Kita belajar pelbagai perkara dari segala salah dan silap kita. Kita jadikan teladan perkara baik dan betul yang ada dalam diri kita.
Bila kita bergaduh, kita jadi lebih rapat. Bila kita merajuk, kita jadi lebih manja. Bila kita mengajuk, kita jadi lebih mesra.
Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga perhubungan kita dipelihara oleh Allah dari sebarang niat buruk dan kejahatan. Semoga masa depan kita terjamin dengan rezeki yang halal dan berkat. Semoga nanti, keturunan kita akan disayangi dan disenangi sekalian manusia. Semoga nanti, keturunan kita terpelihara dan beramal dengan ilmu yang baik.
Selamat ulang tahun pertama Ratnadewiku
|