Tentu aku mahu kotakan janji segala yang diingini,
Pasti aku akan jadikan realiti segala yang fantasi.
ah, berkata memang mudah,
heh, buatnya belum tentu,
Jadi untuk apa dianyam tikar jika kerawangnya tidak tahu?
Engkau lahir dengan pena?
Keluar dari raga ibu terus pandai puisi,
Aku lahir dengan warna?
Selepas diazan terus pandai melukis,
Jadi untuk apa dianyam tikar jika kerawangnya tidak ada?
ah, engkau penuh alasan,
heh, belum cuba mana tahu.
|