Petang ini kusendirian Menghirup secawan kopi Membaca novel cinta kegemaranku Memberikan aku ketenangan dan kedamaian Membaca novel cinta ini Membuatkanku tersenyum sendirian Kisah cinta ini bagaikan kisah cinta pertamaku dulu Alam persekolahan memulakan segala-galanya Mengajar aku erti cinta Erti rindu, cemburu kasih sayang dan segala-galanya Bersama-sama kita menyemai cinta Terpatri janji-janji antara kita Sekian lama kita bersama kenangan Akhirnya kau dan aku terpisah Membawa haluan sendiri demi cita-cita dan impian Bergelumang dengan ilmu di menara gading Membuatkan kau dan aku saling melupai Kini hatiku terdetik mengingatkanmu Wajahmu mula terbayang dimataku Apa khabarmu Masih marahkah dengan keputusanku dulu? Barangkali kau sudah ada penggantiku Doaku, biarlah wanita yang solehah dihatimu Aku memandang cincin dijari manisku Beberapa hari aku akan meninggalkan alam remaja Cinta terakhirku membawa ku ke alam pancaroba Cinta pertama harusku lupakan Aku mencicip minuman lagi hingga habis Aku cuba mahu mencari ketenangan Masih tekad menghabiskan membaca kisah cinta sedih ini Helaian terakhir novel ini, aku berdebar Aku menangis sendirian lagi Mengenangkan cinta itu tidak semestinya bersatu Sepertimana aku menangis meninggalkan cinta pertama dahulu Mengenangkan cinta itu tidak semestinya bersatu Benar cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir Namun aku redha di atas segala yang tersurat
|