Berdirinya megah berpaut pada tangan kerusi itu
Berpusing untuk memandangku
Seperti mahukan perhatian
Bangga atas pencapaian
Dia inginkan pengikthirafan
Sambil ketawa kecil memperlihatkan gigi-gigi susunya
Bangga, ikhlas tanpa berbalut ego
Zaquan,
Nanti jika umurmu panjang sehingga berkedut dan beruban
Mungkin sahaja kau akan perlukan pautan-pautan ini lagi
Pada dinding-dinding bilik,
Pada rel-rel tangga,
Pada tongkat,
Pada bahu-bahu saudaramu,
Sebelum waktu itu sampai
Hari ini aku sentiasa ingin mendukungmu ke langit
Mendengar ketawamu yang mematahkan sepi hati
Berpaut pada semangatmu untuk sedikit waktu
Demi melawan dugaan-dugaan duniawi
(Untuk Anak Saudaraku Zaquan, 2yrs+)
|