Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Novel > Kartografi Jiwa
Kartografi Jiwa

Novel ini membawakan kisah Adi Iskandar, seorang remaja yang baru dibebaskan daripada pusat koreksional kerana jenayah juvana, telah tertunduk egonya setelah mengetahui ibunya Adylah menghidap kanser tahap III. Sementara Adylah mendapatkan rawatan di luar negara, dia memastikan Adi berada dalam jagaan seorang teman lama sejak zaman universiti, yang membuat Adi mula terpanggil belajar mengenal hakikat hidup. Di chalet Wan Milad tempat dia diamanahkan bekerja, dia menghadapi Alani, anak saudara Wan Milad yang sering tidak sependapat dengannya dalam banyak perkara. Teman lamanya Fey Bejat pula datang menagih janji dan pertolongan untuk menghadapi musuh lama mereka. Ini membawa kenangan Adi tentang gadis kesayangannya yang terkorban dalam perseteruan dahulu. Ketika semua ini membebankan Adi, datang  seorang gadis Trabzon (Turki) Sevda Nergis, teman Alani di universiti untuk bercuti sambil menadah ilmu daripada Wan Milad. Kehidupan mereka mula terjalin erat, sehingga akhirnya takdir memetakan buat Adi Iskandar perjalanan seterusnya yang perlu dia hadapi dengan hati selembut sutera, tetapi azam sekeras besi.

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia

Karya terkini
Bab 1: Bertemu Untuk Berpisah
Dihantar: 19/12/2014 pukul 16:20:07 PM | Episod: 1
0
Komen


Permalink | Ke atas


Ikut kapasitor



admin blog