan tidak lama kemudian satu imej terbias didalam
mangkuk tersebut secara tiba-tiba hasil dari gabungan ketiga-tiga unsur
berkenaan yang merupakan Unsur ghaib, memang mustahil untuk dipercayai tetapi
dia pernah melihat Dukun Megat melakukannya sebelum ini ketika mencari orang
yang hilang atau diculik. Imejnya agak samar-samar tetapi Sofi dapat membaca dengan
jelas tulisan yang tertera didalamnya"No.78,Jalan Permata Biru" dan keadaan
sekelilingnya seperti dikawasan rumah teres mewah.Nampaknya, inilah destinasi
Sofi seterusnya dan ia teletak tidak berapa jauh dari pusat bandar, dia perlu
mencari kenderaan kesana dengan segera dan mujurlah wang simpanannya masih ada
untuk digunakan khas untuk misi ini.
Tanpa membuang masa, Sofi membuang air yang berada
didalam batil tersebut dan memasukkan kembali bekas logam itu kedalam beg
galasnya lalu dengan pantas dia menyusuri liku-liku lorong dipasar tersebut
untuk pergi ke sebuah jalan bernama Jalan Kalit Silau, selepas keluar dari
pasar tersebut, dia kemudian melalui satu lorong yang terletak di belakang
beberapa buah rumah kedai. Pada firasatnya, ini adalah jalan pintas untuk
keluar dari kawasan itu, namun suasana dilorong berkenaan agak menyeramkan
walaupun pada siang hari. Sofi seperti dapat merasakan ada satu ‘aura' dan
‘tekanan' kuat berada disekelilingnya, disepanjang lorong itu kelihatan sunyi
tanpa ada seorang manusia pun, yang ada hanyalah timbunan sampah dan kekotoran
yang keluar dari rumah-rumah kedai disekitar kawasan itu. Sofi terus berhenti
kerana dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena disini lantas dia cuba
mengesannya.
Dia kemudian berdiri tegak
sambil menutup mata untuk menumpukan perhatian dan mengesan kehadiran makhluk
atau manusia dan seperti yang dijangkakan ada seseorang yang mempunyai ‘aura'
yang luarbiasa dikawasan itu. ‘Dia' kelihatan bersembunyi disesuatu tempat tetapi
tidak pula diketahui kedudukan sebenarnya. Peluh sedikit demi sedikit mula
mengalir daripada badan Sofi,walaupun perasaannya tidaklah begitu cemas tetapi dia
tetap menumpukan perhatian untuk mengetahui secara jelas siapakah ‘dia' sebenarnya.Lalu
dengan tiba-tiba, "DAM!!" satu hentaman kuat memukul badannya yang entah dari
mana datangnya, tekanannya begitu kuat menyebabkan keadaan sekitar menjadi
berangin bagai dilanda ribut seketika, habis sampah sarap melayang kesana-sini.Angin
yang kuat itu juga menyebabkan pasir halus berterbangan dimerata-rata tempat
menyebabkan keadaan menjadi berdebu sedikit.Sofi sudah mengagak sesuatu akan
berlaku.Sebenarnya ada orang yang sedang mengawasi gerak-gerinya sejak dari pasar
lagi dan menunggu peluang sahaja untuk menyerang hendapnya.Hebat!Laju betul pergerakannya!
Umpama kilat dan tendangannya seperti guruh! Satu tendangan yang padu diberikan
kepada Sofi namun dia dapat menahannya dengan lengan kanannya.Siapa dia ini?
Makhluk atau manusia? Sofi begitu terkejut melihatnya,tak disangkanya tidak
sampai sehari dibandar ini, sudah ada orang mahu berkenalan dengannya.
