PENGENALAN
Ketika sunyi aku menangis sendiri.
Ketika sepi aku mengeluh tanpa henti
Katika duka aku melalui lara seorang diri
Ketika kecewa aku menjerit selagi mampu menanggung diri
Kesedihan, kedukaan, tidak meletak noktah dalam perjuangan hidupku. Walaupun ada ketika aku ingin lepas dari segala bebanan emosi, namun demi rasa harga diri aku masih mampu menepis setiap dugaan yg dilemparkan sepanjang perjalanan hidupku. Aku pernah dicintai, dilukai dan disakiti. Disebabkan luka yang dalam itu, aku merasakan diriku tidak mampu lagi untuk mencintai dan rasa dicintai. Aku menerima hukuman gara-gara kesilapan percaturan hidupku. Kesilapan itu membunuh keluargaku, menghancurkan visi ku dan memusnahkan harapanku.
Kini aku sendiri, meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tak tahu bila penghujungnya .
Aku redha atas segala yg telah dicaturkan Tuhan keatasku kerana kekecewaan dan kedukaan itu telah membawa aku dekat pada Tuhan. 5 tahun berlalu tanpa aku sedar begitu pantas masa bergerak kehadapan. Aku berusaha untuk tidak mengenang perkara yang lepas. Apa yang terjadi ketika itu membentuk jiwa dan peribadi aku masakini.
Tidak pernah kuduga setelah 5 tahun aku sendiri, Allah temukan aku dengan seseorang yg bakal menggoncang kembali hatiku. Pertemuan aku dan dia tidak dirancang. Namun keduanya, aku dan dia masing-masing membawa lara yang memberi kesan mendalam pada diri. Adakah cinta dihatiku bakal berputik semula dikala kedinginan hatiku yg menyepi tanpa cinta dan kepercayaan. Apakah kesudahan, dimana permulaan, ku tunggu saat itu dengan kerelaan dan kealpaan.
*****************************
|