Surat Untuk Mantan Kekasih adalah untaian surat-surat dari dua insan yang telah terputus kasih. Ini adalah edisi kedua. Untuk membaca edisi pertama sila ke sini: http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1427 dari dinda teruntuk kanda; Pada lembaran itu, ada kata cintamu. Jadi penyejuk hatiku, jadi pemikat jiwaku, pemangkin firasatku, untuk menyambut tepuk tanganmu, satu tika dulu. Pada lembaran itu, masih ada percayaku, tidak hilang yakinku, sesungguhnya aku tidak pernah meragu; bahawa denyut nadimu, seirama degup jantungku. Kini, semua itu jadi kenangan lalu. Entah kemana hilang cintaku, mungkin terbang dibawa angin Monsun menderu, aku keliru, bukan pada lembaran itu, tapi pada ketukan bertalu pada hatiku. Maafkan aku, wahai mantan kekasih. Maafkan aku, Kerna hidup terpaksa memilih. 23 April 2008, 1500
|