Namun begitu, serangannya tak terhenti disitu,
setelah menendang Sofi dengan kuat dia kemudian memusingkan badannya, kakinya
yang masih berada di lengan Sofi turut berpusing menyebabkan kulitnya berasa
sakit.Tanpa berlengah lagi, Sofi menolak kaki penyerangnya dan dia pun
terpelanting jauh kebelakang, namun dia sempat mendarat dengan penuh gayanya.Suasana
menjadi sunyi semula, didalam kesakitan yang dialami Sofi, dia tetap berada
didalam keadaan siap sedia menunggu serangan seterusnya.Jelas sekali mereka
bertentangan mata diantara satu sama lain dan dihari yang cerah ini dapat
dilihat dengan jelas batang tubuhnya, berseluar ‘jeans' hitam dan berjaket
putih serta bertopi.Kelihatan juga tangkal hitam dilehernya, daripada apa yang
dapat perhatikan, dia ini bukan calang-calang orang kerana ilmunya juga sama
seperti Sofi. "Hebat..hebat..tak sangka ada orang boleh menepis serangan rahsia
itu.Jikalau orang biasa sudah tentu patah riuk tulangnya" dia mula berkata-kata
setelah mendiamkan diri sejak tadi sambil memerhatikan tepat kearah Sofi. "
Siapa kau? Perompak? Maaf aku tak bawa duit" Sofi tegas mahu mengetahui siapa
dia sebenarnya. "Apa ada pada wang jika aku sudah ada ‘kelebihan' ini.Namun,
aku mahu sesuatu yang lebih lagi dan ia berada bersama kau sekarang..." dia
terus menjawab pertanyaan Sofi namun enggan memperkenalkan diri lagi.
Kemudian, muncul pula satu lembaga yang terbentuk
dari bayang-bayang dan kemudian menjadi jasad yang menyerupai manusia.Benda itu
berada disisi ‘tuannya' lalu mengeluarkan suara "Bagus.Kita dah jumpa dia..biar
saya ambil dari badannya". "Tidak perlu, benda itu masih lagi berpenyakit dan
sukar dikawal" balas tuan kepada makhluk itu. "Ambil dari aku? Apa yang kau
mahu sebenarnya?" Sofi kembali bertanya soalan dan mahukan jawapan dengan
segera. Diiringi senyuman,orang itu mula memperkenalkan dirinya "Aku adalah
Radin,Pawang Radin.Tuan untuk makhluk ini dan juga pengguna ilmu rahsia.Kau
sebenarnya pembawa satu ‘makhluk' yang sangat istimewa dan aku perlukannya
untuk menambah kesaktianku! ",jelas lelaki muda berkenaan. "Makhluk? Ilmu
rahsia?" Sofi sengaja melemparkan soalan yang dia sudah tahu jawapannya. "Ahh,
kau tak tahu rupanya atau kau buat-buat tak tahu? Dari sini pun aku dapat
rasakan kau mempunyai darah hitam sakti itu.Ianya merupakan penyakit tetapi
boleh diubah menjadi sesuatu yang amat amat berguna dan berkuasa samada dialam
rahsia atau dialam nyata ini" jelasnya lagi. "Hah? Darah hitam dalam badan aku
ni? Kau nak sangat? Ambillah! Benda ni pun menyiksakan hidup aku saja" jelas
Sofi yang sedia memberinya walaupun dia belum tahu samada Radin itu musuh atau
kawan.
"Jangan tuan hamba! Jangan
berikan apa-apa kepadanya!" suara itu tiba-tiba muncul setelah sekian lama
mendiamkan diri dan ia bukanlah datang dari manusia. "Diam kau keris laknat! Jangan
halang kemahuanku" jerit Pawang Radin sebaik sahaja mendengar kata-kata itu
keluar dari sebilah keris. "Cis, kau membawa ‘makhluk rahsia' rupanya, buat
masa ini kita bukan lawannya Laki. Tapi ingat, aku takkan berhenti disini
selagi aku tak dapat darah hitam tu,kau faham tak Dukun Sofi!", selepas
kata-kata amaran itu Pawang Radin dan makhluk rahsianya Laki tiba-tiba hilang
begitu sahaja.Namun, Sofi tidak mengejar mereka kerana dia pasti akan berjumpa
dengannya kelak. "Maaf tuan hamba kerana mencelah, mereka itu begitu bahaya
namun mereka tidak boleh menyerang tuan hamba kerana senjata yang diabadi
dengan makhluk rahsia saja yang boleh menembusi ilmu kebal Pawang gila itu dan
membunuhnya", jelas keris itu yang diberi nama Balangkasuka. "Aku tahu..sebab
itu aku tak perlu takut. Ayuh,mari kita pergi dari sini dan cari cucu Ah Boon"
Sofi kemudian mengorak langkah keluar dari situ selepas keadaan mula selamat.
Ternyata Pawang Radin itu bukan musuh atau pun kawan.
|