Jangan khabarkan padaku
bahwa ini titik noktah.
Ku tak mahu langkahku mati,
di sini.
Berikan aku tanda koma
untuk ku melepas lelah
dari meniti garis hidup yang halus.
Kadang ku diberi tanda seru!
Ku terkejut lalu jatuh.
Dihulur tanda soal,
ku keliru jadi malu.
Namun jalan ini masih panjang.
tanda koma ku langkah,
tanda seru ku gagahi,
tanda soal ku beri erti.
Selepas titik noktah,
ku mula langkah baru.
-11 July 2008-
|