Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Eksperimental

Gadis Rumah Urut

(aku tidak pasti adakah teh herbanya atau sentuhan tangannya yang membuatkan tubuhku berasa hangat)


Bapanya seorang penanam sayur
di kebun yang di sewa di Ipoh
adik-adiknya tidak fasih berbahasa melayu
lantaran belajar di sekolah cina

dia mengatakan pada ibunya
dia bekerja sebagai pembantu jualan di Kuala Lumpur
hakikatnya dia adalah seorang gadis rumah urut
di sebuah premis di Shah Alam

dia kecewa
dengan perkembangan politik tanah air
dia marah
dengan kenaikan harga minyak yang begitu mendadak

dia hampir menangis
ketika kami bercerita tentang Lau Ching Wan
yang menyeberangi jambatan dan menghirup sup
sekaligus mengucapkan selamat tinggal pada Sammy Chen
dan dilahirkan semula dalam kehidupan yang baru
dalam filem 'My Left Eye Sees Ghost'

dia ketawa besar
ketika kami bercerita tentang Stephen Chow
yang terpaksa menghubungi balai polis
kerana tidak dapat menjawab dengan betul
ketika menjawab soalan perperiksaan di sekolahnya
dalam filem 'Fight Back To School'

harum rambutnya
mungil bibirnya
kulit kuning langsatnya
kecil matanya
bujur wajahnya
lentik tubuhnya

membuatkan ku lupa
pada kecantikan gadis-gadis
dari bangsaku sendiri

kiranya kami bertemu
10 tahun lebih awal
mungkin hari ini
dia tidak sekotor ini

dia tahu tentang politik
dia tahu tentang ekonomi
dia fasih berbahasa melayu
dia tidak makan babi

dia menjalankan tanggungjawabnya
sebagai anak perempuan sulung
untuk membantu keluarganya
menghadapi kesempitan hidup

tapi sayang seribu kali sayang
dia tetap seorang gadis rumah urut
yang sanggup menawarkan 'extra service'
untuk mereka yang sedia membayar lebih.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Doraemon; Buatlah Sesuatu!
Puisi selepas >>
Dan Itulah Benteng Terakhir Kita; Nadia

Lain-lain karya hassanayat
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Gadis Rumah Urut
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Akhirnya Jo Sudah Tahu

Novel thriller yang berpusing-pusing
Price: Percuma


admin blog