helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Eksperimental
4.1
11 Penilai
Cinta Kimia dan sedikit Biologi
Tarikh Dihantar: 2008-03-26 18:00:11 | 896 Bacaan
Share

Cinta Kimia dan sedikit Biologi

Alhamdulillah, karya ini telah tersiar di Tunas Cipta Disember 2008

Setiap lopak sunyi terselit bitumen rindu,
Setiap titis asid hidroklorik membawa muram ph 5.

Kamu mahu menjadi kertas litmus merah?
Atau penunggu hiba di kebuk wasap?

Biar aku menjadi penunu bunsen
Atau kamu hidup bagai corong turas.

Yang lain cuba menjadi katak makmal.
Bising di kala hujan, luluh ditekup klorofom.

Kamu,

Aku tidak perlu air dalam elektrolisis cinta kita.
Kerana cintamu sudah hilang diresap kalsium klorida kontang.

Aku,
Biar aku terus begini,
Merajuk di hujung makmal biologi.

 

 



HTML:
Widget:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor.[Login]
4.1
11 Penilai


Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
jojo
Hantar Mesejjojo

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPOR
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya jojo
Merdeka: Pung Pang Pung Pang
P10PP: Ramadhan yang suci
P10PP: Akujanji
Translate: Picking Stars (Memetik Bintang)
P10PP: Memetik Bintang
p10pp: Lapar
10wp: Forgive
5 Semoga untuk Ulang Tahun Kita
17 Hari
Engkau yang Hidup Penuh dengan Alasan, Buang Masa Aku Cipta Kapasitor
Lihat semua



iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor