Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Tanpa Cinta

 

 

Tanpa cinta

Aku boleh hidup

Aku boleh makan dan minum

Tanpa cinta

Aku boleh berdiri di sini

Malah di sana

Berjalan - jalan ikut kemahuanku

Tanpa Cinta

Aku boleh berdikari

Tanpa mengharapkan sesiapa

Aku boleh terjengket - jengket membawa barangku

Aku mampu menarik beg meskipun beberapa kali terjatuh

Aku takkan menyusahkan sesiapa

Tanpa Cinta

Aku tidak perlu menggadaikan maruah

Tidak ada tangan - tangan yang menyentuhku

Tanpa Cinta

Aku boleh menjadi matang

Lebih dewasa mengenali diri

Tanpa cinta

Aku boleh lagi berbangga

Kerana aku tak sama dengan mereka

Mereka yang tidak boleh hidup tanpa cinta

Tanpa cinta

Aku tidak perlu menangis kerana lelaki!

Tapi  bodoh orang itu!

Orang yang tidak boleh hidup tanpa cinta!

 

10.10 M

Asrama ILP Selandar

18 june 2007

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Biarkan Kezaliman itu
Puisi selepas >>
Suara Gadis Pemalu

Lain-lain karya idanardiel
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya Tanpa Cinta
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog